Sunday, September 4, 2011

It's Time to Share

Doktor dan Sup Tulang 


Sepasang suami isteri yang sudah berumur dalam lingkungan 70 tahun berjalan-jalan perpegangan tangan sambil tersenyum indah di raut wajah mereka. Memikirkan kembali zaman-zaman pada pertama kali mereka berjumpa tatkala 40 tahun yang lalu. Bibit pertemuan dua darjat itu cuba diungkapkan kembali pada babak di mana usia sudah meningkat tua. Sebagai pesara, mereka kini sudah bebas dari tanggungjawab alam pekerjaan yang membebankan. Si anak-anak pula sudah besar dewasa. Kini hanya mereka berdua.

Tiada alasan untuk mereka berbulan madu. Si suami, berpuas hati dengan pilihan isterinya yang sentiasa memberi taat hormat kepadanya. Manakala si isteri pula turut berasa bangga memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu melaksanakannya dengan sangat baik. Mereka bahagia.

Pada suatu hari, si suami mengajak si isteri mengimbau kembali saat-saat mereka berjumpa di sebuah kantin tempat mereka bekerja. Kedua-duanya merupakan bekas doktor. Di sebuah kantin di sebuah hospital telah menemukan mereka. Mereka kembali semula ke kantin tersebut. Sup tulang yang menjadi kesukaan mereka pada di usia alam perkahwinan dulu menjadi tarikan utama. Setiap kali makan bersama di kantin tersebut, tatkala mempunyai ruang dan waktu untuk lari dari tugasan berat seorang doktor, mereka duduk sebentar menjamah bersama.

Penjual di kantin tersebut yang sudah memahami gelagat mereka itu tersenyum rapi melihat mereka. Masih seperti dulu. Masih mampu berpegangan tangan mesra, senyuman dan gurauan mesra mereka masih berkekalan. Tapi kini hanya sebuah mangkuk sup tulang terhidang berbanding dahulu dua buah mangkuk.

"Oh, mungkin ingin jaga pemakanan, lagipun mereka doktor" Ujar penjual makanan di kantin tersebut.

Kelihatan hanya si suami sahaja menjamahnya, perlahan-lahan dia mengunyahnya. Manakala si isteri hanya tersenyum lebar. Rakan-rakan lama yang mengenali mereka kini berasa pelik. Selalunya mereka makan sekali, tapi hari ini hanya seorang sahaja makan dan hanya mampu membeli semangkuk sup tulang. Adakah sesuatu telah menghalang mereka daripada membeli dua mangkuk? 

Hampirlah seorang sahabat lama kepada si isteri lalu bertanya: "Eh, awak tak jamah ke? Masalah kesihatan ke?" 

Jawab si isteri dengan senyuman mesra: "Oh tidak, saya tengah tunggu gigi palsu saya, suami saya tgh guna." Mereka berkongsi.


Sharing :)

SHARING IS CARING

Secara tuntas, cerita di atas memang agak mengarut untuk difikirkan bagi insan-insan kebiasaan. Tapi hakikat sebenar cerita tersebut ialah perlunya nilai kebersamaan dan perkongsian. Dalam setiap aktiviti hidup kita, kita tidak lari daripada bergaul dengan insan-insan yang lain. Perhubungan dan interaksi yang terjalin ini menjadi asas kepada sosialisasi sesama kita.

Namun, aspek yang mudah, iaitu perkongsian, seringkali kita tinggalkan. Tidak susah dan juga tidak senang untuk kita lakukan. Perkongsian, membuahkan sebuah kebahagian. Sama ada dalam persahabatan, kekeluargaan, mahupun kemasyarakatan.  

Sirah membuktikan bagaimana golongan Ansor dan Muhajirin disatukan atas dasar kasih sayang dan ikatan yang kukuh di atas jalan Allah. Mereka sanggup berkongsi harta bahkan juga berkongsi isteri. Inilah erti sebuah ukhuwwah yang berteraskan Allah dan Rasul.

Jadi mengapa tidak kita kongsikan kepada semua pada hari ini? Mengapa tidak kita kongsikan senyuman kepada rakan-rakan? Mengapa tidak kita kongsikan salam sejahtera kepada sesama muslim? Mengapa tidak kita kongsikan harta kekayaan kita? Mengapa tidak? 

Sharing is caring. :")


It's time to share






0 comments: