Friday, May 29, 2009

Keheningan Ketenangan Bab 2


Cuaca pada hari ini redup-redup, banyak jua daun bertaburan di lantai-lantai jalan. Angin Lautan pasifik mendayu-dayu kesepian penuh kerisauan. Hari itu suhu sekitar 3 darjah celcius menusuk hingga ke kalbu. Aku tiada kelas untuk dihadiri. Khairul, teman serumahku sudah tiada, mungkin pagi-pagi lagi sudah keluar menghadiri ke kelas. Awal sungguh dia hari ini, aku teringatkan bahawa hari ini dia memang ada menyatakan yang dia mempunyai test histiologi. Semalaman dia menelaah buku-bukunya. Aku tidak dapat memejamkan mataku semalam, aku masih dirundung bahana keletihan. Semalaman jua aku memikirkan kata-kata Umi. "Angah, Umi dah jumpa pasangan yang sesuai untuk Angah." Kata-kata Umiku terngiang-ngiang bermain di ranjau benakku. 

Aku melengahkan diriku berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Christchurch, kelihatan begitu ramai yang bercuti hari ini. Masing-masing mengambil peluang untuk beriadah, membeli belah dan bersenang lenang. Tatkala dalam perjalanan itu, aku teringat akan keindahan pengalaman bersama-sama rakan-rakanku di Kolej MARA Banting. Tempat aku membuat persediaan tiga tahun yang lalu. Nama-nama seperti Akmal, Aminuddin, Syahmi dan beberapa teman lain menyebabkan aku amat memendam rasa manis keakraban. "Entah di mana mereka sekarang?" Desis hatiku dan ingin benar aku menyapa hidup mereka. Di sini, aku masih bersyukur, gerakan Usrah masih berjalan seperti biasa, Akhi Hasrizal dan Akhi Kamarul seringkali mengadakan perjumpaan tertutup bersama-sama. Mereka berdua ialah senior sandaran aku. Setiap kali aku dirundung masalah, mereka menjadi penyelesainya.

Aku tiba di perkarangan pusat membeli belah, berdekatan sebuah Mall yang menempatkan beribu-ribu barang keperluan. "Assalamuailakum, nice to meet you my brother, what are you searching for here?" Ahmed, saudara Seislam yang berasal dari Amerika menyapa aku semasa aku sedang sibuk memilih baju-baju dan pakaian untuk Umi dan Abuku. "Waalaikumussalam, masyaAllah, Allah meets us here, I am looking for some presents for my parents. How are you Ahmed, how's your health?"  Aku bertanya khabar. Beberapa hari yang lalu, khabar-khabar angin mengatakan Ahmed telah dimasukkan ke dalam wad, disyaki Denggi. "Alhamdulillah, Allah provides me security, I have recovered well. Do you want me to suggest a special gift to your parents?" Ahmed yang begitu prihatin soal keluarga menunjukkan aku sepasang pakaian yang coraknya amat emanrik bagiku. 

Petang itu, aku masih berada dalam kekusutan minda memikirkan tentang masa depanku. Siapakah si dia yang dimaksudkan oleh Umi? Lantas aku teringat akan gambar yang dijanjikan Umi. Aku tergesa-gesa ke 'laptop'ku untuk melihat jika Umiku ada menghantar sebarang 'attachment' gambar si dia. "Yes, ada pun!" Dalam 'inbox', ternyata Umi mengotakan janjinya. Aku terus memuat turun attachment gambar tersebut. Hatiku berdebar-debar. Peluh jantan mengalir di pipiku tanpa menghiraukan suasana bising di luar sana. Penantian yang amat mendebarkan. Jantungku berdegup kencang, Adrenalin terembes bak pancaran air paip yang pecah. tanganku terketar untuk membuka fail yang dimuat turun. Aku klik dan terus terpapar gambarnya. "Alhamdulillah.." Hatiku berdesis kecil. 

13 comments:

al-ikhsan said...

gamabr siapa tu min? gambar ehem-ehem ke? siap berpeluh jantan lagik! hehehe!

;)

Amin Rox said...

erm..adalah.. masih dirahsiakan.. nnti aku sebarkan, haha. (sedang difikirkan)
Peluh Jantan? kui3.. nmpak stylo cket.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

apakah gambar itu..wah3..amin da bertunang x bitau..hahahah

Amin Rox said...

adoyai.. mana ade la atik..
pndai2 jer ek.. xde kena mengena yg hidup ataupun mati..

akmal hayat said...

ak smbung sikit eh..mohon permisi..

Aku klik dan terus terpapar gambarnya. "Alhamdulillah.." Hatiku berdesis kecil. "Z rupanya.." Putik2 rindu yang mula tersemat di hati ini mengembang jua.

hahahahahaa

Amin Rox said...

to akmal,
sensitif di situ.

al-ikhsan said...

haha! nice one akmal!

X)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Akmal = Puisi

Amin = Prosa

Amin ∩ Akmal = Sastera

Ampa dah makin cenderung sastera nampak...
Tinggai aku ja yang tak p lg =p

Amin Rox said...

haha.. tapi akmal x puas ati wey, dia kata dia tok guru aku..[ perasan la tu]


haha, ang lepas ni

Syahmi = drama [video maker]
haha.

Yard said...

wah
romantik gle kisah ko
wakaka
tp kalau ak xnk tgk..
nk bwat mcm "aku trime nikahnye"
ha3

Amin Rox said...

Yard,
dalam novel mmg ley kata x nak tgk.
tapi kalo reaitinya, sape yg sanggup.
hehe.. Ust Hasrizal pun tgk gak, cuma bukan melalui gmbar..

*[sunnah melihat bakal pasangan, muka dan telapak tangan]

akmal hayat said...

hoho..ad umpatan di sini rupanya..

Amin Rox said...

lalala~

bukan mengumpat kalo realiti..
mengadu nasib yg asyik difire2..
[