Alhamdulillah, tinggal lagi seminggu, saya bakal pulang ke tanah air Malaysia. Memikirkan sudah hampir 2 semester saya berada di UK, bumi eropah ini, diri ini masih terkial-kial lagi memikirkan sama ada sudahkan mencapai sebarang peningkatan dari pelbagai sudut. Jika dari sudut fizikal, saya katakan, memang 'meningkat'. Begitu jua dengan mental. Tapi sejauhmanakah dari sudut rohaninya saya sudah maju ke hadapan? Dan juga sejauhmanakah dari sudut kesedaran saya telah mencapai tahap kematangan yang benar-benar membaiki diri? Persoalan ini benar-benar sentiasa menerpa diri yang sedang bergelut.
Kita kata kita medapat tarbiyah hebat, tapi sejauhmanakah tarbiyah kita itu memberi impak terhadap perkembangan diri kita sama dari segi hati, perasaan, emosi, dan pemikiran. Adakah kita mampu melihat satu jenis paradigma baru ataupun sekadar sama sahaja? Begitulah konflik yang saya hadapi bila memikirkan tinggal hanya seminggu sahaja lagi sebelum kepulangan saya ke Malaysia. Semestinya kita mengharapkan perubahan. Jika tidak drastik, tapi biarlah berstatistik dalam erti kata mempunyai anjakan yang jelas dan mapan. Dan semua itu bergantung kepada perancangan dan usaha kita. Dan Allah berhak memberi dan menarik segala macam nikmat yang kita punyai.
Menyelingkapi erti sebuah perkataan "Tarbiyah" yang seringkali manusia biasa golongan marhaen seolah-olah takut menyebut perkataan ini. Tarbiyah itu boleh kita maksudkan jua sebagai 'Didikan' tapi lebih menyeluruh. Berbeza dengan 'Pendidikan', ianya lebih berupa satu sistem tapi tidak menjanjikan kesannya secara total. Manakala "didikan" atau tarbiyah ini pula lebih bererti memberi kesan terhadap individu-individu.
Ruang lingkup tarbiyah? Ada ker? Jawapannya pasti ada. Setiap subjek yang anda ambil pasti ada ruang untuk 'assess' sejauh mana pencapaian kita. Bagi sistem tarbiyah ini, ianya lebih mandiri, bererti mampu berdiri dengan sendiri sekiranya benar-benar diaplikasikan. Ada 3 skop ruang lingkup dalam tarbiyah.
Pertama: Ibadah
Ruang lingkup ini merupakan ruang lingkup yang meng'assess' kekuatan 'didikan' kita dalam melaksanakan segala perintah yang Allah suruh dan larang. Ruang lingkup ini jua melihat sejauh mana kita mampu konsisten, berdisiplin dan juga berusaha bersungguh mencari pahala dan menghindari dosa. Ia juga berkait rapat dengan tahap pencapaian Iman iaitu kepercayaan kita terhadap rukun-rukun Iman.
Kedua: Keaktifan diri
Keaktifan diri ini bermaksud, sejauhmanakah anda menyertai sebarang aktiviti luar dari ruang lingkup Ibadah fardhu tetapi mempunyai nilai dari aspek Ibadah umum. Ia menekankan penilaian anda terhadap bidang-bidang kepakaran masing-masing lantas mengarahkan segala khudrat dan ilmu terhadap pembangunan Islam. Ruang lingkup ini menentukan sama kekuatan sesebuah ummat. Dan ianya sangat penting untuk di'assess'. Kejatuhan sebuah umat berpunca dari ruang lingkup ini. Ianya menampakkan sikap yang semula jadi, atau pun tabiat manusia sama ada rajin, malas, berdisiplin, bersungguh-sungguh atau lemah dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang membangunkan Islam. Contohnya seperti mengunakan kepakaran yang ada untuk membangunkan sebuah syarikat gergasi yang memperjuangkan Syariah Islamiah.
Ketiga: Tazkiyatun Nafs
Ruang lingkup ini merupakan sebuah ruang yang benar-benar mempengaruhi segala ruang lingkup yang lain. Pencapaian dalam ruang lingkup ini memberi kesan yang hebat terhadap yang lain. Tazkiyatun Nafs itu bererti pembersihan jiwa atau hati. Iaitu satu proses yang berterusan dalam menjadikan diri bebas dari dosa-dosa dan berterusan pula memohon keampuan daripada Allah, mendidik hati agar menjadi lembut dalam membuat kebaikan dan membenci maksiat-maksiat. Inilah 'core' yang utama. Sekiranya ruang lingkup ini diabaikan, maka ruang lingkup lain juga pasti terjejas teruk.
Edinburgh sebuah bandar yang cantik lagi menawan
Maka, konflik inilah yang seringkali saya bingungkan. Sudah hampir setahun pun saya berada di UK. Di celah manakah pencapaian saya selama ini? Adakah masih saja sama? Ataupun makin berkurang? Assessment dalah satu benda yang benar-benar menggerakkan hati dan jiwa. Mewujudkan kesedaran. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita.
Sebuah gambar yang diambil mengunakan sebuah kamera biasa itu, jika kena gaya dan tekniknya (low shutter speed), maka diedit, memberikan ia satu kekuatan kepada Ummah. Kita kena kreatif dan inovatif dalam bergerak. Gunakan segala potensi yang kita miliki, jika hari ini musuh bergerak dengan sangat hebat, bersungguh-sungguh dan berdisiplin, kenapa tidak kita? Seorang pengarang, perlu gunakan kekuatan kepengarangan sasteranya dan begitu jua yang lain.
1 comments:
selamat pulang ke Malaysia Aminrox..
tp asal cpt sgt?..haha..
aku minggu dpn baru habis exam..jelez2..
Post a Comment