Sepertimana yang kita tahu, Program Masters ialah satu program yang menyediakan seseorang itu ke arah menjadi tenaga pakar dalam bidang tertentu. Masters menyediakan kita juga ke arah mencari peluang pekerjaan mahupun bidang kajian (PhD). Modul yang terkandung dalam program masters selalunya agak berbeza dengan undergraduate. Jika anda seorang yang jenis menginginkan cabaran dan pengalaman baru, saya rasa teruskan menyambung paling tidak ke program masters. Hal ini kerana ianya menjadikan anda seorang insan yang lebih konfiden dengan aspek ilmu yang diceburi. Oh ya, masters di UK hanya setahun. Maka, ianya amat singkat dan mudah.
Untuk Msc Biotechnology, saya merasakan ianya sebuah program khas yang amat bagus diceburi terutamanya di University od Edinburgh
Susah ke?
Bagi saya, jika sudah memiliki latar belakang Bioteknologi; maka tidaklah sesusah mana bahkan anda akan mampu score dengan amat baik sekali. Selain itu, Msc Biotechnology tidaklah sesibuk mana. Ianya sangat menyeronokkan dengan modul-modul yang menarik untuk dihadam. Terdapat beberapa courses yang ditawarkan seperti, biobusiness, vaccine development, Biotech and entrepreneurship, Biotech R&D, Plant Biotech, bioinformatics dan synthetic biology. Semua courses yang disediakan ini amat membantu anda untuk menghadapi sama ada demi keperluan industry mahupun kajian mendatang.
Akhir kata, setahun berada di Edinburgh untuk Msc Biotechnology pasti menjanjikan satu pengalaman menarik. Oh ya, berikut merupakan video promosi yang dihasilkan khusus untuk tahun akan datang. Semoga bermanfaat.
2 comments:
Assalamualaikum, saya juga akan mengikuti Msc. of Biotechnology di Edinburgh september ini. Awak di sana tinggal di rumah sewa atau duk di hostel utk postgrad. student?
Oh ya, saya tinggal di rented flat, cost about 330 per month.
Post a Comment