Monday, August 8, 2011

G2S4: Tamat Dengan Jayanya!


Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2011 sehingga 6 Ogos 2011 yang lalu bertempat di SMK Bakai, Kuala Ketil, Kedah. Kem Guidance to Success 4 (G2S4) anjuran bekas pelajar kolej MARA Banting yang masih konsisten menyumbang telah berjaya melaksanakan kem tersebut dengan jayanya. Dengan sasaran terhadap golongan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, Kem tersebut bertemakan 'belajar itu seronok, seronok itu belajar' ternyata telah memberikan impak yang sangat positif terhadap sikap dan mentaliti para pelajar di SMK Bakai itu sendiri.

Fasilitator lelaki yang terlibat


Sekalung tahniah diucapkan kepada para fasilitator veteran mahupun jemputan kerana telah berjaya melaksanakan tugas sukarelawan ini dengan sempurna dengan tahap professional yang tinggi. Tanpa mementingkan keuntungan duniawi, kem ini berteraskan kepada sikap ingin menyumbang kepada anak bangsa dengan menggalas cita-cita ingin melahirkan individu para pelajar yang seimbang dari aspek pendidikan, mental, rohani dan fizikal.

Berbekalkan khudrat dan pengalaman yang ada, tenaga muda-mudi kini dikerah untuk bertindak semaksimum mungkin, graduan luar negara seharusnya menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menyumbang, usaha yang mandiri dan kendiri haruslah dipupuk dalam setiap muda-mudi demi membangunkan sikap kesukarelawanan di samping melahirkan mentaliti kelas pertama yang ingin membangunkan Islam, negara dan bangsa.

Pastinya, pengorbanan dan aspek masa, kewangan, dan kekuatan telah dilaburkan dengan sebaik mungkin. Tiada balasan duniawi yang diinginkan tapi sebuah harapan dan cita-cita menzahirkan rasa kesyukuran kepada-Nya, membimbing adik-adik ke arah kejayaan yang hakiki. Itulah satu cita-cita yang murni melahirkan individu yang benar-benar komited dalam setiap tindakan, tidak memerlukan kerahan dan arahan tapi mampu bertindak atas dasar kesedaran yang tinggi. G2S4 kali ini ternyata memberi impak yang positif terhadap pembentukan diri masing-masing terutamanya kepada para fasilitator dan golonga  sasaran.

Para pelajar khusyuh mendengar arahan dari Akmal Hayat

Ramadhan Al-Mubarak bukanlah sebuah penghalang dalam menjayakan kem tersebut. Bahkan Ramadhan menjadi satu titik tarbiyah yang mantap terhadap perkembangan diri. Ramadhan memupuk erti kasih sayang, erti ketabahan, erti kesefahaman, erti jalinan ukhuwwah yang mendalam sesama kita. Walaupun agak keletihan adik-adik para perserta ternyata berpuas hati dengan kem yang dilakukan. Dengan aktiviti yang begitu unik, menggunakan konsep "Conan" dalam menyelesaikan masalah, Modul yang diperuntukkan begitu strategik sehinggakan ada sesetengah peserta menyatakan ianya satu cabaran yang kreatif seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk terus rajin belajar. Para peserta dikehendaki menyelesaikan satu tugas utama iaitu menyelesaikan permasalahan "Crazee Cube". Tanpa daya usaha dan ketekunan, mereka tidak mampu sampai ke tahap paling akhir dan berjaya menyelesaikannya. Ironinya, semua kumpulan berjaya menyelesaikannya.

Saya sebagai pengarah projek kali ini, begitu beryukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya segala perancangan dan plan yang dibincangkan selama ini berjaya dilaksanakan. Walaupun meetingyang telah diadakan hanyalah bermediumkan Skype dan U-stream, ia langsung tidak mematahkan semangat kami untuk bergiat aktif. Paling penting, sumbangan ahli-ahli sangat bererti. Moga-moga segala tindakan dan niat yang telah dikecapi menjadi satu modal pahala yang berpanjangan. Segala ilmu yang dicurahkan menjadi sebuah pelaburan yang berpanjangan. Moga Allah menerima segalanya, Amin.

Feedback rasmi dari beberapa peserta mengatakan: " Kami seronok sangat bila dalam kem ni.. kami harap kem G2S ni akan dibuat lagi untuk junior kami, kem ni dah buat kami jadi semangat nak belajar dengan rajin."

"Pengalaman eyk.. ok, pengalaman mmang best gila la.. walaupun waktu saya dapat tahu kena mai kem, saya rasa sedih la, apatah lagi di bulan puasa, huhuhu.. tapi saya memang bagi 10/10 lar.. syok tahap 'gaban' ar.. ! "

"Dapat merasakan jika inginkan sesuatu, x semestinya kita dapat mencapainya dengan usaha seorang diri. sebaliknya kita bersama usaha dan berikthiar. "

Moga-moga G2S yang seterusnya menjanjikan sebuah pulangan yang lebih positif! InsyaAllah.
Klik di sini untuk lihat pengenalan G2S4.


 Video G2S4 Montaj Penutupan 


Live Feedback: G2S4



5 comments:

Asyraf Zulazni said...

on form bro :)

Anonymous said...

Alhamdulillah .tapi awat baju g2s tu mcm kecik je dgn hangpa semue?hihi..Besnye dpt berbakti untuk org lain :) Insyaallah usaha semue org mendapat balasan dr Allah...-atik

Anonymous said...

mcm berita buletin utama tulisannya....XD

btw, tahniah utk kejayaan itu..:)

semoga berterusan dlm membuat amal kebajikan.. :)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Skod: kasi promo sket. XD

>>Atik: takpa, tahun depan join lagi. :)

>>Anynomous: Kasi formal cket. baru la nmpak profesional.

Amin Rukaini Mustafa said...

>>atik: baju mmg saiz kecik. so jadi fit dan tough cket la. Pengukur saiz badan, kalau tak muat nanti tu faham2 la. XD