Showing posts with label Corat-coret. Show all posts
Showing posts with label Corat-coret. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Oh, Husnudzon!

Sebuah gambar yang kontreversi di FB (gambar hiasan)

Gambar tersebut begitu menarik untuk diteliti. Saya membaca komen-komen di Facebook dan rata-rata pengguna Facebook mentafsirkan gambar ini sebagai satu perkara yang buruk dan pesimistik. Apa-apa pun tujuan utama saya menggunakan gambar ini adalah untuk analogi kehidupan kita. Seringkali kita menjumpai kes-kes sebegini dalam hidup kita dan bagaimanakah reaksi kita terhadapnya?

Ya reaksi kita dari aspek hati? Adakah kita seperti rata-rata pengguna Facebook lain yang turut serta membuat kutukan hebat terhadap pemandu kereta tersebut. Di manakah Husnudzon kita?

Ya, adalah satu perkara yang tidak logik jika di Malaysia andaikata pemandu kereta mewah dan hebat tersebut adalah seorang yang cacat. Tapi adakah dengan hanya melihat gambar tersebut kita akan mengatakan dalam hati kita bahawa pemandu tersebut adalah sangat kurang ajar dan tidak bersopan?! Sedangkan kita tidak melihat bukti yang jelas, walhal kita hanya diberikan sekeping gambar yang menampakkan kereta mewah sedang parking di kawasan orang cacat.

Penelaahan dan logik kita mengatakan bahawa adalah mustahil pemandu kereta tersebut cacat kerana  barangkali disebabkan suasana kita di Malaysia yang biasanya orang cacat itu miskin serta sikap buruk orang Malaysia yang suka menggunakan hak orang lain. Hal-hal ersebut sudah tentu mempengaruhi logik kita dan menyebabkan sangkaan kita beralih kepada yang negatif. Dan diakui di Malaysia adalah sangat sukar untuk kita menjumpai orang cacat memandu sebuah Lomborghini. 

Namun, apakah reaksi kita pula tatkala kita membuat tanggapan dan sangkaan buruk dan negatif namun kemudiannya kita mendapati pemandu kereta tersebut benar-benar cacat??? Apa reaksi anda tatkala beliau keluar dari kereta dengan kaki yang tempang bertungkat?

Jadi, adakah konsep sangkaan yang kita letak itu betul? Jika anda seorang yang bersangka baik anda pasti mengambil kira segala aspek kemungkinan sebelum meletakkan sebarang sangkaan at the first place. Semoga gambar dan corat-coret ini memberi gambaran jelas pentingnya kita bersangka baik dalam kehidupan.

Namun, perlukah kita bersangka baik belaka? jawapannya tidak, dalam hal-hal yang melibatkan kemudaratan keselataman, kita diharuskan untuk tidak bersangka baik. Contoh, jika pokok dah nak tumbang, jangan pula asyik bersangka baik sehinggakan sanggup lalu di bawah pokok tersebut dan seumpamanya. 

Dalam hal-hal yang kemaksiatan, kita dilarang sama sekali untuk bersangka baik. Sebagai contoh, melihatkan seorang teman kita melakukan maksiat secara terang-terangan, maka kita seharusnya tidak bersangka baik kerana bersangka baik dalam kes ini adalah berdosa; tidak mencegah kemungkaran dan reda akan kemungkaran yang dibuat. 

Akhir kalam, sebagai ibrah, Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)



Thursday, December 2, 2010

Oh Salji Kerinduan!

 
Oh salji yang turun
Putih suci benar engkau
Aku mencemburuimu wahai Salju
Jika bisa aku putih seputihmu
Sudah tentu hatiku lembut laksana kalbumu
Yang mudah cair tatkala amaran panas matahari
Yang mudah tembus dikala lontaran
ais yang lembut-lembut berkepal-kepal
Yang sungguh dingin dan tenang
Aku mencemburui mu


Oh Salji yang turun
Ketelusan baldumu membuat aku sangsi
Dimanakah posisi aku pada penciptamu?
Mampukah aku membawa panji kesegaran itu?
Sang salji, jawablah untukku
Jawabanmu pasti menempelakku
Sudah aku tahu dari dahulu


Oh Salji yang turun
Aku benar-benar terasa ingin mencontohimu
Engkau mudah cair, mudah juga keras
Dipancari cahaya maka cairlah
Tapi Engkau membina kekuatan dengan sinaran
Engkau bangun semula dari ufuk yang tenang
Membina perjuangan demi perjuangan

Aku tabik padamu
Salji, Engkau turun lagi hari ini.
Salji, Aku ingin putih sesucimu,
Salji, turunlah engkau.
Di kala Hari-hariku yang mendung
Merindui hadirmu di sisi.

Nukilan: Amin Rox: 7.34 am








Saturday, February 27, 2010

Cerita Ketuhanan Jadi Cerita Lucu

Terus terang saya cakap, saya menumpang kawan saya menonton pawagam. (Mula-mula rasa bersalah)
Perlukan aku pergi? Risau. Berdebar-debar. Tapi fikir punya fikir, why not? Saya pergi atas dasar untuk memahami persekitaran, di hati tiada rasa asyik. Tertulis di paparan wayang yang bakal saya tonton tajuknya : Percy Jackson the Lightning Thief. (mungkin sesiapa dah pernah baca and tgk cerita ni, tahu la) Saya first timer. ^_^


Huish, macam isu agama ja ni, xpala, tengok je la, dah tiket dibeli. Layan. Solat diutamakan. Satu benda penting, bila nak beli tiket tu, usya2 la waktunya, kalo dah menerjah waktu solat tu, pandai2 la cari waktu yang ok. Jangan pakai redah ja. Lepas tu kata tersalah beli tiket.. Haish. Tapi syukur tiket saya kali ini ialah pada pukul 5.25- 7.25 pm. Lega. Selesai Asar, maka saya pun terkedek-kedek masuk pawagam.

Tayangan bermula. Ada seorang manusia gergasi keluar dari air dan menjadi manusia kerdil biasa. uish, macam tu pulak. saya duk fikir-fkir. Pelik2. Lepas tu, Dewa tu bising-bising sebab tongkat kilat dia kena curi oleh anak dewa lain. Apakah?? Hah? (maaf saya tak pernah dengar cerita semua ni. tapi memang betul cerita dongeng tu begitu) Apa lagi? saya dalam hati dah gelak2 dah. kalao ada tikar dah bergolek. tapi saya perasan penonton lain sunyi jer, maka saya pun control serius. senyap dan fokus. mungkin tak lucu kot. bagi saya lucu teramat. Ada ker tuhan boleh gaduh2, tongkat sendiri pun tak boleh jaga?? Lawak2.

Pendek kata, dari awal sampai abes, saya ketawa, cuma babak yg memang lucu sahaja ketawa saya bersama penonton2 lain, yang lainnya bersendirian.

Bagi saya, filem tersebut sebenarnya tidak berjaya menyebarkan apa-apa dakyah, bahkan menguatkan iman saya lagi. InsyaAllah. Secara logik pun, manusia biasa mampu memahaminya. Satu anjakan buat diri saya. Cerita yang sangat lucu. Apa-apa pun yang pasti tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah.

Khala Rasullullah:
Man Dakhala Lailahaillah, Dakhalal Jannah

Barang sesiapa mengucap Lailahaillah, akan dimasukkan ke dalam syurga.

Assalamualaikum wa illaliqa'.

Monday, November 2, 2009

Laskar Rindu

Untuk jiwa yang masih mencari-cari cinta
Untuk pemuda yang masih tergila-gila rindu
Untuk pemudi yang tagih akan kemesraan
Untuk sesiapa yang kering ketenangan
dan untuk diri ini yang masih meneliti perjuangan..


Ya rabbi.. tadah tanganku memohon ampun, doaku meratapi dosa-dosa yang lalu, akulah hamba yang sering leka dan alpa. Sujudku mencari ketenanganMu.

Ya rabbi, masih ramai yang tidak menemui cinta-Mu, masih ramai berjauhan dari lamunan kasih sayang-Mu. Masih banyak yang kecundang di jalan Ilah-Mu.

Warkah suci itu terpahat pada meja kesepian dan sunyi. Jiwa rakus itu menolak-nolak, membuak-buak darah kenikmatan. Dia mula mencari kekasih baru. Dia mula bergerak ke lembah baru yang belum pernah dijumpai-Nya.

"Sayang, engkaulah yang kucintai, engkaulah mengebilkan mata ini dari lamunan dunia"

Harapan yang tinggi, setinggi gunung menjulang di langit Asia, menujah di ufuk Mesapotamia, menghentam segala pesisiran iman. Cebisan keputihan makin hilang dari permata nan bersih tatkala bayi itu dilahirkan dahulu. Satu demi satu titik hitam mencanak permata nurani yang pudar.


Masih banyak belum kita sedari. Masih jauh perjalanan yang belum kita lalui. Tetapi semakin hampir kita dengan mati. Semakin dekat kita dengan ajal. Semakin pula kita lupa akan realiti. Fatamorgana melupakan kita seketika, menilai dengan mabuk yang hancing!

Sayang seribu kali sayang. Masih jauh kita dari Illah. Masih leka dengan dunia. Rentak lagu dunia yang sangat rancak hampir menghanyutkan kita. Terkapai-kapai di buai ombak kenikmatan. Terhuyung-hayang dilambung tsunami kemegahan.

Sayang seribu kali sayang. Dunia menunjuk wajah sebenar. Kekejaman, peperangan dan kecelaruan. Ratapan bisa dan nanah dan juga darah hanyir di mana-mana. Bayi disumbat hidup-hidup dalam lubang sekecil najis! Bangsatnya syaitan bertopengkan manusia ini. Rakus membunuh selepas membenihkan!

Sayang seribu kali sayang. Semakin menjadi-jadi pula. Semakin dekat pula kita dengan kehinaan. Kesedaran pula tidak timbul-timbul. Semua hukum hendak dicabar. Semua hukum hendak diberi alasan agar kehendak jua dituruti. Banyak sungguh alasan. Konon untuk kesentosaan. Walhal padah jua segalanya.

Hari ini kita mampu berbicara pada bibir yang penuh manis. Hari ini kita mampu tersenyum indah, gembira, konon kita betul, konon kita baik. Tapi itu semua mungkin sandiwara di atas pentas dunia ini. Ragam dan aksi sebenar akan ditontonkan bersama di satu pentas trillion manusia jua nanti.

Usah lagi kita keras kepala, usah lagi kita keras hati untuk menerima. Warkah itu bukan sunyi, tapi penuh dengan amaran dan suruhan. Warkah itu perlu disentuh, dibelek, dibaca. Dikaji, dilihat, dipegang, dan dituruti. Warkah itu membawa kepada cinta yang dicari-cari. Warkah itu hadiah Illahi. Agar kita sedar kembali.

Khas buat diri dan teman sejati jua kekasih sejati..
Perjuangan kita masih jauh...
dari Aminrox, 3 November, 4.45 pagi.



Saturday, September 26, 2009

Kisah Tiga Sahabat: IB, IPTS, IPTA

Pada hari raya yang lalu, tiga sahabat lama, telah berjumpa kembali setelah beberapa tahun berpisah. Seorang sedang belajar di IPTA tempatan dalam jurusan kejuruteraan mekanikal tahun pertama, seorang lagi pula sedang menyambungkan pelajaran di IPTS tempatan dalam jurusan syariah dan undang-undang juga tahun pertama, manakala seorang lagi pula ialah seorang penuntut IB diploma, di semester ketiga pengajian. Maka, mereka pun berjumpa dan saling bertanya khabar sesama lain di rumah pelajar IPTS. Tiba-tiba adik pelajar IPTS, masih muda, berumur dalam 13-14 tahun pun keluarlah bermain kereta kawalan jauh di luar rumah. Timbullah satu diskusi tatkala melihat gelagat adik pelajar IPTS tersebut:

Pelajar Mekanikal : Wah! Laju sungguh kereta adik ko! Ini pasti pakai gear besar ini. Enjin pun mesti power         sebab pecutan dia mantop! Berapa power dia pakai adik?

Adik IPTS     : Entahlah abang saya tak tahulah, tapi kat bawah tu dia tulih 100 Mhz, tu power dia ka?

Pelajar Mekanikal : Oh, itu frequency la adik. Frequency radio kawalan jauh tu, Makin besar makin jauh la.. Kalo power tu ha.. ada tulih 10Watt. lai besar lagi kuat la engine dia, tapi bateri cepat habis.

Adik IPTS  : Oh gitu! Ok, faham.

Pelajar IPTS : Kereta memang bagus sebab bentuk badan dia aerodinamik! Kurang dragging force tu. Dah tu rendah lak, for sure stabil. Tengok tu, time corner dia smooth jer! Haha.

Adik IPTS  : (Tersenyum)


Maka, sambil mencicah biskut kering yang dihidangkan. Pelajar Syariah pun bersuara.

Pelajar IPTS Syariah : Adik, pakai seluar panjang adik, tak baik tuh, aurat la. Berdosa. Aurat laki dari pusat hingga lutut.

Adik pelajar IPTS : Ala.. ini mana ada nampak pun. seluar ni tutup lutut la abang.

Pelajar IPTS Syariah : Yelah, mana ada garisan pun yan nak tunjuk aurat, tapi lebih afdal la pakai yang menutup terus. Cepat-cepat pergi tukar!

Adik IPTS : Okeylah abang, sya tukar.

Pelajar IPTS Syariah : Aduhai, inilah budak-budak zaman sekarang, nak pakai pakaian yang tutup aurat pun susah. Padahal benda tu senang ja, dah la tuh, aurat, berdosa free-free. Kita yang tengok tak tegur pun kena sekali! (mengomel seorang diri)

Kini giliran pelajar IB diploma pula bersuara. Dari tadi dia senyap melihat gelagat adik IPTS bermain dengan khusyuk.

Pelajar IB  : Errr.. Adik, bak sini remote control kat abang jap! Bagi abang 20 minit bulih. (Memulas-mula gear dan balancing tayar dan kemudiannya membiarkan kereta itu meluncur laju)

Pelajar IPTA : (tercengang)

Pelajar IB  : Bro, aku tutup aurat ni tau. Nak cari experience weyh!

Pelajar IPTS Syariah : (Gulp!)



Berderum kereta tersebut memusing dengan penuh bergaya di tangan pelajar IB diploma. :D
------------------------------------------------ tamat -----------------------------------------------------

Wednesday, September 23, 2009

Kisah Buat Passport

Kedahan Version 1.0

Aku dah agak dah, tak dan countdown tuh abeh, aku dah ubah fikiran! Haha, memang sempoi la. Ni konklusi aku boleh buat:

"Stop blogging"??

BUSTED!!
Gaya ala-ala mythbusters, memang betoi myth tu tak pernah betoi. Nak buat gena, dah blogging tuh hobi aku, satgi aku duk pikiq, kalau ada orang duk tanya atau ada borang yang kena isi, tup2 ada ruang pasai hobi, aku nak tulih apa?

Nama : Amin Rukaini Bin Mustafa
Hobi : ????

Takkan pulak aku nak letak makan? HUish! GIla, cari nahas. Jadi secara rasminya corat-coret sebelum ini tidak akan berkuatkuasa! P/S, corat-coret pada bahasa aku ialah ngarut2 belaka, jadi kalau ternampak label corat-coret tu hati-hatilah no... Jangan cepat percaya. Tapi kalau had yang lain boleh caya.

Kisah Buat passport

Straight tu the point, ni kisahnya. Hari ini pada awalnya hendak menyambung karangan EE aku, tapi parent lak ajak gi buat passport, so kena korbankan sikit la EE tuh. Muka nampak tenang tapi hati macam kurang berperasaan sikit la jadinya.

Sebelum tuh, mungkin tertanya-tanya, awal sangat buat passport bukan? Hehe, enggak mengapa. Semua ini adalah atas urusan fish4life3. Pernah la sekali buat passport, dah berkurun dah kot, waktu pi Aceh dulu (sebelum tsunami). Tapi nak wat gena, la ni semua kenegaraan, nak kluaq negara kena ada passport, visa dan lain2.

Sampai sahaja di kaunter pertanyaan. Segala-galanya kisah terjadi di sini.

My mum : nak tanya, ni kalau dia ni (aku ) nak kluaq negara kena wat passport jenis apa?

Aku : Ha.. nak pi indon, ada projek kat sana, macamana tu?

Kak Kaunter : Adik buat la passport antarabangsa.

My Mum : Ni dia (aku la) kalo pi dengan kolej dia (KMB), student nya xda?

Aku : Buat passport antarabangsalah mak..

Kak Kaunter : Kalau student adik kena dapat offer dari universiti dulu, baru boleh buat.

Aku : Ooo.. ok2, faham2..

Kak Kaunter : Kalau yang antarabangsa tu harganya RM ****.

My Mum : bolehlah..

Kak kaunter : tapi adik kena lepas umur 18 tahun ke atas la. Adik dah lepas dah kan..

Aku : (terkejut perasan)

My Mum : Dia baru lepas SPM setahun lebih tuh.

Aku : Bila pulak muka aku nampak muda ni?? (dalam ati dah gabra len macam dah)

Aku pun isi, beberapa minit kemudian, aku datang dengan selamba, dalam column ketinggian aku hentam letak 169 cm, entah ar tul kot sebab waktu form 5 tinggi aku 168 cm. Bertambah 1 cm. (tak perasan ada pembaris panjng kat tepi aku) Nasib baik x tanya berat. Kalau tak aku hentam letak 50 kg dah ar. :D (kalau ada pun aku x ceta)

Aku : Ok, dah siap.

Kak Kanuter : Ok, mintak IC...

Aku : Ada2..

Kak Kaunter : ..dengan gambaq 2 keping, dan salinan kad pengenalan ok.

Aku : ha? perluka?? Blurred (dalam ati)

Kak Kaunter : ya.. (melihat kad pengenalan aku seolah-olah tidak percaya aku sudah 18 tahun ke atas!)

Tu la cetanya. Semua berjaya disiapkan. Tapi satu ja aku pelik ada ka patut kak tu ingat aku masih tak lepas 18 tahun. Muka punya la dah besaq matured, tup2, macam tak percaya kat aku, dengan dah berkumis dah pun. Ni first time aku tengok orang kata aku ni under 18th..




Tuesday, September 15, 2009

Dari M.F.L. ke B.O.B.

*P/S M.F.L. = My Fair Lady B.O.B. = Band Of Brothers

Prioriti Terkini
Sudah empat hari cuti berlalu. Beberapa kerja berjaya disiapkan dengan jayanya mengikut plan asal yang telah dirancang awal-awal. Kerja-kerja sampingan semuanya berjaya dilangsaikan. Sekarang hanya tinggal beberapa kerja yang aku kira 'berat' sahaja, iaitu, EE dan juga TOK essay. Prioriti yang sangat tinggi diberikan kepada kedua-dua subjek ini. Misi dan perancangan yang teliti telah dikenalpasti dan jadual terkini telah dikeluarkan. Hanya menunggu pelaksanaan .

Aku Seorang Pelari Marathon
Semalam, bolehlah aku dikatakan sebagai pelari marathon. Tujuan awal hanyalah untuk melihat My Fair Lady, mengkhatamkan jalan cerita dan cuba memahami slang bahasa yang entah terlalu suka untuk aku fahami! Melihat cerita, pada babak cerita, lidah aku terkial-kial, cuba meniru slang yang digunakan oleh Eliza. Sememangnya, lidah aku masih semula jadi, tidak mampu aku menirunya. Sangat susah. Terlalu sukar, percakapannya sungguh laju, amat sukar untuk memahamami walaupun satu perkataan. "Apa dia mencarut ni? Bertempik tak tentu hala!". Dalam masa 15 minit, mataku kuyup, terus aku rebah lali di atas kerusi 'office' yang ibuku beri.

My Fair Lady, kadang-kadang membosankan (memang pun)


Bertukar Baton
Tiba-tiba, selepas terbangun dari tidur, aku teringat akan satu cerita yang telah dimuat turun dengan jayanya yang bersaiz kira-kira 4.0 Gigabyte! Band of Brothers. Yeah! Band of Brothers, telah lama aku tunggu, satu movie bergenre perang yang dikeluarkan pada tahun 2001. Sudah lama ia dikeluarkan, namun aku tidak mempunyai ruang dan waktu untuk mengkhatamkannya. Maka perkara yang aku gelar sebagai marathon mata dimulakan. Berterusan. Aku hanya berhenti jika seruan Illahi atau ibuku memanggil.

Band Of Brothers, Semangat juang mereka perlu ditiru => Band of muslimeens.


Heronya Pasti Aku
Sememangnya, antara salah satu hobiku ialah menonton movie bergenre perang. aku dapat membayangkan diriku turut turun berperang memegang senapang dan yang pasti HEROnya sudah tentu AKU. Pelik bukan? Entahlah. Walaupun fobia akan darah, tapi jika sebut pasal peperangan, sesekali aku tidak menoleh. Mahu sahaja aku terjun ke kancah peperangan jika semboyan dibunyikan. Alangkah hebatnya jika tentera umat Islam mampu bangun bertempur. Aku yakin mereka pasti hebat labih hebat daripada cerita Band Of Brothers, kerana jiwa Umat Islam disepadukan dengan semangat jihad. Kita hanya mampu mendengar berita dan kisah Salehuddin. Siapa lagi selepasnya? sunyi sepi..

Perbandingan secara rawak
Yang berbezanya, mungkin tentera Amerika, paratroopers, menang atas dasar keberanian tetapi mereka jua kejam. Tentera German sememangnya sangat kejam, membunuh tanpa segan silu. Andaikata Islam yang memegang ketenteraan, kanak-kanak, golongan wanita, orang-orang tua, dan rakyat yang tidak bersalah, tumbuh-tumbuhan pasti tidak akan dianiayai! Islam membawa kesejahteraan. Ketenangan kepada mangsa peperangan.

Lama manakan lagi kita perlu menunggu??

Friday, September 4, 2009

Cerita Rembulan Mengambang


Wah bulan itu mengambang dengan penuh! Dia seakan-akan menjerling-jerling. Dia memerhatikan aku seola-olah ingin aku merabatnya, mendakapinya, mengucupnya seindah malam sunyi itu, diringi lagu burung serindik yang masih berkicauan keciciran anak. Bulan itu seperti mengerjip matanya. Sinarannya terang bak lampu neon keterangan! Angin membisik sepi-sepi gulita.

Bulan itu bulan mengambang. Ada cerita disebalik kembagannya. Ada rahsia di belakang cerita. Semua bertanya-tanya, apa dia??? Semua gelisah tidak tentu hala. Bulan itu mengambang lagi. Kelak ia akan lenyap bersahaja. Pasti ada berita dan cerita!!




Di manakah perginya punduk tatkala bulan mengambang?? Di manakah bintang yang memagar bulan dikala siang menghilang??? Ah! semua sudah tiada! Mengapa dan kenapa? Tepuk dada, tanya diri ya..

Malam oh malam. Malam itu ibarat bayang hitam bertebangan. Berderum awan berolak, berombak, mencari jalan. Kadang-kadang sesat di perantauan. Tiada haluan. Kasihan akan awan.

Aduh, apa aku mengarut ni??? maaf kekawan, aku baru lepas makan, so kenyang perut suka hati. Otak pun melayang-layang la jugak. Maaf bebanyak. Sekadar coretan malam jumaat ini. Sekadar tulisan bersahaja. Tafsiran peribadi.


Thursday, August 27, 2009

Jaguh Kampung Itu


Entahlah mengapa entri pada kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya. Sedikit pendedahan dibuat tentang zaman kanak-kanak. Seronok apabila memikirkan zaman kanak-kanak dahulu. Hidup penuh dengan keseronokan.

Tambah-tambah lagi pada bulan mulia ini, bulan Ramadhan ini. Seingat aku, bulan sebegini, akan bermulalah musim mercun!! Walaupun meriam buluh sudah tidak popular pada zaman itu, tapi meriam tanah, meriam tin tetap popular. Mercun seperti mercun bola pernah wakty dahulu menghancurkan sebahagian jari tangan aku. Hilang daging-danging merah. Waktu itu, aku ialah seorang hero yang tidak gentar pada apa-apa. Maklumlah zaman kanak-kanak.


Dia memang nakal masa dahulu, Jaguh kampung itu. 1996 (masih kurus)

Dibesarkan dalam persekitaran perkampungan, sememangnya suasana kekampungan sangat menyeronokkan. Setiap bulan pasti ada 'musimnya'. Ada musim bermain wau (layang-layang), main gasing, main 'kayu tiga', masuk bendang sawah padi, musim banjir, musim badminton dan macam-macam lagi. Semuanya seronok-seronok belaka. Ibarat jaguh kampung, setiap permainan perlu dijuarai, dikuasai! Kalau tidak, memang 'down' la kot.

Dulu aku sangat aktif, nakal, dan sememangnya banyak idea gila-gila. entahlah apa yang gilanya, tapi semuanya mematangkan aku. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Melihat dunia luar bukanlah satu kejutan, anak kampung ini gigih berusaha. Jati diri masih ada. Pantang menoleh ke belakang. Biar tersadung, tapi tetap kena bangu semula. Jaguh kampung ini bukan sebarangan, jaguh kampung ini besar cita-citanya!

Seronok benar waktu kanak-kanak bukan? tapi bila dah besar, barulah faham akan tangggungjawab, amanah, dan tugas yang perlu dipikul. Sekali renung, lebih baik aku jadi batu, bak kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq, lebih baik jadi seeokor burung. Tiada bebanan tanggungjawab. Bahkan jika kambing yang terlepas pun akan ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana suatu masa nanti. Inikan pula amanah yang dipikul. Manusia kata mereka mampu, kadang-kadang mereka mengaku tapi penipu. Mereka lupa. Aduhai, Amanah itu paling berat. Amanah itu bukanlah permainan yang boleh disorong tarik macam kereta mainan.


Sunday, August 16, 2009

GDC Kepeningan!!!


Semalam aku jadi bingung memikirkan negara pilihan untuk fly nanti. UK? New Zealand? Canada? atau Australia? Aduh, aku benar-benar bingung. Dalam kepala masih tiada jawapan. Hanya menunggu hidayah tiba Ah, biarkan, nanti aku tetap akan membuat keputusan, tapi bukan sekarang. Istakharah sudah dibuat, jadi tunggu sahajalah kalapangan dada itu tiba. (inilah sikap aku jika berkaitan dengan membuat keputusan muktamad dalam menentukan arah hidup)

Cuti tiga hari. Sabtu, Ahad, dan Isnin. Memang membosankan. Tinggal di bilik, aku buat kerja, Lab report, Business Marketing Plan competition,Settlekan Plan Treasure Hunt, Settlekan borang maklum balas pelajar untuk kem G2S dan prepare for EE and TOK. Aduh, memang bosan. Roomateku pula sibuk menguruskan Softball Clinic manakala aku keseorangan di bilik. Aku kesepian. Semalam, sempat berbual dengan emak, bincang tentang transportation untuk balik cuti nanti. Kali ini aku beralih angin. Kereta api jadi pilihan. Dari menaiki pesawat A320 dengan purata kelajuan 800 km sejam hanya mengambil masa sejam untuk sampai ke rumah halaman, kini aku memilih kereta api dengan puurata kelajuan 70 km sejam dan mengambil masa 12 jam untuk sampai ke rumah!
Inilah aku, suka mencuba.

Dan di bawah ini pula, jangan ditanya, akibat boring terlampau dan ada juga perasaan 'perasan' di situ. Sekadar hiburan ringan. Tiada gurauan. (ye ker)



Chemistry : Pure Mathematics = Adik : Abang
Adik + Abang = Selalu Gaduh
Pelerai pergaduhan = GDC




Sebab pergaduhan = Acid and base : camna nak cari pH??


Tekan -log [H] pastu letak concentration of Hydrogen ions.. senang jer..
So, ni jawapannya..
lalala...


=




Apakah????? GDC sudah Pening!

* GDC - Graphic Display Calculator


P/S : Misi V 2.0 is still progressing..


Saturday, August 8, 2009

Revert Kedahan!!!!

Kali ini aku ingin menggunakan gaya yang berbeza sedikit. Sengaja mencari kelainan. Sekarang tibalah masanya untuk merubah gaya bahasa penulisan pada post kali ini sahaja ke dalam loghat kedah.

Ehem3..


'Loghat kedah aku dah hilang weyh!! X kluaq sangat dah macam dulu. Tatau pasai apa jadi lagu nih. Dulu aku rasa ok la lagi. Tapi lidah ni dah keras lagu len ja. Nak reyau jugak aku kadang2. Nak tukaq balik pun payah. Ni lah akibatnya kalau asyik duk Murtad Kedah! Waaaa. Tolong aku! X reti sangat nak cakap ngn orang nih. Dalam pala otak ni asyik duk bunyi ayat formal ja!

Tapi kalau duk cakap dengan orang Kedah keluaq la jugak. Munkin lepas ni kena tukaq gaya rasanya. Insaf2.. Rasa insaf bila aku pi pasap malam, tup2 dengaq macam2 stail loghat kedah. Fuh, aku ni memang seorang pelupa akan asal usulku (p/S: jgn tiru) Tapi prinsip aku, masuk kandang kambing mengembik, masuk kadang lembu mengboooo.. Adakah masih relevan?????
xpa2, boleh diterima pakai lagi rasanya.. lalala'



Kekawan, sori la, loghat kedah sudah jarang digunapakai. Jangan salah anggap, aku masih anak kedah sejati!!! Kedah negeriku, Kedah kesetiaanku!! (bukan asabiyah tapi jati diri)


Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman


Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah


Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Biar Jasa Jadi Kenangan!!! Aku tetap Menyokongmu!!




Thursday, August 6, 2009

Kenapa Perlu Bercinta??





Ramadhan Bakal Menjelang

Salam sejahtera semua. Kita telah pun masuk ke pertengahan Syaaban yang lebih kita kenali dengan nisfu syaaban. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kerana masih dilanjutkan usia oleh-Nya. Sedar tidak sedar, bulan mulia, bulan Ramadhan udah hampir tiba. Jadi tarbiyah diri akan bermula lagi, maka ayuhlah kita menyediakan diri dan hati bagi menghadapi bulan yang dikenali sebagai madrasah ini. Ayuh jua sama-sama kita mantapkan rohani, bertaubat atas dosa-dosa yang lalu dan seterusnya memulakan Ad-Din yang baru beserta amalan yang lebih berterusan. Ingat, niat adalah segala-galanya. Semuanya bermula dengan niat. Seorang yang berjaya tidak akan berjaya tanpa keinginan ataupun niat. Ikhlaskan semata-mata kerana Allah SWT.


Jiwa yang sentiasa meronta

Jiwa manusia sentiasa meronta. Ya, siapa kata jiwa manusia sentiasa tenang? Bahkan hari ini dengan kemajuan yang ada, manusia ibarat tercari-cari ruang dan keselesaan yang benar-benar mencapai tahap kepuasan mereka.

Aduhai manusia
Jiwamu sering bergolak
Jiwamu sering gelisah
Hatimu hilang tiada petanda


Kenapa perlu Bercinta?


Ini bukanlah ruangan Saifulislam.com wahai sahabat kalian. Ini jua bukanlah tempat meluahkan perasaan. Ini juga bukan simbol diri ini, tetapi sedikit kupasan yang ingin dicoretkan. Hidup tanpa cinta itu laksana bunga yang tidak mengeluarkan wanginya. Benarkah sedemikian rupa? Walhal cinta yang berputik belum tentu mengeluarkan tunas kebahagiaan. Dan ia belum tentu meraih sejuta kemanisan. Dan ia belum tentu melahirkan benih keikhlasan di hati. Adakah hati kita ini sentiasa dirundung ribut kegelisahan seperti yang dihuraikan pada awal bab tadi? Persoalannya, adakah cinta yang berseni ibarat mekarnya kasturi mampu bertahan selama-lamanya seandainya wangian itu dilepaskan tanpa asal usul kawalan. Ah, Cinta itu cinta buta! Cinta yang bertemankan nafsu syahwat. Cinta yang tergelincir dari pautan Illahi. Cinta yang membibirkan rasa takut pada Pencipta tapi diselewengkan juga.

Ini bukan masalah diri kita, bukan masalah keluarga, dan bukan masalah orang perseorangan, tapi masalah seluruh jiwa. Tatkala hari ini, ada jiwa-jiwa yang dididik dan ditarbiyah dengan sebaik mungkin oleh institusi keluarga, kadang-kadang hanyut jua dibawa ombak pesisiran. Inilah masalah kita. Inilah kelemahan kita. Inilah pelemah jiwa bangsa, jiwa syabab yang mengembang namun malap dipadam debu kegilaan nafsu.


Cuma dan Hanya

Bukan cinta itu salah. Cuma dan hanya, pendekatan dan pemahaman yang kurang jelas. Andaikata cinta dipupuk atas dasar keimanan, atas dasar penubuhan baitul Islam, pembinaan ukhuwah fillah, penjanaan semangat jihad intifada, maka itulah yang sepatutnya. Jiwa umat-umat terdahulu jua bercinta. Tatkala mereka diserang oleh musuh-musuh Allah, tatkala mereka mencari kekuatan berjihad, dan semasa mereka memerlukan insan rusuk kiri, di situlah implementasi cinta sebenar. Cinta mereka berlandaskan akidah dan jua matlamat bersama.

Kalian, sekadar coretan dari hati yang terbuku, akhirnya keluar jua agar ia tidak bernanah lagi. Kenapa perlu bercinta? Usah tepuk dada, tapi tanyalah minda, perahkalah iman, lihatlah dengan mata hati, jiwa-jiwa yang merdeka bebas dari cengkaman penggoda. Siapakah penggoda? Merekalah harta, takhta, kuasa dan wanita. Maaf kaum wanita, bukan mahu memperlekehkan kalian, tapi itu hakikat kelelakian. Kalian perlu faham biologi semula jadi mereka. Kalian tidak perlu menjadi 'penggoda', tapi jadilah pembantu ketua nakhoda yang bakal mengemudi ke lautan yang lebih hebat kelak di kala kalian mengikat ikatan yang kukuh dan sah dengannya. Di situlah cinta bakal bermula.


Jika ini yang kalian sebenar mahukan, kenapa perlu tergesa-gesa???






