Thursday, June 4, 2009

Bidadariku Bab 4


Hari ini ada perlawanan rugbi di Stadium Ami Park. Aku bersama Khairul bergerak bersama-sama dengan menaiki kereta yang disewa. Suasana begitu gamat. Tiket habis dijual. Peminat setia All Black membanjiri Stadium Ami Park bagi menyokong kumpulan All Black yang sememangnya terkenal dalam sukan lasak Rugby di seluruh dunia. Berada di New Zealand, aku tidak melepaskan peluang begini untuk sama-sama merasai kemeriahan aksi perlawanan. Hari ini perlawanan di antara All Black dengan Wallabies team, Australia. Perlawanan bermula pada pukul 7.00 malam dan ternyata All Black berjaya mempertahankan kejuaraannya berturut-turut.

Sebelum pulang, aku singgah di Chrischurch Mosque 101 dan berjumpa dengan imam besar yang memang aku kenalinya, iaitu Syeikh Zakaria Al-Farisi. Pertama kali aku tiba di bumi Christchurch, aku telah dibawa oleh akhi Zafri, seorang perantau yang telah lama menetap di bumi tersebut untuk berjumpa dengan Syeikh Zakaria Al-Farisi. Umurnya sekarang hampir menjangkau 63 tahun, tetapi raut wajah tampak tetap ceria dan bersemangat orangnya. Pada hematku Syeikh Zakaria sememangnya seorang yang berpendirian tegas namun lemah lembut orangnya. AKu dipeluk sekuat-kuatnya tatkala berjumpa dengannya. Wangian semerkabk menusuk hidungku, Syeikh seorang yang mementingkan kebersihan dan keceriaan. "Assalamualaikum Syeikh!" Aku menyapanya. "Waalaukumusalam, Tafazdhalubil Julus." Aku yang sedikit memahami Bahasa Arab mengambil tempat duduk yang disediakan. Kami berbincang tentang isu-isu semasa dan Syeikh tutur memberi beberapa nasihat kepadaku. Perbincanganku dengannya diselangi dengan sedikit ketawa ringan; Syeikh pandai membuat lawak jenaka yang padaku amat bereti bagi seorang teruna sepertiku

Aku tiba lewat di rumahku. Khairul kelihatan telah tidur dionak mimpi. Mungkin letih agaknya. Pada perjumpaan dengan Syeikh pada senjakala tadi, Khairul memohon pulang awal, katanya ada kerja untuk disiapkan. Bersepah juga aku lihat kertas-kertas di atas mejanya. aku menggeleng-geleng kepala keseorangan, kadang-kadang hendak tertawa aku melihat roomateku ini. Perangainya tidak ubah seperti rakan lamaku, Akmal.

Malam melabuhkan tirai. Malam ini bulan penuh. Aku kagum melihat kebesaran ciptaan Allah SWT. Di anjung rumahku, aku membuka tirai dan merenung diari silamku, mengimbas kembali kisah silamku. Aku gelak dan tersengih sendirian dalam kesunyian malam. Bayu laut juga meniup syahdu sehingga menusuk tulang belikatku. Suhu di luar begitu sejuk, pada malam sedemikian rupa, suhu adalah serendah bawah daripada 2 darjah Celcius, cukup untuk membekukan air.

Aku menyelak helaian demi helaian, memang seronok melihat sejarah lama. Aku banyak berubah jika dibandingkan pada waktu mudaku. Kemudian mataku terpaku pada satu bentuk tulisan, iaitu sebuah sajak. "Oh, ini sajak yang aku amat dambakan dahulu, dipetik dari cetusan idea Habubrahman Syaerazy!!" Hatiku berteriak. Aku membaca bait demi bait, hatiku bergementar, sungguh mendalam maksudnya. Lidahku mula menadakan lagunya, liriknya masih kuhafal, maksudnya tersemat di kalbu. "Oh, bidadariku.." Aku berlagu rindu sendirian.


Bidadariku

Satu
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tidak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari tuhan
Untukku Bidadariku.

Dua
Mas kahwin untuk bidadariku
Adalah sekuntum bunga melati
Yang aku petik
dari sujud sembahyangku
Setiap Hari

Tiga
Malam pertama
Bersama bidadariku
Adalah pesta madu di taman Firdausi
Yang aku peras
Dari keringatnya yang wangi
Setelah bertahun-tahun
Berlari-lari
Mengejar bulan dan bintang
Di hari-hari perang dan damai

Empat
Buah cintaku
Dengan bidadariku
Adalah lahirnya sejuta generasi teladan
Yang mengengdong tempayan-tempayan kemanfaatan
Bagi manusia dan kemanusiaan
Pada setiap tempat pada setiap zaman
Mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
Dalam abad-abad yang susah
Abad-abad yang tidak mengenal Tuhan
Abad-abad yang hilang naluri kemanusiaan
Abad-abad berkuasanya rejim-rejim kemunggkaran
Dan mereka tetap mekar dan setia
Membela kebenaran dan keadilan

Lima
Estafet perjuangan kami berterusan
Sambung-menyambung pada setiap generasi
Tak berpenghabisan
Terus bergerak
Mengaliri segenap ladang-ladang peradaban
Seperi cintaku
Pada bidadariku
Yang terus tumbuh
Semakin subur dari hari
ke hari
Laksana kalimat-kalimat suci
Di hati para solehin, di hati para nabi...

Aku sedar dari lamunan. Perjalananku begitu hampir dengan maksud-maksud setiap bait sajak tersebut. Lantas tanpaku sedari, aku telah hilang dalam mimpi indah.

[Bersambung]

3 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm..plot cerita agak lmbat,unsur saspen..namun,sbenanye...mb penulis ingin menggunakan teknik imbas kembali>>>1st tyme aku bg comment yg berbunyi ilmiah..hahaha..amin,smbung copat seket eh..eden tok sabo doh ni..

Yard said...

Amin dalam karyanya Bidadariku cuba menggarap persoalan pengurusan masa yang baik. Jelas dalam peristiwa watak bulat dinamis menunjukkan pengurusan masa sesuatu yang penting. Walaupun tidak dijelaskan dengan terperinci oleh pengarang,Amin mengangkat kegunaan buku diari milik watak bulat sebagai cara pemaparan yang menunjukkan betapa pentingnya menguruskan masa dengan baik. Namun, pengarang sekali lagi gagal menghabiskan cerpen nya pada entri kali ini. Sekian.. Assalamualaikum w.b.t.

ko rse leh dpt 7 x malay ak
ha3

Amin Rox said...

hehe, Atik, sabaq cket, cuak seyh nk wat penghabisan. kena cari idea dan pengalaman..


haha, bagus yard, ko dah buat sastera bandingan tuh, mantap2.. boleh2.. insyaAllah.