Wink! Sejenis emoticon paling diminati ramai.
Seperti biasa, sesi muhasabah diri pun bermula. Sejauhmana pencapaian pada musim cuti ini sebenarnya sangat bergantung kepada sejauhmana perancangan dijalankan. Namun begitu semuanya tidak akan berjalan lancar dengan izin Allah SWT. Jadi sedikit refleksi akan apa aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan. Mungkin tidak banyak tapi cukup sekadar mengisi masa terluang dan mampu memberi sumbangan secara fizikal, mental mahupun material. Moga semua amalan ini diterima Allah. Amin.
Anda boleh melihat sedikit perancangan lama yang telah saya buat pada masa lampau dengan klik di sini.
Jadi saya quote balik beberapa perancangan kasar yang lalu:
-Menganjurkan KEM G2S kali keempat
-Menganjurkan KEM Motivasi (personal) di sekolah SMKDSA
-Melibatkan diri sebagai FASI di MRSM Langkawi
-Melawat Beberapa tempat 'Bioteknologi' bagi memperkasa motivasi sebagai Ahli bioteknologi
-Menghadiri Program ISMA lokaliti Kedah dan juga DHL
-Mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam
-Meningkatkan kecergasan diri mental dan jasmani
-Memperbanyak bahan bacaan akademik
Dan sebagainya. (Masih dalam perancagan)
Secara rawaknya, 5 daripada 8 plan perancangan saya di atas telah dijayakan dengan baik sekali. Dan 2 plan lagi tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah perkara-perkara yang saya sempat lakukan termasuk 6 perkara di atas:
Menganjurkan KEM G2S kali keempat
Saya sudahpun pernah membuat satu post khas akan kejayaan kem ini. Sila lihat di sini. Sememangnya kem G2S kali keempat ini merupakan satu pencapaian yang besar terhadap diri saya. Bertindak sebagai ketua ataupun Pengarah Projek, banyak rintangan dan halangan yang perlu saya hadapi. Namun sekalung tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberi dorongan dan suntikan semangat berterusan. Terlalu banyak untuk dikongsikan. Moga kem ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan misi dan visi yang lebih besar!
Menganjurkan Kem Motivasi Personal di SMKDSA
Sebenarnya saya sudahpun merancang untuk mengadakan kem ini sejak pertama kali saya jejakkan kaki di Edinburgh. Saya cuba mendapatkan contact guru kounselor seawal mungkin. Dan terus saya contact rakan-rakan SMKDSA yang sedang belajar di UK juga untuk memberi makluman awalan, dan alhamudlillah mereka juga positif dalam hal ini. Dan setelah sekian lama merancang, maka ternyata program yang diadakan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat dari guru-guru dan para pelajar. Dan berharap ianya bakal menjadi satu pioneer kepada adik-adik lain untuk terus mengadakan kem sedemikian rupa!
Jelajah MRSM (klik untuk lihat)
Pada 21-25 Ogos 2011, Alhamdulillah saya bersama beberapa orang sahabat telah 'Jaulah' ataupun mengelilingi beberapa buah MRSM pilihan iaitu MRSM Langkawi, MRSM Pengkalan Hulu dan MRSM Baling. Tujuan peribadi saya melibatkan diri dalam jelajah ini adalah untuk membina keyakinan diri, memberi sumbangan kepada adik-adik, dan juga menanam pemikiran agar menjadi Pemuda-pemudi yang mampu berdaya saing. Walaupun singkat jelajah yang diadakan, tapi secara amnya, ianya memberi satu perubahan kepada diri saya secara holistik dan merupakan satu latihan tarbiyah dalam aspek Keaktifan Diri dalam Masyakarat.
MRSM Langkawi Bersama Infineight
Seharusnya, kem ini sepatutnya di masukkan ke dalam Jelajah MRSM. Tetapi tidak kerana keunikannya.Kem ini merupakan anjuran rasmi Infineight, iaitu ex-batch saya semasa di MRSM langkawi. Dan ianya menjadi medan perkongsian yang sangat menarik dengan kehadiran saudara Aiman Azlan selaku Ex-presiden Batch Infineight yang kini saya yakin ramai yang mengenalinya dalam versi Vlog. Tahun lepas beliau turut mengajurkan program yang sama dan alhamdulillah tahun ini diteruskan lagi. Moga usaha ini tetap berterusan dalam usaha menyumbang kepada generasi seterusnya!
Menghadiri Program Tautan Ukhuwwah dan Retreat ISMA
Alhamdulillah, saya turut berkesempatan untuk bersama-sama ikhwah yang lain menjayakan sebuah kem program persediaan (tautan ukhuwwah klik untuk baca) bagi pelajar-pelajar yang bakal terbang ke luar negara. Secara telus, program tersebut mempunyai misi dan visi yang sangat jauh. Dengan Tema "get connected' ianya menjanjika sebuah tautan ukhuwah dan bakal menjalinnya di sana nanti. ISMA dengan Misi dan Visinya yang sangat mapan dan jauh, saya yakin bagi sesiapa yang dapat merasai betapa jauhnya agenda yang ingin dibawa ISMA, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk sama-sama berjuang di jalan ini. Dan saya yakin ISMA mampu membawanya dengan baik!
Memperbanyakan bahan bacaan akademik
Di samping menghabiskan ruang waktu dengan bacaan buku-buku motivasi, novel, dan juga koleksi buku yang telah saya beli dahulu kala, buku-buku akademik tidak juga ditinggalkan. Ianya merupaka satu empetus terhadap diri bagi membuat persediaan dari aspek mental. Sepastinya semester yang bakal dilalui ini membawa satu cabaran yang lebih besar dan berganda dan usaha itu perlu digandakan sebanyak mungkin!
Dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya, ada satu perkara yang menjadi pengajaran besar dalam post kali ini. Iaitu nilai keteraturan dalam merancang sesuatu program mahupun aktiviti.
Saya bermula dengan idea kosong, namun alhamdulillah dengan kelebihan yang Allah berikan, hanya sekadar 'menconteng-conteng' idea asal akhirnya mampu menjadikannya ianya realiti. Dan saya yakin orang lain turut begitu. Bererti dalam hidup kita untuk dunia dan akhirat, kita perlu ada satu misi, objektif, target dan seumpanya. Hal ini penting menentukan siapakah kita pada masa akan datang.
Aku Hanyalah Seorang Pemuda
Sedar tidak sedar, aku hanyalah seorang pemuda yang bakal berusia 21 tahun dalam berapa hari shaja lagi. Ya aku masih muda dan kini digelar pemuda! Apa ertinya menjadi seorang pemuda? Aku pasti menjawabnya dengan tegas bahawa waktu pemuda inilah waktu untuk kupungut pahala sebanyak mungkin. Waktu muda inilah tulang empat kerat mula bertenaga kuat. Waktu inilah jua banyak cabaran-cabaran mendatang, dari aspek seksologinya, aspek hormonologinya, aspek keseronokannya dan lain-lain. Itu adalah cabaran yang perlu aku lawan!
Aku ada pilihan sama ada mahu membazirnya ataupun mengoptimumkan masa muda aku ini. Kerana tenaga dan pilihan itu berada di tangan aku. Dan rugilah aku jika tenaga dan masa ini aku sia-siakan. Kelak bila tua aku pastu menyesalinya. Tidakkah aku takut bahawasanya dalam banyak-banyak soalan di Akhirat nanti akan ditanya seperti berikut: "Apakah yang kamu lakukan pada waktu muda kamu?". Nah! Tempelaklah diri aku pada masa itu jika pada masa ini aku persiakan! Menangislah dengan tangisan darah, engkau tidak mampu kembali lagi. Kerana 'aku' itu kamu! Kamu wahai si pemuda yang pandai membaca.
Oh Tuhan!
Berikanlah aku kekuatan dan inayah untuk terus bertahan, untuk terus berjuang. Ya Allah Tetapkanlah hati yang berbolak-balik! Tetapkannlah iman kami! Kami ingin menjadi pemuda pemudi yang berjuang di jalan-Mu dalam segenap lapanganmu. Amin.
Oh Allah!
3 comments:
good luck yaa :)
Yup, thanks! doa-daoakan ! :)
Insyallah . Keep on step ur move to success :)
Post a Comment