Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Warkah Buat Sang Puteri

Sang Puteri Kusayang
Engkaulah tunggak pencetus dunia revolusi!
Dunia yang lalu merana kini
mula menguntum senyuman manja

Si kecil dulu terpinga-pingai kini
Ceria sentiasa
Wahai Sang Puteri tecinta
Kini engkau menguntum lagi.
Mengeluarkan wangian puspa kemboja,
menyeri pelusuk cakerawala.

Wangimu itu tersergam ibarat istana
Balqis namanya, lantainya berair
Bak kilatan kristal cahaya
sebaldu tapak hatimu yang menjiwai
selembut bayu pesisiran
membelah angin revolusi!

Kini Sang Puteri mampu terbang
Tinggi di awan persada
membawa kibar angin kemenangan
kerana kelak engkau bakal pulang lagi
Menitis air mata kesabaran

Si kecil itu mula membesar,
Senyum tatkala bidadari mereka
mengibarkan sayapnya yang halus
Terbanglah wahai Sang Puteri!!
Jangan lupa akan daku si kecil.


Blogger Templates

Saturday, April 3, 2010

Mujahadah Perindu

Mujahadah Perindu
Oleh Amin Rukaini
IB exam 2010

Muncul benak-benak berliku
Hati mula terpaku pilu
Ketat tersimpul tiada terurai
Dihimpit-himpit maha kerisauan
Ditindis-tindis maha tekanan
Dalam mudik ku berlari 
Dari pinggir-pinggir keasyikan
Terjunam buas ke dalam 
Selut dan lekit pasir jerlus
Dulu kutinggalkan

Acap kali kunangis
Acap kali kusedu sedan
Menahan sebak dan gelisah
Mengalir berjuta-juta linangan
Tidak henti-henti mengukir
 Pada bibit-bibit kesedaran

Aku terkedu, lupa aku rindu itu
Aku terkesima, leka aku cinta itu
Aku tejelapuk, lemah ku di situ
Biar tangis darah belum tentu reda
Oh siapakah aku tanpaMu
Oh kejinya aku dihadapanMu
Oh kerdil sungguh aku pada-Mu

Badai lalu gemencing gong
Berderai tersusun kemas
Halaman rindu pada dulukala
Lagu itu hilang lesap
Bak kilat berdentum
Begegar dan hilang bagai gong dipalu


Jika Badar, Uhud, dan Khandak
masih memanggil-manggil
Akan kuturun ke hadapan
Biarlah aku dipanah di leher ini
Biarlah aku dipotong dua
Biarlah aku rebah ditobak
Biarlah aku tersungkur dirobek
Aku rindu tak gentar

Salam mujahadah

Thursday, December 31, 2009

Tam dan Merah: Dalam Mengintai 2010



Tirai 09 kian tertutup
Cahaya pudar gulita
Sinaran 10 mula menerpa
Membuka jendela perjuangan baru







Semut hitam itu terpinga-pinga. Tidak sedarkan diri lagi. Di tengah-tengah malam ia menyuluh jalan yang bakal ditempuhnya.

Gelap gulita.

Tiada langsung cahaya kelihatan.

 Ia terus menyuluh-nyuluh ke hadapan kalau-kalau ternampak apa yang dicarinya.

Tapi ia tidak tahu pula apa yang dicarinya.

 Sunyi.

Tiba-tiba..




"Woi!! Tam, mana engkau nak pergi malam-malam buta ni Tam?!" Disergah oleh seseorang. Semut hitam menyuluh-nyuluh dan akhirnya ternampak muka semut merah di hadapannya.

"Woi Merah! Kalau ye pun, bagi la hint, tegur ke, ini tak! Pakai main sergah jer! Kalau aku sakit jangtung, dah lama dah aku mati tau" semut hitam merungut.

"Yela Tam, yang engkau ni, malam-malam buta berjalan seorang diri apa kes?" Semut merah menunjukkan rawak ingin tahu.

"Entah, aku pun tak tahu, saja jalan-jalan." Tam bersahaja menjawab.

"Engkau dah la hitam, jalan gelap-gelap dalam kelam, dah tu atas batu hitam! Tam-tam, pe la nak jadi, diri macam engkau ni orang tak pandang la Tam. Baik engkau duduk di rumah jer." Sinis Semut merah.

"Tak, aku tak kisah jika orang tak pandang aku, tapi aku mahu berubah, mahu menjadi semut berguna" Jawab Tam dengan selamba.

"Aku mahu berseorang seketika, mahu bina wawasan, cari pedoman. Biar buat masa ini orang tidak nampak, akan kubuktikan jua!" Tam tegas menambah.

Kedua-dua berpisah.

Semut merah pergi ke pesta sambutan besar-besaran, menanti ketibaan tahun 2010 tanpa ada wawasan yang baru.

Hitam sunyi menyepi, menyentak detap-detap padu merungkai segala kemungkinan, merencana wawasan!

Hitam pejam mata. Gelap.

Tapi kemudian dia tersenyum.

"Aku sudah nampak!" Kata Tam.

-TAMAT-





Salam 2010 dari Amin Rukaini Bin Mustafa
Merencana Destinasi dan Wawasan 2010
Membangun Diri




Friday, December 4, 2009

No money No talk

Cerita ini aku dengar dan aku ceritakan balik kepada kalian (cerita non-fiction) :


'Hari itu aku jalan-jalan, tiba aku ternampak si dia. Fuh, sungguh menawan. Aku usya lah sikit-sikit, takut orang perasan aku tengah usya dia. Takut kantoi kata orang. Aku bukan jenis yang usya-usya orang. Jadi aku berwaspada. Aku lihat dengan teliti. Wah, memang lawa. CAntik! hatiku memang berdebar tengok si dia. 


Comel tu memang lah, tapi nak buat macamana ia bukan masih milliku. So aku bersabar. Lama-kelamaan, aku pun bersembang dengan ibuku, bahawa aku minat kat si dia. Ibu aku bagi lampu hijau. Wang dah cukup? Cukup aku rasa. Cukup lah sebab dah himpun dari dulu lagi. Maka aku pun mulakan langkah untuk rapati si dia. Aku tengok gambar-gambarnya, comel! Dia memang lawa. mengaku aku jatuh cinta.


Jadi selepas itu aku terus perg jumpa tuannya, sekali lamaran dapat jua akhirnya. Dia telah kumiliki. Begitu mudah sekali. Sekali lafaz terus dapat. Yang penting ada duit semua jalan. Bak kata orang, no monet no talk! 
ni dia rupa dia, comel!'





-TAMAT- karya kreatif



Friday, November 27, 2009

Salam Perantauan


Kami Pelajar Tajaan MARA Tahun Dua International Baccalaureate Diploma Programme ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha Buat Ibu Bapa Kami, Keluarga tercinta, sanak-saudara yang dirindui di Malaysia, pensyarah-pensyarah  di Kolej MARA Banting, Malaysia dan para Bloggers yang setia. Salam Perantauan dari Kami.

Saturday, October 10, 2009

Kawan, Sahabat, Teman & Kekasih

Kawan, pernah kita bersama ketika dahulu
Erat sungguh tangan ku kaugenggam, ibarat kulit dan kuku. 
Asyik senda dan bercerita
Engkau jadi pangkuan tatkala ibu bapa berjauhan. engkau sudi memberikan secebis telinga kepadaku


Engkau berikan aku kata-kata semangat, kata-kata kekuatan yang membajak motivasi diriku.
Kawan, kini kita berjauhan, aku rindu kalian. Kawan, kalian merupakan yang terbaik, 
dan aku mengharapkan yang terbaik jua untuk kalian
andainya ada suatu persinggahan yang memungkinkan kita bertemu kembali
akan aku sediakan tali ukhuwah tambatan jihad itu kembali


Sahabat, hadirmu dulu membawa seribu kuntum keceriaan, buah kemanisan
Sahabat, laksana kasturi yang mewangi, tidak luput selama-lamanya
Wahai sahabat, aku rindu pada kalian semua.
Asyik senda dan bercerita, ceria-ceria selalu pada wajah kemesraan
Perpaduan dan ukhuwah yang telah terbina, kita rempuh bersama-sama.




Teman, engkau berbakti kepada ku, engkau lah aku sanjung,
membantu di kala aku memerlukan, memberi nasihat di kala aku lupa
Teman, jika diri ini tidak mampu hidup bersedirian, engkaulah hadir membawa keceriaan
Teman, moga ukhuwah yang terjalin merapatkan jarak perpisahan
Teman, aku rindu pada kalian.


Kawan, sahabat, dan Teman
Kalian ibarat pohon-pohon rendang untukku bersandar sementara
Walaupun tidak sempurna
pada mataku kalian cukup sempurna dicorakkan oleh seni kehidupan
Biarlah orang kata kita buruk, tapi mari sama-sama kita perbetulkan
Moga-moga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya


Kekasih
Kekasih teman hidup
Mungkin engkau hadir menggantikan mereka
Engkau anugerahya yang bakal tiba
Aku mula sedar dan bersedia erti perjuangan dalam onak kepayahan waktu
Akan hadirmu membawa nakhoda bersama-sama
Akan rempuh duri-duri bisa dan api kehidupan


Kekasih
Mungkin bukan sekarang
Tapi aku menanti mu dengan penuh tatapan kesabaran
moga kita terus berjuang dalam redahan itu


Terima kasih Kawan, Sahabat, Teman dan Kekasih
Kalian anugerah Tuhan Maha Esa, Maha Penyayang
Membajak tarbiyah dan Dakwah



Wednesday, August 19, 2009

Mewangi Paradigma Merdeka

Petang sore angin kedamaian
Kunjungan itu kunjungan iman
Melepasi hakikat aral penciptaan
Bermula sudah estafet perjuangan

"Wah, mantap betul persembahan kawad kaki budak-budak JPAM yek!" Kedengaran bisikan halus muncul dari beberapa insan tatkala sambutan merdeka dimeriahkan.

"KMB perlu merdeka! Merdeka3!!!" Itulah laungan keramat selalu kedengaran dari tahun ke tahun. Tapi, ada tapinya, benarkah kita benar-benar merdeka? Ini persoalan yang perlu diperjelas sejelas-jelasnya? Mungkin persoalan ini lapuk, tapi hakikatnya ia tetap perlu dilihat semula, perlu diteliti oleh para pemimpin muda-mudi pasca merdeka. Ya, pidato kita laungkan, sajak kita kumandangkan, lagu patrotik jua kita dengarkan. Kita buatlah jua segala-galanya.

Buah fikiran mengetuk segala-galanya. Yakinkah kita tatkala kita berada dalam abad pasca merdeka yang hanya mengenali sejarah yang diolah entahlah dari sudut padangan mana? Kita banggakan kemerkdekaan kita bukan? Ini semua realiti kehidupan yang berlegar di minda semua, di minda mata semua. Tapi merdekakah minda kita? Hebat sangatkah perjuangan kita?
Ayuh kita selami erti merdeka secara rawak sebenar, meneliti rancak hidup yang diingini, menyelusuri pautan yang tidak akan putus, tidak akan rebah dirempuh abu kemungkaran! Wahai kalian yang ingin jiwa merdeka!

Merdeka? Aku merdekakah? merdekakah kita? ini soalan pelik perlu ditanya bertubi-tubi agar minda ini mampu menerima. Agar ia terketuk jua hati itu. Apakah kita merdeka jika kemungkaran yang ringan tidak mampu ditegur? Merdekakah? Apakah kita berani menyuarakan kebanggaan Islam di pentas kemerdekaan itu? Merdekakah? Adakah kita yakin manhaj itu benar membawa kemerdekaan? Merdekakakah kita? Oh, adakah kita sudah merdeka kalian?

Jika jiwa merdeka, maka fizikal kita jua merdeka. Jika hati kita merdeka, pemikiran kita jua akan merdeka. Hati dan jiwa tidak akan merdeka tanpa tarbiyah dan dakwah. Maka mana mungkin fizikal kita merdeka jika hati dan jiwa tidak merdeka. Mana mungkin pembangunan kita berkonsepkan merdeka andai kata jiwa dan hati tidak merdeka. Aduh, apakah kita merdeka? Merdekakah kita? Merdeka bukan bebas dari penjajah andai kata mereka mengusai jiwa dan hati kita, andai kata hati dan jiwa kita masih dikokong mereka. Itukah merdeka?? merdekakah kita?

Oh, tiada merdeka kita? Atau kita dijajahkah sekarang? Tepuklah minda seribu, renungkanlah sejuta, koyakkan sempadan gelap hati, cerahkalanlah ia. Campakkan kefahaman yang jitu, tutupkan sedikit demi sedikit ruang-ruang kegelapan itu dah penuhilah ia dengan limpahan neon keimanan. Sedikit demi sedikit kita padamkahlah api kebencian hati, jiruskanlah dengan lembapan iman dan curahan keislaman. Ya, sedikit demi sedikit, usah tergesa-gesa kerana kita bisa yakin, walaupun sedikit, lama jadi bukit bukan? bahkan gunung pun bisa jua.

Ayuh, kita bertindak, jangan terlalu leka, Leka itu biasa, tapi kita kurangkan, ayuh banyakkan berfikir Syabab. Jiwa kita perlu dibebaskan. Kita bukan hamba 'merdeka'. Jiwa kita perlu berdiri dengan personaliti sendiri, gaya unik tersendiri. Tidak perlu meniru-niru. Andai kata terpaksa, tidak mengapa, tapi kita kurangkanlah. Jiwa kita perlu jua, jiwa syabab yang meronta-ronta. Perlua jua kita layan, tapi bersederhana, fitrah kita. Ayuh, Seruan tetap seruan. Tapi pelaksanaan lagi maha penting. Sempadan perlu kita wujudkan sekarang. Niat mesti pasangkan!

Biarlah mereka kata mereka merdeka, kita masih tidak merdeka. Mereka mungkin merdeka untuk merdeka. Mereka, kita berbeza. Mereka merdeka. Tapi kita mahu cari jua merdeka sebenar. Mereka kata mereka merdeka. kita jua mahu merdeka? kita sama-sama merdeka kita jua cari merdeka kita. Boleh???

*p/s mereka = bukan kita

Sekadar renungan sekadar pesanan.

Saturday, August 15, 2009

Semut Hitam Rakus Itu



Alam maha besar. Semut maha kecil. Semut hitam itu berjalan rakus. Memanjat laju. Deras tidak berhenti. Rasa mengah diabaikan. Seruan kebingitan dilupakan. Semut itu semut rakus. Warnanya hitam gulita. Tiada cahaya dapat memantulkan rupa dirinya. Semut itu gah memanjat batu yang tinggi. Batu itu juga berwarna hitam. "Ah, persetankan mereka, aku perlu terus memanjat! Aku ingin sampai ke kemuncak, akulah yang terhebat!" Desis hati semut hitam hitam itu.

Hujan lebat turun laju. Habis bah seluruh alam. Semut itu tetap mendaki batu itu. Hatinya keras. Lebih keras daripada batu itu dan lebih deras daripada hujan yang turun. Tinggi lagi untuk sampai ke kemuncak itu. Semut-semut lemah cuba melarang semut rakuts itu supaya berhenti. Dipersetankan jua semut-semut lemah itu. Hadirlah siapa sahaja, turut dipersetankan. "Ini urusan aku, urusan aku adalah urusan aku, bukan urusan orang lain!" Hati semut rakus itu makin bersuara lantang.

Namun, tidak tersampai-sampai jua ke kemuncak itu. Semut rakus makin pelik. Makin sayu. Makin letih. Makin lemah. Dan makin tidak bermaya. Segala rintangan dajal datang bertubi-tubi, usaha makin tidak menjadi. Hari semakin tua. Usia semakin lanjut. Harapkan puncak yang tinggi didaki, dataran rata pun tidak tercari. Punah. Hancur segala cita-cita. Semut rakus itu sudan tidak rakus. Hatinya sudah lusuh. Terik mentari membakar kehitaman dirnya sendiri. Semut hitam itu lumpuh dan remuk dibaham kuman. Hayatnya tamat di situ. Usahanya tidak menjadi.

Maka semut-semut lemah mula rasa bersalah. Semua bising-bising. "Aduhai semut hitam, kenapalah engkau begitu rakus, kenapalah engkau begitu degil, tiada makna mencari nama, tiada makna mencari kedudukan kalau diri tidak dikira, kalau keupayaan tidak diukur. Wahai semut hitam yang malang, semut-semut lain semuanya mencari keredaan, engkau pula mencari gelaran." Semuanya berasa kasihan. Kasihan semut rakus itu mati atas gelaran. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pun berciciran. Matilah ia.

-Tamat-
Amin Rox