Thursday, July 17, 2014

Pandanglah ke Langit, Lihatlah Bakteria Terbang!

Saya amat meminati bidang mikrobiologi, kerana mikroorganisma mikrob sangat mempengaruhi faktor kehidupan di atas muka bumi ini. Mereka makhluk ciptaan yang kecil tapi mampu/telah memainkan peranan besar dalam alam ini.

Bagi yang tidak begitu familiar dengan bidang ini, anda mungkin berpersepsi bahawa mikrob hanya wujud di tempat-tempat yang kotor, berbau dan memualkan. Sebenarnya tanggapan itu bakal berubah jika anda memahami statement berikut.

Tahukah anda bahawa saintis baru-baru ini mula mengenalpasti bahawa proses pembentukan awan, hujan dan ais kristal sebenarnya dimainperanankan oleh mikrob/bakteria? Peranan bakteria dalam membantu proses pembentukan awan mula mendapat perhatian dan kajian yang mendalam. Beberapa kajian penting telah menunjukkan bahawa bakteria wujud dan bertebaran di awanan dan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan awan.

Triva: Jika anda pandang ke atas, anda bukan sahaja pandang awan, tapi sebenarnya anda pandang mikrob.

Maha Suci Allah dalam segala Penciptaan.
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan" An-Nur: 43


Rujukan:
http://www.nature.com/news/high-flying-bacteria-spark-interest-in-possible-climate-effects-1.12310
http://www.npr.org/2013/01/29/170459317/bird-plane-bacteria-microbes-thrive-in-storm-clouds
http://www.naturalnews.com/042895_ice-making_bacteria_precipitation_German_scientists.html#

0 comments: