Objektiviti masa
Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan berada di UK. Dan tahun pertama sebagai pelajar tahun kedua sudah hampir tamat. Yang pasti banyak perkara yang diperoleh, cuma mungkin dari beberapa aspek perlu diperbaiki. Summer ini menjanjikan satu cuti yang sangat panjang. Dan ianya bukanlah satu 'Amusement' buat diri saya, kerana masa itu tidak boleh dijual beli. Seperti biasa, soal perancangan masa itu sangatlah kritikal. Anda mungkin membayangkan betapa seronoknya hidup anda sekiranya asyik cuti selamanya. Tapi mungkin anda lupa betapa tidak seronoknya jika anda melihat diri anda ditinggalkan oleh masa yang terlalu pantas bergerak. Anda mungkin tidak sedari bahawa masa itu sangat relatif tapi sangat objektif bagi seorang Muslim Wal Mukmin. Kerna itu Allah menekankan betapa insan itu sangat rugi pada hemat masa.
Masa itu adalah memori kehidupan
Cuba bayangkan andaikata anda tidak mempunyai ingatan. Maka paradigma masa tidak langsung wujud dalam hidup anda. Anda mengatakan bahawa anda sudah besar kerana anda membandingkan diri anda sewaktu kecil. Anda melihat jam yang berdetik kerana anda membandingkan jarum jam pada 30 minit yang lalu. Bahkan setiap yang berubah itu dikira masa. Berubah bererti wujud dua titik yang berbeza. Dan banyak lagi analogi tentang masa. Mungkin anda boleh rujuk kepada mana-mana ahli falsafah kuno ataupun modern masing2 membiacarakan kebingungan akan masa. Tapi akhir sekali, satu sumber yang jelas hanyalah Al-Quran dan Hadis. Kedua-dua ini memberikan analogi yang sangat mantap akan masa.
Usai sudah mukadimah saya; kini ingin menjelaskan sedikit perancangan yang bakal berlangsung tatkala cuti summer bermula, sedikit santapan target dan visi pada masa cuti.
-Menganjurkan KEM G2S kali keempat
-Menganjurkan KEM Motivasi (personal) di sekolah SMKDSA
-Melibatkan diri sebagai FASI di MRSM Langkawi
-Melawat Beberapa tempat 'Bioteknologi' bagi memperkasa motivasi sebagai Ahli bioteknologi
-Menghadiri Program ISMA lokaliti Kedah dan juga DHL
-Mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam
-Meningkatkan kecergasan diri mental dan jasmani
-Memperbanyak bahan bacaan akademik
Dan sebagainya. (Masih dalam perancagan)
"Mohon Share" sebarang idea di sini jika ingin menambah pahala. ^_^
MANGA itu mungkin bagus (nilai & pengajaran yang baik), tapi pastikan diri anda juga bagus.
MARILAH MEMBINA GENERASI HARAPAN.
0 comments:
Post a Comment