Friday, August 7, 2009

Reverse Biotechnology?



Post ke-100

Sedar tidak sedar, aku sudahpun menghantar 99 post sebelum ini. Telah berkecimpung dalam bidang blogging sudah hampir dua tahun lebih, bermula dengan hanya bertatih, dengan modal tajuk 'My journey'.Telah banyak perubahan dilakukan sama ada dari aspek luaran, gaya bahasa, lenggok bahasa dan tema telah direvolusikan. Alhamdulillah, ini bukanlah satu kebanggaan, tapi satu kesyukuran. Blog ini menjadi tempat meluahkan idea dan pendapat serta sedikit coretan hidup. Di samping itu, penulis jua mempunyai satu blog yang memberi signfikan kelainan yang bercorakkan keagamaan iaitu Mahabatullah. Mahabahtullah merupakan fundamental utama dalam penglibatan penulis dalam aktiviti blogging. Diharapkan pada masa-masa yang akan datang, blog ini akan terus menyumbang idea dan pendapat secara berterusan.


Reverse Biotechnology?

Rasa tidak mampu untuk aku menulis perkataan reverse engineering. Maafkan aku. Maafkan aku wahai bakal-babal engineer mahupun engineer sekalian. Engineering adalah perkataan sensitif buat diriku. Tapi aku lebih suka menggunakan perkataan reverse biotechnology walaupun aku yakin tidak akan wujud sama sekali perkataan ini pada mana-mana kamus ataupun thesaurus. Maksud sebenar berasal dari perkataan reverse engineering, aku mengadaptasikan cara aku sendiri. Maksudnya ialah suatu proses mengkaji dan memerhati suatu perkara yang berlaku kepada mana-mana objek lain untuk diaplikasikan oleh objek tertentu demi memastikan kebergunaannya. Perkataan ini biasa digunakan oleh mana-mana jurutera untuk menghasilkan prototaip yang berfungsi dengan baik melalui data dan maklumat luar (objek-objek lain).

Memori itu kembali semula
Semalam, aku keluar ke pasar malam. Janggal sungguh perasaan itu. Telah lima bulan rasanya tidak menjejaki kaki ke tempat sedemikian rupa. Ah, biarkan, kadang-kadang aku kena terjun dalam masyarakat jua. Banyak muka-muka yang aku kenali. Guruku? Aku ternampak raut wajah guru lamaku. Namun ia hilang dalam kesesakan ribuan orang di situ. Pilu. Sedih. Kawan-kawanku? Ah, mereka jua tidak melihatku, mungkin sudah tidak mengenali. Lama sungguh aku menghilangkan diri. Segala memori lama kembali semula, Ia datang semula, ia muncul bak paparan LCD menerpa dalam mindaku. Aku terkhayal. Aku memikirkan masa lampau. Aku melihat perkara lalu. Hatiku membuka lalu. Jiwaku mula menyelinap beriringi lagu merdu.

Aku seorang penjual sayuran
Sudah menjadi tabiatku. Tatkala melihat dunia ini, apabila aku melihat insan yang tidak senasib denganku, aku akan buat reverse engineering. Melihat seorang penjual sayur yang bersusah-payah, aku membayangi diriku sedang menjual sayur. Aduh, kasihan. Melihat seorang pengemis, wujud bayangan 'aku sebagai pengemis'. Aku cuba bayangkan apakah perasaan dan keadaan aku jika aku menjadi mereka. Aku insaf. Hakikatnya aku ialah aku sekarang. Langkahku berbeza dengan mereka. Aku mengaku aku dibesarkan dengan kesenangan tapi aku jua pernah merasai kesusahan. Hatiku kaku membisu.


Bersyukurlah

Andai kalianialah seorang pencuci tandas sekalipun, kalian usah tangis akan nasibmu itu. Usah tangis. Usah mengadu nasib, putus asa. Esok masih ada. Esok masih diberi peluang. Usah takut untuk senyum, usah berani mendabik dada. Dunia hanya sementara bukan? Andai jiwa masih ada, hati masih bernyawa, usah berair mata. Gilaplah linangan itu dengan tangisan kesyukuran. Padukanlah jiwa yang indah itu dengan perasaan bersyukur yang tiada kata-kata mampu bercerita. Usaplah dadamu, katakanlah Dia bukan buta, Dia Maha Esa. Bukalah jiwa bergerak bersama minda mencari peta minda dunia. Bukalah seluruh layar nakhoda nikmat diberi-Nya agar kalian bisa berlayar selaju angin bertiup di lautan penuh haloba. Laba dunia melalaikan. Laba akhirat selama-lamanya.

Dan yakinlah

Yakinlah. Tiada masa untuk leka. Tiada masa untuk bersenda, alpa. Dan yakinlah jalan juang perlu dierjuang habisa-habisan. Diri yang leka perlu disedarkan dengan curahan air kerajinan. Ayuh kita rempuh segala ketakutan dengan iringan doa pengharapan, Ayuh kita padukan segala kekuatan jasad dan minda yang diberi olehnya. Ayuhlah kalian kita bakar semangat jiwa dengan gasolin para syuhada, petrol para anbiya! Ayu kita buang segala su'udzon, tajasus yang berlegar di benak hati tertandus dengan arang kebatilan. Ayuh kita jirus api dengki, dan ayuh kita nyalakan api biru yang menghembuskan asap keamanan, jelaga perpaduan.

4 comments:

Akmal Hayat said...

ngeh! kata anti..tp tiru gk reverse engineering..

selamat JUBLI EMAS..huhu

Amin Rukaini Mustafa said...

haha, dah nama pun reverse engineering, xkan pulak aku nak guna pkai reverse biotechnology. kalo dah jadi truth boleh la pkai.. hoho, TOK2!!


aku rasa mcm nak bersara lak pulak akmal oi.. dah malas nak blogging nih..

Akmal Hayat said...

haha..jgn bt lwk rr amin..

kalo nk bersara..alang2..siapkn lg 100 posts..

bg double jubli emas

Amin Rukaini Mustafa said...

haha, itu kena tunggu stahun lagi la weyh..

tgk la camna, ak rasa x bersemagat la pulak.. hoho. mcm nak bersara. Nak lalui hidup baru, mesti best, perasaan tu mesti sama macam aku kehilangan hndset, ketenangan yang teramat. hati pun rasa selamber..