Tuesday, May 26, 2009

Desiran angin kerisauan Bab 1

Lebih kurang 3 tahun aku berada di sini. Keseorangan terkapai-kapai, mencari jalan hidup yang kubawa menyelusuri lautan lautan terbentang. Petang itu aku berseorang, melihat kehijauan bumi Christchurch yang masih suci. Aku melihat suasana di sini sungguh aman, tenang, tidak sama dengan kampung halaman aku, rindu jua ku dibuatnya. "Ah, lagi setahun aku di sini, aku kena rasainya puas-puas, nnti melepas!" bisik hatiku menabur seribu alasan.

Aroma bungan levender yang keungguan dihisai dengan semerbak haruman semula jadi membuatku hapir lali ditelan mimpi. Aku duduk dan baring melihat kebiruan langit Chrischurch. Bukit-bukitnya menghijau laksana lumut yang tumbuh di kala hujan. Bunyi ombak laut lepas kedengaran, bayu laut meniup rambutku seolah-olah membelai diriku. Aku masih keseorangan di sini. Beban pelajaran masih belum selesai, aku bakal bergelar seorang graduan bioteknologi.

"Assamulaikum, umi, nanti kalau angah balik Umi mahu angah belikan apa untuk Umi dan Abu?" Aku menelefon Umiku yang jauh di kampung halaman. Hatiku tenang seketika. "Angah belikanlah apa-apa yang sesuai untuk Umi, Umi tak kisah" Umi mengerti aku jua yang mampu memilihnya nanti. "Baiklah, Umi". Sunyi sebentar beberapa ketika dan kemudiannya Umi memulakan semula bicara, "Angah, Umi nak bincang sikit pasal masa depan angah ni" Aku tersentak dari lamunanku melihat beberapa unggas berterbangan di udara bebas. "Ya umi, ada apa? bincang pasal apa umi?" 

"ish..Budak ni, mengelamun la tu" Umiku seakan-akan mengetahui segala perbuatanku. Di sini suasana begitu indah, sehinggakan aku begitu mudah hilang fokus tatkala melihat ciptaan Tuhan yang serba indah. Perbualan aku dengan Umiku berterusan, sayup-sayup kedengaran pukulan ombak menghempas pantai. Hari itu, hati aku cukup berdebar, setelah membincangkan suatu perkara yang belum pernah aku fikirkan dalam hidupku. Inilah kali pertama aku membincangkan soal hati setelah beberapa ketika aku mendiamkan diri. "Umi, angah dah besar, tahu jaga diri, tahu cari sendiri pasangan angah" Aku seolaholah ingin mengatakan sedemikina rupa kepada umiku, namun lidah ku kelu kaku. "Kalau begitu, angah bersetuju sahajalah Umi, nanti Umi emailkan gambarnya kepada angah, bolehlah angan tengok-tengokkan, kata orang melihat bakal tunang dan isteri itu sunnahkan Umi" Aku ketawa tersengih tanpa menghiraukan beberapa orang pelancong lalu lalang di tepiku. 

Malam itu, hatiku begitu berdebar-debar. Umurku sudah menjangkau 23 tahun, masih muda bagiku. Tetapi Umiku pula mahu melihat aku cepat-cepat beristeri, Katanya dia mahu cepat cucu. Perasaan gelisah mula menular dalam jiwaku. Menyingkap kembali sejarahku, aku tidak pernah langsung bercinta bahkan bercouple. Kadang-kadang melihat rakan-rakanku yang lain hidup berpasagan tanpa pernikahan, hatiku langsung tidak tertarik bahkan lebih membenci. Aku juga risau dengan persediaan yang tidak mencukupi, mampukah aku melayari hidup dengan si dia, yang masih belum kukenali. Mampukah aku menajdi ketua keluarga tatkala aku lupakan zaman bujangku nanti. Apakah si dia akan sama bersetuju untuk menerima aku sebagai pasangannya. Persoalan demi persoalan berlegar-legar di benak fikiranku. 


8 comments:

Akmal Hayat said...

apsl ak mcm penah t'bc jek cter nie? hurm...

Amin Rukaini Mustafa said...

To akmal, muka ko mcm rajin bc novel ker? mcm x ja.. setahu aku novel yg ko bca untuk malay A1 ja..haha..

Akmal Hayat said...

yela tu amin..
asalkn hg bahagia..

Amin Rukaini Mustafa said...

hehe..thanks akmal.. (master)..

Akmal Hayat said...

btw, introduction ok. menceritakan latar tempat + memperkenalkan watak bulat..

kalo cerpen, latar tempat sangat terhad.. aku rase, kalo ang nk buat byk watak n byk latar tempat + latar masa, it'll become a novel. not a cerpen anymore.

ada unsur2 sastera. pandai bermain dgn perkataan. cubaan yg baik (walopn ad sikit2 yg x berapa kena, tp kira ok laa tuu..first timer..huhu)

"Ah, lagi setahun aku di sini, aku kena rasainya puas-puas, nnti melepas! "bisik hatiku menabur seribu alasan."

better en kalo gini..?

"desir hatiku yang tidak kunjung jemu memberi alasan"

sbb, ayat2 sblm tu x menunjukkan byk alasan utk nk gne "menabur 1000 alasan"..

huhu..

form, Tuan Guru..ahaks!!

Amin Rukaini Mustafa said...
This comment has been removed by the author.
Akmal Hayat said...

"bisik hatiku menabur seribu alasan"

this is not a monolog rite..ni penerangan pada monolog..

lebih madah menjadikan dia lebih menarik..

Amin Rukaini Mustafa said...

haha.. nice akmal.

neway, aku nak perbetulkan cket ayat ko" First timer"

Oops! sorry, i am not the first timer.. haha. Aku just xnak menunjuk ja la. So, jgn salah anggap. nice try.

psl ayat yg dikomen, sebenarnya aku menggunakan sedikit hiperbola di situ kalo ang perasan walopun mmg tidak menampakkan seribu alasan, tetapi 1000 alasan hnya digunaka sebagai 'hiperbola' perbandingan melampau.. (harap malklum)

Neway, ini mmg bukan cerpen pun. it is like a novel, part by part. juast wait another part..