Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Comelnya Dia [Awaklah]

Lahirnya Si Comel
Lahirnya kita di dunia disambut dengan kasih sayang ibu bapa kita dengan penuh kemesraan. Kita dijaga rapi dengan penuh teliti. Tidak pernah kita minta untuk dilap mulut kita tatkala susu melimpah-limpah, berjaga malam kerana mahu bancuhkan susu kita, siang dan malam bertungkus lumus memandikan kita dan berbagai-bagai lagi, tidak kita minta semua itu. Kita juga tidak pernah sedar secara langsung di mana senyuman pertama kita bermula tetapi si ibu dan ayah sejak dari awal lagi sudah menanti-nanti saat senyuman dan gelak ketawa kita. Tanpa kita sedari, kita mula mempunyai memori lantas wujudlah satu fantasi kehidupan dunia kita yang penuh kegembiraan. Makan dan minum kita terjaga. Semuanya baik-baik belaka. Pernahkah anda terjatuh dari mana-mana tempat yang tinggi? Saya pernah, saya pernah jatuh dari pokok yang tinggi seusia muda kerana terlalu nakal agaknya. Saya masih ingat, tiada rasa sakitnya. Seolah-oleh 'terpelihara' oleh sesuatu kuasa. Dan saya yakin itu ialah Allah, tuhan yang Esa. Dan semua ini adalah gambaran bagaimana kasih sayang Allah SWT telah bermula sejak kita dilahirkan lagi.

Comelnyer kita kecil-kecil dulu kan. Lembut hati ibu bapa memandang. (gambar hiasan)

Naluri Kasih Sayang Anugerah Tuhan
Allah jugalah yang meminjamkan rasa kasih sayang kepada naluri kedua ibu bapa kita. Allah membina jasad kita sebaik-baik kejadian. Kita mula belajar bertatih. Bercakap dari satu ayat ke satu ayat. Dari situ kita mula pandai mengeja, membaca, dan seterusnya mengira satu dua dan tiga. Sungguh hebat, dari tiada kita dijadikan ada. Muncul seolah-olah dengan tiba-tiba dalam rasa penuh keseronokkan. Saya punyai perasaan itu pada waktu itu, seolah-oleh dunia ini semua seronok. Bangun pagi pergi ke sekolah, belajar, jumpa kawan, main-main, petang pula pergi ke kelas Agama, bermain lagi, berlari-lari bersama kawan-kawan kemudia pulang ke rumah. Saya masih ingat sewaktu saya bersekolah di sekolah kebangsaan Kodiang pada zaman kanak-kanak dahulu. Ayah saya sentiasa memberi kata-kata memberangsangkan pagi-pagi semasa mahu menghantar saya ke sekolah dengan menaiki van toyotanya. Ditanya khabar pelajaran bagaimana, setiap pagi emak saya akan hantar saya ke pintu rumah dan rutin itu berlansung sehingga saya besar dewasa bahkan kini jika saya pulang ke rumah. Bersalaman terlebih dahulu, kemudian perkara kedua dia akan tanya saya tentang sama ada saya sudah membawa duit ataupun tidak dan yang terakhir berpesan agar berhati-hati ke sekolah.

Si Manja yang Membesar Dewasa
Sehinggalah saya besar sedikit, masuk ke alam sekolah menengah. Saya masih lagi seorang 'manja'. Maklumlah anak bongsu. Semua saya mahu dapat. Dan layanan mereka terhadap saya sangat baik dan saya rasa bersyukur kerana Allah kurniakan ibu bapa yang sebaik mereka dan saya pasti anda berasa begitu jua. :) Kemudian besar sedikit lagi, saya dapat memasuki MRSM Langkawi dan pada masa itu memang terlalu perit untuk saya berpisah dengan mereka, senang cerita saya homesick pada minggu pertama orientasi di sana. Menangis saya malam-malamnya, terkenangkan mereka nun jauh di rumah. Alahai, semakin membesar aku ketika itu. Makin perlu aku bermandiri. Dari situlah sebuah hakikat perjalanan bermula. Memang ada banyak benda yang tidak pernah terdedah, hakikatnya manusia berbeza-beza, dan adaptasi diri mula berlaku. Dan aku yakin rakan-rakan yang baik adalah pendamping paling utama. Perkara pertama ialah mencari mereka yang mampu membimbing dan saling membimbing dan alhamdulillah aku menjumpainya.

Dari kecil, hidup kita dipenuhi dengan limpah kasih sayang. 

