Thursday, August 27, 2009

Jaguh Kampung Itu


Entahlah mengapa entri pada kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya. Sedikit pendedahan dibuat tentang zaman kanak-kanak. Seronok apabila memikirkan zaman kanak-kanak dahulu. Hidup penuh dengan keseronokan.

Tambah-tambah lagi pada bulan mulia ini, bulan Ramadhan ini. Seingat aku, bulan sebegini, akan bermulalah musim mercun!! Walaupun meriam buluh sudah tidak popular pada zaman itu, tapi meriam tanah, meriam tin tetap popular. Mercun seperti mercun bola pernah wakty dahulu menghancurkan sebahagian jari tangan aku. Hilang daging-danging merah. Waktu itu, aku ialah seorang hero yang tidak gentar pada apa-apa. Maklumlah zaman kanak-kanak.


Dia memang nakal masa dahulu, Jaguh kampung itu. 1996 (masih kurus)

Dibesarkan dalam persekitaran perkampungan, sememangnya suasana kekampungan sangat menyeronokkan. Setiap bulan pasti ada 'musimnya'. Ada musim bermain wau (layang-layang), main gasing, main 'kayu tiga', masuk bendang sawah padi, musim banjir, musim badminton dan macam-macam lagi. Semuanya seronok-seronok belaka. Ibarat jaguh kampung, setiap permainan perlu dijuarai, dikuasai! Kalau tidak, memang 'down' la kot.

Dulu aku sangat aktif, nakal, dan sememangnya banyak idea gila-gila. entahlah apa yang gilanya, tapi semuanya mematangkan aku. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Melihat dunia luar bukanlah satu kejutan, anak kampung ini gigih berusaha. Jati diri masih ada. Pantang menoleh ke belakang. Biar tersadung, tapi tetap kena bangu semula. Jaguh kampung ini bukan sebarangan, jaguh kampung ini besar cita-citanya!

Seronok benar waktu kanak-kanak bukan? tapi bila dah besar, barulah faham akan tangggungjawab, amanah, dan tugas yang perlu dipikul. Sekali renung, lebih baik aku jadi batu, bak kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq, lebih baik jadi seeokor burung. Tiada bebanan tanggungjawab. Bahkan jika kambing yang terlepas pun akan ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana suatu masa nanti. Inikan pula amanah yang dipikul. Manusia kata mereka mampu, kadang-kadang mereka mengaku tapi penipu. Mereka lupa. Aduhai, Amanah itu paling berat. Amanah itu bukanlah permainan yang boleh disorong tarik macam kereta mainan.


6 comments:

Akmal Hayat said...

kurus kot!!!

hahahaha

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

amin, perubahan aku inverse ngan ang kot~

kehkehkeh~

Amin Rox said...

to Akmal,
haha, itu bukan kurus, tapi tough kot, kecik dah aktif.. haha, tapi nak wat camna gene tough masih ada. Aku waktu baby 4.0++ kg kot!!!

Amin Rox said...

Syahmi, serius aku jeles tgk ang. Dah ar makan banyak gila, badan x nek2, makin turun ada la. kalo aku cfirm nek mendadak.

alaq ashiqin said...

salam ziarah...
nie mesti kes budak hyper mase kecik...ish2....
"sesungguhnya tanggungjawab kita lebih besar daripada masa yangkita ada"
-Hassan Al-Banna-
nak wat camne, kite kan khalifah Allah...
terus berjuang!!(*o*)

Amin Rox said...

Thanks Alaq, Wah, membakar semangat nih!!! jom berjuang!!