Janji Allah tetap akan dikota

Friday, July 3, 2009

Kejadian dan Mimpi Pelikku

Malam kelmarin, saya tertidur awal setelah begitu letih pada siangnya.Tatkala kepala diletakkan di atas katil, saya lelap dalam lena. Yang peliknya di sini ialah saya telah bermimpi satu peristiwa yang agak menarik tetapi pelik. Sukar untuk ditafsirkan, jalan ceritanya macam realiti, tapi entahlah. Mungkin ada sesiapa yang ingin memberi pandangan, disilakan sama sekali.
Jalan ceritanya begini...

'Saya telah masuk ke satu zaman iaitu kalau tidak silap saya pada zaman tentera jepun menakluk malaya. Saya telah terkandas di sebuah rumah (seakan-akan rumah datuk saya). Di situ saya berjaya menemukan beberapa sahabat saya. Tapi mukanya samar2, tidak dapat dikenal pasti. Maka bermulalah detik cemas, apabila tentera Jepun datang menceroboh rumah. Pada mula tidak bersenjata, jadi saya berjaya membelasah mati beberapa orang tentera Jepun tersebut. Kemudiannya saya berjaya lagi membunuh seorang tentera Jepun; kali ini bersenjatakan senapang. Saya merampas senjata tersebut sebagai satu bentuk menghadapai serangan yang akan datang.

Apabila patron tentera Jepun lain tiba, saya dan rakan-rakan saya berhempas-pulas melawan terntera Jepun yang bersenjata, sehinggakan peluru yang terdapat pada senjata saya kehabisan. Jadi keadaan menjadi begitu sangat cemas. Risau-risau patron lain akan datang. Tidak lama kemudian, tiba satu bantuan, (rasanya United Nation kot) membawa bekalan senjata, dan memberi saya cuba sepatah senapang seakan-akan kalanikov AK-47. Saya menembak ke atas. Kata seorang officer yang memberi senjata tersebut, semua bekalan peluru tersebut mampu bertahan beberapa minggu bagi melawan pihak musuh.'

Kemudian... saya terjaga dari tidur kebingungan. Memang blurr dan blank. Rasa pelik yang teramat. Seakan-akan cerita betul, saya seakan-akan hero pada masa itu, namun wujud juga perasaan takut. Ah! mungkin mainan syaitan agaknya. Auzibillahiminasyaito nirajim..


Besoknya pula, nak dijadikan cerita, saya biasa kalau hendak study akan bangun pada malam hari. Bertahajud dan seterusnya mengulangkaji dan membuat kerja2 yang ada. Otak saya lebih fresh jika dibandingkan nak stay up sampai lewat2 malam. Tapi, kelemahannya ialah kemungkinan untuk saya bangun semula selepas tidur amat tipis. Jadi, saya ada cara tersendiri, iaitu dengan tidur di atas lantai berlapikkan kain. Tidur sedemikian rupa memudahkan saya untuk bangun semula, bahkan tanpa menggunakan sebarang alarm. InsyaAllah akan terjaga sendiri tepat pada waktu yang diniatkan. Mungkin kerana badan berasa kurang selesa dengan lantai yang keras dan sejuk.

Begini ceritanya, saya melelapkan mata pada pukul 11.00 malam. Saya benar-benar tidur di atas lantai di sebelah katil saya. Jadi, kemudian apabila saya terjaga, saya mula sedar & saya menyangkakan saya terjaga pada waktu yang diinginkan. Tetapi tidak, jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Suara azan telah berkumandang. Saya terus jadi bingung.

Hah? kenapa aku di atas katil??? Bila masa aku naik atas katil sekali dengan selimut yang aku guna untuk dibuat kain lapik di atas lantai??? Bahkan, macamana Handphone aku turut bergerak berada di sisi aku?? Padahal aku dah letak kat bawah malam tadi?? Adakah aku mamai?? Berjalan semasa tidur?? tidak mungkin!! Nas (roomateku) tidak tahu apa2. Diapun tidur awal. Tidak Mungkin!! Aku berasa seakan-akan memang diangkat oleh seseorang. Kalau ye aku bangun berjalan sendiri dalam berkadaan tidak sedar, masakan selimut dan handphone aku diangkat sekali. Ini tidak mungkin!!

Cuak juga aku memikirkan, cuba memikirkan kesinambungan mimpi tentera jepun dengan peristiwa tidur di atas lantai. Hah, aku perlu bertenang. Tiada apa2. Tapi malam ini aku akan tidur kembali, mungkinkah akan berulang lagi??? Wallahualam..tunggu dan lihat.
Mungkin anda mempunyai pendapat, dialu-alukan memberi komen, saya perlu pandangan.

Friday, June 20, 2008

CAmp english di MRSM LAngkawi [kali ni versi melayu]

salam..
haha, tetiba tingin pulak nak tulis dalam bahasa melayu, bukannya apa, kalau aku tulis dalam bahasa inggeris, x happening sgt.. da la ayat aku termbang ambing, nnti lain yang aku maksudkan lain pulak yang jadinya..

so, pada 13-14 jun yang lalu, aku telah menyertai 'expidisi' ke langkawi bersama rakan2ku yang lain ke maktab lama ku.. mrsm langkawi.. fuh, sebelum sampai kat Kuala Perlis tu, hujan lebat giler!! Sampai aku x nampak apa2 atas jalan raya, ayah aku terpaksa memandu max speed, 20 km sejam,, bayangkan.. memang lebat.. ( dalam hati aku da mula rasa cuak)
aku rasa cuak la sebab nanti feri pun terumbang-ambing dialmbung ombak.. setakat ni aku x pernah lagi dilambung ombak ketika menaiki feri. Nasib baik cuaca reda secepat mungkin... syukur..

