Wednesday, May 18, 2011

KMB Di Sebalik Tabir

Direct-Year Entry
Alhamdulillah, examination diet saya sudah tamat bagi sesi pelajar tahun kedua, tahun pertama di Edinburgh. Ramai-ramai pasti hairan bila saya mengatakan: "Saya pelajar Tahun Kedua." Hal ini kerana saya merupakan seorang pelajar Direct-Year Entry. Bila dengar direct year entry. Wooo.. Ni budak pandai ni. Semestinya tidak tepat anggapan sedemikian rupa, cumanya tahun pertama di Edinburgh sama seperti berada dua tahun di KMB, foundation program, maka tahun kedua di Edinburgh ialah tahun pertama di university. Begitulah jawapannya bagi persoalan sesetengah insan terhadap saya.

Saya berhadapankan Pintu Utama KMB (baru balik Outing)

KMB di Sebalik Tabir
Saya mula menyedari trafik blog saya makin meningkat baru-baru ini. Punca utamanya ialah kemasukan pelajar baru di KMB bakal tiba. Maka pelajar lepasan SPM ini tercungap-cungap mencari informasi, teringat seperti saya juga satu ketika dahulu, membuat kajian awal sebelum masuk ke KMB. Post kali ini saya fokuskan serba sedikit akan perkara-perkara penting IB KMB. Harap membantu adik-adik seperjuangan yang bakal masuk ke KMB mahupun IB.

 Bersama rakan-rakan sedang membuat eksprimen yang melibatkan pengumpulan Cheek Cells (biology)

Perkara Pertama: Susah ke senang?
Perkara pertama yang muncul di benak persoalan minda saya pada ketika itu adalah susah ke tak IB ni?
Secara jujur, saya ingin menjawab, bahawa IB KMB tidaklah sesusah mana dan tidak pula sesenang mana. Semuanya bergantung kepada usaha anda. Andaikata anda malas dan tidak rajin, maka terimalah habuannya. Tapi jika anda benar-benar seorang pelajar yang konsisten, rajin, berdisiplin, anda pasti boleh berjaya. Itu prinsip utama yang anda kena pegang bila nak ke mana-mana institusi pendidikan.

 Seronok: Kami berdikari secara berkumpulan membuat Projek G4 dalam kajian kami: Mengkaji Biochemical Oxygen Deman (BOD) test di Tasik Putrajaya dan beberapa sumber air lain.


Perkara Kedua: Subjek?
Perkara kedua, subjek IB banyak ke kena amek? Sederhana banyak. Diringkaskan cerita supaya anda faham. Semua subjek yang perlu diambil untuk layak mendapat Diploma ada 6 subjek pembelajaran dan jua 3 subjek sampingan . 6 subjek utama pembelajaran pula dibahagikan kepada Higher Level (HL) dan Standard Level (SL). 3 subjek sampingan pula lebih kepada subjek luar kelas, percakapan, dan juga research masing-masing, nanti saya akan ceritakan serba sedikit.

6 subjek pembelajaran = 3 HL + 3 SL

HL:-
 Mathematics HL
Chemistry HL
Biology HL
Physics HL

(semuanya bergantung requirement untuk course anda, andaikata seorang bakal seorang medic, maka anda boleh ambil *Math HL, Chem HL dan Biology HL)


SL:-
Malay A1 SL
English A2 SL
Business and Management SL
Economic SL
dan lain-lain

Jenis subjek yang dipilih bergantung kepada course yang anda ingin buat, subjek HL biasanya akan lebih susah dan details, manakala subjek SL pula hanyalah seperti tahap SPM. 

3 subjek sampingan = Extended Essay(EE) + Theory of Knowledge (TOK) + Creative, Active, Service (CAS)

EE = adalah sejenis tesis (kalau pelajar MRSM, mereka patut faham, EE sama dengan SEM type 3 research), anda perlu memilih subjek yang ingin anda buat research, kemudian keluarkan thesis statement dan menjawab thesis tersebut dengan kajian anda. Subjek sains melibatkan reseacrh bereksprimen manakala subjek sosial lebih kepada research buku.

TOK = satu subjek falsafah yang membantu membuka minda anda. Bagus untuk mereka yang bakal ke oversea. 

CAS = Sejenis aktiviti luar khidmat masyarakat. Anda perlu memenuhi 180 jam kredit hour, jangan risau tidak sesusah mana andai anda aktif beraktiviti.

Ini adalah Toolkit (hand-made) saya dalam kajian tesis Biology saya tentang: "What does the effect of one rotten tomato on other fresh tomatoes?". Jadi untuk assess saya punyai tesis saya cipta alat membaca tekanan tomato untuk melihat kesegaran buah tomato. Alhamdulillah Tesis EE saya mendapat B. Not bad. ^_^



Perkara ketiga: Suasana di KMB
Anda mesti tertanya-tanya bagaimana sistem pembelajaran di KMB bukan? Mungkin anda ingat ianya seperti di university dan sebagainya. Senang cerita, bagi bekas pelajar MRSM, KMB adalah sama seperti suasana di MRSM, cuma tiada Prep dan sebagainya. Still ada warden, ada Dewan Selera (DS), Koperasi, Surau, dan lain-lain. Di KMB, kami tidak memanggil tenaga pengajar sebagai lecturer, tapi sebagai 'cikgu' mahupun 'guru'. Sebab lecture hanya dilakukan untuk subjek-subjek sampingan seperti Pendidikan Islam dan TOK. Jadi, suasana di KMB melibatkan hubungan rapat pelajar dengan guru. Jangan lepaskan peluang ini untuk bertanya mereka sebarang soalan.

Berbuka puasa sunat bersama-sama rakan, dengan Talam yang disediakan. Pengalaman dan suasana yang cukup seronok. 

Perkara Keempat: Asrama
Bila nak masuk ke KMB, perkara pertama saya nak pesan, anda haruslah menerima seadanya apa yang KMB miliki kerana di situlah anda akan menghabiskan sisa hidup anda selama dua tahun. Tapi jangan pula rasa down, bukan bererti tidak selesa, cuma tidaklah sebesar yang anda harapkan seperti Hotel Lima Bintang, tapi cukup untuk buat anda boleh belajar dan hidup. Setiap orang dari anda akan ditempatkan ke bilik masing-masing yang mana setiap bilik memuatkan hanya dua orang pelajar. Maka anda dan Roomate anda adalah orang yang cukup bahagia bersama nanti, So, jangan lepaskan peluang ini. Jaga hubungan baik dengan roomate. Biasanya anda akan ditempatkan bersama mereka yang mengambil jurusan yang sama untuk memudahkan proses pembelajaran. Tapi jarang-jarang pula ditempatkan dengan classmate. Jika mahu bersama dengan orang yang anda ingin, sila daftar bersama-sama sewaktu pendaftaran Asrama. (saya cuba tapi tak dapat juga)

Gambaran Meja Study anda di dalam Bilik


Perkara Kelima: Kemudahan
Kemudahan di KMB saya boleh katakan hampir lengkap, cuma anda mungkin akan berasa kekurangan in term of internet dan sebagainya. Untuk pengetahuan KMB tidak menyediakan sebarang perkhidmatan internet di Asrama. Tapi kebiasaanya, kami para pelajar mengambil inisiatif sendiri untuk berkongsi Broadband internet beramai-ramai dengan membeli sendiri router dan sebagainya. Saya tidak pasti masih dibenarkan ataupun tidak sekarang. Seterusnya, tentang kemudahan lain seperti sukan, saya rasa kemudahan yang disediakan sangat memudahkan para pelajar, KMB mempunyai 3 court badminton, 2 court squash, sebuah Gym lengkap, 3-4 court tennis, pavilion penonton, padang yang sangat luas (rumput je keras sikit), trek jogging 4.5 KM, alat senamrobik luar (tepi trek jogging), Padang Lawn Ball dan lain-lain. Untuk kemudahan solat, terdapat sebuah surau di tengah-tengah KMB yang statusnya sebuah Masjid (solat jumaat dijalankan), jadi memudahkan anda bersolat dan tidak memberi alasan untuk anda solat di bilik seorang diri. Terdapat jua sebuah koperasi yang agak lengkap dengan pelbagai barang-barang keperluan, seperti sebuah mini spuermarket, semua ada:- Garam, gula, sabun, dan lain-lain. Terdapat juga Cafe dan KMB Food Court sekiranya anda sudah merasa jemu dan muak dengan masakan Dewan Selera yang free. Secara pendeknya, kemudahan yang disediakan agak lengkap. 

Court Tenis dan juga Court Futsal

Padang Bola

Trek Jogging yang mengeliligi KMB (maaf, gambar kabur)



Perkara Keenam: Keluar Masuk (outing)
Untuk tujuan keluar masuk, anda sememangya tidak dibenarkan keluar sesuka hati, tapi perlu mendapatkan kebenaran dari warden di pejabat warden yang disediakan. Anda hanya perlu mengisi borang-borang tertentu mendapatkan pengesahan dan kemudiannya boleh keluar sekiranya mempunyai sebab-sebab yang mendesak. Untuk Outing mingguan, Outing diberikan setiap minggu, cumanya ada hari-hari tertentu sahaja dan outing perempuan dan outing lelaki adalah berbeza hari. Contoh, Outing untuk perempuan ialah pada hari Sabtu, manakala Outing untuk lelaki pula pada hari Ahad. Tujuaanya adalah untuk anda tidak berfoya-foya. 
Surau An-Nur, Juga sebagai tempat solat Jumaat di KMB


Perkara Ketujuh: Pengangkutan
Sememangnya pelajar-pelajar KMB tidak dibenarkan membawa sebarang kenderaan sendiri kereta mahupun motosikal. Tapi masih wujud pilihan iaitu dengan menaiki bas sama ada mahu ke bandar utama ke Bangi, Banting, dan juga Putrajaya, Bas sentiasa ada. Cuma anda mungkin terpaksa berjalan keluar sedikit kira-kira hampir 1 km dari laluan ke KMB untuk ke persimpangan tiga yang menempatkan stesen bas. Tambang bas juga agak murah kira RM 1.50-3.50 satu hala. Anda juga mungkin boleh menggunakan khidmat Teksi jika anda rasa banyak duit dan malas untuk menunggu bas.  

Keluarga: Seperti Homeroom di MRSM, di KMB juga ada. :)

Gambar kenangan bersama Pasukan Ultimate Frisbee Griffin, perlawanan persahabatan di INTEC

Perkara Kelapan: Persediaan Untuk Exam IB
Secara peribadi, anda perlu berusaha keras seawal mungkin, cuba memastikan anda faham setiap pembelajaran yang anda baru dapat. Jangan tangguh-tangguh kerja kerana akan sedar bila anda sudah berada di Semester 3 dan 4, bebanan kerja pasti mula bertambah, jika anda bertanguh-tangguh, padah. Dan jangan jadikan semester pertama sebagai semester bulan madu, Jangan sesekali begitu! Jika tidak, anda hadapai sendiri kesannya. Cuba dapatkan rentak kecemerlangan sejak di semester pertama lagi. Kerana bila di semester 3, anda sudah kekurangan masa untuk study kerana mempunyai berbagai-bagai assignment, lab reports, essays dan lain-lain kerja untuk disiapkan. Tiada masa untuk study. Pastikan anda mempunyai rakan-rakan yang baik. Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang anda tidak tahu latar belakangnya bagaimana. Cuba berdikari sendiri, dan rajin-rajin tanya guru. Kuatkan semangat dan perbaharui azam selalu. Anda pasti boleh berjaya. Satu benda yang perlu anda kikis dan buang sekarang sebelum masuk IB KMB ialah rekod sejarah anda. Mungkin anda rasa anda sudah cemerlang di SPM, tapi tidak sesekali begitu di KMB, semua orang kembali sama. Jika anda bongkak, malas belajar, terimalah padahnya. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang sentiasa rendah diri, sedar kekurangan seterusnya berusaha berterusan tanpa banggakan diri.

Suasana dalam Kelas, sesi perbincangan digalakkan

Perkara Kesembilan: Gred Exams
Ini bergantung kepada siapa penaja anda. Jika MARA biasanya perlu sekurang-kurangnya 35 daripada 45 markah keseluruhan Tetapi bagi mereka yang ingin mengambil bidang medic, gred kelayakan mungkin lebih tinggi, sekitar 36-40. Tapi jika anda mampu score lebih tinggi, itu adalah sangat bagus. Nanti anda akan diberitahu lebih terperinci akan perkara ini. ianya berubah-ubah dan tidak tetap. Cuma dari aspek permarkahan, untuk exam IB, setiap subjek pembelajaran mewakili 7 markah penuh. 

6 subjek pembelajaran: 6 x 7 = 42
3 subjek sampingan = 3 markah

Total = 42 + 3 = 45
Ingat, setiap semester akan ada peperiksaannya, jadi cuba kekalkan prestasi yang tinggi sejak semester 1 lagi. 

Aktiviti Tahunan: Minggu Penghayatan Islam. Pengurusan Jenazah

Latihan Amali Penyembelihan


Saya juga sempat menyertai kumpulan FishForLife dengan misi besar ke Jogjakarta, Indonesia. Bersama anak-anak yatim piatu. 


Perkara ke-1o
Perkara kesepuluh? Dah banyak rasanya saya tulis. Cuma pesanan saya, Jika anda benar-benar mahu masuk ke KMB, teruskan. Jangan rasa mengalah jika ada yang mengatakan IB itu susah. Susah itu relatif dan subjektif. Ia bergantung kepada diri masing-masing. So, jangan terlalu dengar kepada kata-kata senior, kata-kata kawan. Jika anda mahu tahu? Kenapa tidak anda rasai sendiri, Then, anda boleh beritahu susah ke senang. Bagi saya, saya rasa bertuah dan seronok kerana dapat IB, tidak menyesal tapi berpuas hati kerana telah berjaya menghabiskan dengan jayanya. :) All the best adik-adik. Sebarang pertanyaan sila kemukakan, insyaAllah saya tolong yang termampu.


Kemudahan: KMB Foodcourt, bila anda rasa stress, jemu, bolehlah berjamu selera di sini. 

Gambar kenangan semasa aktiviti CAS, bersama orang kurang upaya, Down Syndrom, Hyperactive di PDK Teluk Panglima Garang.






46 comments:

Heidy said...

i loike!

:DD

atiqahazmi said...

tambahan. untuk outing, tak kira lelaki atau perempuan, boleh outing tak kisah sabtu atau ahad. dan prosedur outing lebih mudah sekarang sebab cuma guna id dan touch n go di pondok pengawal, tak macam dulu dah :)

Atiqah Azmi (batch 2009-2011)

Amin Rox said...

oh, terima kasih Atiqah kerna sudi beritahu. :)

Wan Harun said...

fulamak. abang, ib ni bes tak

Amin Rox said...

>>Adik Wan Harun: Best2. Kena CUba Try Test dulu.

Diana Zainal said...

Nak tambah jugak!~

Kat KMB ada English HL juga.

The status of this subject changes every year.

In my year, there was only a few student who took it, the year after me all of them had to do it.

So look out for it.

:)

Amin Rox said...

Ya, Diana zainal, terima kasih kerana mengingatkan. Banyak sangat subjek, maka tertinggal English HL.

Anonymous said...

Hebat nya Abang Amin rukaini.. Saya nk jadi mcm abg Amin jgk la... =p

Anonymous said...

salam..nak tambah jugak!! sekarang budak medic boleh ambik maths SL, mostly akan ambik SL..yg nak ambik HL, cikgu2 akan buat pilihan :D
~dodge~

Amin Rox said...

ya, terima kasih juga. XD dah tak update dah pasal KMB skunk.

Nur Liyana said...

terima kasih atas info- info ini:)
sgt menghargainya!!!!


doakan saya berjaya jugak yer:)

Amin Rox said...

insyaAllah, all the best Nur Liyana, jgn lupa my pesanan.

Anonymous said...

can i ask a question????
--kan student akan exam for every semester....so..for final result...akan dikira result mase final exam saje or average result???

Amin Rox said...

untuk setiap semester akan ada exam final, tapi tidak akan accumulated, sekadar untuk test capability. tiada average. final exam akan dikira sebagai markah IB . Cuma terdapat jua internal assessment yg akan dikira sebagai markah untuk final nanti bagi setiap SEM.

Anonymous said...

Salam.nak tye,ramai kah pelajar yg berjaya melepasi point 40/45 di kmb?law ade,tidak mustahil la bgi kami untuk mencuba nya. :) terima kasih.

Amin Rox said...

Wsalam, terima kasih kerna sudi bertanya,

Nak kata ramai above 40 tu xde la ramai sgt, cuma yg ramainya ialah above 35 (pointer standared). Tapi kebanyakan pelajar2 yang rajin dan keep study dengan fokus, insyaAllah pointer 40 ke atas tu bukan perkara yang mustahil bahkan sapa2 pun boleh dapat. Yang penting niat dan usaha. :)

Sudah mendapat ke MKB ke?

Anonymous said...

Thx a lot.. it help me very much.. :)

Anonymous said...

Boleh ke kalau lepasan Diploma IPTA ambil IB?

Amin Rox said...

IB ni basically untuk pelajar2 yang bakal ke luar negara. Dan ianya setaraf dengan A-level. Diploma IPTA level nya lebih tinggi dari IB ataupun A-Level. Boleh atau tidak boleh tu, sy kurang pasti, tapi jika mahu sambung ke luar negara untuk degree, mgkin tidak perlu IB jika sudah ada Diploma. Cumanya tidak semua uni akan terima memandangkan dimploma merpakan program yg dah dikhususkan kepada specifik course sedangkan IB adalah foudnation course (belajar semua subjects).

Anonymous said...

salam, kalau saya dapat ke kmb dalam perubatan ireland,dgn result yang bgus,blh ke saya tukar untuk negara lain seperti uk?

Amin Rox said...

Wsalam, ya boeh tetapi bergantung kepada pihak penaja juga. Jika pihak penaja dah fixed, maka sukar untuk memilih UK. generally untuk ke UK sponsor yg masih memberi laluan ialah MARA. Dan untuk ke UK perlu score dengan tinggi bermua dari semester satu sehingga 4.

Apa2 pun, saudara/saudari perlu buat yang terbaik dan compete dengan student lain jika mahu ke UK memandangkan kuota ke UK adalah terhad dan memerlukan keayakan yg tinggi.

Norzian said...

Salam, nak tanya..my dotter got an offer for IB @KMS. And at the same time dpt asasi UITM..skrg tak dpt nak decide. IB -tindikan kimia, bonding 8 yrs..she worried if she did not manage to meet the requirement to fly..what is the past result? What is the percentage of student able to fly?
Pls advice..tq

Amin Rox said...

@Norzian: terima kasih kerana bertanya. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada ur daughter.

To pass the requirement, usually the sponsor requires us to be higher than lowest requirement which is changeable. Tapi, as far as sy tahu, (melalui pengalaman), biasanya markah penuh IB ialah 45 marks. SPonsor mara mengkehendaki sebanyak 35-36 keatas sudah memadai. Manakala JPA pula dalam lingkungan 33-34 keatas. Untuk sponsor lain sy kurang pasti, tapi jika berjaya lepasi sasaran sponsor itu, saya berani kata, senang sahaja untuk dapatkan tempat di mana-mana university kerna biasa univeristy requires lower that sponsor nak (that's the reason why sponsor nak requirment to ensure our placement is success in the future).

Untuk tindikan Kimia, saya rasa peluang untuk fly sgt tinggi berbanding dengan course lain seperti Medic dan engineering (memerlukan prestasi yg sgt cemerlang), kalau mahu ditafsirkan dalam percentage sy kasi 100% untuk tindikan kimia fly ke luar negara memandangkan course ini requirement dia rendah sedikit. (jika benar-benar berusaha).

Namun, overall, setiap tahun memang akan ada pelajar yang tidak dapat fly kerana tidak lepas sasaran sponsor dan juga kes-kes lain (plagerism dan seabgainya). Jika di tempat sy percentage yg tidak fly agak ramai juga dalam lingkungan 20-30 percent. Namun semunya masih mendapat tempat dan tajaan di universiti terkemuka tempatan seperti malaysia-nothingham university dan monash universiity.

wabit.ent said...

haha baru prasan ade jgak gamba aku dlm ni

Amin Rox said...

>>Wabit.en: haha, agak la aku pun baru perasan. :D

Shafinaz Faizal said...

Assalamualaikum , baru usha/study/stay up pasal IB sikit sebab 16hb ni ada interview MARA (tak sabet pun study IB) tapi saja nak boost semangat :) sbb kalau ada rezeki , saya akan meneruskan pengajian di KMB . and yes , saya pun ex-MRSM Kuantan . another 2 years duduk mcm kat maktab dulu adehh sakit jugak :p doakan lah :) bi iznillah

Najah Khalid said...

Salam . Saya dapat tawran IB di KMB untuk jurusan seni bina . Alhamdulillah tapi tak buat decision lagi sbb at the same time UIA offer engineering . Im kinda confuse at the moment . Boleh tak tau kalau IB utk seni bina apa subjeknya ya ? HArap bolehh bantu . TQ :)

Amin Rox said...

@najah Khalid: Tahniah sebab dapat tawaran ke KMB! :) Meaning that you are getting close to go to oversea if you accept tawaran tu. first sekali jangan lupa solat istikarah, ia akan membantu memudahkan decision najah nanti. Pasal subjek apa itu, bergantung kepada silibus semasa yang KMB offer dan suit dengan ur future field.

Rasanya yang compulsory requirement untuk architecture di university should be Mathermatics HL (dapat grade 6) or Mathematics SL (dapat gred 7). So meaning that yg compulsory hanyalah mathematics HL or SL. so yang lain tu optional. Probably:

ENGLISH -SL or HL
Malay A1 - HL
Mathematics SL
dan lain2 course yang ada macam Busines and management dan ect.

Nanti bila masuk KMB guru-guru akan tolong bantu decide.

qim azhar said...

assalamualaikum..
alhamdulillah saya dapat tawaran ke KMB untuk jurusan perakaunan n selepas membaca blog saudara sya merasa lebih semangat untuk ke KMB..just saya nak tya..
selalunya untuk jurusan perakaunan..subjek apakah yg akan dipelajari pada thap HL dan Sl?
n satu lagi..
apa buku rujukan yg the best untuk subjek2 under program IB ni??
terima kasih.. ^_^

Anonymous said...

as salam. sy dpt twaran IB di KMB bg course engin. sy nk tw ape subject ape yg dipelajari bg HL n SL. n one more thing, sy nk mintak pendapat, adakah IB course engin sgt tough? tq.

Amin Rox said...

Wsalam, terima kasih qim azhar kerana bertanya dan ucapan tahniah kepada anda! :)

Berkenaan dengan subjek, saya tidak mampu memberikan jawapan yang tepat tetapi memadai mampu memberi gambaran subjek apa yg mungkin anda ambil nanti.

Memandangkan ingin ke arah perakaunan, maka saya pasti Mathematics HL/SL adalah wajib kepada anda. selain itu mungkin juga subjek sains seperti Kimia dan Fizik memandangkan ini adalah syarat compulsory bagi sesetengah univerisity. Subjek standard level pula mungkin awak boleh memilih business and management ataupun subjek2 yang berkaitan. saya tidak pasti bagaimana sistem yg digunapakai sekarang di KMB.


Rujukan buku IB program biasanya boleh didapati dari senior2. mereka akan tinggalkan sebaik sahaja mereka habis exam akhir tahun. seudah menjadi tradisi di KMB senior-senio akan warisi buku-buku rujukan. tetapi jika ingin memberli, ada buku khas IB yang dikenali sebagai IB Guide, nipis dan memenuhi silibus. boleh dibeli dengan guru sendiri atau pun kedai Kamal (majsid india). tapi saya rekemen jangan beli lagi. tunggu sampai masuk ke KMB terlebih dahulu. Untuk persediaan, adalah bagus, refresh semula pembelajaran yang pernah diambil semasa SPM kerana ia akan diguna pakai semula terutamanya mathemetics HL/SL.

Amin Rox said...

wsalam, tahniah kerana mendapat tawaran ke IB KMB.

ok, jika engineering saya agak lebih tahu kerana pada batch saya ada courses Medic, engineering dan Biotechnology shj. Maka saya agak serba tahu pasal pelajar engineering.

Untuk senang berikut adalah senagar subjek yg biasanya diambil oleh pelajar engienrring tahun saya dahulu:

1. Mathematics HL
2. Physics HL
3. Chemistry HL
4. Malay A1 SL
5. English SL
6. Optional subjek (business management/IT/economics)

Pendapat saya, IB mmg agak mencabar. tak kira sama ada engine, medic, biotech ataupun lain2. kerana semua orang akan lalu ibenda yang sama. Nature of IB itself agak mencabar. tapi jangan risau, saya selalu bagi pesan kepada pelajar-pelajar baru masuk. Jika masuk IB KMB, jika dulu kita merupakan pelajar terbaik SPM sekali pun, saya minta - lupakan sahaja sejarah itu. Mulakan from zero. Kerana saya lihat ramai yang masuk dengan merasakan dirinya hebat (straight A) tetapi jadi malas di IB KMB, kesannya result teruk dan ada yang sampai fail. Maka just ingat pesanan ringkas saya, start from zero, usaha kena kuat. konsisten dari awal pasti tak akan menyesal. IB sangat seronok indeed.

Akmal Hayat said...

Engine sangat tough? well, to be frank, relatively nampak susah laaa kalau nak compare dengan spm. physics HL IB sebenarnya sangat surface (walaupun kat kmb dulu rasa susah. tapi alhmdlh dapat 7.) tapi bila masuk uni nanti, akan rasa laa yang sebenarnya yg belajar kt IB ni (especially physics) sangat surface and you should do well to excel in engineering studies bila kat uni nanti. allahu a'alam.

qim azhar said...

terima kasih
^_^

Anonymous said...

ok thnks so much! really appreciate it :)

deen said...

assalamualaikum wbt. sy ingin mengaju kn beberapa soalan. harap sgt saudara dpt membantu.

1. masa apply mara, sy mintak untuk belajar di australia. soalan sy, andai kata sy memenuhi syarat untuk fly ke oversea, adakah sy akan dpt fly ke negara yg sy apply or mara yg akan tetapkan negara mana?

2. adakah mara akan mnghntar ke university trtentu mngikut point exam IB kita? mksd nya kalau kite dpt point yg lebih baik, adakah kita akn dpt university yg lebih trkemuka?

itu saja. harap saudara dpt membantu sy. btw, sy dpt twran IB di KMB. blog saudara bnyak memberi info kpd sy. :)

Amin Rox said...

Waalaikumusalam. Tahniah deen kerana berjaya ke IB KMB. :)

1. Owh ya berkenaan negara ini bergantung kepada performance kita di KMB nanti. Basically senang cerita IB KMB penentu ke mana hala tuju kita lepas ni. Dan jika dapat score baik, akan berlaku proses saringan dan tapisan, kalau xsilap saya individu yang dpt score akan ditapis untuk memasuki negara yg lebih bagus sperti UK.
Berikut sy listkan negara2 mengikut rank:

1. UK
2. Ireland (khusus untuk medic)
3. Australi
4. Newzealand
5. Republic czech (khusus ntukmedic)
6. India (khusus untuk medic)

So basically ramai akan target UK kerana UK offer the best university among of all. Tpi depend kepada result. Maca sy dulu ada angan2 nk prgi newzealan tapi alhamdulillah dpt ke UK sebab result bagus. Jdi kena rebut peluang yg ada, dan result kena bagus. ;)

2. Ya result lagi bagus, university lagi bagus. Sy dah jawab di soklan 1. Basically yg penting is ur perfomance. Kalu score dpt ke uni2 hebat di negara2 hebat juga.

Anonymous said...

Berapa pointer saudada sewaktu di kmb?

Anonymous said...

Thankss for the comforting words ^^ "Jangan rasa mengalah jika ada yang mengatakan IB itu susah. Susah itu relatif dan subjektif."

Amin Rox said...

"Berapa pointer saudada sewaktu di kmb?"

Jawapan saya: tidak seberapa, hanya 41/45.

Amiro Idris said...

Saya nak tanya, cukup ke mara bagi untuk beljar di uk, elaun sara diri, yuran pengajian, saya dh mula takut dah kalau tak cukup

Amin Rox said...

Kepada >> Amiro IDris:
Lebih daripada mencukupi. Sebulan kami dapat sebanyak 880 pound (RM4400). Kalau master kami dpt 1012 pound (RM 5060)

Rin said...

Assalamualaikum...

Do you know the difference between JPA-MARA and MARA? Because I recently applied for JPA-MARA and found out yang tak boleh nak apply for MARA dah... I am reaallly interested to pursue my studies in KMB because it seems so challenging and interesting haha. Thank you so so much for the infos shared by the way.

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya nak tanya utk student ib architecture, subjek yg akan dibelajar during ib is general subjects like math, bio, physics, chemistry, english (like other students from different courses) or more specific to architecture? as math, english, physics, chemitry and etc. :)

Nadhirah Zulkafli said...

Klau saya ada rezeki dapat fly, duit elaun yg mara bgi cukup ke untuk saya sara diri dekat negara org nnt? Adakah parents saya perlu sediakan saya duit lebih?

Nadhirah Zulkafli said...

Klau saya ada rezeki dapat fly, duit elaun yg mara bgi cukup ke untuk saya sara diri dekat negara org nnt? Adakah parents saya perlu sediakan saya duit lebih?