Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Si Kecil Comel Ini


Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek kukahwin dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
nenek tua banyak sakit
sekarang nenek nak cari ganti
siapa kena dia yang jadi

lalala~~


Si kecil ini, telatahnya menarik perhatian semua


Lagu ini berkumandang dari mulut anak saudara aku yang masih kecik sekitar 3 tahun lebih. Sungguh petah dia berbicara. Aku kagum. Aku sendiri sudah hampir lupa lirik tersebut. Dalam nada rendah aku cuba ikut lagu tu. Wah! Mengingatkan zaman kanak-kanak.

Lantas aku bawa si kecil comel itu ke hadapan laptopku. YuoTube! Taip 'Nenek si Bongkak tiga' lalu keluarlah senarai video yang ada. Si comel itu mengikut lagu itu dengan mudah sekali. Khusyuk! Tidak terpejam matanya. Baru seusia muda dah pandai berkata, lancar pulak tuh!

Khusyuk betoi bila bagi laptop!!

"Pak cik, nak tengok gambar tuh plak, kartun tu.." Loghat kedah jarang didengar dari mulutnya. Barangkali dia rapat dengan abahnya. Tapi maktuknya pula selalu ajar loghat kedah, jadi, kemungkin akan ada pertembungan di situ. Tengok sajalah apa akan jadi.

Kecomelannya membuatkan sesiapa tergoda! Kepetahannya..hehe..terkesima.

Budak-budak zaman sekarang dah makin pandai. Tatkala aku yang khuyuk menonton Discovery Science dikacau, "Pak Cik, nak tengok Tetombak.." . Err.. Aku rasa serba salah dan terpaksa akur. 24 jam hiburan bagi dunia mereka. Semuanya keseronokan. Alangkah indahnya zaman itu.

Mengenangkan kembali zaman lalu, semasa kecik, aku terlalu aktif, mungkin Hyperactive yang terkawal. Lompat sana sini, panjat, sembunyi, macam-macam lagi lah!

Sama kan??? haha.. Toner lain cket jer..

Tapi kini, kerisauan mula menerpa, generasi akan datang? Bagaimanakah jiwa dan minda mereka. Semakin hari budaya luar mula menerjah. Mungkin paradigma mereka jua berubah. Rancangan hiburan semakin berleluasa. Apa yang aku perlu buat? Secara realitinya aku jua mungkin akan ada anak suatu hari nanti. Mampukah didikan yang sepatutnya diberi? Kita akan jadi ketua keluarga jua. Fikir-fikirkahlah sejenak di kala ruang lapang ada.

Thursday, August 27, 2009

Jaguh Kampung Itu


Entahlah mengapa entri pada kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya. Sedikit pendedahan dibuat tentang zaman kanak-kanak. Seronok apabila memikirkan zaman kanak-kanak dahulu. Hidup penuh dengan keseronokan.

Tambah-tambah lagi pada bulan mulia ini, bulan Ramadhan ini. Seingat aku, bulan sebegini, akan bermulalah musim mercun!! Walaupun meriam buluh sudah tidak popular pada zaman itu, tapi meriam tanah, meriam tin tetap popular. Mercun seperti mercun bola pernah wakty dahulu menghancurkan sebahagian jari tangan aku. Hilang daging-danging merah. Waktu itu, aku ialah seorang hero yang tidak gentar pada apa-apa. Maklumlah zaman kanak-kanak.


Dia memang nakal masa dahulu, Jaguh kampung itu. 1996 (masih kurus)

Dibesarkan dalam persekitaran perkampungan, sememangnya suasana kekampungan sangat menyeronokkan. Setiap bulan pasti ada 'musimnya'. Ada musim bermain wau (layang-layang), main gasing, main 'kayu tiga', masuk bendang sawah padi, musim banjir, musim badminton dan macam-macam lagi. Semuanya seronok-seronok belaka. Ibarat jaguh kampung, setiap permainan perlu dijuarai, dikuasai! Kalau tidak, memang 'down' la kot.

Dulu aku sangat aktif, nakal, dan sememangnya banyak idea gila-gila. entahlah apa yang gilanya, tapi semuanya mematangkan aku. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Melihat dunia luar bukanlah satu kejutan, anak kampung ini gigih berusaha. Jati diri masih ada. Pantang menoleh ke belakang. Biar tersadung, tapi tetap kena bangu semula. Jaguh kampung ini bukan sebarangan, jaguh kampung ini besar cita-citanya!

Seronok benar waktu kanak-kanak bukan? tapi bila dah besar, barulah faham akan tangggungjawab, amanah, dan tugas yang perlu dipikul. Sekali renung, lebih baik aku jadi batu, bak kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq, lebih baik jadi seeokor burung. Tiada bebanan tanggungjawab. Bahkan jika kambing yang terlepas pun akan ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana suatu masa nanti. Inikan pula amanah yang dipikul. Manusia kata mereka mampu, kadang-kadang mereka mengaku tapi penipu. Mereka lupa. Aduhai, Amanah itu paling berat. Amanah itu bukanlah permainan yang boleh disorong tarik macam kereta mainan.


Tuesday, August 18, 2009

Neon Kemalapan

"Ah, neon kemalapan datang lagi!! Apakah yang harus dilakukan wahai sang pemuda?"

Aduh, macamana hendak diterangkan keletihan yang aku hadapi sekarang. Otak sudah tidak mampu berfikir panjang, mata pun asyik tertutup jer waktu dengar liqa naqaba. Letih merundung giri ini. Ah, letih, ingin sahaja aku tendang engkau agar engkau keluar dari ini jika engkau benar wujud dalam alam ini. Tapi itu bukanlah realiti. Letih engkau memang fitrah aku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Letih, benar sangat aku ingin cergas sedia kala secepat mungkin. Namun pada keadaan sebegini rupa, bukan sahaja 100 Plus, Gatorade; bahkan tongkat Ali power root pun tidak mampu mencergaskan diri ini. Nampaknya tiada penyelesai melainkan tidur dah rehat. Rehat, aku perlukan engkau sekarang. Please, rehat, engkau perlu bagi aku ruang dan waktu untuk pulihkan tenaga ini sediakala.

Letih, memang, kau memang ibarat neon kemalapan. Engkau membuatkan aku tampak cergas, tapi secara mentalnya, otak aku sudah tidak mampu berkata-kata sendirinya. Aku perlukan kerlipan kecerahan.

-Neon kemalapan-

Tuesday, July 14, 2009

Jangan Jadi Macam Robot

Manusia = Robot ???

Barangkali mungkin robot adalah suatu ciptaan yang best, dan menakjubkan buat masa sekarang. Asimo contohnya mampu meniru aksi dan gaya manusia dengan baik sekali. Berjalan mahupun berlari, kini dengan kemajuan teknologi semuanya mampu dicapai dengan akal dan ilmu yang dimiliki oleh manusia. Bidang mekatronik dan elektronik mendahului segala bidang dalam menerokai penjelajahan penghasilan robot2 special tersebut.
Kerja mereka tetap sama, boring giler..


Tapi, sehebat mana pun robot yang diciptakan tetap masih tidak mengatasi kehebatan ciptaan tuhan, Allah Azza wajalla. Robot tetap dianggap tidak sempurna. Tidak sempurna. Tidak lengkap. Tidak boleh diharap. Ciptaan Allah lebih hebat, lebih hebat. mungkin cerita fantasi Robot Cop cuba mempamerkan kehebatan ciptaan manusia tetapi itu semua hanya khayalan. Mungkin manusia mampu menciptanya, namun, mengamil masa yang telalu lama bahkan menelan belanja berbilion US dollar.


Mereka tampak hebat, tapi takde kelebihan yang mampu dibanggakan

Jangan Hidup seprti robot. Robot hanya ciptaan biasa. Melakukan kerja berulang-ulang. Penuh repitisi. Tiada nilai estetika. Robot ibarat boneka bergerak-gerak. Sumbangan mereka terhad. Limited. Manusia jangan jadi macam robot. Manusia dicipta dengan sempurna. Mempunyai kelebihan dan potensi luar biasa.

Andaikata, hari-hari, rutin harian mereka sama. Maka Robotlah mereka. Mereka perlu menyumbang. Mereka perlu keluar dari ruang lingkup kebiasaan. Melepak. Menghabiskan masa dia kedai-kedai kopi, contohnya di 'KFC'. Mereka mebicarakan benda yang sama. Mereka beranak pinak. Mereka bekerja. Balik daripada kerja, layan keluarga, isteri, rehat dan tidur. Tenaga mereka direcharged. Itu macam robot. Jangan jadi macam robot. Hanya untuk diri sendiri. Tiada cita-cita yang luas.

Jangan macam mereka, diperguna begitu sahaja


Mereka perlu berubah. Mereka perlu menyumbanga kepada pembangunan modal insan dan juga proses pentamadunan sosial. Mereka perlu memberi lebih daripada menerima. Manusia bukan robot yang melakukan perkara berulang-ulang. Manusia akan boring. Mereka punyai perasaan. Jiwa mereka akan mati. Merka juga perlu diservis. Servislah selalu dengan bacaan kitab-kitab suci Al-quaran, taranum, tadabbur. Mereka juga akan mati macam rosaknya robot. Mereka perlu bersedia kerna mereka akan disoal. Tidak sperti robot yang lenyap begitu sahaja. Jadilah Manusia yang menyumbang. Jangan jadi macam robot.

Wednesday, May 28, 2008

The nervous has come


Last night, i searched for informations about studying IB, what are the subjects I have to learn, the KMB's life, jumping over and over the senior blogs. Fuh!! it was quite boring at first. Somehow when i opened some downloaded files, in format of PDF that contains Business and management subject. So, i read it. Then a moment of stroke came out, a feeling of curiosity had turned out into a feeling of Scared!
My brain confused, my hearth pumped actively, a felt like i lost my world. After a took a relaxation, a deep breath, thinking positively, lastly a managed to fell better.

Actually it is a normal thing to me, to fell anxiety and nervous when it comes a try to learn new thing. i think everybody will feel it! When i scanned the contents of the subject, i became blank and blurred. O' Allah give me meaningful knowledges and ease me to learn new things. this pray always come out in my prayers.

i know, there will be a hardworking job when i step in KMB. i will face the challenge to learn, the hardship of doing assignments, a lot of works!! Will i be ready for all of that?? in my hearth, Allah wishes..

Now, there is still less a month until i enter KMB. on this 3rd July, i have to attend at the PWTC since a got straight A's 1-excellent student awarded by MARA. Alhamdulillah..