So, aku naik la feri pkul 9.30 pagi, sampai di Jeti Langkawi pada pukul 10.30 pagi camtuh. Aku dan Kay Ay berjumpa di Jeti. Kami dibawa oleh Abang P ke maktab. Selepas Check in apparment kitaowang pergi ke DS, lihat2 persekitaran maktab..hehe.. x berubah banyak pun..

Disebabkan Kay Ay terasa boring untuk menunggu Camp yang akan dijalankan besoknya.. jadi kitaowang pun bercadang pusing2 langkawi..Abang P lagi bawak kitaowang dengan menaiki kereta Avanza dia (duit petrol kitaowang support la).. pusing la punya pusing, pastuh kitaowang singgah kat Air terjun telaga tujuh..

Aku ingatkan rendah ja mula2 tuh. tapi, baru ja mendaki sekerat jalan, otot aku yang menyepi selama 6 bulan nih dah mula meradang..




"weyh, kaki aku macam dah hilang la" kata Kay Ay, termengah-mengah. Tengok la tuh, punya la susah dia mendaki, curam sgt, sampai berpeluh-peluh dia.. Ni la jadinya kalau cuti terlalu panjang, daya tahan kardiovaskular dah lemah..

Walaupun begitu, kelihatan Abang P yang sihat nih sentiasa ceria dan happy, dia bagi tips, "kalau nak daki bukit, undur lagi senang", haha.. kata dia.


Tgk abang P, semangat kan.. Sampai ja kat halangan bertangga nih, Adeh, yang ni amat memenatkan otot hamstirng dan quadricep aku.. betoi kata Kay Ay, waktu mendaki nih kaki ku merasa bahang kelenguhan, macam kaki aku nak hilang ja.. tapi aku tetap berusaha.. kata orang, "Chaiyok!" heh, aku bukan peminat drama korea tau.

haha, ni la jarak yang bakal kami tempuhi, kalau jalan mendatar xpe la, nih kena daki. Lenguh kaki wo.. Semangat la sangat nak daki sampai ke puncak, las2..
Las2, kitaowang berhenti kat pondok..dah pancit kat citu.. gambar nih aku amek nak tunjuk kat korang betapa seksanya nak daki. (kalo stamina lemah) So, dipendekkan cerita, kitaowang turun balik cukup kat level 1 air terjun telaga tujuh.. Sampai ada sowang akak nih tnya. "Haish, dah nak turun ka??" kih2..
Jeng2!, terubat juga keletihan tadi bila sampai kat air terjun nih. Seronok x terkata.. air nya jernih, membuat aku terkesima seketika. ( maklumla da lama x mandi air terjun)

Abang P cool ja, aku dengan KAy Ay, kaki kitaowang dah lenguh2 abeh da.. Abang P mmg Power!! ( Sori abg P..)

Tidur sekejap menghilangkan lelah yang masih ada.. kalo boley tido betoi2 mmg syok sgt taim nih.. ( ni posing ja)
Sambil tido, aku melihat ke atas, masyaAllah.. cantik sgt.. Indah x terkata diredah angin kedamaian..

So, aku pun amek la gambar Kay Ay dengan abang P sebelum kitaowang balik ke maktab, memang stylo.

Malam tu, kitaowang semua, ex-student, berkumpul di Bilik warden, bermesyuarat untuk aktiviti yang akan diadakan keesokan harinya. Aku berada di bawah kelolaan Kay Ay selaku ketua perancang aktiviti untuk form 1, kitaowang, aku, kay ay, abang P, Muni mas, Iman, dan Hasif bersepakat untuk mengdakan xtvt time management game, warming up IQ test, dan continueous crazy essays ( ntah la, aku tatau dia punya title pun)

Tapi pada besoknya berlaku beberapa perubahan. aktiviti pertama iaitu time management game berjalan lancar. Namun, aku mengambil alih untuk slot kedua memandangkan kitaowang menghadapi masalh memenuhi masa yang ada. Waktu itu juga la aku teringat game yangpernah aku main waktu jadi PRS dulu.. (soti kay ay, aku x terinagt nak cadangkan malam tuh)

Game dia mudah ja, korang diberikan wang sebanyak RM 1 juta ringgit dan korang dikehendaki meletakkan harga pada tiga anggota badan korang iaitu, kepala, abdomen, dan bahagian bawah dengan harga tertentu mengikut keutamaan. Tetapi, korang perlu memastikan jumlah harga ketiga-tiga anggota korang tuh bernilai RM 1 juta. So, mmg bez la, mcm2 reasons yang budak form kasi, sampai berdebat-debat antara kumpulan.. hoho..siap masuk bab2 biologi, kagum giler..

Slot ketiga diambil alih sepenuhnya oleh Halim.. Dia da bersedia dari awal lagi.. Siap bawak sampul surat byk2 yang diisi tisu.. kagum sgt aku kat dia.. bersemangat.. mcm ni la MARA nak..
hehe..

Halim nih mmg berbakat jadi motivator, pandai mnggunakan ayat2 power, selumber, rilek, ada cerita bez2.. bagus lah..



game pertama dia, memastikan kesemua pelajar nih muat dlam garisan yang da ditetapkan.. buatla apa2 pun, jnji korang muat..haha, pijak la kaki kawan korang..kih2

girls, sedit gak, sebab kalah kepada lelaki,,tapi normal la tuh, ni memerlukan kelebihan fizikal. ( ada ka?)

Las sekali, menggunakan sampul surat yang halim da sediakan, dengan tricknya yg tersendiri, halim berjaya mengumpul derma sebanyak rm 500++ .. aku x ingat sgt.. ya, DERMA..
daripada form 1 dan form2.. caya lah.. nih bukan bisnes tau, derma ja.. nnti masuk tabung kebajikan lah..

So, tamatlah camp tuh,, kemas2 cket, jumpa balik sir helmi.. lepas tuh kitaowang mmbawa diri masing2.. mmg terasa dapat berbakti.. Nak mai lagi la nnti,, InsyaAllah..