Lahirnya kita di dunia disambut dengan kasih sayang ibu bapa kita dengan penuh kemesraan. Kita dijaga rapi dengan penuh teliti. Tidak pernah kita minta untuk dilap mulut kita tatkala susu melimpah-limpah, berjaga malam kerana mahu bancuhkan susu kita, siang dan malam bertungkus lumus memandikan kita dan berbagai-bagai lagi, tidak kita minta semua itu. Kita juga tidak pernah sedar secara langsung di mana senyuman pertama kita bermula tetapi si ibu dan ayah sejak dari awal lagi sudah menanti-nanti saat senyuman dan gelak ketawa kita. Tanpa kita sedari, kita mula mempunyai memori lantas wujudlah satu fantasi kehidupan dunia kita yang penuh kegembiraan. Makan dan minum kita terjaga. Semuanya baik-baik belaka. Pernahkah anda terjatuh dari mana-mana tempat yang tinggi? Saya pernah, saya pernah jatuh dari pokok yang tinggi seusia muda kerana terlalu nakal agaknya. Saya masih ingat, tiada rasa sakitnya. Seolah-oleh 'terpelihara' oleh sesuatu kuasa. Dan saya yakin itu ialah Allah, tuhan yang Esa. Dan semua ini adalah gambaran bagaimana kasih sayang Allah SWT telah bermula sejak kita dilahirkan lagi.
Comelnyer kita kecil-kecil dulu kan. Lembut hati ibu bapa memandang. (gambar hiasan)
Allah jugalah yang meminjamkan rasa kasih sayang kepada naluri kedua ibu bapa kita. Allah membina jasad kita sebaik-baik kejadian. Kita mula belajar bertatih. Bercakap dari satu ayat ke satu ayat. Dari situ kita mula pandai mengeja, membaca, dan seterusnya mengira satu dua dan tiga. Sungguh hebat, dari tiada kita dijadikan ada. Muncul seolah-olah dengan tiba-tiba dalam rasa penuh keseronokkan. Saya punyai perasaan itu pada waktu itu, seolah-oleh dunia ini semua seronok. Bangun pagi pergi ke sekolah, belajar, jumpa kawan, main-main, petang pula pergi ke kelas Agama, bermain lagi, berlari-lari bersama kawan-kawan kemudia pulang ke rumah. Saya masih ingat sewaktu saya bersekolah di sekolah kebangsaan Kodiang pada zaman kanak-kanak dahulu. Ayah saya sentiasa memberi kata-kata memberangsangkan pagi-pagi semasa mahu menghantar saya ke sekolah dengan menaiki van toyotanya. Ditanya khabar pelajaran bagaimana, setiap pagi emak saya akan hantar saya ke pintu rumah dan rutin itu berlansung sehingga saya besar dewasa bahkan kini jika saya pulang ke rumah. Bersalaman terlebih dahulu, kemudian perkara kedua dia akan tanya saya tentang sama ada saya sudah membawa duit ataupun tidak dan yang terakhir berpesan agar berhati-hati ke sekolah.
Si Manja yang Membesar Dewasa
Sehinggalah saya besar sedikit, masuk ke alam sekolah menengah. Saya masih lagi seorang 'manja'. Maklumlah anak bongsu. Semua saya mahu dapat. Dan layanan mereka terhadap saya sangat baik dan saya rasa bersyukur kerana Allah kurniakan ibu bapa yang sebaik mereka dan saya pasti anda berasa begitu jua. :) Kemudian besar sedikit lagi, saya dapat memasuki MRSM Langkawi dan pada masa itu memang terlalu perit untuk saya berpisah dengan mereka, senang cerita saya homesick pada minggu pertama orientasi di sana. Menangis saya malam-malamnya, terkenangkan mereka nun jauh di rumah. Alahai, semakin membesar aku ketika itu. Makin perlu aku bermandiri. Dari situlah sebuah hakikat perjalanan bermula. Memang ada banyak benda yang tidak pernah terdedah, hakikatnya manusia berbeza-beza, dan adaptasi diri mula berlaku. Dan aku yakin rakan-rakan yang baik adalah pendamping paling utama. Perkara pertama ialah mencari mereka yang mampu membimbing dan saling membimbing dan alhamdulillah aku menjumpainya.
Dari kecil, hidup kita dipenuhi dengan limpah kasih sayang.
Siapakah Kita bukan Penentu Siapakah Mereka
Kini, aku sudah dewasa. Aku sekarang berada di sebuah University terkemuka, University of Edinburgh. Aku rasa aku tidak akan sampai ke sini jika tanpa kasih sayang-Nya yang Dia berikan kepada aku dahulu sejak aku dilahirkan. Aku bersyukur dengan sepenuh-penuh kesyukuran. Dan aku yakin, mereka, ibu bapaku telah banyak menyumbang kepada diriku. Mereka telah banyak menghabiskan ruang ringgit dan masa. teringat lagi semasa ingin terbang ke Edinburgh, mereka sanggup berkampung di KL semata-mata mahu menunggu tiket flightku dari MARA. Memang terasa sangat syahdu ketika itu. Dan sungguh, jasa mereka sangat kuhargai. Tiada apa yang mampu kubalasi melainkan dengan deruan air mata kesyukuran dan keikhlasan doa seorang anak yang rindu kepada mereka di sana. Moga Allah sentiasa merahmati mereka dan memelihara mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil sehingga dewasa.
Dan kini aku bertanya kepada diriku: Adakah mampu giliran aku pula untuk menjaga mereka kelak? Mampukah aku? Air mata mula mengalir dalam.
Berbuat Baiklah di usia Tua Mereka
Pesanan terakhirku, siapa pun engkau sekarang yang membaca, walaupun engkau seorang perdana menteri, ketua syarikat, engineer, mahupun student terkemuka dunia, engkau pasti merasai apa yang pernah aku rasai. Walaupun tidak banyak pasti ada cebisan-cebisan itu yang pasti mengingatkan engkau agar kembali berjasa kepada mereka kelak. Jadilah insan yang taat kepada kedua ibu bapa.
Kerna Islam itu indah. Comelnya kita. Comelnya kita kerana kasih sayang Allah. ^_^
Berdoalah!
0 comments:
Post a Comment