Sunday, August 17, 2008

PDK TPG secebis memori indah

Kehidupan yang kita jalani.. Adalah normal.. Kita hidup ibarat air yang mengalir tanpa halangan..
kadang-kadang
wujud jua air yang terhalang..


Hari itu jantung ku berdebar-debar sekiranya tugas yang aku tanggung ini tidak mampu aku laksanakan. Hati ini terasa kecil, terasa ringan. Keringat mengalir perlahan-lahan mengaliri pori-poriku. Entah mengapa aku begitu tidak senang hari itu.

Kegelisahan aku seakan terubat melihat wajah-wajah mereka. Bukan kerana aku hebat, bukan kerana aku sempurna, tapi ketabahan meraka dan kesucian meraka.

Berada Di Pusat Pemulihan Dalam komuniti Teluk Panglima Garang membuatkan aku lebih sedar betapa bersyukurnya aku diciptakan dengan sempurna, tidak seperti mereka, Chee Chong, Cun How, Awie, Yan, dan Ikmal; beberapa nama penghuni PDK itu yang masih aku ingat dan akak aku ingat.

Celoteh mereka, gelak tawa mereka yang terukir dari lirik manja muka dapat aku tafsir betapa sebenarnya mereka itu satu ujian bagi manusia yang hidup sempurna seperti aku. Siapa lagi yang akan membantu mereka? jika tidak kita..

Hari itu hari pertama aku berada di sana, aku cuba merakamkan perasaan aku yang tk dapat aku pahat pada mana-mana batu yang indah, namun biarlah ia dikuburi dalam hati dan jiwa ini juga secebis kilasan dalam blog ini.

senyuman sekuntum bunga itu ibarat mentari yang menyinar bagi insan seperti mereka

Mereka BERHAK dilayani..

Kita pula harus membantu..


Tiada perbezaan antara MEREKA dan KITA kan..

MEREKA jua manusia..ada perasaan.


Melihat dunia ini dari kaca mata kasih sayang, kadang-kadang aku merasakan apa yang berlaku sekarang, realiti, agak berbeza. Aku tidak bermaskud tiada lagi yang sanggup melaksanakan tugas ini, masih ada yang sudi. Namun sukar dicari..

2 comments:

al-ikhsan said...

mungkin faktor 'tak ramainya yang sanggup mmebantu' tu ialah mentaliti masyarakat yg awal2 lagi dah menjadikan mereka tu sebagai 'social outcast'..padahal mereka juga mahu menjadi sebahagian drpd kita ni..berilah mereka ruang dlm hidup kita ini..[suatu yg remeh buat kita tapi sangat bermakna buat mereka semua!]:D

Amin Rox said...

benar, mereka jua manusia dan mempunyai perasaan.

Andai kata mereka mampu lincah berkata-kata, nescaya manusia sempurna ini diherdik kerana sombong dan tidak mahu prihatin akan mereka.

yang penting, mereka ialah ciptaan-Nya, satu ujian buat kita semua.