Bersama peserta yang bakal ke UK
Di samping menautkan ukhuwwah dalam kalangan peserta, program Tautan Ukhuwwah ini memberi medium besar dalam memperoleh info-info yang penting daripada perkongsian senior-senior yang sudah pun berada di luar negara. Serba sedikit turut disentuh hal-hal fiqh of travellers yang ternyata menjadi satu isu penting bagi seseorang yang mahu terbang ke luar negara. Aktiviti-aktiviti luar yang ternyata mencabar ketahanan fizikal dan mental benar-benar menguji para peserta. Rata-rata peserta adalah daripada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan, Mesir, US, Canada, India,Czech, UK, dan Ireland. Ukhuwwah yang terjalin di antara pelbagai latar belakang ini pasti mampu melahirkan generasi yang mampu bersatu hati demi menegakkan Syiar Islam di pelosok dunia.
Ikatan yang terjalin merupakan sebuah jalinan ukhuwwah yang mantap
ISMA dengan objektifnya yang tersendiri dan mandiri, merupakan sebuah organisasi bebas bukan kerajaan dan seringkali memberi pandangan dalam segenap lapangan isu. Menjadikan Islam sebagai tunggak dan teras terhadap pemangkin kemajuan dan kegemilangan tamadun Islam di Malaysia, dengan pentaakulan maqasid syariah dan Manhaj takhrir yang jelas, bergerak secara aktif bagi menyedarkan umat Islam di Malaysia kepada proses pengislahan dan tarbiyah. Salah satu objektif penubuhan ISMA adalah untuk membina jati diri Muslim di Malaysia dan melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh dengan ajarannya lantas melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan faham akan pengertian Islam yang sebenarnya secara menyeluruh.
Islam pula adalah sebuah cara hidup yang jelas, bermaksud sejahtera, mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang satu dan mengajak seluruh umat manusia agar memperhambakan kepada Allah SWT. Islam memberi jalan yang lurus, relevan, sistematik dan menjamin ketenteraman manusia secara bukti yang nyata. Menolak unsur-unsur keganasan dan mengajak kepada kesejahteraan. Islam adalah sebuah cara hidup yang sederhana di mana menyediakan segala cara dalam segala genap lapangan hidup. Dengan kata lain, Islam adalah sebuah sistem yang sangat telus dan menjadi sebuah rujukan kepada seluruh alam, sebuah cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT. Tiada keraguan padanya bahkan tiada cacat cela padanya.
Mungkin hari ini senjakala, tapi besoknya pasti cerah kembali
Di mana bumi dipijak, langit dijunjung, di situ Islam diperagakan. Tiada ragu tiada gentar kerana yang hak membawa kebenaran yang batil membawa keraguan. Allah membantu mereka yang membantu menegakkan yang hak, secara naluri manusia tidak boleh lari dari yang hak. Sekian.
Sebuah permulaan bermula dengan sebuah ikatan suci
0 comments:
Post a Comment