Thursday, December 31, 2009

Tam dan Merah: Dalam Mengintai 2010



Tirai 09 kian tertutup
Cahaya pudar gulita
Sinaran 10 mula menerpa
Membuka jendela perjuangan baru







Semut hitam itu terpinga-pinga. Tidak sedarkan diri lagi. Di tengah-tengah malam ia menyuluh jalan yang bakal ditempuhnya.

Gelap gulita.

Tiada langsung cahaya kelihatan.

 Ia terus menyuluh-nyuluh ke hadapan kalau-kalau ternampak apa yang dicarinya.

Tapi ia tidak tahu pula apa yang dicarinya.

 Sunyi.

Tiba-tiba..




"Woi!! Tam, mana engkau nak pergi malam-malam buta ni Tam?!" Disergah oleh seseorang. Semut hitam menyuluh-nyuluh dan akhirnya ternampak muka semut merah di hadapannya.

"Woi Merah! Kalau ye pun, bagi la hint, tegur ke, ini tak! Pakai main sergah jer! Kalau aku sakit jangtung, dah lama dah aku mati tau" semut hitam merungut.

"Yela Tam, yang engkau ni, malam-malam buta berjalan seorang diri apa kes?" Semut merah menunjukkan rawak ingin tahu.

"Entah, aku pun tak tahu, saja jalan-jalan." Tam bersahaja menjawab.

"Engkau dah la hitam, jalan gelap-gelap dalam kelam, dah tu atas batu hitam! Tam-tam, pe la nak jadi, diri macam engkau ni orang tak pandang la Tam. Baik engkau duduk di rumah jer." Sinis Semut merah.

"Tak, aku tak kisah jika orang tak pandang aku, tapi aku mahu berubah, mahu menjadi semut berguna" Jawab Tam dengan selamba.

"Aku mahu berseorang seketika, mahu bina wawasan, cari pedoman. Biar buat masa ini orang tidak nampak, akan kubuktikan jua!" Tam tegas menambah.

Kedua-dua berpisah.

Semut merah pergi ke pesta sambutan besar-besaran, menanti ketibaan tahun 2010 tanpa ada wawasan yang baru.

Hitam sunyi menyepi, menyentak detap-detap padu merungkai segala kemungkinan, merencana wawasan!

Hitam pejam mata. Gelap.

Tapi kemudian dia tersenyum.

"Aku sudah nampak!" Kata Tam.

-TAMAT-





Salam 2010 dari Amin Rukaini Bin Mustafa
Merencana Destinasi dan Wawasan 2010
Membangun Diri