Thursday, September 17, 2009

Pesona Jiwa dan Kalbu

Jiwa berpadu kalbu menyeru
Tatkala bumi mula membiru
Derusan air kesyukuran mengalir
Hiba dan juga gembira

Datangnya maha segera
Pilihanya cukup sempurna
Tiada jiwa tidak menerima
Diri masih menapak seribu

Keputusan itu paling utama
istikharah jadi pedoman
Segala-gala dipasakkan jua
Atas dasar iman dan takwa

Lebih kurang 19 tahun hidup, agak mentah lagi, telah lama hidup, tiba-tiba sekali satu bunyi yang keluar dari mulut insan bonda tercinta. Semua berubah seketika. Diri seolah-olah terkesima. Dunia berheti seketika. Ini mengubah segala-gala. Kekuda langsir ditatapi, tangan dihela erat-erat melapik kepala. Kata-kata itu menghuni pelusuk minda.

Bagaimana hendak dikatakan. Setelah lama berdiri sendirian, tiba-tiba ada panggilan untuk berdua. Bibir kaku. Gementar peluh pemuda ini. Antara pilihan: ya & tidak. Maha gementar dibuatnya. Dunia ibarat berpusing terbalik. Jantung macam nak luluh berkecai. Semua itu adalah frasa pertama.

Tapi, jiwa lain pula rasanya. Rasa bebas. Rasa terkesima masih membuai. Tapi pesona itu hadir pada bidadari yang dibunyikan dari hembusan getaran padu, menyonsong terus mengena. Terpadu di lubuk pesona kalbu jua. Setelah bertahun bertatih dan berdiri. Ianya hadir seperti tidak dirancang. Dengan tiba-tiba ia muncul. Pada ruang tamu di atas sofa empuk itu. Menusuk ruang hati dan kalbu.

Semuanya bermula di situ. Maka jiwa dah kalbu mula bersatu padu. Melihat pada wajah bersih itu, tidak berdosa, adakah diri ini mampu. Masih belum dikenalinya. masih belum mendengar suara lunaknya. Dia cukup sempurna. Tapi diri ini masih menapak satu persatu, belum tentu sempurna. Mungkin dia yang ditakdirkan bersama. Penyerahan secara total kepada-Nya. Berilah petunjuk, sesuaikah dia, restuan bonda..


22 comments:

~AiSyA HuMaiRa~ said...

sukar untuk mengatakan sebarang komen,bolehkah bertanya siapakah empunye diri?

surf-fix @ uppa.. said...

salam..laen macam je bnyinya..hehe..

al-ikhsan said...

ha3. apakah maksudnya amin?

(*-*)

nadzirah baharuddin said...

amin...apa ayat cm jiwang2 sgt nih?susah la nk phm...

ni membuktikan amin hati kebun...whoahaha!

amin pikir apa nih amin?serius x faham!

Amin Rox said...

To Aida: Tidak perlu memberi sebarang komen. Tentang empunya diri itu, diri ini masih tidak mengetahui. so, anggap mcm tiada apa2.

Amin Rox said...

to syafik: ye agak pelik, mmg pelik pun. huhu.

Amin Rox said...

to ikhsan: hehe, susah nak fham, so, rasanya xperlu dihuraikan kot. just anggap cam xde pape k.

Amin Rox said...

to nadzirah: entri xde yg jiwang la nadzirah, kalo jiwang len jadinya. entah ar, diri ini pun masih tidak memahami, cuba memahami.


Kekewan semua, anggap mcm tiada apa2.

mesti byk persoalan.. so, better jgn tanya.

Syamil said...

ala senang jer ni..
mak amin..pergi masjid..
semayang terawih..
pastu kawan mak dia kat masjid tanya la mak dia..

"Eh, amin tu dah besar panjang kan? bila nak kahwin ni??"

"Ala, belajar lagi. Elaun pown RM100 sebulan. camna nak kahwin" kata mak amin

**********************************
pastu balik terawih..
"Amin, mak sini bawak kawan mak, sekali ngan anak dia,"kata mak amin

"Kenapa mak?"kata amin

"Mak ingat nak perjodohkan amin dan si 'tut' ni, x per tunang dulu..dah kerja kahwin la,"

"apa???!!"

Amin Rox said...

HAHAHA,
Nice ar syamil jadi translator aku..

Anyway, no comment..

Syamil said...

elele..
amin..x nak ngaku..
aku budak langkawi kowt..
dah faham hang!!
=P

nadzirah baharuddin said...

hihik amin...nadzirah rs apa yg billy ckp tuh make sense la...mak amin dh tny ek?hihik...lampu hijau larr amin...haha...siap rekemenkan ek?hohoho

Amin Rox said...

To Syamil, ye la ang memahami.. tapi betol ke x tu aku x ley maklumkan.. lala~

Amin Rox said...

To nadzirah, eh apa nih nadzirah, tuduh2. hehe.. entah, mana amin tau.. tgk je la nnti.. hehe.. (:P

Syamil said...

owh..amin..
sudah dewasa sekarang..

"Amin, mak rasa Amin dah boleh kahwin, Amin matured, Amin bakal fly, mak yakin Amin boleh!!" kata mak Amin kepada Amin

Amin Rox said...

haha, yelatuh syamil. dah3.. ngaruut jer semua tuh.. pndai2 ja ang buat ceta..

Akmal Hayat said...

aku tahu ape yg jadi..walaupun ia masih kesamaran..

bila bunyi bersatu..maka hati berpadu..

andai awan dapatmu capai..maka saktilah tuan hamba..

aku juz mendoakan yg terbaik..maaf atas kekhilafanku dulu.. memasang dirimu dengan sesuka hatiku..

chill!!~~

Amin Rox said...

Pe akmal....~~


Chill2 per nih...???

tau ar nak raya..

Syamil said...

amin!!
adakah ko akan berhenti dari buat ib???
tension dengan course yang anda ceburi???
jangan amin..G2S masih perlukan kau amin!!

Amin Rox said...

haha, mana ada weyh, aku xkan berhenti ar!
Jgn buat spekulasi weyh, semua tuh coreatan penulisan ja ar. xde kena mengena ngn hidup atau yg mati. Haish..!

Syamil said...

haha..amin gelabah..
baru geltek sikit jar!!

anyway..
selamat hari raya..
attack la rumah aku..
raya kedua..
insyaALLAH aku kat Selangor..
kah3..

Amin Rox said...

la.. bru cdg nak attack.. hish..