Gambar hiasan
Di mana kedudukan anda dalam senarai calon-calon dibawah? Cuba assess sendiri.
Kanak-kanak (1-12 tahun)
Remaja (13-17 tahun)
Dewasa (18-40 tahun)
Tua (41-65 tahun ke atas)
Mereka Golongan Terbanyak
Di fasa manakah anda? anda jawab sendiri. Dan saya cukup yakin majoriti yang membaca ini pasti dalam lingkungan remaja-dewasa. Golongan ini adalah golongan paling ramai memenuhi ruang-ruang online ini. Bukannya sedikit, banyak jumlah mereka. Sangat banyak sehingga acapkali laman-laman sosial dipenuhi oleh mereka. Kadang-kadang kita tertanya ke mana dan di mana mereka pergi? Mereka golongan banyak bukan sedikit. Golongan Power Root.
Mereka bukannya sedikit.
( sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan mana-mana politik)
Golongan Power Root
Dan golongan yang paling banyak berpengaruh dan produktif ialah gologan dewasa ataupun dikenali sebagai belia. Tenaga dan juga potensi yang mampu diberikan oleh golongan ini terlalu 'massive' ataupun sangat besar untuk dinilai. Namun hakikatnya golongan inilah yang paling banyak bakal menghadapi cabaran-cabaran getir. Cabaran sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohani. Serangan dari luar yang bertubi-tubi. Mereka golongan sasaran yang mudah tersasar.
Misi dan Visi
Kekuatan sebenar pada gologan dewasa ini terletak pada misi dan visi mereka. Jika jelas misi dan visi yang ingin dibawa maka jelaslah tindakan kehidupan yang ditunjukkan. Jika Visi dan Misi mereka kukuh laksana bongkah iceberg yang besar, terendamnya dibawahnya 'akar' ice yang kukuh, maka segala aksi dan sikap mempengaruhinya. Pemuda yang mempunyai misi dan visi yang jauh ke hadapan berlandaskan al-quran dan sunnah merupakan mereka yang berjaya. Misi dan visi mereka jauh ke hadapan menerobosi alam akhirat, mereka mengenalinya dan menyakininya dengan mantap, mereka bukan sahaja yakin bahkan mereka berdiri atas prinsip yang mereka yakini.
Keutuhan misi dan visi ibarat bongkahan iceberg yg besar
Ashabul Kahfi
Allah sendiri mengisahkan cerita mereka, para pemuda yang hebat dalam surah Ashabul Kahfi. Tujuh orang pemuda, bilangan mereka yang sebenarnya hanya Allah yang tahu, tapi mereka laksana pemuda idaman, pemuda yang berani dan ingin menegakkan kebenaran. Mereka ini pemuda yang mempunya misi dan visi yang luas, mempunyai pendirian yang utuh. Inilah pemuda Ashabul Kahfi.
Dimanakah watak dan perwatakan kita?
Mungkin sekadar nama yang kita punyai dikategorikan sekadar Islam, tapi dimanakah kita di sudut pandangan Islam. Dimanakah kita dalam golongan yang kita berada sekarang? Adakah kita merupakan mereka yang turut menyumbang? Ataupun mereka yang mampu melihat? Ataupun mereka yang merosakkan?
Kita punyai pilihan
Apa pun jawaban kita, yang pasti kita punyai ruang untuk membuat pilihan. Kita ada hak untuk memilih dan pilihan kita itu menentukan segala keputusan kita. Pilihlah yang baik dan gunakan tenaga yang lebih hebat dari "Power root' ini ke arah yang positif. Kerna kita pemuda yang berjuang. pemuda yang sedar akan tanggungjawab. Noktah kita bukan di sini, tapi di luar sana.
Di manapun persimpangan yang anda temui, dengan misi dan visi yang jelas, anda mampu lalui.
2 comments:
kreatif2..drpd power root leh bwat post..ha3
Nnti agen power root cari aku, sebab promo brand diowang. Hehe
Post a Comment