Thursday, August 6, 2009

Kenapa Perlu Bercinta??





Ramadhan Bakal Menjelang

Salam sejahtera semua. Kita telah pun masuk ke pertengahan Syaaban yang lebih kita kenali dengan nisfu syaaban. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kerana masih dilanjutkan usia oleh-Nya. Sedar tidak sedar, bulan mulia, bulan Ramadhan udah hampir tiba. Jadi tarbiyah diri akan bermula lagi, maka ayuhlah kita menyediakan diri dan hati bagi menghadapi bulan yang dikenali sebagai madrasah ini. Ayuh jua sama-sama kita mantapkan rohani, bertaubat atas dosa-dosa yang lalu dan seterusnya memulakan Ad-Din yang baru beserta amalan yang lebih berterusan. Ingat, niat adalah segala-galanya. Semuanya bermula dengan niat. Seorang yang berjaya tidak akan berjaya tanpa keinginan ataupun niat. Ikhlaskan semata-mata kerana Allah SWT.


Jiwa yang sentiasa meronta

Jiwa manusia sentiasa meronta. Ya, siapa kata jiwa manusia sentiasa tenang? Bahkan hari ini dengan kemajuan yang ada, manusia ibarat tercari-cari ruang dan keselesaan yang benar-benar mencapai tahap kepuasan mereka.

Aduhai manusia
Jiwamu sering bergolak
Jiwamu sering gelisah
Hatimu hilang tiada petanda


Kenapa perlu Bercinta?


Ini bukanlah ruangan Saifulislam.com wahai sahabat kalian. Ini jua bukanlah tempat meluahkan perasaan. Ini juga bukan simbol diri ini, tetapi sedikit kupasan yang ingin dicoretkan. Hidup tanpa cinta itu laksana bunga yang tidak mengeluarkan wanginya. Benarkah sedemikian rupa? Walhal cinta yang berputik belum tentu mengeluarkan tunas kebahagiaan. Dan ia belum tentu meraih sejuta kemanisan. Dan ia belum tentu melahirkan benih keikhlasan di hati. Adakah hati kita ini sentiasa dirundung ribut kegelisahan seperti yang dihuraikan pada awal bab tadi? Persoalannya, adakah cinta yang berseni ibarat mekarnya kasturi mampu bertahan selama-lamanya seandainya wangian itu dilepaskan tanpa asal usul kawalan. Ah, Cinta itu cinta buta! Cinta yang bertemankan nafsu syahwat. Cinta yang tergelincir dari pautan Illahi. Cinta yang membibirkan rasa takut pada Pencipta tapi diselewengkan juga.

Ini bukan masalah diri kita, bukan masalah keluarga, dan bukan masalah orang perseorangan, tapi masalah seluruh jiwa. Tatkala hari ini, ada jiwa-jiwa yang dididik dan ditarbiyah dengan sebaik mungkin oleh institusi keluarga, kadang-kadang hanyut jua dibawa ombak pesisiran. Inilah masalah kita. Inilah kelemahan kita. Inilah pelemah jiwa bangsa, jiwa syabab yang mengembang namun malap dipadam debu kegilaan nafsu.


Cuma dan Hanya

Bukan cinta itu salah. Cuma dan hanya, pendekatan dan pemahaman yang kurang jelas. Andaikata cinta dipupuk atas dasar keimanan, atas dasar penubuhan baitul Islam, pembinaan ukhuwah fillah, penjanaan semangat jihad intifada, maka itulah yang sepatutnya. Jiwa umat-umat terdahulu jua bercinta. Tatkala mereka diserang oleh musuh-musuh Allah, tatkala mereka mencari kekuatan berjihad, dan semasa mereka memerlukan insan rusuk kiri, di situlah implementasi cinta sebenar. Cinta mereka berlandaskan akidah dan jua matlamat bersama.

Kalian, sekadar coretan dari hati yang terbuku, akhirnya keluar jua agar ia tidak bernanah lagi. Kenapa perlu bercinta? Usah tepuk dada, tapi tanyalah minda, perahkalah iman, lihatlah dengan mata hati, jiwa-jiwa yang merdeka bebas dari cengkaman penggoda. Siapakah penggoda? Merekalah harta, takhta, kuasa dan wanita. Maaf kaum wanita, bukan mahu memperlekehkan kalian, tapi itu hakikat kelelakian. Kalian perlu faham biologi semula jadi mereka. Kalian tidak perlu menjadi 'penggoda', tapi jadilah pembantu ketua nakhoda yang bakal mengemudi ke lautan yang lebih hebat kelak di kala kalian mengikat ikatan yang kukuh dan sah dengannya. Di situlah cinta bakal bermula.


Jika ini yang kalian sebenar mahukan, kenapa perlu tergesa-gesa???






Janji Allah tetap akan dikota

10 comments:

al-ikhsan said...

semakin aku baca penulisanmu, semakin aku rasa suatu hari nanti engkau akan menjadi da'ie yang teguh meniupkan semangat da'wah dan jihad dalam diri anak2 muda yang baru mengenal erti hidup jua tarbiyyah.

teruskan perjuanganmu sahabat! aku tetap disisi menyokong dan membantu perjuangan agama ini!

d(>,<)b

Akmal Hayat said...

tatkala hati berkebun...

x salah berkebun..

jika dijaga..

hasilnya juga baik2kan??

huhu

Amin Rukaini Mustafa said...

Al-Ikhsan, insyaAllah,ayuh sama2 teruskan tanggungjawab dan perjuangan ini.. Tarbiyah dan dakwah perlu sebati dlm jiwa.

Amin Rukaini Mustafa said...

Akmal, lebih kurang la.. Hati perlu jua berkebun tapi kena ada baja yang baik, benih yang baik, then kena siram2 la selalu. barulah kebuh itu berbunnga semerbak kasturi.. andai seranga perosak penyerang, maka letaklah racunyyya.. andai ribut kuat melanda, maka tanamlah semula. :)

...zUlaIkHA... said...

pesanan ikhlas untuk muslimat...

serahkan sepenuh jiwamu kepada Allah supaya apabila seseorang lelaki ingin memilikinya..dia perlu meminta daripada Allah..

huhuhu...tol x amin?

Amin Rukaini Mustafa said...

hehe,Zulaikha, betul2.. carilah Cinta yang hakiki dulu.. insyallah akan jumpa cinta yg sejati.

Unknown said...

salm jengok dan lawatan...

mmg zaman remaja selalu membahaskan dan memperkatakn soal cinta ni..(dlm konteks xx+xy)


Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia'



mmg pening gak nk bg opinion...cuba try bc artikel br kat iluvislam...



moga perjuangan diteruskan.....


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1848

Amin Rukaini Mustafa said...

Albanat, terima kasih kerana sudi meng'share'kan pendapat anda walaupun agak pening nak bg peb=ning opinion tuh, hee, xpe2, jgn duk pening2 sgt, satgi len plak jadinya.

sama2 memperjuangkan perjuangan yang dijuang selama ini oleh2 pejuang2 terdahulu yang telah lama berjuang!!
:)

alrite, thanks for the link.

Akmal Hayat said...

orang lain komen pasal cinta..thanks sedia..

kalau aku yg komen..kebun sedia..
diskriminasi apakah ini??

Amin Rukaini Mustafa said...

Oh, ada sebab ar..

Ang aku dah tau jiwa kebun, tu yg susah nak trima pkai tuh, emosi x stabil cket.. sori..