Showing posts with label penaku. Show all posts
Showing posts with label penaku. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Kawan, Sahabat, Teman & Kekasih

Kawan, pernah kita bersama ketika dahulu
Erat sungguh tangan ku kaugenggam, ibarat kulit dan kuku. 
Asyik senda dan bercerita
Engkau jadi pangkuan tatkala ibu bapa berjauhan. engkau sudi memberikan secebis telinga kepadaku


Engkau berikan aku kata-kata semangat, kata-kata kekuatan yang membajak motivasi diriku.
Kawan, kini kita berjauhan, aku rindu kalian. Kawan, kalian merupakan yang terbaik, 
dan aku mengharapkan yang terbaik jua untuk kalian
andainya ada suatu persinggahan yang memungkinkan kita bertemu kembali
akan aku sediakan tali ukhuwah tambatan jihad itu kembali


Sahabat, hadirmu dulu membawa seribu kuntum keceriaan, buah kemanisan
Sahabat, laksana kasturi yang mewangi, tidak luput selama-lamanya
Wahai sahabat, aku rindu pada kalian semua.
Asyik senda dan bercerita, ceria-ceria selalu pada wajah kemesraan
Perpaduan dan ukhuwah yang telah terbina, kita rempuh bersama-sama.




Teman, engkau berbakti kepada ku, engkau lah aku sanjung,
membantu di kala aku memerlukan, memberi nasihat di kala aku lupa
Teman, jika diri ini tidak mampu hidup bersedirian, engkaulah hadir membawa keceriaan
Teman, moga ukhuwah yang terjalin merapatkan jarak perpisahan
Teman, aku rindu pada kalian.


Kawan, sahabat, dan Teman
Kalian ibarat pohon-pohon rendang untukku bersandar sementara
Walaupun tidak sempurna
pada mataku kalian cukup sempurna dicorakkan oleh seni kehidupan
Biarlah orang kata kita buruk, tapi mari sama-sama kita perbetulkan
Moga-moga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya


Kekasih
Kekasih teman hidup
Mungkin engkau hadir menggantikan mereka
Engkau anugerahya yang bakal tiba
Aku mula sedar dan bersedia erti perjuangan dalam onak kepayahan waktu
Akan hadirmu membawa nakhoda bersama-sama
Akan rempuh duri-duri bisa dan api kehidupan


Kekasih
Mungkin bukan sekarang
Tapi aku menanti mu dengan penuh tatapan kesabaran
moga kita terus berjuang dalam redahan itu


Terima kasih Kawan, Sahabat, Teman dan Kekasih
Kalian anugerah Tuhan Maha Esa, Maha Penyayang
Membajak tarbiyah dan Dakwah



Friday, August 28, 2009

Peluh Pemuda


Kesibukan diri

Sebentar tadi, IA Math berjalan dengan lancar, tinggal beberapa soalan belum diselesaikan. First draft telah pun dibuat, beberapa hari ini memang cukup sibuk. Sangat letih, sentiasa berhadapan dengan laptop, aku terpaksa mengasingkan diri buat sementara waktu. Jika hendak BerYM pun terpaksa invisible, maak kawan-kawan, aku perlukan ketenangan untuk fokus buat masa ini. Semalam, disebabkan terlalu sibuk, aku hampir terlupa bahawa semalam ialah hari jumaat, solat jumaat. Nasib baiklah ibuku menegur. Pengajarannya, kerja-kerja juga, ibadah jangan ditinggalkan, amalan wajib dijaga, amalan sunat perlu diperbanyakkan. Solat berjemaah kena constant. Baru hidup tenteram. Hubungan dengan ibu bapa kena jaga. InsyaAllah semua berjaya.

HeadBanging??
Di telinga ini terngiang-ngiang alunan rancak lagu Cita Pemuda oleh Shoutul Harokah.

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagi janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sedarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan ki
ta


Bersemangat sungguh tatkala lagu ini berkumandang. Bak kata Zubair, lagu Shoutul Harokah perlu terlompat bila nyanyi, Headbanging. Sekadar pemberi semangat, tiada ikutan sebarang budaya. Jika adrenalin dan terembes kuat, bukan setakat kepala, badan pun terketar. jika hati melonjak, semua pun melonjak, Usahkan disuruh berlari, berjihad pun pergi. Syukur ada juga lagu yang membakar semangat. Kalau dulu susah nak cari lagu macam ini. Asyik-asyik Rock kapak, Rock Cintan, Rock Jiwang, dan lain-lain lagi lah.Semuanya terlentok-lentok bila nyanyi, alahai, sedih sungguh, macam tak cukup makan. Kalau tidak pun lagu nasyid ayu merdu, wah, lembut betul jiwa. Tapi kadang-kadang diri perlu bersemangat; jadi nasyid konvesional pun tidak sesuai.



Peluh Pemuda
Bukan lagu Shoutol Harokah hendak dibanggakan dalam entri ini. Kawan-kawan, kita tidak agungkan lagu, kita juga tidak tinggikan sesuatu kumpulan. Tapi kita perlu mencari anjakan paradigma. Minda kita mungkin masih dijajah. Dijajah secara corak pemikiran Barat dan konservatif. Bahkan kadang kita hanya menerima taklid secara buta. Budaya yang dibawa dari masyarakat sekeliling hinggap dalam diri. Itu bahaya juga kadang-kadang.

Pemuda dan pemudi? Siapakah mereka? Enak sungguh jika bercakap pasal pemuda sebenarnya. Diri ini rasa muda. Benar, kita ialah pemuda. Bak kata Sukarno, 'berilah aku sepuluh orang pemuda, nesxaya aku gegarkan dunia!". Kenapa ya? Hebat sangatkah pemuda? Ya, sungguh hebat jika mereka diarah dan dididik secara efisien. Jika pemikiran mereka diasuh secara mantap. Peluh mereka peluh jantan! Mereka boleh jadi pembunuh no 1, tapi ingat mereka jua boleh jadi sampah masyarakat no 1!

Sejenak bersama realiti

Ada yang bernasib baik, dibesarkan dalam keluarga yang prihatin akan agama dan sahsiah. Namun, masih ramain yang tidak bernasib baik. Melihat keadaan sekeliling, masih ramai yang terleka dengan buai dunia, masih ramai yang dihimpit jajahan minda. Banyak jua yang terjebak dengan kancah maksiat; kerugian besar buat negara, buat agama. Pendek kata, pemuda-pemudi diambang dan disuap dengan keseronokan melampau. Inilah yang perlu kita bimbang. Jiwa kita jiwa yang sensitif, suka akan keseronokan. Itu yang perlu kita kawal. Nasihatlah kawan-kawan kita. Hindari kemaksiatan, Kita tiada cara melainkan saling mengingati. Inilah realiti pada abad bermaharajalelanya kemaksiatan. Ayuh kita retreat pemuda!






Pemuda Saladin!
Ya, ini yang kita mahu. Bukan kita untuk berjuang tumpah darah, masih tidak mampu untuk itu. Bukan kita untuk merevolusikan dunia, masih belum sampai tahap itu. Tapi kita masih ada pilihan untuk berubah. Masih ada masa untuk toleh ke arah kebenaran, masih ada waktu, ruang dan sokongan. Ayuh kita rancakkan pemikiran ke arah positif, ke arah kelestarian minda Islam yang tenang dan sejahtera. Kosongkan jiwa dan minda dari nilai negatif, kita bersihkan terlebih dahulu hati kita dengan taubat nasuha, kita boleh kembali berjuang. Mungkinkah kita The Great Saladin??!!

Dua perkara
Biarlah kita tidak dibekalkan senjata. Tapi kita masih ada dua perkara yang diberi. Andai kata kita masih gunanya, tiada kerisauan, tiada persengketaan, Ayuh! Al-quran dan As-Sunnah tunjang kita. Kita bina semula tamadun itu, tamadun yang dulunya hebat, kita perlu bangunkan darah-darah yang membara dan membuak-buak akan kebenaran. Keseronokan bukan lagi tujuan kita, tapi kehambaan adalah jiwa kita. Kita boleh! Ayuh, kita masih dan tetap boleh! AYUH!!..



Thursday, June 4, 2009

Bidadariku Bab 4


Hari ini ada perlawanan rugbi di Stadium Ami Park. Aku bersama Khairul bergerak bersama-sama dengan menaiki kereta yang disewa. Suasana begitu gamat. Tiket habis dijual. Peminat setia All Black membanjiri Stadium Ami Park bagi menyokong kumpulan All Black yang sememangnya terkenal dalam sukan lasak Rugby di seluruh dunia. Berada di New Zealand, aku tidak melepaskan peluang begini untuk sama-sama merasai kemeriahan aksi perlawanan. Hari ini perlawanan di antara All Black dengan Wallabies team, Australia. Perlawanan bermula pada pukul 7.00 malam dan ternyata All Black berjaya mempertahankan kejuaraannya berturut-turut.

Sebelum pulang, aku singgah di Chrischurch Mosque 101 dan berjumpa dengan imam besar yang memang aku kenalinya, iaitu Syeikh Zakaria Al-Farisi. Pertama kali aku tiba di bumi Christchurch, aku telah dibawa oleh akhi Zafri, seorang perantau yang telah lama menetap di bumi tersebut untuk berjumpa dengan Syeikh Zakaria Al-Farisi. Umurnya sekarang hampir menjangkau 63 tahun, tetapi raut wajah tampak tetap ceria dan bersemangat orangnya. Pada hematku Syeikh Zakaria sememangnya seorang yang berpendirian tegas namun lemah lembut orangnya. AKu dipeluk sekuat-kuatnya tatkala berjumpa dengannya. Wangian semerkabk menusuk hidungku, Syeikh seorang yang mementingkan kebersihan dan keceriaan. "Assalamualaikum Syeikh!" Aku menyapanya. "Waalaukumusalam, Tafazdhalubil Julus." Aku yang sedikit memahami Bahasa Arab mengambil tempat duduk yang disediakan. Kami berbincang tentang isu-isu semasa dan Syeikh tutur memberi beberapa nasihat kepadaku. Perbincanganku dengannya diselangi dengan sedikit ketawa ringan; Syeikh pandai membuat lawak jenaka yang padaku amat bereti bagi seorang teruna sepertiku

Aku tiba lewat di rumahku. Khairul kelihatan telah tidur dionak mimpi. Mungkin letih agaknya. Pada perjumpaan dengan Syeikh pada senjakala tadi, Khairul memohon pulang awal, katanya ada kerja untuk disiapkan. Bersepah juga aku lihat kertas-kertas di atas mejanya. aku menggeleng-geleng kepala keseorangan, kadang-kadang hendak tertawa aku melihat roomateku ini. Perangainya tidak ubah seperti rakan lamaku, Akmal.

Malam melabuhkan tirai. Malam ini bulan penuh. Aku kagum melihat kebesaran ciptaan Allah SWT. Di anjung rumahku, aku membuka tirai dan merenung diari silamku, mengimbas kembali kisah silamku. Aku gelak dan tersengih sendirian dalam kesunyian malam. Bayu laut juga meniup syahdu sehingga menusuk tulang belikatku. Suhu di luar begitu sejuk, pada malam sedemikian rupa, suhu adalah serendah bawah daripada 2 darjah Celcius, cukup untuk membekukan air.

Aku menyelak helaian demi helaian, memang seronok melihat sejarah lama. Aku banyak berubah jika dibandingkan pada waktu mudaku. Kemudian mataku terpaku pada satu bentuk tulisan, iaitu sebuah sajak. "Oh, ini sajak yang aku amat dambakan dahulu, dipetik dari cetusan idea Habubrahman Syaerazy!!" Hatiku berteriak. Aku membaca bait demi bait, hatiku bergementar, sungguh mendalam maksudnya. Lidahku mula menadakan lagunya, liriknya masih kuhafal, maksudnya tersemat di kalbu. "Oh, bidadariku.." Aku berlagu rindu sendirian.


Bidadariku

Satu
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tidak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari tuhan
Untukku Bidadariku.

Dua
Mas kahwin untuk bidadariku
Adalah sekuntum bunga melati
Yang aku petik
dari sujud sembahyangku
Setiap Hari

Tiga
Malam pertama
Bersama bidadariku
Adalah pesta madu di taman Firdausi
Yang aku peras
Dari keringatnya yang wangi
Setelah bertahun-tahun
Berlari-lari
Mengejar bulan dan bintang
Di hari-hari perang dan damai

Empat
Buah cintaku
Dengan bidadariku
Adalah lahirnya sejuta generasi teladan
Yang mengengdong tempayan-tempayan kemanfaatan
Bagi manusia dan kemanusiaan
Pada setiap tempat pada setiap zaman
Mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
Dalam abad-abad yang susah
Abad-abad yang tidak mengenal Tuhan
Abad-abad yang hilang naluri kemanusiaan
Abad-abad berkuasanya rejim-rejim kemunggkaran
Dan mereka tetap mekar dan setia
Membela kebenaran dan keadilan

Lima
Estafet perjuangan kami berterusan
Sambung-menyambung pada setiap generasi
Tak berpenghabisan
Terus bergerak
Mengaliri segenap ladang-ladang peradaban
Seperi cintaku
Pada bidadariku
Yang terus tumbuh
Semakin subur dari hari
ke hari
Laksana kalimat-kalimat suci
Di hati para solehin, di hati para nabi...

Aku sedar dari lamunan. Perjalananku begitu hampir dengan maksud-maksud setiap bait sajak tersebut. Lantas tanpaku sedari, aku telah hilang dalam mimpi indah.

[Bersambung]

Sunday, May 31, 2009

Genetik Perindu Bab 3


Senja melabuhkan tirai. Cahaya matahari mula kehilangan di ufuk barat. Aku menatap seketika di jendela melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Malam itu keheningan ketenangan benar-benar hinggap di dada aku. Di luar sana deretan kenderaan mula kesibukan. Kata teman serumahku, malam ini malam berpesta di Chrischurch. Katanya bukan di sini sahaja, bahkan di seluruh dunia. "Malam besok mereka menyambut tahun baru la. Enta ni memang ketinggalan. Lain kali baca-baca la paper selalu!" Tegur dan tegas Khairul ketika kami sempat makan bersama tatkala kami dijemput menghadiri menghadiri jamuan ringkas yang dibuat oleh kedutaan Malaysia. Entah mengapa, dua tiga hari sebelum ini, aku begitu tidak mengendahkan semua perkara yang berlaku di sekelilingku. Mungkin disebabkan aku begitu memikirkan masalah aku, masa depan aku. "Astaghfirullah, ini semua bisikan syaitan. Cuba melalaikan aku dari realiti kehidupan, penuh dengan igauan. Auzubillahiminasyaitanirajim.." Aku bertauwuz seketika. Jam tangan aku menunjukkan malam sudah memasuki pukul 10 malam.

Aku duduk semula di meja study, berhadapan dengan laptopku. Masih terpapar gambar si dia. Gambar yang aku download kiriman dari Umiku di Malaysia. Gambar yang amat penting dalam hidupku, gambar bakal pasanganku. Ibu tidak mengirimkan gambar bersaiz pasport kepadaku, tapi hanya sebuah gambar keluarga si dia. Padanya, aku cuba menatap dengan sejelas-jelasnya siapakah si dia. Walaupun aku masih sangsi akan siapakah si dia yang sebenar, namun dalam hatiku, aku bersyukur kerana baguiku pilihan ibu memang terbaik. Kelihatan empat orang akhowat dan dua orang ikhwan terdapat dalam gambar itu, manakala kedua-dua orang tua mereka berada di tengah-tengah mereka. Dari segi pemakaian mereka aku sudah pun berpuas hati, menunjukkan akhlak-akhlak yang baik, aku beryukur. Hatiku masih sangsi siapakah si dia yang sebenar. "Umi, kenapalah Umi tidak menghantar terus gambar si dia sahaja?" benakku berbicara sendirian. Au rebah di atas katil keletihan.

Besoknya, Khairul mengejutkan aku. "Bangun, hari ini enta ada kelas. Sarapan pagi ana dan belikan, nasi lemak special dari Bunga Raya Malaysian Cuisine Restaurant!" Bunga Raya Malaysian Cuisine Restaurant merupakan satu tempat yang sering aku kunjungi tatkala kelaparan setelah beberapa tahun di bumi Christchurch. Kadang-kadang rindu jua aku untuk merasai masakan Umiku. Berada di sini, walaupun tidak kerap aku merasai masakan ala Malaysia, aku masih boleh merasainya di restauran-restauran yang diusahakan oleh rakyat Malaysia. Aku bergegas bangun. Selepas solat, aku bersiap diri, bersarapan bersama-sama dengan Khairul. "Macamana dengan test Histology enta, Mumtaz?" Aku bertanya. "Mumtaz! tidak sia-sia usaha ana, berbaloi! Ana lulus!" Khairul girang menyatakan keputusannya. "Semalaman enta berusaha, mestilah ada hasilnya..jadi Nasi lemak ini ibarat meraikan kejayaan enta la ni, sekarang baru ana faham.." Khairul sengih dan kami ketawa bersama-sama.

Selesai makan aku bergerak. Kelas hari ini seperti biasa. Lecturer cuba menghabiskan silibus-silibus yang belum disempurnakan. Bulan depan aku akan membuat practical, membuat research. Jadi segala silibus perlu diselesaikan secepat mungkin. Tamat kelas, aku berjumpa dengan Dr. R. Thompson, pakar dalam bidang genetics dan pengklonan. "Excuse me sir,i refer back to your speech just now, if we want to produce a very good offspring, having good charactiristics we have to have a good parents,then how about in producing a developed brain cell in offspring, is it the same?" Aku bertanya tentang kajian yang bakal aku lakukan. "Oh, absolutely correst son, good gene always come from good gene too, it can't neither replicate nor evolve vy itself. There should be a source. if not from the paternal, it may come from the maternal." Dr. R. Thompson menjawab dengan berkeyakinan sekali. " So, if you want to get a healthy son, make sure you marry a nice girl, a very good gene always come from genetically good mother, will you?" "Err. Yes, sure sir. Thanks you sir" Rakan-rakan sekelasku yang lain ketawa mendengar celotehan Dr. R. Thompson terhadapku.

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Dr. R. Thompson itu tadi, fikirku sejenak semasa sedang makan tengah hari. Aku teringatkan bagaimana Rasulullah sendiri menggalakan ummatnya memilih calon isteri yang sesuai, yang sekufu dan sempurna. Pemilihan calon isteri yang baik bakal melahirkan zuriat yang sihat. Namun Islam jua memandang dari sudut akhlak bukan sahaja dari segi sifat luaran. Akhlak yang baik mampu mewujudkan rumah tangga yang tenteram dan aman. "Very nice explaination Dr. R. Thompson! Now i really understand!" Desis hatiku. Tiba-tiba, aku dihujani oleh beberapa perkara. Hatiku bersuara, "Calon isteriku! Sesuaikah dia dengan aku? Bagaimana pula akhlaknya? Mampukah aku menjadi pembimbingnya suatu hari nanti?" Aku ragu. Benarkah pilihan Umiku ini???

Friday, May 29, 2009

Keheningan Ketenangan Bab 2


Cuaca pada hari ini redup-redup, banyak jua daun bertaburan di lantai-lantai jalan. Angin Lautan pasifik mendayu-dayu kesepian penuh kerisauan. Hari itu suhu sekitar 3 darjah celcius menusuk hingga ke kalbu. Aku tiada kelas untuk dihadiri. Khairul, teman serumahku sudah tiada, mungkin pagi-pagi lagi sudah keluar menghadiri ke kelas. Awal sungguh dia hari ini, aku teringatkan bahawa hari ini dia memang ada menyatakan yang dia mempunyai test histiologi. Semalaman dia menelaah buku-bukunya. Aku tidak dapat memejamkan mataku semalam, aku masih dirundung bahana keletihan. Semalaman jua aku memikirkan kata-kata Umi. "Angah, Umi dah jumpa pasangan yang sesuai untuk Angah." Kata-kata Umiku terngiang-ngiang bermain di ranjau benakku. 

Aku melengahkan diriku berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Christchurch, kelihatan begitu ramai yang bercuti hari ini. Masing-masing mengambil peluang untuk beriadah, membeli belah dan bersenang lenang. Tatkala dalam perjalanan itu, aku teringat akan keindahan pengalaman bersama-sama rakan-rakanku di Kolej MARA Banting. Tempat aku membuat persediaan tiga tahun yang lalu. Nama-nama seperti Akmal, Aminuddin, Syahmi dan beberapa teman lain menyebabkan aku amat memendam rasa manis keakraban. "Entah di mana mereka sekarang?" Desis hatiku dan ingin benar aku menyapa hidup mereka. Di sini, aku masih bersyukur, gerakan Usrah masih berjalan seperti biasa, Akhi Hasrizal dan Akhi Kamarul seringkali mengadakan perjumpaan tertutup bersama-sama. Mereka berdua ialah senior sandaran aku. Setiap kali aku dirundung masalah, mereka menjadi penyelesainya.

Aku tiba di perkarangan pusat membeli belah, berdekatan sebuah Mall yang menempatkan beribu-ribu barang keperluan. "Assalamuailakum, nice to meet you my brother, what are you searching for here?" Ahmed, saudara Seislam yang berasal dari Amerika menyapa aku semasa aku sedang sibuk memilih baju-baju dan pakaian untuk Umi dan Abuku. "Waalaikumussalam, masyaAllah, Allah meets us here, I am looking for some presents for my parents. How are you Ahmed, how's your health?"  Aku bertanya khabar. Beberapa hari yang lalu, khabar-khabar angin mengatakan Ahmed telah dimasukkan ke dalam wad, disyaki Denggi. "Alhamdulillah, Allah provides me security, I have recovered well. Do you want me to suggest a special gift to your parents?" Ahmed yang begitu prihatin soal keluarga menunjukkan aku sepasang pakaian yang coraknya amat emanrik bagiku. 

Petang itu, aku masih berada dalam kekusutan minda memikirkan tentang masa depanku. Siapakah si dia yang dimaksudkan oleh Umi? Lantas aku teringat akan gambar yang dijanjikan Umi. Aku tergesa-gesa ke 'laptop'ku untuk melihat jika Umiku ada menghantar sebarang 'attachment' gambar si dia. "Yes, ada pun!" Dalam 'inbox', ternyata Umi mengotakan janjinya. Aku terus memuat turun attachment gambar tersebut. Hatiku berdebar-debar. Peluh jantan mengalir di pipiku tanpa menghiraukan suasana bising di luar sana. Penantian yang amat mendebarkan. Jantungku berdegup kencang, Adrenalin terembes bak pancaran air paip yang pecah. tanganku terketar untuk membuka fail yang dimuat turun. Aku klik dan terus terpapar gambarnya. "Alhamdulillah.." Hatiku berdesis kecil. 

Tuesday, May 26, 2009

Desiran angin kerisauan Bab 1

Lebih kurang 3 tahun aku berada di sini. Keseorangan terkapai-kapai, mencari jalan hidup yang kubawa menyelusuri lautan lautan terbentang. Petang itu aku berseorang, melihat kehijauan bumi Christchurch yang masih suci. Aku melihat suasana di sini sungguh aman, tenang, tidak sama dengan kampung halaman aku, rindu jua ku dibuatnya. "Ah, lagi setahun aku di sini, aku kena rasainya puas-puas, nnti melepas!" bisik hatiku menabur seribu alasan.

Aroma bungan levender yang keungguan dihisai dengan semerbak haruman semula jadi membuatku hapir lali ditelan mimpi. Aku duduk dan baring melihat kebiruan langit Chrischurch. Bukit-bukitnya menghijau laksana lumut yang tumbuh di kala hujan. Bunyi ombak laut lepas kedengaran, bayu laut meniup rambutku seolah-olah membelai diriku. Aku masih keseorangan di sini. Beban pelajaran masih belum selesai, aku bakal bergelar seorang graduan bioteknologi.

"Assamulaikum, umi, nanti kalau angah balik Umi mahu angah belikan apa untuk Umi dan Abu?" Aku menelefon Umiku yang jauh di kampung halaman. Hatiku tenang seketika. "Angah belikanlah apa-apa yang sesuai untuk Umi, Umi tak kisah" Umi mengerti aku jua yang mampu memilihnya nanti. "Baiklah, Umi". Sunyi sebentar beberapa ketika dan kemudiannya Umi memulakan semula bicara, "Angah, Umi nak bincang sikit pasal masa depan angah ni" Aku tersentak dari lamunanku melihat beberapa unggas berterbangan di udara bebas. "Ya umi, ada apa? bincang pasal apa umi?" 

"ish..Budak ni, mengelamun la tu" Umiku seakan-akan mengetahui segala perbuatanku. Di sini suasana begitu indah, sehinggakan aku begitu mudah hilang fokus tatkala melihat ciptaan Tuhan yang serba indah. Perbualan aku dengan Umiku berterusan, sayup-sayup kedengaran pukulan ombak menghempas pantai. Hari itu, hati aku cukup berdebar, setelah membincangkan suatu perkara yang belum pernah aku fikirkan dalam hidupku. Inilah kali pertama aku membincangkan soal hati setelah beberapa ketika aku mendiamkan diri. "Umi, angah dah besar, tahu jaga diri, tahu cari sendiri pasangan angah" Aku seolaholah ingin mengatakan sedemikina rupa kepada umiku, namun lidah ku kelu kaku. "Kalau begitu, angah bersetuju sahajalah Umi, nanti Umi emailkan gambarnya kepada angah, bolehlah angan tengok-tengokkan, kata orang melihat bakal tunang dan isteri itu sunnahkan Umi" Aku ketawa tersengih tanpa menghiraukan beberapa orang pelancong lalu lalang di tepiku. 

Malam itu, hatiku begitu berdebar-debar. Umurku sudah menjangkau 23 tahun, masih muda bagiku. Tetapi Umiku pula mahu melihat aku cepat-cepat beristeri, Katanya dia mahu cepat cucu. Perasaan gelisah mula menular dalam jiwaku. Menyingkap kembali sejarahku, aku tidak pernah langsung bercinta bahkan bercouple. Kadang-kadang melihat rakan-rakanku yang lain hidup berpasagan tanpa pernikahan, hatiku langsung tidak tertarik bahkan lebih membenci. Aku juga risau dengan persediaan yang tidak mencukupi, mampukah aku melayari hidup dengan si dia, yang masih belum kukenali. Mampukah aku menajdi ketua keluarga tatkala aku lupakan zaman bujangku nanti. Apakah si dia akan sama bersetuju untuk menerima aku sebagai pasangannya. Persoalan demi persoalan berlegar-legar di benak fikiranku.