Wednesday, August 26, 2009

Akan Wujudkah G2S III???


Perkaitan V3.0

Kalau aku asyik dibaham oleh kawan-kawanku dengan version 3.0, (orang tertentu sahaja yang faham) tapi ini tiada kaitan dengan misi aku itu, bahkan misi aku itu berjalan lancar seperti dirancang. Badan makin susut. (Aku dapat rasa) Ditambah pula dengan bulan puasa sebegini. Aku dah leka dengan kata-kata mereka, aku anggap kata-kata mereka sebagai pemberi semangat belaka.

Keletihan teramat

Hari ini aku terpaksa mengabaikan saranan Teacher Wan Ima, guru kimia kelas aku. Pesannya sebelum aku pulang. "Waktu puasa tidak elok tau tidur selepas subuh", katanya penuh kelembutan namun ada hikmahnya. Aku teramat keletihan. Aku tertewas. Baru sahaja aku pulang dari Kem G2S semalam. Perjalanan masa pulang yang mengambil masa lebih kurang 5 jam.


G2S satu kejayaan
G2S, atau Kem Guidance to Succes merupakan satu kem yang berjaya dianjurkan oleh aku dan kawan-kawan. Bermula di SMK Bakai, Kulim, Kedah telah melonjak dengan penuh kejayaan dan semalam kami menamatkan pula kem G2S ii di SMK Sultan Abdullah, Perak. Sememangnya kem ini amat berjaya melihat kepada suasana dan sambutan hangat dari para pelajar. Pendek kata, Kem yang diterajui oleh para fasilitator yang diimport dari Kolej Mara banting amat berjaya.

Dengan menerapkan unsur nilai bersifatkan kerjasama antara pasukan, penjanaan idea kreatif, bersat padu ditambah lagi dengan latih tubi dalam menempuh peperiksaan yang akan datang, SPM dan PMR, peserta dibangunkan dengan semangat jati diri yang tinggi dan meningkatkan kaeyakinan diri dengan mantap. Semuanya penting dalam melahirkan insan yang sempurna, seimbang fizikal, mental dan rohani.

Akan Wujudkah G2S kali ke-3???

Mungkinkah G2S kali ke-3 akan kembali??? Bagi aku, G2S adalah satu kejayaan yang besar. G2S merupakan medium dakwah dan tarbiyah kepada anak bangsa. Walaupun kami barulah setahun jagung berkecimpung dalam bidang ini, diharapkan usaha dan semangat ini akan berterusan ditambah pula dengan ikatan ukhuwah dan takaful yang hebat di antara para fasilitator. Kenangan terindah melakar pada setiap minda kami. Tiada paksaan tiada suruhan. Kami bertindak atas paksi kesederhanaan dan keikhlasan. CAS bukanklah tujuan kami, tetapi kepuasana adalah segala-galanya.

Gambar-gambar kenangan
Di bawah ini aku letakkan gambar-gambar kenangan terindah di SMK Sultan Abdullah:


Syamil tekun mengajar para pelajar SMK Sultan Abdullah semasa sesi latih tubi

Bergambar setelah tiba di perkarangan Dewan Ibnu Sina

Aksi selamba selaku manager Treasure Hunt bersama akmal di Check point Sodoku

Enigma Cruise: Team yang mantap, berkongsi tempat pertama dengan group 1

Inilah sebilangan G2S team, walaupun terdapat beberapa ahli tambahan.



Check point bahasa isyarat: Kreativiti adalah segala-galanya


Atik, Izzat dan Syamil di Checkpoint periuk api, kasihan atik, muka dah hitam, terik di bawah kepanasan, sori..


Akmal dan Syahmi menguruskan aktiviti 'MAFIA GAME', sangat menarik Mafia pada kali ini, penuh dramatik!

Ini gambar fasi lelaki sebelum sehari sebelum kem bermula, pertemuan semula, semua macho2 dan cool!! Woo!!


Di rumah tuk Farah, sembang-sembang dan berbincang

Eh3, apasal condong lain macam ni????


Misi Belum Berakhir!!

Aduh, memang misi aku belum berakhir. Banyak lagi kerja tertangguh. Dengan IA mathnya, EE, essay dan lain-lain. Terasa cuak pun ada tapi perjuangan tetap perlu diteruskan!!! Ayuh!!!

11 comments:

Akmal Hayat said...

ak ttp akn cuba jayakan G2S III..

hu3...

team chemistry dah kuat, xkan nk bazirkan g2 jek..

PeRaNTau said...

ha3...
nanti dah siap IA math gtaw a sama ada dapat tido ke tak malam last sblom kene hantar tu ye =P

Syamil said...

haha..
aku support akmal..
kita jangan bubar lagi!!
lawan GNCC!!

syamil said...

yaaa...aku sokong syamil & akmal...jgn bubar.....kalau ada peluang,x salah jika kita teruskan g2s III walaupun x tawu bila.....smlm aku dpt msg dari budak2, diorang sgt2 berterima kaseh kt kita....tym tu aku rasa sgt terharu...waaahhh...g2s I & gs2 II sukses....insyaAllah masa dpn nya pon akan lebih berjaya..btw, aku pnat gila..aku rasa aku dh start demam

...zUlaIkHA... said...

InsyaAllah jadikanlah ia medan dakwah dan tarbiyah yang sebenar...

gunakanlah kesempatan yang ada untuk memberi kepada mereka yang memerlukan bukan mengisi diri dengan sesuatu yang tak perlu...

tazkirah ntok diri sendiri gak...(^_^)

wabit.ent said...

v3.0
wak vs aminruk
kite tngo sape menang
hahaha

Amin Rukaini Mustafa said...

To Akmal Hayat: Ye, betul2!!! G2S 3 perlu ada!!! x sabaq..


To pERANTAU: hehe, ok2, ni yg cuak ni.. kena siapkan secepat mungkin.


To Syamil Billy: haha, jom2!!!

to sYAMIL mUHAMMAD: weyh, gandingan mantap syamil square perlu diteruskan! So, G2S pun oerlu dteruskan. (conjecture ni)

To Zulaikha: benar. walaupun diri kita ini masih muda-mudi, proses ini perlu diteruskan! Hidup perlu ditarbiyah dan jua mendakwah. Umat perlu dilihat selalu.

TO wak Nazari: Alrite! ada competition ni.. haha, jom2 wak!

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Sapa nak jadi PM utk G2S 3?

lalala~

Amin Rukaini Mustafa said...

ye, aku dah nampak PM kita!! Orang yg prihatin yg bertanya, ang la Syahmi!!! hahaha..

Syamil said...

ya!!syahmi next pm..
tempat!!
langkawi!!amin!!!

Hidayatullah said...

smoga asbab mujadah tuan2..hidayah tersebar seluruh alam..anak2 laki baligh dpt tunai solat secara berjemaah.. wanita2 dpt ttp aurat dgn sempurna.. pemerintah dpt tunaikan hak2 rakyat.. amin