Siapakah Kita bukan Penentu Siapakah Mereka
Kini, aku sudah dewasa. Aku sekarang berada di sebuah University terkemuka, University of Edinburgh. Aku rasa aku tidak akan sampai ke sini jika tanpa kasih sayang-Nya yang Dia berikan kepada aku dahulu sejak aku dilahirkan. Aku bersyukur dengan sepenuh-penuh kesyukuran. Dan aku yakin, mereka, ibu bapaku telah banyak menyumbang kepada diriku. Mereka telah banyak menghabiskan ruang ringgit dan masa. teringat lagi semasa ingin terbang ke Edinburgh, mereka sanggup berkampung di KL semata-mata mahu menunggu tiket flightku dari MARA. Memang terasa sangat syahdu ketika itu. Dan sungguh, jasa mereka sangat kuhargai. Tiada apa yang mampu kubalasi melainkan dengan deruan air mata kesyukuran dan keikhlasan doa seorang anak yang rindu kepada mereka di sana. Moga Allah sentiasa merahmati mereka dan memelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil sehingga dewasa.

Dan kini aku bertanya kepada diriku: Adakah mampu giliran aku pula untuk menjaga mereka kelak? Mampukah aku? Air mata mula mengalir dalam.


Berbuat Baiklah di usia Tua Mereka
Pesanan terakhirku, siapa pun engkau sekarang yang membaca, walaupun engkau seorang perdana menteri, ketua syarikat, engineer, mahupun student terkemuka dunia, engkau pasti merasai apa yang pernah aku rasai. Walaupun tidak banyak pasti ada cebisan-cebisan itu yang pasti mengingatkan engkau agar kembali berjasa kepada mereka kelak. Jadilah insan yang taat kepada kedua ibu bapa.
Kerna Islam itu indah. Comelnya kita. Comelnya kita kerana kasih sayang Allah. ^_^

Berdoalah!





Sunday, September 4, 2011

It's Time to Share

Doktor dan Sup Tulang 


Sepasang suami isteri yang sudah berumur dalam lingkungan 70 tahun berjalan-jalan perpegangan tangan sambil tersenyum indah di raut wajah mereka. Memikirkan kembali zaman-zaman pada pertama kali mereka berjumpa tatkala 40 tahun yang lalu. Bibit pertemuan dua darjat itu cuba diungkapkan kembali pada babak di mana usia sudah meningkat tua. Sebagai pesara, mereka kini sudah bebas dari tanggungjawab alam pekerjaan yang membebankan. Si anak-anak pula sudah besar dewasa. Kini hanya mereka berdua.

Tiada alasan untuk mereka berbulan madu. Si suami, berpuas hati dengan pilihan isterinya yang sentiasa memberi taat hormat kepadanya. Manakala si isteri pula turut berasa bangga memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu melaksanakannya dengan sangat baik. Mereka bahagia.

Pada suatu hari, si suami mengajak si isteri mengimbau kembali saat-saat mereka berjumpa di sebuah kantin tempat mereka bekerja. Kedua-duanya merupakan bekas doktor. Di sebuah kantin di sebuah hospital telah menemukan mereka. Mereka kembali semula ke kantin tersebut. Sup tulang yang menjadi kesukaan mereka pada di usia alam perkahwinan dulu menjadi tarikan utama. Setiap kali makan bersama di kantin tersebut, tatkala mempunyai ruang dan waktu untuk lari dari tugasan berat seorang doktor, mereka duduk sebentar menjamah bersama.

Penjual di kantin tersebut yang sudah memahami gelagat mereka itu tersenyum rapi melihat mereka. Masih seperti dulu. Masih mampu berpegangan tangan mesra, senyuman dan gurauan mesra mereka masih berkekalan. Tapi kini hanya sebuah mangkuk sup tulang terhidang berbanding dahulu dua buah mangkuk.

"Oh, mungkin ingin jaga pemakanan, lagipun mereka doktor" Ujar penjual makanan di kantin tersebut.

Kelihatan hanya si suami sahaja menjamahnya, perlahan-lahan dia mengunyahnya. Manakala si isteri hanya tersenyum lebar. Rakan-rakan lama yang mengenali mereka kini berasa pelik. Selalunya mereka makan sekali, tapi hari ini hanya seorang sahaja makan dan hanya mampu membeli semangkuk sup tulang. Adakah sesuatu telah menghalang mereka daripada membeli dua mangkuk? 

Hampirlah seorang sahabat lama kepada si isteri lalu bertanya: "Eh, awak tak jamah ke? Masalah kesihatan ke?" 

Jawab si isteri dengan senyuman mesra: "Oh tidak, saya tengah tunggu gigi palsu saya, suami saya tgh guna." Mereka berkongsi.


Sharing :)

SHARING IS CARING

Secara tuntas, cerita di atas memang agak mengarut untuk difikirkan bagi insan-insan kebiasaan. Tapi hakikat sebenar cerita tersebut ialah perlunya nilai kebersamaan dan perkongsian. Dalam setiap aktiviti hidup kita, kita tidak lari daripada bergaul dengan insan-insan yang lain. Perhubungan dan interaksi yang terjalin ini menjadi asas kepada sosialisasi sesama kita.

Namun, aspek yang mudah, iaitu perkongsian, seringkali kita tinggalkan. Tidak susah dan juga tidak senang untuk kita lakukan. Perkongsian, membuahkan sebuah kebahagian. Sama ada dalam persahabatan, kekeluargaan, mahupun kemasyarakatan.  

Sirah membuktikan bagaimana golongan Ansor dan Muhajirin disatukan atas dasar kasih sayang dan ikatan yang kukuh di atas jalan Allah. Mereka sanggup berkongsi harta bahkan juga berkongsi isteri. Inilah erti sebuah ukhuwwah yang berteraskan Allah dan Rasul.

Jadi mengapa tidak kita kongsikan kepada semua pada hari ini? Mengapa tidak kita kongsikan senyuman kepada rakan-rakan? Mengapa tidak kita kongsikan salam sejahtera kepada sesama muslim? Mengapa tidak kita kongsikan harta kekayaan kita? Mengapa tidak? 

Sharing is caring. :")


It's time to share






Wednesday, September 15, 2010

Si Aiman: Terima Kasih


Keretapi dan Dia

Terima Kasih Aiman, Tak sempat Pak Cik nak ucapkan perkataan itu tatkala Aiman memberi pak cik sampul surat putih itu pada malam semalam. Aiman, ialah anak saudara sulong saya, masih muda bersekolah di darjah satu. Telatahnya yang girang dan juga kadang kala nakal sememangnya satu anugerah dan keluarga kami semua. Aiman sangat suka bermain Games Thomas and Friends. Cenderungnya kepada Keretapi memamg sangat mendalam. Mungkin satu hari nanti pakcik mampu melihat Aiman menjadi seorang jurutera Keretapi ataupun pemandu keretapi Termahsyur, siapa tahu? ^_^


Aku dan Mainan perkara biasa
Ya, saya dan mainan ialah perkara biasa. Lumrah. Minat dan cenderung saya waktu kecil dahulu sentiasa dihujani dengan minat yang mendalam. Berpuluh-puluh mainan elektronik dipunyai saya. Hinggakan, sehingga kini saya masih menaruh harapan untuk membeli sebuah Jet pejuang kawalan jauh mahupun kapal terbang kawalan jauh. Itu hobi saya. Dulu, saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera yang kreatif, inovatif. Mungkin itu saya patut jadikan hobi sampingan sahaja. Bioteknologi ialah fokus utama.

Manhaj dan kita
Satu perkataan yang kadang kala kita lupa kesannya. Satu perkataan yang kadang-kadang kita pandang enteng. Kenapa ya? Mungkin penjelasan seterusnya memberi gambaran radikal. Apa erti perjuangan tanpa identiti? Apa erti perjuangan jua tanpa janji? Persoalan ini patut kita terjemahkan sejelas-jelasnya. Seorang penjual ikan patut merasai bahawa pembeli ikan secara pukal bakal menawarkan harga yang lumayan kepadanya jika dia mampu mengikuti janji. Dengan identitinya yang tersendiri, pembeli ikan pasti merasai kesronokan bersama pembekal ikan kerana ia yakin pembekal ikan mampu menunaikan janjinya. Begitulah jua manhaj hidup kita. Allah sebagai pembeli jiwa, harta dan diri orang-orang yang beriman. Kita berjuang di atas satu perkataan yang sama: Lailahaillah. Sejuta maksud tersemat.

Terima Kasih Aiman
Berbalik kepada Si Aiman. Baru-baru ini, umur saya mula mencecah 20 tahun. Bererti dalam kamus saya, sudah 20 tahun saya 'mati' di dunia ini. Kerna ungkapan 'Mati' bagi saya ialah suatu yang tidak boleh diundur lagi. Masa yang hadapan ialah masa 'hidup' saya. Di situ perjuangan diteruskan. Terima KAsih Aiman kerana membuatkan Pak Cik kad birthday!! Terharu. Terkesima. Nanti Pak Cik beli lagi mainan mahal-mahal dan best! ^_^

Aiman dan Aina: Banyak ragamnya




Muka depan sampul surat



Isi kandungannya: tulisan yang berharga



Blogger Templates

Thursday, September 17, 2009

Pesona Jiwa dan Kalbu

Jiwa berpadu kalbu menyeru
Tatkala bumi mula membiru
Derusan air kesyukuran mengalir
Hiba dan juga gembira

Datangnya maha segera
Pilihanya cukup sempurna
Tiada jiwa tidak menerima
Diri masih menapak seribu

Keputusan itu paling utama
istikharah jadi pedoman
Segala-gala dipasakkan jua
Atas dasar iman dan takwa

Lebih kurang 19 tahun hidup, agak mentah lagi, telah lama hidup, tiba-tiba sekali satu bunyi yang keluar dari mulut insan bonda tercinta. Semua berubah seketika. Diri seolah-olah terkesima. Dunia berheti seketika. Ini mengubah segala-gala. Kekuda langsir ditatapi, tangan dihela erat-erat melapik kepala. Kata-kata itu menghuni pelusuk minda.

Bagaimana hendak dikatakan. Setelah lama berdiri sendirian, tiba-tiba ada panggilan untuk berdua. Bibir kaku. Gementar peluh pemuda ini. Antara pilihan: ya & tidak. Maha gementar dibuatnya. Dunia ibarat berpusing terbalik. Jantung macam nak luluh berkecai. Semua itu adalah frasa pertama.

Tapi, jiwa lain pula rasanya. Rasa bebas. Rasa terkesima masih membuai. Tapi pesona itu hadir pada bidadari yang dibunyikan dari hembusan getaran padu, menyonsong terus mengena. Terpadu di lubuk pesona kalbu jua. Setelah bertahun bertatih dan berdiri. Ianya hadir seperti tidak dirancang. Dengan tiba-tiba ia muncul. Pada ruang tamu di atas sofa empuk itu. Menusuk ruang hati dan kalbu.

Semuanya bermula di situ. Maka jiwa dah kalbu mula bersatu padu. Melihat pada wajah bersih itu, tidak berdosa, adakah diri ini mampu. Masih belum dikenalinya. masih belum mendengar suara lunaknya. Dia cukup sempurna. Tapi diri ini masih menapak satu persatu, belum tentu sempurna. Mungkin dia yang ditakdirkan bersama. Penyerahan secara total kepada-Nya. Berilah petunjuk, sesuaikah dia, restuan bonda..


Saturday, July 18, 2009

Dia Memang Comel...

Sememangnya pada pandangan pertama, wajahnya memang sangat comel. Meruntunkan jiwa tatkala melihat wajahnya itu. Kecomelannya yang terserlah mungkin akan menyebabkan sesiapa sahaja akan cemburu, geram, dan ingin sahaja mencubit pipinya yang gebu itu. Tapi apa akan daya, ramai tidak mampu untuk berbuat demikian.

Pipinya kemerah-merahan, tembam, dan sangat gebu. Wah! Aku jua rasa begitu geram. Jelikannya yang tidak mengenal siapa memang menarik. Matanya yang menyapa, bersih dan segar bak mutiara yang batu digilap rapi, bulat matanya yang hitam, kadang-kadang menggoda. Ah, aku tidak mungkin mampu mencubit pipinya, nanti akan dimarah oleh orang ramai. Argh!!

Waktu itu, Aiman mula menunjukkan kegatalan tangannya. Dikacau-kacau si comel itu. "Aiman!! Eh Aiman hati-hati!!.." Jerit dan tegur Nadzirah. "Orang kalau takde adik macam ini la kan" Farah pula menyampuk dan cuba menyakat. Dicubit-cubit hidung si comel itu. Sebik mukanya. Rimas. Dikacau tapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Sewaktu tiba di rumah Ustaz Shiham, aku disambut baik oleh Ustaz. "Amin, sila-sila, makan". Aku pergi ke rumah ustaz Shiham yang hanya berdekatan dengan Blok Asrama tidak beberapa ela dari situ. Memang sudah dirancang, kami sekelas sebenarnya berkumpul di rumah ustaz untuk beramah mesra dengan ustaz dan untuk melihat si comel yang diceritakan tadi. Melihat muka si comel itu, aku memang geram kerana pipinya yang sangat gebu. Rasa semacam hendak dicubit.

Sememangnya ustaz Shiham terkenal dengan seorang yang mudah bermesra dan selambanya amat mencuit hati sesiapa sahaja. Jasa baiknya juga amatlah besar dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua. Moga-moga sang murabbi ini terus mencurahkan keringat dan ilmunya kepada bangsa dan agama.

"Aiman.. baik ko jangan pegang si comel tuh, tangan ko dah la selalu pegang tenis jer, risau aku, haha.. " Aku secara tidak sengaja terfire Aiman. Maaf Aiman. "Eh, nanti DJ dengan Amirah nak datang juga tau.." Lebih kurang 10 orang dari kami iaitu, Aku, Adam, KN, Ariff, Rahman, Zai, AD, Nadizrah dan farah hadir di rumah Ustaz pada petang itu. Sememangnya telatah dan hiruk pikuk Si Aiman memecah suasana. "Aiman ni memang melebih budak-budak la.." Kedengaran suara tidak puas hati keluar. Ahli-ahli M08A memang terkenal dengan coletah mereka yang unik.

Dia memang comel. Anak Ustaz yang ketiga dan terakhir. Hal ini kerana ketiga-tiga anak-anaknya dilahirkan secara pembedahan. Dan ketiga-tiganya pula adalah hero-hero sokmo. Tahniah buat ustaz Shiham. "Bolehlah buat Adopted child lepas nih" -Farah-

Dia memang comel!!!! Ah, aku tidak kira, nak cubit pipinya jugak, tapi tidak kesampaian..Sobz2..menyesal2!!!

Di sini aku letak beberapa gambar dan suasana yang sempat diambil:


Si comel yang aku mention, memang pipinya tembam sangat, leher pun dah macam takde, ini kalau cubit sedap! Muka macam ustaz Shiham..


Apabila tangan yang selalu memegang tenis memegang si Comel. Agak-agaknya mungkin ini yang berdesis dalam hati Aiman: "Hehe, bila la pula aku nak jadi daddy nih.. mcm best jer.. Uish2, sabar2.."



Kalau si comel tu boleh berkata-kata pasti ini yang akan dicakapnya : "Kurang ajor kau! Jgn kacau aku la, nak rehat jap pun tak boleh!"



AD pula menunjukkan sifat keibuannya, kelihatan Ariff Firman sedang minum coffee dengan padangan psikostiknya..KN? Tengok citer Inspector Gadget???


Sunday, August 17, 2008

PDK TPG secebis memori indah

Kehidupan yang kita jalani.. Adalah normal.. Kita hidup ibarat air yang mengalir tanpa halangan..
kadang-kadang
wujud jua air yang terhalang..


Hari itu jantung ku berdebar-debar sekiranya tugas yang aku tanggung ini tidak mampu aku laksanakan. Hati ini terasa kecil, terasa ringan. Keringat mengalir perlahan-lahan mengaliri pori-poriku. Entah mengapa aku begitu tidak senang hari itu.

Kegelisahan aku seakan terubat melihat wajah-wajah mereka. Bukan kerana aku hebat, bukan kerana aku sempurna, tapi ketabahan meraka dan kesucian meraka.

Berada Di Pusat Pemulihan Dalam komuniti Teluk Panglima Garang membuatkan aku lebih sedar betapa bersyukurnya aku diciptakan dengan sempurna, tidak seperti mereka, Chee Chong, Cun How, Awie, Yan, dan Ikmal; beberapa nama penghuni PDK itu yang masih aku ingat dan akak aku ingat.

Celoteh mereka, gelak tawa mereka yang terukir dari lirik manja muka dapat aku tafsir betapa sebenarnya mereka itu satu ujian bagi manusia yang hidup sempurna seperti aku. Siapa lagi yang akan membantu mereka? jika tidak kita..

Hari itu hari pertama aku berada di sana, aku cuba merakamkan perasaan aku yang tk dapat aku pahat pada mana-mana batu yang indah, namun biarlah ia dikuburi dalam hati dan jiwa ini juga secebis kilasan dalam blog ini.

senyuman sekuntum bunga itu ibarat mentari yang menyinar bagi insan seperti mereka

Mereka BERHAK dilayani..

Kita pula harus membantu..


Tiada perbezaan antara MEREKA dan KITA kan..

MEREKA jua manusia..ada perasaan.


Melihat dunia ini dari kaca mata kasih sayang, kadang-kadang aku merasakan apa yang berlaku sekarang, realiti, agak berbeza. Aku tidak bermaskud tiada lagi yang sanggup melaksanakan tugas ini, masih ada yang sudi. Namun sukar dicari..