Friday, May 24, 2013

Menyahkan Sikap Suka Menerima: Satu titik penting ke arah Perubahan

Melatih minda untuk terus berubah merupakan satu cabaran utama kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana perubahan sikap bermula dari cara kita berfikir dan mensiktaksiskan idea serterusnya kepada cetusan pendapat. Adalah amat sukar untuk melakukan perubahan secara fizikal dan spiritual selagi mana umumnya masyarakat kita di masih tampuk pemikiran lama, iaitu selalu mudah terima sesuatu yang dikatakan fakta. Saya terpanggil untuk menulis ini kerana saya mulai merasa bebanan tanggungjawab yang bakal dipikul. Dengan ilmu yang ada tidaklah seberapa tetapi semangat ingin berubah dan mengubah itu sentiasa ada. 

Hakikatnya, rata-rata rakyat Malaysia masih lagi berada di kancah lemah daya fikir dan idea. Kita terlalu mudah mengharapkan orang lain berfikir untuk kita. Dan kita juga hanya inginkan kemajuan yang cepat tanpa ada nilai 'sustainability' yang boleh saya kupaskan di dalam entri yang lain. Namun, fokus saya pada entri ini lebih membincakgan perlunya sikap rajin berfikir dan sentiasa konsisten terhadap kerja berfikir ini. Dari pemikiranlah kita mampu menjana berjuta-juta idea dan dari berjuta-juta itu barangkali beribu-ribu darinya mampu dilaksanakan pada ruangan fizikal nyata. 

Rata-rata masih lagi menganggap bahawa teknologi sebenarnya menyusahkan kita dan ramai juga di antara kita yang masih takut dengan teknologi, terutamanya golongan tua. Bukan kerana ianya susah tetapi kerana minda mereka tidak menerima persepsi sebenar apa itu teknologi. Begitu juga kita, dalam hal-hal tertentu minda kita pasti menerima sesuatu yang baru dan kesannya ialah kita masih berada di tampuk yang lama. Untuk maju ke hadapan dalam soal pembangunan yang terancang, adalah sangat penting semuanya harus bermula dari aspek kefahaman dan sikap yang betul. 

Peranan sikap seharusnya dilihat satu kunci kepada arus pemodenan yang kadang-kadang juga berbahaya. Sikap negatif seperti sikap malas berusaha, malas berfikir sewajibnya dibuang jauh dari diri. Sikap professionalisme, dan sikap mampu berdaya saing adalah beberapa sikap yang perlu kita ambil teladan. Saya mengambil contoh negara Barat, individu-individu mereka dilatih untuk hidup dalam suasana profesionalisme, hatta jika andai kata kita sendiri masuk ke dalam suasana mereka, kita juga akan menjadi individu yang profesional. Kenapa hakikat ini jarang berlaku di kalangan rakyat Malaysia? Yang umumnya hidup dalam sambil lewa? Persoalan ini selalu bermain-main di benak minda saya. Kenapa?

Saya mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat, tapi spekulasinya ialah barangkali rakyat Malaysia lebih mengutamakan soal yang remeh temeh. Maafkan saya jika statement ini agak pahit untuk ditelan, tetapi itulah yang ingin saya tekankan iaitu kita seringkali menganggap sesuatu kerja itu perlu ada humornya, mesti ada seronoknya, nilai dan prestasi kita adalah yang kedua. Apabila saya melihat corak kerja masyarakat di UK, mereka lebih berpewatakan professionalisme, dan hal ini tidaklah bermaksud mereka ini bengis, kejam dan tidak pandai senyum. Bahkan mereka sentiasa ceria dengan pelanggan mereka. Hatta, anda pasti dilayan dengan baik sekali. Mungkin inilah kesan daripada nilai dan sistem falsafah pendidikan mereka.

Antara aspek yang paling utama saya ingin tekankan ialah bila dah tiga tahun belajar di UK, saya rasa ada satu perubahan ketara dalam diri saya iaitu jangan cepat dan mudah menerima fakta (khususnyanya fakta saintifik) yang dibuat orang. Ataupun dengan mudah jangan senang-senang nak kata: oh inilah fakta. Di UK, falsafah pendidikannya lebih holistik, dalam erti kata lain, kita tidak menerima sesuatu itu melainkan kita benar-benar confirm dan pasti. Sangat terasa nilai ini apabila mula faham wujud banyak kebarangkalian dalam aspek pentafsiran dan kefahaman. 



Latihan mendidik diri menjadi individu yang lebih skeptism terhadap penerimaan sesuatu fakta adalah penting kerana tidak semua fakta itu adalah fakta. Kadang-kadang dicemari dengan kelemahan tafsiran individu lain, juga disebabkan kelemahan data serta errors yang dibuat. Namun sekiranya diterima bulat-bulat, hal ini bereti kita membenarkan suatu 'fakta' yg auta wujud dalam kehidupan harian kita secara berpanjangan. (adalah sangat merugikan dibiarkan hidup dalam auta)

Jadi apa kesan falsafah ini? Kesannya besar sehingga terbawa-bawa ke tahap parlimen dan keputusannya. Setiap satu pelaksanaan itu perlu dikaji dan dikaji semula dan jangan menganggap dengan sekali kajian oleh pihak tertentu maka kita kena menerimanya. Sebagai contoh, saya pinjamdari seorang sahabat satu analogi mudah bagi untuk memahamkan anda. Berkenaan dengan pemakaian necktie oleh para pelajar perubatan. Sepertimana yg umumnya tahu, di Malaysia pemakaian necktie oleh doktor-doktor masih lagi merupakan satu standard biasa dan ideanya dibawa oleh Barat. Tetapi kini negera Barat seperti UK yang dulunya memperkenalkan pemakaian nectie, kini mereka pula yang melarangnya. Kenapa begini? sedangkan negara kita Malaysia masih lagi dengan standard tersebut? 

Jawapannya mudah, mereka negara Barat mempunyai falsafah mengkaji dan tidak mudah menerima yang sedia ada. Sentiasa mengkaji untuk yang lebih bagus. Dengan lebih tepat, kajian mereka banyak. Dan salah satu hasil kajian mereka ialah mereka mendapati dengan memakai necktie wujud correlation kuat bagi mengelakkan infectious diseases di hospital terutamanya mengelakkan MRSA. Ilmu kadang-kadang menampakkan yang lebih mudah dan jelas. Tetapi kita? Kita terima ja kajian orang. Kan? ke tidak?

Kisahnya mudah, sistem didikan ini bermula dari dalam kelas dan pengajaran. Setiap kali membuat tutorial, bila sahaja ditanya soalan, pensyarah akan berulang kali tanya sama ada kita pasti atau tidak pasti, apa bukti dan apa justifikasi. Dan perkara ini akhirnya melekat sampai cara kami berfikir (khusus untuk pelajar Sains). Ini Falsafah pemikiran cara Barat yang saya mula nampak sekarang. Mereka aktif berfikir. Menjadi pemikir yang ulung, yang dulunya nilai ini dimiliki oleh sarjana-sarjana dari tokoh-tokoh Islam juga. Kini ia makin kurang, dan tugas kita untuk meramaikan. 





Bagi saya, salah satu penghalang perubahan manusia ialah disebabkan SIKAPnya. 




0 comments: