Saya menyapa muslim di sebelah saya, beliau duduk di tengah-tengah antara saya dan lelaki berkulit putih itu: "Assalamualaikum, nice to meet you". Sambil bersalam mesra. Kemudian, pandangan saya beralih kepada lelaki berkulit putih itu. Sambil tersenyum, lelaki Muslim berambut elvis presley yang pada pandangan saya berasal dari salah sebuah negara Arab mula bersuara: "Brother, introduce to you one of my flatmate, a local Scottish people.". Dia menunjukkan ke arah lelaki warga putih itu.
Sekarang saya tahu lelaki tersebut ialah warga asal Scottish. Lelaki Scottish itu bersuara: "Are you a student? I work in Edinburgh university too" sambil menunjukkan logo university di baju saya. Saya tersenyum. Tetapi masih tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini? Adakah lelaki warga scottish ini seorang muallaf? Tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh solat? Kenapa dia Solat? Mungkin dia Islam? Ataupun mungkin dia ingin cuba bagaimana rasaya perasaan bersolat. Saya ingin tahu.
Namun sebelum saya bertanya, lelaki Muslim yang berambut ala-ala Elvis Presley terus menceritakan hal yang baru sahaja berlaku: "My flatmate, he wants to know about Islam, and he tries to find peace". Mesra.
Saya terkedu sebentar. Sekarang saya faham. Rupa-rupanya, lelaki berkulit putih itu seorang warga scottish yang sedang mencari hidayah. Dia solat sebab mahu mencuba-cuba. Dari raut wajahnya, saya lihat dia seorang yang inginkan ketenteraman jiwa, mungkin sesuautu telah berlaku kepadanya sebelum ini dan dia ingin mencari Tuhan. Saya pasti, dia tengah hadapi kerumitan hidup.
Saya juga mula faham bahawa lelaki tersebut sebelum ini tidak mempercayai mana-mana agama. Tetapi, disebabkan tindakan proaktif lelaki muslim berambut presley itu, beliau mula tertarik dengan Islam. "Brother, can you give advice to him about Islam?". Lelaki Muslim itu membuat permintaan kepada saya agar menceritakan tentang Islam kepadanya. Dalam hati saya: "Alamak, apa perlu aku buat? Apa perlu aku cerita? Apa hujah aku untuk tarik dia? Adakah dia akan terima kata-kata aku?" Saya berserah, usaha dahulu.
Saya memulakan dengan fokus utama iaitu soal akidah. Alhamdulillah, bersyukur juga kerana pernah melibatkan diri dalam mempelajari ilmu dakwah kepada non-muslim melalui Friendly Comparative Religion. Perkara pertama yang saya sedar ialah, dia seorang Etheist/free thinker, tidak mempercayai kewujudan Tuhan, hal ini dapat saya lihat dari pemikirannya yang mengatakan manusia tidak berasal dari Adam dan Hawa tetapi dari Apes (chimpanzee). Saya terpaksa menerima pandangan beliau kerana saya sendiri mengetahui akan persepsi (dogma) dan pandangan ilmu sains ini tetapi saya mengangguk-angguk sahaja. Fokus utama golongan seperti ini ialah memahamkan soal akidah bukan berhujah soal statement remeh seperti itu. Jika tidak, hancurlah peluang untuk berdiskusi dan memberi penerangan akan soal core Islamic princple (akidah).
Maka saya bermula dengan: "Islam is about peace, we should only believe to only One God, no others. By Submitting yourself to one god, and you get Peace! That's so simple!" Dia mengangguk. Dia bersuara: "But God does not create us, my mum and my father create me". Kemudian saya menjawab: "Everyone should have the feeling of having God, let me makes an anology for you; imagine you are in aeroplane, and it is going to dive and crash on land; at that time you are very fear and everyone will have a feeling that we call HOPE. That's the feeling to have someone to hope, God". Dia mengulang perkataan saya sambil mengangguk: "HOPE". Dia senyap, saya pun terdiam. Sekarang saya tahu dia inginkan sesuatu, inginkan kekuatan untuk berubah.
Kemudian, senaskhah al-Quran diambil dan saya membuka pada halaman Surah Al-Ikhlas. Satu surah yang penuh dengan kekuatan bagi sesiapa yang ingin mencari agama. Saya menjelaskan maksudnya. Alhamdulillah semua berjalan baik. Kebetulan pula pada masa itu ada Sheikh Umar, salah seorang Imam masjid Edinburgh Central Mosque yang pernah mengislamkan beberapa orang non-muslim. Saya rasa cukup sudah tugas saya setakat ini. "I think (sambil menunjukkan Sheikh Umar) he is the best person to guide you in this way". Lelaki muslim berambut Muslim pergi memanggil Sheikh Umar.
Dalam pada masa itu, saya sempat berpesan kepada warga scottish itu, "Just pray in yourself and ask for help from God, I knew many faces of white British like you, and they found Islam. They changed". Dia melihat saya tanpa perasaan seolah-olah berfikir sesuatu. Saya berhenti di situ. Sheikh Umar tiba dan saya mengundurkan diri. " I think I need to go". Saya bersalam dengan semua dan berundur diri untuk berjumpa rakan-rakan lain di pintu masjid.
Teringat saya sewaktu tamat diskusi dengan Sheikh Umar, saya tidak tahu apa yang dibincangkan kerana bersembang dengan rakan-rakan lain. Tapi dari riak wajah muka lelaki Scottish itu, dia tersenyum. Dia bersama lelaki muslim berambut presley itu mula berjalan untuk keluar dari masjid dan terserempak dengan saya kembali. Mereka tersenyum. "Thanks brother, nice to meet you!" kata lelaki berambut presley itu. Saya kagum dengan lelaki presley ini, jika dilihat dari corak pemakaian dan rambutnya tiada siapa sangka dia seorang Islam tetapi dia mampu menarik seorang lelaki non-muslim terhadap Islam! Allahu akbar!
Kemudian lelaki warga Scottish itu pula memberi pelukan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada pelukan itu adalah kebiasaan ataupun tidak. Apa-apa pun ia, bagi saya ianya satu pelukan yang penuh bermakna. Terasa syahdu dan terkedu.
Dalam hati saya: "Moga Allah memberimu hidayah! InsyAllAh kita akan bersolat sebelah menyebelah lagi nanti!" Amin.
Aku mahu engkau bebas lantas menggapai ketenangan ini. Mereka yang hilang darinya akan lebih menghargai dari mereka yang memiliki.
0 comments:
Post a Comment