Tuesday, June 3, 2014

Fenomena Kupu-Kupu Besar di Malaysia? Apa Penjelasannya?

Jika beberapa bulan lepas Malaysia dihiasi dengan bunga-bungaan luar biasa seolah-olah musim bunga. Kali ini dengan kupu-kupu pula. Apakah ianya wujud korelasi antara dua fenomena ini?

Fenomena dilaporkan berlaku di sekitar Kuantan dan beberapa lokasi lain


Saya bukan pakar environment, bukan juga ahli entomologi. Tapi kecenderungan saya ialah seorang saintis yang memerhati dan mampu membuat korelasi dan spekulasi (betul mahupun tidak betul persoalan kedua) tetapi saya yakin bahawa apa sahaja fenomena alam yang berlaku pasti ada penjelasan tersendiri.

Pada pendapat peribadi saya, walaupun dikatakan banyak faktor boleh menyebabkan kupu-kupu keluar banyak, saya lebih kuat berpendapat bahawa apa yang berlaku ini tidak lain tidak bukan adalah kesan daripada pemanasan global yang sedang berlaku. Saya tidak berkata dengan semberono tetapi didasarkan atas hujah saya yang berasas, yakni ada kajian dan bukti saintifik (sama ada disetujui atau tidak - ini hanyalah spekukasi/teori). Berikut cara saya membuat induksi/deduksi pendapat:

1. Kupu-kupu ialah sejenis serangga yang berdarah sejuk.
2. Haiwan yang berdarah sejuk amat bergantung kepada sumber haba luar untuk memelihara suhu anggota mereka.
3. Kajian telah membuktikan bahawa kupu-kupu merupakan sejenis serangga yang amat sensetif terhadap perubahan suhu. Beberapa kajian telah menunjuk peningkatan suhu walaupun sedikit 1 degree celcius mampu menyebabkan gangguan terhadap penghijrahan mereka.
4. Penghijrahan kupu-kupu juga dikaitkan dengan amaran perubahan cuaca panas.
5. perubahan cuaca di malaysia baru ini agak ketara walaupun tidak terlalu extreme.
6. Proses pembungaan baru- baru ini juga dikaitkan dengan peningkatan suhu yang mendadak.
7. Malaysia bukanlah negara pertama yang melihat perubahan ini di depan mata tetapi ianya satu proses perubahan global yang dirasai oleh tempat2 lain juga.
8. Ada pun teori-teori lain sama ada disebabkan punca makanan dan lain-lain dalah amat terhad dan tiada penjelasan secara jelas.
9. Maka suhu adalah salah satu faktor yang jelaa mempunyai korelasi dan perlu dilihat serius.
10. Kita tidak menolak sekiranya wujud bukti korelasi terhadap faktor-faktor lain.

Rumusan saya, mungkin teori/spekulasi saya dirasakan terlalu awal. Tetapi kesan pemanasan global ialah satu kesan yang kita rasa normal disebabkan prosesnya yang tidak terlalu drastik tapi cukup memadai untuk difahami dengan pentaakulan yang baik. Usah kita melihat sesuatu peristiwa itu hanya sekadar peristiwa. Penting untuk melatih diri memerhati dan merumus teori. Walaupun mungkin tidak benar, tetapi latihlah diri berspekulasi. 

Oh ya, ini salah satu contoh kes studi bagaimana proses logik dan dekduksi/induksi biasanya dilakukan oleh seorang ahli saintis. Sekadar perkongsian.

Allah lebih Maha mengetahui.


Amin Rukaini Mustafa
BSc (Hons) Biological Science (Biotechnology)
MSc Biotechnology (current student in University of Edinburgh)


0 comments: