Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri



Pada kesempatan yang ada ini saya Amin Rukaini Bin Mustafa ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri khas kaum keluarga, saudara-mara yang mengenali, rakan-rakan seperjuangan, guru-guru buat semua pelawat blog My Journey ini.

Sekiranya ada salah dan silap pada ketika suka dan duka selama mengenali, hirisan hati, dendam yang tersimpan, kasar bahasa, syak wasangka dan segala kekurangan yang wujud pada insan yang lemah ini, maka seribu maaf dan ampun dipinta. Semoga Allah SWT merahmati hubungan yang kita miliki selama-lamanya

Sesungguhnya segala teguran, nasihat, jenaka, trivia, cerita yang entah betul atau tidak, gosip jika ada, gambar-gambar, coretan peribadi dan segala apa yang dimuatkan di dalam blog ini, semuanya sekadar tatapan ingatan dalam merapatkan ukhuwah perjuangan kita. Dan juga segala tindak-tanduk, idea dan pemikiran sama secara maya dan realiti yang tidak jelas mahu pun terpesong dari haluan, harapnya dimaafkan dan semuanya tidak lain dan tidak bukan adala kelemahan insan kerdil yang bergelar hamba-Nya ini.

Oleh itu, sebagai ingatan kepada diri dan kalian semua, diharapkan kita memeliharalah hukum-hukum Illahi: jangan tinggalkan solat, gandakan solat sunat, puasa sunat, hormati ibu-bapa, layanilah tetamu dengan kemesraan dan berlapang dada, berhati-hati semasa di jalan raya, jaga permakanan, jaga akhlak mulia, jagalah mulut, mata dan hati, ziarahlah ke rumah saudara mara dan sahabat handai dalam erti kata merapatkan tali silaturrahim sesama kita. Juga diingatkan agar teruskanlah perjuangan dalam bidang masing-masing; kerja rumah dan assigment, janganlah sesekali kita abaikan terutamanya EE, TOK essay dan lain-lain khusus buat pelajar Persediaan Program IB.

Sekian, Salam Lebaran dari Amin Rox beserta keluarga tercinta.


Mixpod specially for My Journey

23 comments:

apayangmampu said...

selamat2 hari raya!!!

apayangmampu said...

berayalh dgn keimann bkn dgn kefasikan

Akmal Hayat said...

amin!

asal dlm gamba tuh ang nmpk slim??
hahaha..

no offense..

minx maaf zahir batin..

al-ikhsan said...

hahaha! nice lah akmal! ku baru jek nak cakap mende yang same.hu3

seyes amin, ko nampak slim sangat dlm gambar tu. hasil misi v2.0 ke hasil photoshop tuu?~~hu3

=P

nyway, salam eidul fitri amin! thanks for being such a wonderful and supportive sahabat all this while!^^

tak lupe, maaf zahir dan batin pada setiap hati yg terguris yep.he3

nadzirah baharuddin said...

salam amin...

hihik...klu depa tny awat amin jadik slim...nadzirah nk tanya wah amin dh semakin cerah...tw2 ni mesti lighting cukup kn!

hahha...sm gak...selamat hari raya wat amin...men2 ja tw comment2 nih!x da serius2 k!

apapun,semoga berbahagia di hari lebaran ini!

Akmal Hayat said...

haha..mcm2 dia edit..

Amin Rox said...

To Hanis: Selamat Hari raya! Moga raya pada kali ini meningkatkan keimanan kita dengan penuh kesyukuran! Kemenangan!

Amin Rox said...

To Akmal:
Tu kesan V2.0 ar!!!


haha,mne de.
Kelebihan menggunakan photosop la, Don't be cheated with technology..


Mmg la edit, tapi gambar tu ori la, taim aku kurus. Cuma dapat dari sudut yg baik ja, tu yg nmpak kurus.


Neway,V2.0 xkan dicancel.

Amin Rox said...

To Akmal, Maaf zahir dan batin!

Makan byk2 cket raya ni!

Amin Rox said...

To Fazli: Rasanya hasil V2.0 dan photoshop la. :P

Haah, aku pun minta maaf la jika ada tersalah silap, moga-moga hubungan ini terus berkekalan dan diredai Allah.

Amin Rox said...

To Nadzirah: hehe, cik perasan gak no..

yup, ni semua pkai teknologi. So main pengcahayaan tu biasa la nadzirah, len ar kalo pkai fair and lovely. hehe.


Nadzirah, semoga berbahagia di samping yang tersayang! :P

Lik said...

Selamat hari raya aidilfitri. Minta maaf kalu ada salah silap.

btw, hensem ko min dlm gmba tu =)

farah shazana said...

slamat hri rye amin!
tp nk tnye sk8,nape kne ade logo mara kt gmba tu?

Syamil said...

amin..
puasa anda berjaya..
nampk slim..
atau tarik nafas dalam2..
and KLIK!!!!!
haha..

minta maaf..
selamat hari raya!!

Amin Rox said...

Sleamat hari raya juga farah!!

Oh, ada lgo kmb sebab nak remind, raye2 gak, tapi assignment jgan lupa buat. hehe..

Amin Rox said...

Syamil, lebih kurng macam tu la.. hehe..

TArik dalam2, pastu snap!

Alrite, sama2 kita pnjatkan kesyukuran pada ketibaan syawal nih..maaf zahir dan batin.

iRa DiDi said...

salaam.. amin.. kad cantek lahh.. hehe slmt hari raya.. :)

Atikah Nur Dzulkhefli said...

amin..hg menipoo dlm gmbaq..awat hg nmpk kurus..leher tak menggeleber..pipi tak serong???hak3..oppss..sory2,ni raye...ampun pak!!!hik3..slamat ari raye amin!maap zaher batin...

Amin Rox said...

to ira didi:
Hehe, thanks didi!

Yep selamat hari raya!! Jaga diri leklok. :)

Amin Rox said...

To Atik:

Ini adalah hasil kejayaan V2.0. Amcam?? hehe.. lala~

dr.corona0810 said...

amin..
SELAMAT HARI RAYA!!!

aku pon nak mintak maaf kalo2 aku ada wat silap kat ang..
jemput mai umah ek.. untuk menambah berat badan... ehehheeh...

Amin Rox said...

To Dr Corona: hehe, skunk tgh diet, xley kna byk2.

Salam lebaran gak!!

Yard said...

slamat ari rye
maaf zahir batin amin