Tuesday, April 16, 2013

Siri I: Kenapa Bioteknologi?

Seringkali orang bertanyakan saya: "kenapa ambil Bioteknologi tak ambil medic?". Bila dengar soalan begini saya senyum. Senyum mengimbau bagaimana saya boleh membuat keputusan memilih bioteknologi. Ceritanya mudah. dari segi kelayakan semasa SPM, saya sememangya layak untuk mengambil jurusan bidang perubatan bahkan jurusan ini pernah menjadi salah satu cita-cita saya pada suatu masa dahulu. Bahkan saya dahulunya mempunyai tiga cita-cita iaitu menjadi seorang Chemical Engineer, doktor perubatan, dan ahli sainstis atau ahli fizik. Minat saya sangat mendalam terhadap bidang sains lahir sejak dari kecil lagi, maka saya amat berbelah bahagi dalam membuat keputusan ini, bahkan saya menyukai ketiga-ketiga bidang ini. Jadi kenapa saya membuat keputusan dengan Bioteknologi dan ada apa dengan Bioteknologi?

Jurusan Perubatan dan Trendnya
Tidak dinafikan bahawa seorang doktor pada umumnya dianggap sangat berprestij dalam profesionalisme. Sehinggakan semasa saya berada di MRSM langkawi, sebuah maktab yang bercirikan teras sains tulen (pure science), bila sahaja ditanya oleh guru-guru apa yang kamu mahu jadi? Maka majoritinya mahu menjadi ahli perubatan. Tetapi persepsi itu tidak bagi saya, saya lebih suka menganalisis fakta berbanding persepsi semata-mata. Faktanya negara kita sedang menghala ke arah negara maju, dan jumlah doktor kian meningkat dengan meningkatnya polisi kerajaan ke arah memperbanyak jumlah doktor di pasaran perubatan.  Dan bagi saya pula, hal ini mungkin satu faktor kecil yang membuatkan saya menoleh kepada bioteknologi, tetapi satu faktor besar lain ialah sikap diri sendiri yang suka mencuba dan berkeyakinan tinggi akan perkara yang telah dikaji rapi. Bagi saya, saya lebih melihat ke hadapan. Negara kita kaya dengan biodiversiti ataupun biokepelbagaian. Kita punyai banyak sumber yang Allah kurniakan, dengan hutan hujan yang begitu luas, dengan flora dan fauna yang bermacam-macam, namun satu perkara yang saya sedar sejak di MRSM ialah kita kurang daya sumber manusia bagi mengeksploitasi sumber ini dengan baik. Andai kata negara ini diserahkan kepada tangan Barat, pasti mereka sudah terokai habis-habisan dengan teknologi yang mereka miliki. Jadi, fikir di luar kotak persepsi, saya mengorak langkah, mengkaji bidang ini dan akhirnya membuat keputusan tetap untuk mengejar cita-cita ini sebagai seorang ahli sainstis atau ahli Bioteknologi.

*P/S: bukan mahu merendah-rendahkan kerjaya doktor, sekadar perkongsian pengalaman. i wish i could be all of them.

Before you walk and choose, anticipate it! With facts. Lot of facts.

Ada apa dengan Bioteknologi?
Pada awal mulanya setelah membuat keputusan untuk mengambil bidang ini dan telah pun ditawarkan untuk menyambung ijazah luar negara dalam bidang Bioteknologi, wujud soalan-soalan yang agak sukar saya perjelaskan kepada orang ramai akan apa itu Bioteknologi? Sukar bukan kerana saya tidak tahu tetapi sukar kerana persepsi masyarakat yang menyerong jauh dek mungkin kerana kurangnya ilmu dan pendedahan. Ditambah lagi sukar jika bersembang dengan makcik-makcik kampung yang tidak faham Sains secara amnya. Maka ada yang mengatakan Bioteknologi ini ibarat petani moden, ibarat seorang ahli kaji pokok, ibarat seorang ahli kaji makanan dan lain-lain. Saya terpaksa mengiyakan dengan sedikit pembetulan. Pada tahap mereka, kita terpaksa memudahkan bicara dan kadang-kadang terpaksa mengiyakan juga. Hakikatnya tidak begitu, seorang ahli bioteknologi bagi saya ialah seorang yang mempunyai gabungan ilmu biology yang luas, paling tidak memahami konsep asas segala lapangan ilmu yang wujud dalam Biologi baik dari aspek mikrobiologi, genetik, fisiologi haiwan dan tumbuhan, genomic, genes, molecular biology bahkan ilmunya merentasi beberapa aspek kejuruteraan serta fizik. Dengan kefahaman segenap disiplin-disiplin ilmu ini, beliau kemudiannya mencari sesuatu dari kesemua ilmu itu untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan manusia. Tugas yang agak berat, tapi itulah yang dilakukan oleh seorang ahli Bioteknologi. Setiap ilmu dan penemuan baru yang dikaji oleh ahli bioteknologi menjanjikan seribu peluang untuk aplikasi-aplikasi lain. 



Ada Contoh lagi Mudah?
Contoh lagi mudah? Hurm. Ok macam ini. saya ambil contoh yang saintifik sikit dan mudah difahami kerana ia dekat dengan kita. Kita tahu bahawa pesakit diabetes (kencing manis) memerlukan insulin untuk merendahkan tahap gula dalam darah, dan biasanya doktor akan menyuntik insulin tersebut kepada pesakit. Tetapi pernahkah anda ambil tahu dari mana datangnya insulin ini? Lebih kurang 40 tahun yang lalu, insulin diambil secara terus daripada haiwan setelah ditapis. Namun, proses ini sangat tidak effective dan tidak menghasilkan banyak insulin dalam sesuatu masa kerana kadar insulin yang dihasilkan oleh haiwan seperti lembu adalah sangat sedikit. Jadi, dengan adanya genetik modification, genes yang menghasilkan insulin ini telah diklon dan dimasukkan kepada bacteria. Disebabkan bacteria mampu membiak dengan laju, maka kadar penghasilan insulin adalah sangat besar dan mampu dijana secara mass production. Kesannya, para pesakit diabetes kini mampu dirawat dengan mudah dan lebih murah kosnya berbanding dahulu. Inilah yang dikatakan bioteknologi, menggunakan aplikasi teknologi yang ada untuk kegunaan manusia. Dalam contoh ini, teknologi yang dimaksudkan ialah genetic modification. Genetic modification merupakan satu teknologi alam ciptaan Allah yang sedia ada dalam bacteria, dan ianya dieksploitasikan oleh ahli bioteknologi untuk digunakan dalam menghasilkan pelbagai produk yang banyak membantu ke arah kebaikan manusia sejagat digabung dengan teknologi-teknologi lain.

Peluang Luas Ke?
Saya jika orang bertanyakan soalan ini, saya akan jawab: "Luas, awak rasa bumi ini ada luas ke tidak? Dalam bumi ini ada macam-macam jenis biological substances yang belum lagi diterokai. Jadi luaslah". Itu jawapan skema untuk membuat perumpamaan spektrum yang ada bagi bidang ini, selagi mana ada kehidupan (biological organism), selagi itulah bidang ini akan terus bernyawa. Dan untuk lebih mendalam, manusia dari dahulu tidak berputus asa mencari penemuan baru dan terus menerus mengkaji demi kebaikan mereka. Dan ini juga tugas seorang khalifah di muka bumi, menggunakan segala sumber yang Allah berikan kepada kita dengan baik. Ok, itu bab nak jawab secara umum, jika soalan tersebut berkisar tentang peluang pekerjaan, saya akan katakan ya juga. Kerana peluang pekerjaan ada di mana-mana dengan lahirnya terlalu banyak syarikat-syarikat Biotechnology. Jika ianya dimaksudkan peluang, maka perlulah ada orang yang merebutnya, apa yang saya mahu katakan ialah mestilah perlu berusaha mencari. Dan perlu lihat fakta daripada perspesi. Lihat di mana kekurangan dan di mana ada permintaan yang tinggi. Dan disiplin mana yang anda minat? Research-based? Academic? Industrial-based? Biopharmaceutical-based? Lihat keupayaan anda dan minat! Jika anda rasa anda tidak mahu bekerja dengan orang dan mahukan gaji lumayan, percayalah bidang Bioteknologi merupakan salah satu bidang yang menjana kekayaan, maka pilihlah usahawan muda Bioteknologi - pasti jalan ini lebih jauh terkehadapan tetapi sudah tentu punyai risiko yang tersendiri. 

"Selagi mana ada DNA (kehidupan), selagi itu peluang Bioteknologi masih ada."- AminRox-


Pengalaman Sendiri Setakat Ini
Alhamdulillah, saya mampu katakan bidang ini amat kena dengan personaliti diri saya yang suka mengkaji. Ianya satu bidang yang lebih fleksibel dalam erti kata, jika anda ada idea gempak, nampak peluang dan potensi sesuatu perkara, anda boleh pergi jauh ke hadapan - ianya memerlukan imaginasi dan pelaksanaan. Satu perkara yang perlu anda tahu, Bioteknologi merupakan bidang core ataupun engine kepada banyak bidang perubatan yang ada sekarang. Kebanyakan aplikasi dari peringkat penemuan ubat-ubatan (protein based) kepada tahap klinikal, boleh dikatakan hampir 70 peratus adalah disumbangkan oleh bioteknologi dan peranan doktor hanyalah menggunakannya dengan baik kepada pesakit. Dan kajian mendalam terhadap sesuautu penemuan baru itu dimainkan oleh ahli-ahli sainstis dari berbagai-bagai lapisan latar belakang ilmu. Jika anda benar-benar berminat dalam lapangan ilmu sains biologi, bidang ini sangat menjanjikan kepuasan ilmu serta eksploitasinya. Orang kata bidang ini hanya di Lab sahaja. Mungkin juga jika anda sedang dalam project ataupun anda memilih untuk membuat research-based. Tetapi realitnya lebih dari itu. Ianya bergantung kepada pilihan yang anda buat. 

Bersambung..
InshaAllah saya akan sambung dengan Siri II dan seterusnya, menjelaskan beberapa idea dan produk-produk menarik yang mampu dijana dari bidang Bioteknologi. Antara yang bakal saya jelaskan ialah: Microbial Fuel cells (sel bateri dari mikroorganisma), Monosodium Glutamate (MSG) production, Biofuel, Antibiotik dan kesannya, Biosensor, serta lain-lain. Saya juga akan cuba menerangkan beberapa idea yang mungkin amat menarik untuk difikirkan untuk tatapan umum dan juga perkara-perkara yang mungkin tidak pernah terfikir yang ada dalam kehidupan biologi. 





105 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Mira said...

saya pun ambik biotech. dh year berapa?

Amin Rukaini Mustafa said...

Dah final year. Nak grad dah. ;)

Nurulain I. said...

Assalamualaikum. I randomly discovered your facebook and found out that you studied in Kolej Mara Banting. I got excited because saya akan melanjutkan pelajaran saya di KMB julai ni, juga dalam bidang Bioteknologi! Sebagai pelajar lepasan SPM, saya pun confused nak venture into which field of study. After doing my research and reading (and still am) , I chose Biotech because as you mentioned, it gives me plenty of options.
Thank you for writing this blog, I find it very insightful and maybe will show me a glimpse of what it is like being a Biotechnologist.

Anonymous said...

really inspiring and motivating :) nice job indeed..saya tengah buat biotech dekat kmb jugak.dah year 2 ..baru je masuk sem 3.doakan saya..teringin nak masuk edinburgh jugak.saya penah jumpa abang time university fair last year .x sangka pulak tuan punya blog ni.lol

Anonymous said...

Assalamualaikum :) nak tanye . is it possible for a biotechnology student to specialised into biomedical engineering since we dont take physics during our ib/foundation level???? tq

Amin Rukaini Mustafa said...

It is possible but when you said specialized, it could also mean doing postgraduate course such as master in biomedical engineering. In that way, yes you can. But if let say for first degree you wanted to do in that area, i think probably not possible unless during your program later, you choose some other elective topics that are related to biomedical engineering. Nevertheless, Biotexh covers everytjing related to biomedical science but nit really in engineering (which is actually other part of field). So if you want to do biomedical engineering, i think you must at the first place choose the right degree. Hope it is helpful.

Anonymous said...

thank you

Anonymous said...

Salam der, antara marine biotechnology, environmental biotecnlogy, food biotechnology mane lagi menarik ? hehe

Amin Rukaini Mustafa said...

Bergantung kepada minat juga. Bagi saya semuanya best dalam biteknologi. Dan as a bioteknologi kita tidak akan membeza-bezakan mana-mana cabang sampingan seperti marine, food atau lain-lain sebab semua akan bergantung kpeada asas kefahaman yang sama. Dan sebagai ahli bioteknologi juga, kita kena ambil tahu semua cabang ini. :)

pelangianganku said...

Assalamualaikum. Thanks for your post. Really great and really interesting. Sekarang ni saya tengah ambil first degree in cell and molecular biology. Tapi saya still tak nampak hala tuju saya. And saya still tak tahu apa yang saya betul-betul minat. So ada tak cara for me untuk lebih nampak pasal bidang saya ni? Thanks a lot :D

Amin Rukaini Mustafa said...

Terima kasih kerana sudi membaca dan bertanya.

Persoalan ini bukan persoalan yang saudari saja hadapi. Saya rasa kebanyakan akan mengalami konflik yang hampir sama.

Jadi untuk menjawab persoalan ni based on pengalaman yg saya ada. Saya rasa dalam mana2 bidang sekalipun minat ini boleh dipupuk dengan cara tertentu. Salah satu cara ialah dengan memastikan kita memahami betul2 dan menyeluruh apa content bidang yg kita ambil tu. Dengan maksud kata lain kita kena study dengan lebih details di luar konteks lecture yg diajar pensyarah. Cari infor tambahan seperti biasakan diri untuk baca science news (science daily atau nature). Sebab usually kita akan dpt develop minat tu kalau kita tahu in details dan menguasai bidang tu lebij dri orang lain tahu.

Cara lain ialah dengan meletakkan reason kenapa awak perlu suke sesuatu tu. Contih sy suke molecular biolgy sebab in the future negara memerlukan tenaga kepakaran dalam bidang ini dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri (contoh). Jadi menjadi tanggungjawab sy untuk menyiapkan diri ke arah itu.

Soal hala tuju, ya memang waktu first year kita tak akan jelas sgt akan perkara ini tpi sy percya bila dan masuk second or final year. Lama2 saudari akan terdedah dengan skop sebenar ruang kerja. Hala tuju ini ada juga kaitan dengan cita2 saudari sendiri. Cuba develop target yang jelas. Contoh. Pada 2017 nanti aku akan mempunyai syarikat sendiri yang beroperasi dalam skop penghasila vaccine sintetik. Dan banyak lagi target2 lain boleh diadaptasikan.

Harap2 menjawab persoalan

Amin Rukaini Mustafa said...

Terima kasih kerana sudi membaca dan bertanya.

Persoalan ini bukan persoalan yang saudari saja hadapi. Saya rasa kebanyakan akan mengalami konflik yang hampir sama.

Jadi untuk menjawab persoalan ni based on pengalaman yg saya ada. Saya rasa dalam mana2 bidang sekalipun minat ini boleh dipupuk dengan cara tertentu. Salah satu cara ialah dengan memastikan kita memahami betul2 dan menyeluruh apa content bidang yg kita ambil tu. Dengan maksud kata lain kita kena study dengan lebih details di luar konteks lecture yg diajar pensyarah. Cari infor tambahan seperti biasakan diri untuk baca science news (science daily atau nature). Sebab usually kita akan dpt develop minat tu kalau kita tahu in details dan menguasai bidang tu lebij dri orang lain tahu.

Cara lain ialah dengan meletakkan reason kenapa awak perlu suke sesuatu tu. Contih sy suke molecular biolgy sebab in the future negara memerlukan tenaga kepakaran dalam bidang ini dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri (contoh). Jadi menjadi tanggungjawab sy untuk menyiapkan diri ke arah itu.

Soal hala tuju, ya memang waktu first year kita tak akan jelas sgt akan perkara ini tpi sy percya bila dan masuk second or final year. Lama2 saudari akan terdedah dengan skop sebenar ruang kerja. Hala tuju ini ada juga kaitan dengan cita2 saudari sendiri. Cuba develop target yang jelas. Contoh. Pada 2017 nanti aku akan mempunyai syarikat sendiri yang beroperasi dalam skop penghasila vaccine sintetik. Dan banyak lagi target2 lain boleh diadaptasikan.

Harap2 menjawab persoalan

Anonymous said...

Peluang pekerjaan meluas x kt malaysia?

Anonymous said...

assalammualaikum....saya nak tanya masa degree biotech boleh specialized x...mcm...specialized ke food biotechnology?
thanks..

THE DEATH LIFE said...

My friend's brother also took biotechnology and graduated in 2011 but until now he stil can't find a job.. He appied a lot but still don'tthe offer. How can u said that there are plenty jobs?

Anonymous said...

Salam, just read your post just now, google2 sekali terkeluar. Hehe. Actually sy sekarang buat Biotech jugak tp dekat Sabah je. Next sem dah final year insya Allah. I wanna ask for an opinion, lg elok kerja or sambung master after hbs degree ni? Actually I'm planning to do MSc kat UK, maybe more to genetics lah. And if so, U mana yg okay? Ednburgh okay x? Best? Hehee. Please reply eh. Tq!

Unknown said...

for me, Biotechnology is great field of study because it emphasized the Biology as the core subject and other related Bio-engineering and chemical fields... Due to its new and much in development, there's still in difficulties finding a job in Malaysia. but in the other well-developed countries such as Russia, Japan, USA and UK, there will be high percentage of hiring professional biotechnologist! Good Luck..

Amin Rukaini Mustafa said...

Maaf kerana take time nak reply. Agak sibuk kebelakangan ini. Peluang di malaysia so far depend on what type of degree dan pengkhususan; dari aspek management malaysia sedang menghala ke arah memperbanyakkan companies di bawah bionexus dan polisi kerajaan. Jadi peluang tu meluas cumanya bergantung kepada jenis pekerjaan aoa ysng kita inginkan? Sama ada management team, research, industry, biopharma, dan lain2.

Amin Rukaini Mustafa said...

Bergantung kepada jenis degree dan univeristy. Setengah uni ada memberikan pilihan untuk kita memilih ke arah bidang yg kita minati. Sebagai contoh di waktu first yeae kita belajar secara meluas, dan di akhirnya lama2 kita menjurus kepada bidang yg specifik. Jadi jawapan sy boleh.

Amin Rukaini Mustafa said...

Yes indeed. What I mean it has a very broad opportunities. Since biotech covers every single biological application including plant, animal, biopharma, genetic, medical product, and ect. So it means that those who have biotechnology degree could enter into different routes. But off corse it is not enough to have only a degree. Right now, everything is competitive, we have to show that we are the most capable among others. So it is not fair to judge based on your friend's story. As I got several friends who have already obtained their jobs right after degree. It is a matter of competing to each other and always be proactive I guess.

Amin Rukaini Mustafa said...

I totallg recommend you to further study at least for master. Undergraduate itself is simply not enough. In real world, life does not go as: i got a degree then will get a job. Totally no. You have to show that you have something extra than other dont. Master could be a good route. I provides you with ample broad and wide knowledge by preparing you for PhD and jobs application. I guess yes. You shoukd continue.

Amin Rukaini Mustafa said...

Couldn't agree much. I would consider this as a constructive opinion. Though, me myself is a poitive person who see we need to push a bit harder so thaf in the future we will be those responsible to create jobs. This ia challenging but with optimism and clear missio and vision, the sky is not the limit.

Anonymous said...

Hi saya nak tanya kalau ambil biotech ni kena ambil diploma dulu atau boleh ambil A-level dan sambung terus degree di luar negara? Tempoh pengajian selalunya berapa lama dan antara kerjaya yg berkaitan dgn bidang ini apa? Thanks :)

Anonymous said...

Hi saya nak tanya kalau ambil biotech ni kena ambil diploma dulu atau boleh ambil A-level dan sambung terus degree di luar negara? Tempoh pengajian selalunya berapa lama dan antara kerjaya yg berkaitan dgn bidang ini apa? Thanks :)

Amin Rukaini Mustafa said...

Terima kasih kerana sudi bertanya.

Kebiasaanya, perlu ambil any international prepration program such A-Level, International Baccalaureate (IB) or others yg equivalent. Tempoh pengajian biasanya dalam 3-4 tahun bergantung kepada struktur silibus.

Bidang dan peluang pekerjuaan skopnya luas. Paling mudah saya nytakan:

1. Management level - marketing/business plan
2. R&D level - research/Research assistance
3. Consultant companies
4. Lecturers
5. Entrepreneurs - own company
6. Full time researcher di research institute (PORIM/MARDI dan lain2)
7. Biopharmaceutical companies
8. Research analysis (hospitals, government based institute/ SIRIM and others)

dan lain2.

Anonymous said...

Hi,I'm interested in taking biotech since the beginning, however my spm result wasn't that good.
My plan now is to re sit all papers which I'm not satisfied to make it all A's.
My question is how long will it take in studying biotech which includes the A-level and degree?
Another question is am I too late to do that as I am re sitting spm again for this year?
Btw, could you tell me a bit about your experience in taking biotech? Please let me know soon, Thank you :)

Anonymous said...

assalamualaikum saya nak tanya,saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidg mikrobiologi..adakah saya boleh mempelajari bdag bioteknologi??

Anonymous said...

Salam.

Hi. I was happy to see someone doing the same thing as me. Now that I have finished my Msc Biotechnology, I find that I struggle to think of what I should do. I really want to be a lecturer in biotechnology related subjects since I have spent more than 5 years dealing with biotech.

tapi sekarang, let's just say, tak banyak tempat kerja yg menawarkan bidang kite ni. Nak masuk jd lecturer, ada je yg boleh masuk dgn Msc qualification tp also very limited.

kenape x nak buat PhD? that's what people always asked me. honestly, I really do not have the patience for it YET. But insyaAllah satu hari nanti la kan..

Sometimes I wonder, if most of us Msc or Bc of Biotech grads are being left out? SPA pun takde kekosongan buat pegawai penyelidikan for biotech. kalau ade pun, 'biologi molekul'. tapi my status was, tidak melepasi syarat. walhal, itu lah salah satu core subjects kite and my undergrad research project.

and so.. I would like to ask for your opinion as a fellow Msc biotech grad. What are you doing now (if u are working) or what do u want to be?



Anonymous said...

salam. apa pendapat awk , kalau saya buat diploma bioteknologi di iukl?

Amin Rukaini Mustafa said...

Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab dengan cepat memandangkan agak sibuk beberapa minggu ini.

Saya akan cuba menjawab sedaya mampu.

Soalan pertama:
My question is how long will it take in studying biotech which includes the A-level and degree?
Another question is am I too late to do that as I am re sitting spm again for this year?

Jawapan saya:
To be fair, usually it might take about 2 years for A-level preparation program + another 3-4 years of biotechnological degree.

Regarding resit, i am no so sure, but i would say try to get any first degreee for your placementa and then try to work for you second degree. (Achieve good result first degree)

Amin Rukaini Mustafa said...

Soalan:
assalamualaikum saya nak tanya,saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidg mikrobiologi..adakah saya boleh mempelajari bdag bioteknologi??

Jawapan saya:
ya, bidang microbiology sememangnya ada di bawak skop bioteknologi bahkan antara yang terluas.

Cumanya saudara/saudari perlu faham bahawa bidang bioteknologi ini melihat skop aplikasi mikrobiologi. Saudara/saudari akan belajar tentang mikrobiologi dan kemudiannya memahami dan mengaplikasikan kefahaman tersebut dalam bentuk 'tangible application'.

Berbanding bidang-bidang lain seperti perubatan, mereka juga belajar mikobiologi tapi fokus mereka lebih kepada pathology dan juga kesan terhadapan kesihatan manusia.

jadi seorang ahli biotek melihat mikrobiologi secara meluas dan terkehadapan.

Amin Rukaini Mustafa said...

Soalan:
I would like to ask for your opinion as a fellow Msc biotech grad. What are you doing now (if u are working) or what do u want to be?

Jawapan saya:

Thanks my fellow Msc Biotech. Yep, indeed you are right in term future and prospects. Couldnt agree more.

My mission and vision is to actually pioneer in at least one entrepreneurial areas which means i am interested in business.

But this does not mean i have to sacrifice my fundamental interest job which is research line. I want to be a scientist or more precise entrepreneurial scientist. I have several business idea which i think will work out. And i am considering to further into PhD in my field of interest.

Yes, i will do both. I know it is hard, but i believe this could be done with proper plans, networking, organisations and team-work. I have set up some several partnership within my colleague and we are expecting to pitch out business idea soon. InshaAllah. Would great if you are interested, feel free to contact me if you are interested. :)

Amin Rukaini Mustafa said...

Soalan:
salam. apa pendapat awk , kalau saya buat diploma bioteknologi di iukl?

Jawapan:

Pendapat sya, teruskan. Jangan cepat risau. Sebab basically awak akan ada banyak peluang lagi ke hadapan. Jangan anggap first degree/diploma sebagai penghabisan. Cuba aim paling kurang second degree seperti master and slowly you will build self-esteem dan kepakaran dalam bidang ini.

Dan yang paling penting, dahulukan dengan niat yang betul dan minat yang mendalam. Bidang ini bukanlah buat duit sangat, tapi dengan minat, duit dapat, kepuasan pun dapat. Orang panggil sebagai 'passion'. :)

Unknown said...

Salam..saya nk tnye tentang gaji dlm bidang bioteknologi lumayan ke x?
Masih membanding2kan bioteknologi dan biomedic..pening x tau nk pilih yg mana

Unknown said...

Salam..saya nk tnye tentang gaji dlm bidang bioteknologi lumayan ke x?
Masih membanding2kan bioteknologi dan biomedic..pening x tau nk pilih yg mana

Widad Damia said...

Salam..sye nak tanya tntg Mres n MSc...i'm planning to pursue for my master's degree in UK but kind of stuck in the middle due to this..is there any significant difference btwn these two?which one will benefit better?really need your help..thank you :)

Unknown said...

Salam....

Saya minat bidang engineering + biotechnology ... sebab engineering dia byk tekankan how we create a solution for a single problem.. dan nak integrasikan dalam biotechnology .. Is it okay if I'm pursue in chemical/biochemical/bioprocess and biotechnology degree? I would like to take double major or double degree program ... cause' it is really hard for me to choose between these science field ahaha.. and I really hv deep interest in molecular biology also in engineering ..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

also, saya nak jgk jadi entrepreneurship scientist nak bukak bisnes sendiri when I gradz n master both in engineering n biotech discipline .. why not kita developt our country with biotech industry mcm negara lain kn? diorg dah maju tahap Nanotech...

Amin Rukaini Mustafa said...

To Ady Shawn: Saya rasa biomedic dari aspek gaji lebih lumayan. Biotek lebih kepada research line/lecturership. Apa-apa pun bergantung kepada skop pekerjaan. Biomedic is a part of biotek, but biomedic isn't.



Amin Rukaini Mustafa said...

to mohd suhaimi: indeed, Biotek memang integrasi antara beberapa disiplin ilmu termasuklah engineering, seperti new emerging field synthetic biology. Yes, we need more entrepreneurial scientists.

Amin Rukaini Mustafa said...

To widad damia:
Beza antara MRes dan Msc ialah dari aspek module dan skop kefahaman.

MRes melatih individu ke arah research line.

Manakala MSc lebih all-rounded, melatih individu ke arah akademik/research/industry.

Jadi MSc lebih luas skopnya berbanding MRes, tetapi MRes ternyata memberi advantage jika benar-benar ingin sertai skop research lines.

harap membantu.

Myschqa Qylla said...

assalamualaikum, sy lepasan matrik n berminat dgn biotech, genetic n microbiology. masalahnya sekarang sy kena pilih dua je. klu sy pilih degree in genetic, master nnti boleh sambung untuk microbiology or biotech tak? harap reply ye. terima kasih :)

Nur Ain said...

Assalamualaikum, mumtaz ! hehe, saya lepasan matrik, kwn saya ada syorkan ambil biotech, tp saya agakk blur dgn bidang ni, so saya search laa , dan jmpa entri awak, alhamdulillah, saya faham akan bidang ini, mungkin tidak sepenuhnya, saya harap dapat melanjutkan pelajaran dalam kos ini, sekarang tengah tggu keputusan upu, setiap U saya apply biotech , hehe harap saya dapat la, terima kasih atas perkongsian ilmu ini :)

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Myschqa Qylla: Pada pendapat saya tidak menjadi masalah mana-mana satu terdahulu. Cuma izinkan saya bagi penerangan sedikit: Biotek merangkumi ilmu genetik dan microbiologi. Maknanya, jika saudari/saudara ambil biotek, akan belajar kedua-dua sekali. tetapi jika genetic/ microbiologi sahaja saudara/saudari akan belajar terfokus kepada bidang tersebut.

Untuk sabung master, tidak menjadi masalah as long as ada minat. Dan genetic dan microbiology saling berkaitan.

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Nur Ain: Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu membaca sedikit penerangan yang sempat sy kongsikan. Saya faham biotek memang bidang yang amat baru. Usah risau jika saudara berterusan mempunyai cita-cita dan hala tuju yang jelas - segala yang ingin dicapai pasti dalam genggaman.

Alia Syaza :) said...

assalaualaikum.
saya lepasan matrikulasi juga. alhadulillah berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti tempatan. pada mulanya saya mmg minat bidang ini. dan agak gusar adakah saya mampu utk menghabiskn pembelajaran saya. need some advice from you terima kasih :)

Nor Hafiza said...

Assalamualaikum.
saya juga lepasan matrikulasi. adakah saya patut menerima tawaran dalam bidang bioteknologi pertanian ni. sebabnya saya fikirkan sama ada boleh ke bidang ni menuju ke arah lecturer. sabarang cadangan.

Cik Ifti said...

saya pulak ijazah sarjana muda sains dengan kepujian (biologi) . macam mana tu? boleh berkait rapat tak. saya dengar bidang saya ni paling amai yang menganggu..

Unknown said...

Previously:
Thanks my fellow Msc Biotech. Yep, indeed you are right in term future and prospects. Couldnt agree more.

My mission and vision is to actually pioneer in at least one entrepreneurial areas which means i am interested in business.

But this does not mean i have to sacrifice my fundamental interest job which is research line. I want to be a scientist or more precise entrepreneurial scientist. I have several business idea which i think will work out. And i am considering to further into PhD in my field of interest.

Yes, i will do both. I know it is hard, but i believe this could be done with proper plans, networking, organisations and team-work. I have set up some several partnership within my colleague and we are expecting to pitch out business idea soon. InshaAllah. Would great if you are interested, feel free to contact me if you are interested. :)


Assalamualaikum..
Sy ingin bertanya, awak sudah habiskan master ke sedang membuat phd?

saya ada la dgr pasal SLAB/SLAI.. smua kawan2 suruh buat phD overseas.. tp kalau boleh nak sambung dgn former Msc sv saya dlu sbb dia pun dah suruh smbung dgn dia tp dlu.. awak skrg under MARA ke SLAB/SLAI or JPA?

insyaAllah kalau ade rezeki utk memulakan business dlm bidang biotech ni, sy berminat utk berkongsi ilmu dan pendapat.. which biotech field are you keen on pursuing as part of your entrepreneur idea? plant tissue culture?

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Alia Syaza:

Terima kasih kerana bertanya. Benar, memang agak sukar untuk membuat keputusan pada masa-masa begini. Tapi saya cadangkan, apa-apa pun haruslah memastikan bidang yang kita ambil itu benar-benar diminati. Dengan minat dan 'passion' semua pekara yang susah akan dilalui dengan mudah. Dan ya Bioteknologi juga memerlukan passion yang tersendiri, sama seperti bidang-bidang lain, akan ada cabaran, kegusaran dan sebagainya.

Amin Rukaini Mustafa said...

kepada cik farisya: Saya rasa ada juga berkait rapatnya. dalam salah satu silibus course yang saudari pilih tersebut sudah pasti akan ada cabang Bioteknologi. Bioteknologi merupakan aplikasi biologi, cumanya bidang saudari tersebut mungkin lebih menfokuskan kepada teori dan kefahaman biologi berbanding aplikasinya.

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada: capriciousgirlinside yuy

Ya, Alhamdulillah baru sahaja tamat pengajian MSc in Biotechnology dengan distinction. :)

InshaAllah selepas ini akan sambung PhD pula. ya salah satu option ialah dengan mengambil SLAB/SLAI dan saya juga ada consider untuk ambil skim ini.

Undergrad dan Master saya di bawah MARA, tetapi untuk PhD ini mungkin akan goes for Biasiswa agong atau SLAB/SLAI.

Idea business saya setakat ini ialah berkenaan dengan medical devices dan juga agricultural waste managements. Jika berminat, dialu-alulkan untuk berbincang, Saya juga mengalukan sebaarang idea dan pendapat. Boleh emailkan terus kepada: aminruk@yahoo.com

zaty said...
This comment has been removed by the author.
zaty said...

Assalamualaikum... pandangan y sangat POSITIF!! dan saya merupakan antara peminat Biotechnology ... sedikit perihal mengenai saya. Saya berumur 20 tahun. tamat sahaja SPM terus saya dah rangkakan perjalanan saya bagi memilih DIPLOMA bioteknologi(saya memilih diploma krn iA tidak khusus kpd sesuatu sub-course atau lebih rambang). Namun hakikatnya , amatlah sukar utk saya mendapatkan peluang tersebut. Hanya beberapa kolej yang mempunyai kursus tersebut. (saya tidak meneruskan pengajian krn masalah pribadi kolej)Sejak dari sekolah menengah saya begitu meminati bidang ini. Lebih2 lagi dlm research-based! Namun saya meletakkan harapan sekarang untuk melakukan research based in education . Memandangkan tidak banyak peluang di luar sana, saya pula meminati kedua2 bidang tersebut. Oleh itu saya berazam bagi mewujudkan sebuah dunia pendidikan yang benar2 fokus kpd biotechnology.namun begitu, agak mengecewakan kerana saya tidak terlebih dahulu mempunyai apa2 kelayakan mahupun sesuatu sijil dlm kursus ini bagi mengukuhkan lagi cita2 saya. pendapat saya dengan adanya ILMU, baru kita boleh meLAKSANAkan! Saya inginkan sedikit pendapat dan sokongan sahabat2 disini agar saya dapat lebih idea utk sy majukan dri sya. Untuk makluman semua, saya telah menganggur dengan sijil SPM selama lebih setahun, sekarang saya bekerja sebagai kerani admin. byk y sya belajar disini ttg bagaimana utk melaksanakn sebuah dunia pendidikan dri segi perlesenan mahupun apa2 bkaitan sebuah kolej atau pusat bertauliah.saya bersyukur atas perjalanan ini. Namun, tidak dinafikan jauh di sudut hati .. saya ingin sekali mengambil peluang utk mendalami kursus ini dengan belajar terlebih dahulu. Saya amat memerlukan sokongan serta pandangan shabat semua.
Terima kasih :)

Anonymous said...

hai. i wanna ask. can you explain to me the specilisation id drugs discovery? what types of works can i do after i finish my degree? thank you :)

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Izzati: InshaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada yang bertanya (anynomous):
Drug discovery is indeed one of the biggest industry requires many different skills and expertise, starting from finding drug leads, towards clinical skills and productions.

There are different type of specialisations in this field which I might not be able to explain in details here. But frankly speaking, this field offers a wide and depth careers. The scopes is too huge to speak about, as I said, from drug discovery towards the consumers lies many careers, eg. - research teams in labs, drug analysis (clinical scale), computational drug designs and ects. this also did not account a new emerging field - biopharmaceuticals which soon-to-be great future. Hope this answers you.

Unknown said...

As salam,

Saya berpengalaman 5 tahun dalam bidang Chemical Analysis. Dan boleh dikatakan expertise dalam running high end instrument seperti HPLC, LCMS Qtof and CLMS.

Terlibat dalam Research/Teaching sebagai Lab Technician di Universiti Awam. Serta membantu postgraduate serata dunia banyak mendedahkan saya kepada ilmu perkongsian baru.

Saya mempunyai Diploma Industri Bioteknologi dan sekarang sedang sambung belajar dalam PJJ Degree in Science majoring Chemistry. Saya narrow down my interest into Pharmaceutical Industry.

Soalan saya,

1. Adakah saya masih berpeluang sambung belajar dalam Master?

2. Semasa Diploma, saya begitu meminati bidang BioInformatik. Adakah masih related dengan apa yang saya ceburi sekarang?

3. Cadangan dan saranan saudara untuk saya selepas ini.

Mohon komen.

Terima kasih.

Anuar Hassim.

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada anuar hassim:

Terima kasih kerana bertanya.

1. Berdasarkan apa yang saya fahami dari latar belakang saudara, saya rasa tiada masalah untuk sambung master dengan syarat suadara memenuhi requirement untuk ke master, iaitu memiliki ijazah sarjana muda dan dengan result yang memuaskan (3.00-4.00 CGPA) atau kelas kedua dan ke atas.* bergantung kepada Universiti.

2. Bagi saya bioinformatik ini adalah satu bidang yang begitu luas dan berkait rapat dengan pelbagai bidang, bahkan bioinformatik ini dianggap sebagai 'tool'/alat kepada para saintis. Jadi bagi saya, ianya relevant.

3. cadangan saya - cuba siapkan sarjana muda dengan reputasi yang baik dan seterusnya apply for master. Tiada masalah jika bidang sarjana muda dalam major chemistry, ianya sebenarnya akan memberi kelebihan kerana akan memiliki interdisciplinary skill. Berguna untuk keperluan kajian dan sebagainya. Teruskan berusaha dan belajar. Jangan berhenti selagi mana ada peluang dan ruang.

Tahniah diucapkan.

Unknown said...

salam. Nk jadi biotechnologist kena ambil jurusan apa. sains kah?? boleh x kalau tlg cerita full pasal future carrier plan..towards biotechnologist.

Anonymous said...

Wow. Such an inspiring. Well. I'm a student. Yeah. Lepasan Spm. Ok. Just a question, which community college are in US recommended for furthering my in biotechnology. And actually, I really love this field as biology is my favor. But, at the same time, I do love to communicate with people. While you mention that this field require me to be individual. I mean, work by myself. Isn't? What do you think the best solution of my prob?

syafirafieq2224 said...

Assalamuaalaikum..sy nak tanya...masa spm dulu sy x ambil biologi,kimia,dan fizik...bleh ke sy ambil corse bioteknologi ni?

Anonymous said...

mr. Buhangkut

Hi bro,.i really appreciated your blog thread. I'm in third Semester (1st week) for Bsc.(hons) Biotechnology. Until now, i am still confused let me write it

- What did i study?
-What should i do,after graduated? due to many field/subject we have learned such as food technology,cell and molecular,biochemistry etc.. i confused.

- i am afraid of my ownself right now, i totally don't know what to do with these all subject.(i have no idea what this al about) lol i don't event mastered and understand the purpose of each subject i had learned before. i am trying to make it simple to tell you what i felt right now but i couldn't tell it (dang my brain were exploded) haha

- Anyway, i got GPA 3.68 (latest) so bad performances. can i make it up aroudn GPA 3.80? oh :'(

i am screwed up,.. :'(

Unknown said...

ayat macam dalam buku teks dan kurang realistik dengan kehidupan sebenar terutama di malaysia. secara jujur, saya berpendapat malaysia belum bersedia untuk bidang bioteknologi. lihat sahaja berapa ramai graduan bioteknologi yang masih menggangur? lihat sahaja berapa kerat syarikat bioteknologi yang wujud di malaysia ini ?cuba bandingkan dengan nisbah graduan yang keluar saban tahun dari universiti? bukan niat untuk menghentam tapi saya lagi suka berpijak di bumi yang nyata.saya harap saya silap dan sila buktikan dan sangkal kata-kata saya ini

p/s: percaya atau tidak kita belajar untuk mendapatkan kerja dan kita kerja untuk mendapat duit

Amin Rukaini Mustafa said...

Bagi saya tiada frasa bersedia atau tidak. Mahu tidak mahu kita kena mulakan. Jika mahu tunggu untuk bersedia, persoalan saya kepada cik Shida Watu - bila kita akan bersedia.

Falsafah saya, aspek kebersediaan ini bermula dari sekarang dan bila-bila masa. Itu semua cabaran. Melalui pemerhatian saya, banyak sahaja pasaran untuk graduan biotek, cumanya yang menjadi masalah ialah graduan kita terlalu memilih bidabg, pengkhususan kerja pada peringkat awal.

Tidak dinafikan juga dalam sesetengah keadaan pasaran biotrk dilihat terlalu sedikit kerana gagal melariskan diri di pasaran syarikat-syarikat swasta.

Kerancakan biotek di malaysia akan terus berlangsung walaupun wujud statement negatif seperti ini, kita bermula dari bawah bukan dari atas.

Amin Rukaini Mustafa said...

Basically kalau nak jadi ahli bioteknologi memang perlu ambil jurusan sains terutamanya biologi.

Future carrier bagi saya terlalu luas bermula dari geneticist, immunologist, bioinformatist, scientist dalam bidang2 diminati, kerjaya technical dalam aspek industri, bahagian pentadbiran, constultations dan ect. Biotechnologist tak semestinya mereka yang hanya duduk dalam makmal.

Amin Rukaini Mustafa said...

Not really. To me a biotechnolpgist has to be all-rounded person. She or he can work an excellent individual so do within a team. This is crucial in every aspect of working conditions whether in a laboratory, a company or an organisation.

Amin Rukaini Mustafa said...

A bit susah sebab bioteknologi memerlukan background sains especially biologi dan kimia.

Apa pun, ianya mungkin boleh lagi dikejar andai kata saudari mengkhususkan bidang sains pada peringkat lebih tinggi selepas ini. Bergantung juga kepada syarat kelayakan sesuatu course yg ditawarkan.

Amin Rukaini Mustafa said...

I knew and I feel you bro. Basically as a biotechnologist, we have to learn all biological sciences subject, if not all some of them. All of these subjects are compulsory to learn because it will form our general knowledge. Since biotechnology is very huge, all of these understandings hopefully will help by guiding us to understand more advance problems in the future. To me it is a matter of time and how you could apply all of this into a real life problem-solving experience. You have to push yourself thinking in a prospect of birdview and try to understand it in such great details.

Amin Rukaini Mustafa said...

I knew and I feel you bro. Basically as a biotechnologist, we have to learn all biological sciences subject, if not all some of them. All of these subjects are compulsory to learn because it will form our general knowledge. Since biotechnology is very huge, all of these understandings hopefully will help by guiding us to understand more advance problems in the future. To me it is a matter of time and how you could apply all of this into a real life problem-solving experience. You have to push yourself thinking in a prospect of birdview and try to understand it in such great details.

Unknown said...

Kurang bersetuju walaupun kita berada di dalam bidang yang sama. Alangkah indahnya jikalau kata-kata anda ini suatu realiti kehidupan masa kini. seperti yang saya katakan saya lebih suka berpijak di bumi yang nyata dan bukan nya berfalsafah seperti seorang cendekiawan tanpa memandang dunia sebenar di luar sana.

"Graduan yang memilih kerja" sering kali dijadikan alasan yang klise bukan? anda boleh jumpa alasan-alasan seperti ini yang sering menyalahkan graduan dan bukannya memandang ke akar umbi. Masih relevankah alasan anda ini?



Amin Rukaini Mustafa said...

Ini bukan alasan tapi ianya berdasarkan pemerhatian saya.

So far, semua rakan-rakan seperjuangan saya yang semuanya memiliki latar belakang bioteknologi mendapatkan pekerjaan masing-masing. Yang saya lihat mereka yang tidak mendapatkan peluang pekerjaan terdiri daripada mereka yang:-

1. Tidak berminat dalam bidang ini
2. Tidak berusaha apply kerja (malas nak hantar CV, buka account profesional dan ect).
3. Ada minat/bakat lain yang kendiri (menulis, sastera da ect).
4. Memilih skop kerja (mahu research tapi tidak mahu masuk petandbiran atau vice versa).
5. Memilih skop minat -suka mikrob jadi xnak buat genetik dan ect.

Saya sendiri ketika balik dari luar negara pada awalnya berasa susah untuk dapatkan kerja tapi itu srbab saya mebgharapkan peluang datang bergolek. Tapi sebenarnya tidak, setelah menghabtar seberapa banyak CV, application (tidak terbilang);barulah saya dapat beberapa peluang dan tawaran.

Jadi, adakah saudari/puan anggap mebcari kerja ini semudah klikdan dapat? Jika ya, maka itu mungkin pengalaman mudah saudari/puan sendiri yang dipermudahkan.

Saya berani nyatakan, ianya bukan sahaja di Malaysia bahka di luar negara sekalipun -tidak sesemudah yang difikirkan. Ada selection, intrviews yang lebih susah.

Wallahualam.

Amin Rukaini Mustafa said...

I knew and I feel you bro. Basically as a biotechnologist, we have to learn all biological sciences subject, if not all some of them. All of these subjects are compulsory to learn because it will form our general knowledge. Since biotechnology is very huge, all of these understandings hopefully will help by guiding us to understand more advance problems in the future. To me it is a matter of time and how you could apply all of this into a real life problem-solving experience. You have to push yourself thinking in a prospect of birdview and try to understand it in such great details.

Unknown said...

Mungkin belum sampai apa yang ingin saya katakan. Bukan untuk mencari salah atau menyalahkan mana-mana pihak, cuma saya merasakan anda juga perlu mengambil kira 'Realiti sebenar' didalam setiap penulisan anda dan bukanlah berdasarkan skrip klise yang datang dari buku teks semata-mata.Anda ibarat seorang "salesman" yang hanya menceritakan sisi baik sahaja tanpa mengambil kira sisi yang lain.

Tidak Mengapalah, saya doakan anda selamat maju jaya dalam bidang yang anda ceburi

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya saya faham. Perlu saudari/puan faham entri blog ini bertarikh 2013 bukannya latest writing. Maka penulisan ini ditulis semasa saya di alam undergraduate level, maka lebih kepada isi pati penerangan dan apa itu bioteknologi. Objektif ini dipilih kerana bioteknologi masih tidak difahami ramai oleh masyarakat umum, maka ianya ditulis khusus untuk memberi penerangan secara asas kepada orang ramai. Memandangkan latar belakang sy pada ketika itu masih 'mentah' maka fokus saua sudah tebtu kepada latar belakang biotekbologi itu sebdiri.

Ya, benar sekarang mungkin pandangan saya sedikit berubah. Saya juga sedia maklum akan input2 yg saudara maklumkan cuma dlam berpijak di bumi yg nyata, saya tidak akan secara mudah mewujudkan statement yg negatif dalam bidang yg ceburi ini. Mungkin claim saudari/puan ada betul dan asasnya tapi apakah peranan kita dalam hal ini? Adakah sekadar merungut tanpa sebarang tindakan.

Apa-apa pun saya hargai komentar dan diskusi saudari. Ianya serba sebanyak memberi input yang baik kepada saya. Saya mensasarkan untuk menulis sebuah buku berkaitan situasi di Malaysia. Entri blog ini bagi saya agak general.

Sekian, selamat maju jaya juga. Salam perjuangan.

Regards,
Amin

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya saya faham. Perlu saudari/puan faham entri blog ini bertarikh 2013 bukannya latest writing. Maka penulisan ini ditulis semasa saya di alam undergraduate level, maka lebih kepada isi pati penerangan dan apa itu bioteknologi. Objektif ini dipilih kerana bioteknologi masih tidak difahami ramai oleh masyarakat umum, maka ianya ditulis khusus untuk memberi penerangan secara asas kepada orang ramai. Memandangkan latar belakang sy pada ketika itu masih 'mentah' maka fokus saua sudah tebtu kepada latar belakang biotekbologi itu sebdiri.

Ya, benar sekarang mungkin pandangan saya sedikit berubah. Saya juga sedia maklum akan input2 yg saudara maklumkan cuma dlam berpijak di bumi yg nyata, saya tidak akan secara mudah mewujudkan statement yg negatif dalam bidang yg ceburi ini. Mungkin claim saudari/puan ada betul dan asasnya tapi apakah peranan kita dalam hal ini? Adakah sekadar merungut tanpa sebarang tindakan.

Apa-apa pun saya hargai komentar dan diskusi saudari. Ianya serba sebanyak memberi input yang baik kepada saya. Saya mensasarkan untuk menulis sebuah buku berkaitan situasi di Malaysia. Entri blog ini bagi saya agak general.

Sekian, selamat maju jaya juga. Salam perjuangan.

Regards,
Amin

Anonymous said...

Hi..saye baru habis spm dan still lagi sedang mencari hala tuju saya...so,saye nak tanye dlm biotek ni ade tak yang lebih kepada human health.contohnya ape eyh??

Terima kasih sbb sudi membalas

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya ada. Biotek melibatkan semua sains biologi seperti fisiologi, imunologi, vaksinologi, mikrobiologi dan lain-lain.

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya ada. Biotek melibatkan semua sains biologi seperti fisiologi, imunologi, vaksinologi, mikrobiologi dan lain-lain.

Unknown said...

Salam , saya berminat dgn biotechnology.
Saya skrang study in matriculation college.
Saya dpt pointer tnggi , unfortunately muet saya band 2 . So , do i still have oppoturnity to study in this field?

Unknown said...

Assalamualaikum tuan
Saya pelajar jurusan Diploma Mikrobiologi. Baru2 ini saya baru sahaja menghabiskan latihan praktikal di sebuah sebuah pusat penyelidikan.
after a while, saya mula mencari bidang yang sesuai dengan minat saya untuk ke alam degree, terutamanya berkenaan mikrobiologi.

saya ada minta pandangan supervisor berkenaan hal ini (seorang doctor/ clinical microbiologist merangkap seorang pensyarah). saya nyatakan bahawa minat saya lebih terjurus ke arah microbiology dan bercadang untuk meneruskan pengajian degree kelak dalam bidang yang sama.

tetapi malang kerana jawapan supervisor saya tidak seperti yang saya fikirkan. beliau menasihatkan saya untuk mengambil jurusan biotech. berkali kali saya nyatakan kepada beliau minat saya lebih terarah untuk mengkaji microorganism dan bukan jurusan yang berkaitan dengan chemistry, terutamanya berkaitan medical microbiology and immunology.

sebab beliau menasihatkan saya mengambil biotech atas faktor hands on. katanya sayang bila kita tahu species2 organism tetapi kita tak tahu bagaimana hendak menjalankan kajian ke atas mereka, apa yang patut kita lakukan untuk menyelidik ciri2 mereka (seperti PCR, sequencing dan sebagainya).

selama dalam belajar dalam bidang microb, iya memang kami banyak belajar mengenai microb tetapi agak kurang pendedahan dalam bidang berkaitan biotech seperti molecular biology.

memang saya nyatakan terus terang kepada supervisor sepanjang saya belajar dalam bidang diploma, hands on kami mmg agak lemah berikutan kekurangan kemudahan. alhamdulillah selepas menjalani latihan praktikal, pendedahan dalam basic molecular biology lebih luas berikutan kajian yang saya jalankan berkenaan DNA sequencing of miroorganism.

sekarang saya buntu. bila difikirkan semula, memang ada betulnya advice supervisor saya. tapi saya musykil, apa pula beza antara biotech dan biomolecular? saya ada buat carian di google. setelah saya teliti, bidang biomole di universiti XX sama sahaja dengan bidang microb cumanya lebih advanced, complex dan mendalam (lebih kepada bidang biochemistry), tetapi bidang biotech pula lebih kepada technique2 khas.

saya ada scroll comment2 di atas, tapi saya jadi lebih buntu
saya minta pandangan tuan, boleh tuan?
-puzzled student-

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Shuhada Wada. terima kasih kerana sudi bertnya.

Apa yg sy faham dari penjelasan saudari:
-saudari minat mikrobiologi dan ingin sambung degree
-supervisor nasihatkan supaya go for biotechnology
-tapi saudari risau saudari tidak mampu bawa sebab kurang pendedahan.
-saudari confuse antara biomolecular dan biotech.

ok, saya cuba jawab sedaya mampu. pada amatan sy, cadangan supervisor tersebut ada betulnya. cuma di sini saya boleh tolong memperhalusinya. mungkin bidang yang patut saudari benar-benar terokai ialah Microbial Biotechnology. microbial biotechnology juga kdg2 dikenali sebagai applied microbiology/industrial biotechnolgy adalah satu skop dlm biotech yang memberi ruang kepada saudari bukan sahaja untuk memahami dan mengkaji mikrob bahkan ia melihat dari sudut bagaimana kita mahu aplikasi mikrob dalam konteks dunia/industri sebenar.

maka apa yg dikaji tidaklah hanya semata-mata kajian basic tetapi mempunyai nilai tinggi untuk digunapkai pada masa hadapan.


berkenaan dengan biomolecular, sebenarnya ianya merupakan teknik asas yang perlu difahami dalam mana-mana bidang berkaitan mikrob. memang awalnya susah tapi ianya adalah teknik asas dan bioteknologi menggunapakai teknik ini untuk exploit mikrob. bahkan jika saudari ambil mikrob seklipun, sudah pasti nanti ia akan digunapakai juga semasa kajian. untuk memahami mikrob kita perlu melihat dari sudut molecular biology (macam mana binaan molekul dna, protein dan lain-lain berinteraksi, barulah kita boleh memahami mikrob dengan jelas).

jadi bioteknologi ini besar. cadangan sy, kalau ada uni yg offer microbial biotechnology pada level degree go for it. kalau xde usually kena belajae the whole idea biotechnology dahulu, kemudian specific kan ke microbial biotechnology semasa master. learning is a life long journey. jangan gusar untuk terokai area baru. kita takut sebab kita tak tahu san belum terokai, itu normal. so untuk pergi lebih jauh, kena berani challenge dri. inshaAlah.

harap ianya membantu.
-amin

untuk lebih details boleh email kwpada sy-
aminruk@yahoo.com

Fatini Afrina said...

Assalammualaikum
Sebelum awak ambil degree,awak bljr di mana?saya budak lepasan spm dan saya berminat utk menyambung pelajaran dlm bidang ini. Tapi,parents saya bimbang yg bidang yg saya amik ni tidak mempunyai peluang pekerjaan,jd apa saya patut buat ni sbb saya mmg berminat sejak sklh menengah lagi...

Unknown said...

Assalamualaikum
saya ingin bertanya 2 soalan.

1. apakah beza biomedic n biotech? adakah biomedic totally different from medic dan seangkatan dgnnya..?

2. sya bdk lepasan matrik..sya minat sgt dgn biotech or bidang yg brkaitan dgn bio..tetapi pointer sya above 3.0 but biasa2 ja
adkah layak utk minta course tu?
sya tkut tak dapat pilihan upu

Amin Rukaini Mustafa said...

1. biomedic lebih berfokus kepada bidang perubatan dan kebanyaan courses semuanya menumpukan kepada kefahaman sains biologi perubatan. contoh jika belajaer mikrobiologi akan berfokus kepada medical microbiology. manakala biotech lebih menyeluruh kepada semua aspek aplikasi biologi. contoh, akan belajar general mikrobiologi instead of medical microbiology sahaja.

Amin Rukaini Mustafa said...

saya tidak mampu menjawab persoalan layak atau tidak kerana perlu merujuk kepada syarat kemasukan setiap universiti. jadi perlu rujuk sendiri di laman web setiap universit.

Anonymous said...

Salam..pengisian yg menarik...tp saya ada soalan.As an intro saya spm leaver 2015 so saya nak tanye,lps saya dah abis degree in biotech boleh ke saya pergi ke bidang forensic??..adeke Forensic biotech?..harap dpt dibalas secepat mungkin..terima kasih.

Unknown said...

Hi, di sini saya ada mendapat tawaran dip biotek industry dari UNISEL, persoalanya sy kini berumur 34 thun, adakah masih belum terlambat utk sy belajar semua ini? Sy amat berminat dgn bidang research.semoga dpt beri nasihat dan pendapat. Terima kasih

faqih said...

assalamualaikum,
terima kasih atas perkongsian tuan.
saya baru tamatkan pengajian tahun 1 dalam bidang bioteknologi sumber,
saya sangat berminat dengan penggabungan idea makanan dan teknologi dalam bidang bioteknologi.
justeru, saya ingin pencerahan daripada tuan tentang foodtech ini dan beberapa contoh seta pendapat tuan tentang bidang pemakanan ni.

segala maklum balas dari tuan sangat saya hargai dan dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Anonymous said...

hai, ada tak syarikat bioteknologi di malaysia yg menawarkan biasiswa untuk lepasan spm? saya berminat dengan bidang ni and kalau boleh saya nak dapatkan biasiswa dari syarikat biotech.

Unknown said...

Assalamualaikum .. u're post is very interesting .. im so happy to read it.
Sekarang sya still tnggu result upu for degree .. n im wish utk dpt smbung degree in biotechnology at UMS .. Wish me luck

Atin said...

Sekarang tengah ambil course biotech and baru 2nd year student. Thanks for this post. Really help me to open my mind ^^

zaty said...

ambil dekat mana naeunpan?

Anonymous said...

Alhamdulillah..saya sekarang pelajar sem6 jurusan bioteknologi dan sedang LI dekat lab patologi hospital kerajaan.. i'm very proud to be biotechnology student... Peace, POLITEKNIK nilai...

Anonymous said...

may I ask what is the different between bio technology and bio informatic ?

puan suria mama 3 said...

https://youtu.be/5uQLWfR5dgc

hai.adik2 bole juge lawat utube akak story pasal diploma biotect ni...link utube kt ats tu..

nak tau psl program diploma penddikan pun bole pm sis bantu

Unknown said...

Salam, Terima kasih perkongsian yang bermanfaat.

Saya mahu bertanya, bolehkah sambung degree medic semula lepas graduate degree biotech.

Syasya said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Kalau sekarang saya sambung belajar degree in agricultural biotechnology, tapi nanti saya nak cari pekerjaan berkaitan biotechnology industry or yang related dengan pharmaceutical boleh ke? Sebab minat saya lebih kepada itu berbanding dengan agricultural biotechnology 😅😅

Mat Layan said...

Assalamualaikum tuan. Saya pelajar sekarang studnts diploma bioteknologi. Boleh ke saya nak ambik degree dalam biohealth masa degree nanti? Sebab saya minat medic hehehe. Terima kasih atas perhatian tuan. Assalamualikum.

Mat Layan said...

Assalamualaikum tuan. Saya pelajar sekarang studnts diploma bioteknologi. Boleh ke saya nak ambik degree dalam biohealth masa degree nanti? Sebab saya minat medic hehehe. Terima kasih atas perhatian tuan. Assalamualikum.

Khairul Ariff said...

Assalamualaikum Dr. Sy nk tanya ,sy plajar asasi sains , sy minat biologi dan itu subjek yg sy perform yg kedua ialah Physic, tp sy average dlm subject kimia, adakah sy masih sesuai dlm bidang bioteknologi dan adakah sebenarnya bioteknologi ni lebih menekankan subjek kimia ? Terima kasih Dr.

Anonymous said...

Assalamualaikum ecik,blh nk tnya,klw ada degree Biotechnology ni,blh ke nk mohon kerja jdi Medical Laboratory Technologist?