Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Aku Impikan Generasi Ini

Hening Malam Membuai-buai
Di celah-celah hening pagi, aku tersentak dari buaian tidur, astaghfirullah, terlelap rupanya aku seketika tadi, setelah usai silat maghrib. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Nasib baik masih sempat Isya. Maka malam ini Isya berseoranganlah aku. Subuh pula masuk 3.27 pagi, subuh makin awal kerna pada Musim Summer, memang beginilah cabarannya berada di bumi UK. Sejuk itu biasa. Selepas solat dan bermunajat, secawan nescafe menjadi santapan mencerahkan kembali mata. Aku kira sudah hampir 6 jam aku tidur. Sudah memadai.

Tenangnya pagi ini. Mengalir jua air mata pada sujudku sebentar tadi. Sudah lama tidak begini, mencari peluang dan ruang untuk bermunajat. Mengimbas kembali dosa-dosa lalu. Kerna ku sentiasa tahu Dia, Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang. Cukuplah Allah bagiku.


Facebook dan Aku
Tidak kusangkal, peranan facebook dalam memberi kesan kepada para pemuda sangat besar. Secara langsung ataupun secara tidak langsung. Inilah hakikat yang aku sedari walaupun kadang-kadang terjerat dengan keuwjudan facebook. Menjadi satu saluran untuk mengetahui keadaan dunia luar sehinggakan kadang-kadang aku sendiri tidak pasti mengapa aku sendiri sudah tidak menerpa ke mana-mana layar berita lain seperti berita harian dan sebagainya untuk mengetahui isu semasa. Mungkin facebook ini ada beberapa faedahnya jika digunakan dengan sebaik mungkin, tapi awas! Facebook jua memberi kesan buruk. Tidak mahu aku mengulas secara lanjut, cukup sekadar memberi link untuk bacaan.



Impian aku, Impian Kalian juga
Aku mengimpikan sebuah generasi yang mana mempunyai nilai-nilai rabbani. Mampu berdikari, mempunyai jati diri Islam yang luhur. Aku mengimpikan sebuah generasi muda yang bebas dari segala akhlak mazmumah, mempunyai aqidah yang benar-benar mantap, meyakini akan kebangkita Islam dan juga sedia dan berani berkorban wang ringgit, harta dan masa demi membangkitkan semula kejatuhan Islam. Generasi ini ialah generasi yang mendokong semangat kebangkitan, mereka dan aku sangat rapat sehingga aku dapat melihat dari raut wajah mereka akan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kebangkitan ini. Mereka sudah alpha dengan sinis masyarakat luar yang seringkali mematahkan semangat mana-mana generasi yang lemah. Mereka ini, aku yakin mempunyai satu misi dan visi yang sangat jelas, mampu mereka laksanakan dengan penuh berani tanpa mengira rasa takut, dan seram. Aku membayangkan, mereka ialah generasi kebangkitan di mana pada setiap saat dan waktu, Allah menjadi tempat bertawakkal, memohon pertolongan, Tapi mereka bukanlah generasi yang memegang prinsip Doa tanpa Usaha, Mereka berusaha sedaya upaya kerna mereka tahu bahawa musuh-musuh agama berusaha keras menjatuhkan umat Islam.

Generasi Ini
Generasi ini, aku lihat, mereka merupakan contoh sebuah generasi yang mampu berfikiran matang, mampu menangani segala kemelut, mampu mewujudkan suasana mengikut keperluan. Mereka juga mampu mempengaruhi orang ramai dalam membuat keputusan. Generasi ini aku impikan, mereka adalah pendokong gerakan kebangkitan umat, menyeru kepada makruf dan berusaha membanteras mungkar. Generasi ini ialah generasi yang sukar bertelingkah satu sama lain, mempunyai toleransi yang sangat tinggi. Walaupun mempunyai pendapat yang berbeza, tapi mereka dsatukan dengan misi yang sama. Mereka berjalan seiring di bawah satu payung iaitu islam. Mereka bergerak dari pelbagai sudut dalam menangani lopong-lopong hitam yang masih tidak terisi oleh mana-mana pihak. Mereka tidak lagi menyalahkan mana-mana pihak berwajib, kerna pada hati mereka, mereka yakin tugas itu terbeban berat pada diri mereka.

Generasi ini mengajak kepada perjuangan kebangkitan. Generasi ini bukanlah extremis, mereka bukan jua terrorist, mereka berjuang demi Iman, Islam, dan Taqwa. Mereka tahu mereka menjadi saksi di Akhirat nanti. Mereka mampu lari ke dalam gua seperti generasi Ashabul kahfi, tapi pada masa yang sama mereka terjun meluaskan kefahaman mereka.


Generasi Para Pejuang
Aku mengimpikan generasi sebegini. Aku benar-benar mengharap aku dikalangan generasi ini. Dan aku yakin kalian juga berharap sedemikian rupa. Tapi aku pasti, tidak semudah itu untuk sama-sama berada dalam generasi ini.

Generasi ini ialah generasi Solahuddin. Generasi Tariq bin Zyad, Generasi Hanzalah, Generasi Umar-Alkhattab, Generasi Muhammad Al-Fateh. Generasi Al-Kahfi dan lain-lain lagi. Mereka membesar sebagai generasi yang sanggup berjihad tatkala seruan diseru, bahkan ingin dan mahu berjihad walaupun tidak cukup wang dan harta seperti jihadnya generasi pra sahabat tatkala perang Tabuk memanggil-manggil.

"Kami ingin berjihad wahai Rasulullah, carikanlah kami tunggangan supaya kami mampu turut bersama!" Air mata mereka mengalir kerana tidak mampu bersama.

"Tidak ada dosa (kerana tidak pergi berperang) atas orang yang lemah, orang yang sakit, dan orang yang tidak mempunyai apa yang akan mereka infakkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada alasan apa pun untuk menyalahkan orang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." At-Taubah: 91


Sungguh aku impikan!

Sunday, February 13, 2011

Ke Mana Mereka Bertasbih?

Iktibar dan Ibrah Semut
Iktibar dari seekor semut hitam banyak ceritanya. Laksana jua cerita di sebalik cerita nabi Sulaiman dan seekor semut tatkala dimasukkan ke dalam botol dan diberikan makanan. Sungguh banyak ibrah yang kita ambil dari cerita si kenit ini. Kecil bukan calang-calang makhluk, membawa pengajaran bagi insan manusia.

Winter. Sejuk. Salji. Ais. Beku. Dan Macam-macam lagi. Itulah simptom-simptom kehidupan tatkala winter datang di Bumi Edinburgh ini. Daun berguguran membotakkan pepohon yang dulunya rendang menguning, kini hanya tinggal jari-jari kekeringan. Hawa yang betapa sejuk membuatkan diriku ini menggigil dikala angin dan awan bersama-sama berkejaran di ufuk horizon yang berkemerahan itu. Sungguh cantik ciptaan Allah! Subhanallah.


Fasabbihu bihamdih!
Winter ini mengingatkan aku kepada kebesaran tuhan, lantaran jiwa hamba ini yang masih kering dan gersang mencari hikmah dan inayah. Winter seolah-olah memberi anjakan paradigma dalam minda bawah sedar. Aku berkeping-kepingan. Kesejukan perlu dilawan. Ianya norma bagi mereka sang penghuni bumi cinta ini. Aku masih mencari satu jiwa yang dinamakan cinta. Cinta kepadaNya. Yang kadang-kadang aku lihat dan kemudian hilang ditelan salji-salji keputihan. Kusangkakan putih selamanya, tapi kemudian ia menghilang. Cinta itu Al-hubb.


Ke mana Mereka bertasbih?
Sang semut yang hitam masih tidak ditemui. Kemanakah mereka semua bertasbih? Hidupkan mereka? Di lembah manakah mereka bersembunyi untuk bertasbih jauh dari hiruk pikuk manusia yang berlumba-lumba kekayaan. Tasbih mereka bertahmid, bertahlil lagi bertakbir. Tasbih pembebasan. Pembebasan dari jiwa yang merangkum kejahatan. Sungguh, mereka makhluk yang bertasbih. Mungkinkah tanah ini menjadi saksi bahawa mereka tetap bertasbih, sedangkan manusia masih lagi tercungak-cungak melihat awan yang penuh dengan debu-debu putih, disangkakan rahmat segalanya. Adakah mereka sangka azab-Nya tidak akan langsung tiba. TIdak, tidak sesekali tidak, bahkan sang semut hitam masih bertasbih di bawah putihan salji-salji tebal. Tanah menjadi saksi. Batu menjadi pendengar. Ulat, cacing sama-sama berzanji. Mereka hilang untuk bertasbih. Mereka tidak ke mana wahai ya Annas sang pelupa.

Bertasbihlah laksana Semut itu.
Tasbihlah wahai makhluk pelupa, sungguh kamu sangat pelupa, aku pelupa, kamu pelupa, mereka yang bergelar insan sering terlupa. Dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Engkau sang pelupa, ingat pelupa! Walhal mereka binatang tetap bertasbih dikala salji keputihan itu mencair-cair laksana sungai Nil kebasahan. Sang semut hitam tetap hidup dan mereka tidak ke mana. Mereka bertasbih, Mereka bertasbih. Bertasbih. Dan lagi bertasbih tanpa seutas tali tasbih.

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang MAha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Al-Hadid:1

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNya kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
At-Taghabun: 1

Wahai Sang Pelupa!

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNyam sesungguhnya Dia amat menerima taubat. An-Nasr: 3

Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmua Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). Al-Waqiah: 74




Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkalah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMua yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMua dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. 
An-Naml: 19



Tuesday, August 24, 2010

Menjana Wawasan Berani

Saya ialah seorang yang berani mengambil risiko dalam membuat keputusan jangka panjang. Bukan ingin saya hebohkan atas sikap saya ini tapi ingin dikongsi bersama-sama.

Saya ialah seorang yang suka mengambil keputusan lain dari orang lain tapi dengan bermatlamatkan jelas. Setiap tindakan yang akan dibuat seharusnya dirancang dengan sejelas-jelasnya.

Sejak memasuki alam remaja, saya melihat orang yang mampu maju ke hadapan ialah mereka yang mampu menetapkan matlamat sejauh mungkin dan berbeza dari kebiasaan manusia dan kemudiannya mencuba sebaik mungkin untuk mencapainya.

Hal ini boleh diperaktikkan dalam mana-mana bidang ilmu, mahupun aspek kejayaan yang disebut oleh agama Islam itu sendiri. Kita melihat bahawa Rasulullah cuba menetapkan agak kita mempunyai pandangan yang jauh. Sirahnya ialah semasa baginda cuba memecahkan batu yang besar semasa menggali lubang sebelum perang Khandak, baginda memberitahu para sahabat yang Islam akan mencapai kemenangan di Parsi dan Rom.Hebat.

Dalam setiap matlamat, perlulah setinggi mungkin (bererti mampu dicapai). Ambillah keputusan yang luar biasa dari yang biasa. Hapuskan sikap was-was dan penakut dalam diri dengan menyematkan nilai positif.

Yakinlah bahawa dengan bermain dengan minda bawah sedar kita, kita sebenarnya membentuk keyakinan dan keyakinan ini membuahkan satu paradigma yang sangat kuat dalam hidup kita. Ia mempengaruhi bagaimana cara kita berfikir dan bertindak. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendirilah yang mengubahnya. :)

Selamat mencuba!

"Insan yang berwawasan ialah insan yang mampu menggambarkan dan melihat masa hadapan dengan jelas dan terperinci! "


Blogger Templates

Friday, August 13, 2010

Fikir Besar :Bukan Sekadar Appeton

Lumrah Alam
Hidup tidak semestinya semua kena kecik-kecik (bahasa utara) belaka. Walaupun badan mau kecik, tapi mesti kena ada benda yang besar. Jika hari ini ada ikan bilis yang kecik comel, mesti ada juga ikan besar macam ikan paus. Jika hari ini seekor cicak yang kecik mampu dilastik mati terpenyek, ada juga biawak komodo yang jika manusia nampak pasti lari lintang pukang kerana terlalu besar. Begitulah lumrah alam ciptaan Tuhan Allah Azzawajjalla. Besar kecik semua di tangan Tuhan. Penuh hikmah dan ibrah.



Buat sambal tumis pun sedap!




Sambal tumis?? Kuali kena besar!


Hidup Bukan untuk makan Appeton
"Aku makan banyak pun badan masih keding (=_=)" Keluh kesah seorang insan memikirkan masalah nutirisi yang tidak menjadi. Siapa yang mahu terlalu Keding. (istilah orang yang kurus kering)Lantaran itu mengapa perlu susah-susah Kotra Pharma Sdn Bhd mengeluarkan produknya yang berjenama Appeton Weight Gain dengan Tagline "Health For Life" jika kurus keding itu pilihan yang disukai. Dalam terminologi seorang pelajar business & Management ianya dikenali sebagai Niche Market Segmentation, iaitu satu proses yang digunakan oleh syarikat dalam memenuhi kehedak pelanggan dengan mendapat keuntungan ataupun laba.

Sekadar Analogi ringkas (tidak ada kena mengena yang hidup atau yang mati)


Besar itu Impian
Besar ialah satu aset. Kenapa pula aset? Cuba lihat  sketsa hidup, rumah besar, kereta besar, isteri besar (sangat Cliche'), wang besar membawa definisi kemewahan. Even jika air jika diletakkan perkataan 'besar' membawa erti yang sangat hebat! (gurauan semata-mata). Begitulah hebatnya konotasi "BESAR" pada hidup. Tapi jika terlebih pula besar kadang-kadang membawa padah. Badan besar, maka nak masuk kereta pun susah. Himpit-himpit dan tak muat. (bukan atas pengalaman ok). Jadi, tidak perlu terlalu kecik dan jangan pula terlalu besar, jadilah yang ideal dan bersederhana, ^_< Wink!

Kereta "Besar"


Impian Perlu Besar!
Jika besar itu Impian, maka Impian perlu besar! (ayat keling). Jika hari ini Pak Din nak beli kereta kancil (impian kecik), last-last terbeli jua sebuah kancil second hand keluaran 5 tahun lalu. Jika hari ini Pak Dun pula nak beli kereta Mercedez Benz, dapatlah dibelinya kereta Honda Accord keluaran 2010.Dua contoh yang saling kontradik satu sama lain membawa erti yang sangat jelas. Untuk mencapai sesuatu, minda kita perlu ditanam suatu yang besar jika kita inginkan suatu yang besar. Letaklah setinggi mungkin. Hukum minda mengatakan bahawa jika minda dirangsang dengan betul maka realitinya juga akan betul.Sesetengah Pak Cik (orang lain pula) tak mahu meletakkan target yang tinggi kerana gara-gara takut target itu tak logik dan relevan. Apa salahnya di sini?

Ini kereta Pak Dun! Cool!

Yakin itu Percaya
"Ubat Appeton tu boleh kurus ker? Tak cayalah! Tak mau la beli, rugi jer.."
Jika kepercayaan sudah diletakkan sangat rendah dari awal lagi, maka teori minda mengatakan bahawa manusia itu tidak akan yakin, maka tiada inisiatif diambil.

Tapi jika Pak Cik percaya dan yakin terhadap sesuatu, maka kesannya lahirnya suatu tindakan untuk berubah. "Oh, Appeton bagus untuk jadi gemok! Nak beli, nak beli! Yehaa!" Apa yang penting dalam permulaan pemikiran yang besar ini ialah berfikirlah cara yang besar maka percayalah bahawa anda mampu melakukan. Anda pasti berjaya.

Orang kurus ialah orang "cukup makan" 
Maafkan saya, pembetulan sedikit, isu kurus tiada kaitan sangat dengan apa yang ingin dibicarakan. Tetapi ianya berkesan dalam mernjelaskan isitilah orang 'Cukup Makan'. Jangan jadi orang cukup makan. Antara ciri-ciri orang cukup makan ialah: Tidak mempunyai wawasan jelas, pesimis, melabelkan diri sangat rendah, makan nasi tak habis (maaf, takde kaitan =P), dan sering merungut. Maka jika makan tak cukup, jadilah orang yang kurus! :P (seyes, nampak tak perkaitan aku nak bagi ni). Yang penting faham la, so better jadilah orang yang lebih dari cukup makan. (for sure badan montok-montok) hehe.
 Kurus VS Tough! 
(Sekadar perumpamaan)

Jadilah pemikir ulung dan besar
Dua teori ulung di atas iaitu Fikir secara besar, dan teori percaya itu yakin membawa erti yang signifikan dalam pembentukan sikap dan wawasan individu. Kenali diri sedalam-dalamnya (even kalau kurus keding or gemuk pun tak kisah). Yang penting ialah kurniaan Allah iaitu minda perlu dipermantap. Beranikan diri berfikir secara orang kaya, berfikir secara usahawan muda, berfikir secara pemimpin kelas pertama. Bukan hanya sekadar 'cukup makan' ok! Moga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.


Blogger Templates

Monday, September 28, 2009

Begin With The End In Mind

Maybe some of you keep thinking how often I am to post new entries in my blog. Well, basically that is my hobby. Most of the time, there is always ideas come along inside my head and i cannot wait to bury it inside it, I have to spit it out at once. Ideas come unintentionally. And great ideas give us an opportunity to excel beyond.

Lets begin with the end in mind. I keep doing this method before i go for sleep. I keep imagine and imagine, even sometime the imagination doesn't make sense at all. Positive thinking plays a role here.



Lets say if I asked you to imagine a yellow lemon, being cut by your mom at the kitchen, she slices it into pieces and then squeezes it into a cup of tea. You see there is an oozing out of the watery splashing of the lemon. It taste so sour. The aroma hits your nose. Imagine that! Where you can actually taste the sour part! Did you realize when you imagine the situation, your tongue has produces a lot or saliva. It oozes out without you noticed.

That concept apply to the imagination. I used to imagine everything before sleeping; my friends, my family and even my girl friend, i mean my future wife and whatsoever about her. Even my future son. How many cars should I have. How big will my house be, and others. I put the imagination to be my targets. I am a biotech-wanna-be. So, imagine myself as a professional biotechnologist who one day will own my own company. I will do this because i start with the end in my mind which i will help the people, contribute to the society.

So, guys, lets begins the end in our mind. Nothing we need but only a little of time for imagination. Do not hesitate to do that. Yet, make sure it will not become only a useless imagination. Efforts and work hard have to follow up. Do not procrastinate the time. Put all your energy and power on it. It apply to all situation in our life. Good luck!


Thursday, August 13, 2009

Cita Pemuda

Oleh: Shoutul Harokah

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Hahahahahahahahahahaa
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Tuesday, August 11, 2009

Misi Tak Mustahil!!!!

Beberapa hari ini, kalau hendak diceritakan status aku, ringkas kata aku 'koyak' bak kata kawan-kawan rapat. Terminologi ini sebenarnya timbul dalam kalangan kawan-kawan aku sendiri. Dipelopori oleh beberapa orang akhirnya merebak bak virus H1N1 menyerang manusia.

Misi tak mustahil??? Kalian mesti tertanya-tanya apakah misi ini bukan? Rasa segan dan malu untuk menyatakan tetapi memandangkan hal ini berkenaan dengan misi yang perlu dilafazkan sebagai pembakar semangat, maka aku tanpa segan silu menyatakan jualah. Ya, aku 'koyak'. Tapi bukan 'koyak' kejiwangan, 'koyak' tatkala apabila aku tiba di bilikku selepas cuti seminggu panjang. Kawanku (yang dirahsiakan namanya) berkata kepadaku : Amin ,GEMOKKK ar badan KO.. GEMOKKK ar.. cuti seminggu badan dah naik!

Satu tamparan hebat di situ. Dan diri ini benar-benar menyedarinya. Merasai betapa bebanan berat semakin bertambah. Bukan sekadar itu, ramai lagi bahkan tiga empat orang menyatakan bahawa badan aku sudah semakin 'naik'. Tiada bantahan. Aku faham. Aku tahu. Memang salah aku jua, aku biarkan ia 'naik' sewaktu cuti. Aku jamah begitu sahaja tanpa memikirkan diet pemakanan. Aduh, AKU KOYAK!! KOYAK...

Maka, bak orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Maka bermulalah operasi atau misi tak mustahil aku yang aku namakan MISI FATBURN VERSION 2.0. (entahlah, jangan tanya kenapa) Aku ingin kembali 'bergetah' seperti sedia kala, seperti zaman kerancakan aku pada dulu kala. Memori itu perlu dipulihkan semula! Ya, Amin yang lama akan kembali.

Detail-detail MISI FATBURN VERSION 2.0:
MASA : sebulan
Strategi : Diet, exercise, kurangkan makan
Target : Bakar lemak sebanya mungkin!!!
Pembakar semangat : 'Amin' yang lama
Rintangan: DS, KMB Food Court, Kentucky Fried Chicken, Koop dan lain2.
Probabiliti berjaya: 85% !!!!!
Tactics : Berterusan, lawan nafsu, Frisbee on time


Maka, aku ingin menyatakan harapan dari kalian, SUPPORTLAH AKU!!!!! AKU PERLUKAN SOKONGAN KALIAN UNTUK KEMBALI CERGAS!!!!!

Friday, August 7, 2009

Reverse Biotechnology?



Post ke-100

Sedar tidak sedar, aku sudahpun menghantar 99 post sebelum ini. Telah berkecimpung dalam bidang blogging sudah hampir dua tahun lebih, bermula dengan hanya bertatih, dengan modal tajuk 'My journey'.Telah banyak perubahan dilakukan sama ada dari aspek luaran, gaya bahasa, lenggok bahasa dan tema telah direvolusikan. Alhamdulillah, ini bukanlah satu kebanggaan, tapi satu kesyukuran. Blog ini menjadi tempat meluahkan idea dan pendapat serta sedikit coretan hidup. Di samping itu, penulis jua mempunyai satu blog yang memberi signfikan kelainan yang bercorakkan keagamaan iaitu Mahabatullah. Mahabahtullah merupakan fundamental utama dalam penglibatan penulis dalam aktiviti blogging. Diharapkan pada masa-masa yang akan datang, blog ini akan terus menyumbang idea dan pendapat secara berterusan.


Reverse Biotechnology?

Rasa tidak mampu untuk aku menulis perkataan reverse engineering. Maafkan aku. Maafkan aku wahai bakal-babal engineer mahupun engineer sekalian. Engineering adalah perkataan sensitif buat diriku. Tapi aku lebih suka menggunakan perkataan reverse biotechnology walaupun aku yakin tidak akan wujud sama sekali perkataan ini pada mana-mana kamus ataupun thesaurus. Maksud sebenar berasal dari perkataan reverse engineering, aku mengadaptasikan cara aku sendiri. Maksudnya ialah suatu proses mengkaji dan memerhati suatu perkara yang berlaku kepada mana-mana objek lain untuk diaplikasikan oleh objek tertentu demi memastikan kebergunaannya. Perkataan ini biasa digunakan oleh mana-mana jurutera untuk menghasilkan prototaip yang berfungsi dengan baik melalui data dan maklumat luar (objek-objek lain).

Memori itu kembali semula
Semalam, aku keluar ke pasar malam. Janggal sungguh perasaan itu. Telah lima bulan rasanya tidak menjejaki kaki ke tempat sedemikian rupa. Ah, biarkan, kadang-kadang aku kena terjun dalam masyarakat jua. Banyak muka-muka yang aku kenali. Guruku? Aku ternampak raut wajah guru lamaku. Namun ia hilang dalam kesesakan ribuan orang di situ. Pilu. Sedih. Kawan-kawanku? Ah, mereka jua tidak melihatku, mungkin sudah tidak mengenali. Lama sungguh aku menghilangkan diri. Segala memori lama kembali semula, Ia datang semula, ia muncul bak paparan LCD menerpa dalam mindaku. Aku terkhayal. Aku memikirkan masa lampau. Aku melihat perkara lalu. Hatiku membuka lalu. Jiwaku mula menyelinap beriringi lagu merdu.

Aku seorang penjual sayuran
Sudah menjadi tabiatku. Tatkala melihat dunia ini, apabila aku melihat insan yang tidak senasib denganku, aku akan buat reverse engineering. Melihat seorang penjual sayur yang bersusah-payah, aku membayangi diriku sedang menjual sayur. Aduh, kasihan. Melihat seorang pengemis, wujud bayangan 'aku sebagai pengemis'. Aku cuba bayangkan apakah perasaan dan keadaan aku jika aku menjadi mereka. Aku insaf. Hakikatnya aku ialah aku sekarang. Langkahku berbeza dengan mereka. Aku mengaku aku dibesarkan dengan kesenangan tapi aku jua pernah merasai kesusahan. Hatiku kaku membisu.


Bersyukurlah

Andai kalianialah seorang pencuci tandas sekalipun, kalian usah tangis akan nasibmu itu. Usah tangis. Usah mengadu nasib, putus asa. Esok masih ada. Esok masih diberi peluang. Usah takut untuk senyum, usah berani mendabik dada. Dunia hanya sementara bukan? Andai jiwa masih ada, hati masih bernyawa, usah berair mata. Gilaplah linangan itu dengan tangisan kesyukuran. Padukanlah jiwa yang indah itu dengan perasaan bersyukur yang tiada kata-kata mampu bercerita. Usaplah dadamu, katakanlah Dia bukan buta, Dia Maha Esa. Bukalah jiwa bergerak bersama minda mencari peta minda dunia. Bukalah seluruh layar nakhoda nikmat diberi-Nya agar kalian bisa berlayar selaju angin bertiup di lautan penuh haloba. Laba dunia melalaikan. Laba akhirat selama-lamanya.

Dan yakinlah

Yakinlah. Tiada masa untuk leka. Tiada masa untuk bersenda, alpa. Dan yakinlah jalan juang perlu dierjuang habisa-habisan. Diri yang leka perlu disedarkan dengan curahan air kerajinan. Ayuh kita rempuh segala ketakutan dengan iringan doa pengharapan, Ayuh kita padukan segala kekuatan jasad dan minda yang diberi olehnya. Ayuhlah kalian kita bakar semangat jiwa dengan gasolin para syuhada, petrol para anbiya! Ayu kita buang segala su'udzon, tajasus yang berlegar di benak hati tertandus dengan arang kebatilan. Ayuh kita jirus api dengki, dan ayuh kita nyalakan api biru yang menghembuskan asap keamanan, jelaga perpaduan.