Banyak yang saya pelajari dari beliau, baik dari segi agama mahupun ilmu umum. Barangkali, begitulah tafsiran kefahaman mafhum hadis berkenaan perumpamaan memiliki sahabat yang baik ibarat bersama tukang jual minyak wangi, manakala bersama sahabat jahat pula ibarat bersama tukang besi.
Semalam adalah hari terakhir sahabat tersebut di Edinburgh. Satu perasaan yang cukup syahdu untuk ditafsirkan pada kalimah lidah, kerana perasaan ini berbaur cinta juga sayang. Sebelum pulang, kami bercadang untuk ke masjid bersama-sama menunaikan solat zohor. Kebetulan hari tersebut ialah hari terakhir beliau, maka sebelum keluar beliau menyerahkan kunci rumah kepada saya dan saya meletakkan di atas meja di rumah. Selalunya masing-masing memegang kunci, tetapi kali ini tidak. Dan saya pula entah bagaimana terlupa membawa kunci saya.
Pulang dari masjid, saya tergamam di depan pintu masuk: "Ya Allah, kunci tertinggal di dalam rumah." "Mungkin Bahaa (nama sahabat saya itu) ada pegang". Saya menunggu dan muncul Bahaa bersama-sama beberapa sahabat lain dari masjid. Mereka datang untuk menemani dan berjumpa Bahaa untuk kali terakhir. Bas yang akan dinaiki Bahaa ialah pada pukul 3.10 petang. Jam tepat menunjukkan pukul 2.00 petang.
Saya menghampiri Bahaa dan bertanya: "Bahaa, do you hold any keys?". Lantas dia tersentak dan berkata: "No, I gave to you just now and you put it on the table". Dalam hati saya: "Ya Allah, baru aku ingat tadi. Ujian untuk kamu Bahaa". Semua senyap seketika. Muka Bahaa tampak sedikit cemas tetapi dihujani ketenangan. Macamana mahu masuk ke rumah ini? Aduh, kedua-dua kunci tertinggal. Lagi sejam, mampukah dapat masuk ke rumah semula? Tiba-tiba idea menjelma: "Is Kamin inside the house?" Bahaa menjawab: "No, I think he was not there". Kamin, salah seorang penghuni rumah Hikari (nama rumah saya) itu. "Ok, lets call him first".
"Hello Kamin, where are you right now, I am amin your housemate". Jarang-jarang saya call Kamin dan Kamin menjawab: "I am in hospital, ada apa?" "Alamak Kamin, I need your help, this is an urgency or emergency, we both, me and Bahaa left the keys inside the house, we need the keys from you, can you make it?" Entah mengapa pada waktu itu hati saya berolak-alik. Takut dan cemas. Kamin lantas menjawab: "Ok, I will make an excuse and try to skip this session, but it might take about 45 minutes to arrive home". Syukur. Tapi....45 minutes? Mampukah? Mampukah Bahaa mendapatkan semula basnya? Saya pasrah. Cuba, usaha kemudian tawakal.
Kami terduduk di depan pintu rumah. Saya tergamam. Sabar. Masing-masing sebenarnya gelabah tetapi mula menenangkan hati. Masing-masing di benak fikiran pasti risau. Saya pula rasa bersalah. Bersalah kerana terlupa bawa kunci dan meletakkan kunci yang selalunya Bahaa pegang itu di meja. "It happens". Saya cuba mententeramkan. Bahaa membalas: "It's ok, no problem". Saya menambah: "This is a test for you Bahaa". Semua senyap. Menunggu Kamin pulang. Lagi 40 minit. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Sempatkah?
Tiba-tiba Bahaa membuka satu cerita yang cukup melunakkan dan memberi pengajaran kepada saya. There is an ayat of Quran says:
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kemudian Bahaa menyambung. "I remembered one story about a man and his horses. This man he owned a group of horses and one day all the horses were left for feeding. When the man come to take the horses back, he found that all the horses were gone." Saya mengangguk terkebil-kebil, masih tidak faham apa yang ingin disampaikan. Bahaa sambung lagi. "Then come the people and said to the man: you are so unlucky and have bad luck! but the main remains calm and uttered the verse وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ which means 'but perhaps you hate a thing and it is good for you'." Maksudnya boleh jadi sesuatu itu kita suka tetapi sebenarnya ianya tidak baik bagi kita.
Bahaa sambung cerita lagi: "Then after few days, unexpectedly, the horses come back with so many new horses and the size of the horse group increases! And people came and said: You got good luck today! but the man responded and said the next verse of the previous verseوَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ which means 'and perhaps you love a thing and it is bad for you'. وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ which means 'And Allah Knows, while you know not.' And this repeating and repeating again and the man never forget this verse. Always be tawakal in any situation that you work had for it"
MasyaAllah, terdentum hati saya bila dengar cerita dan tazkirah ringkas itu. Kaku dan terharu. Dalam saat-saat rungsing begini masih lagi mengeluarkan kata-kata berilmu dan memberi manfaat kepada orang lain. Benarlah, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, wangilah badan kita.
Alhamdulillah Kamin tiba pada pukul 2.45 petang. Kami bergegas mengambil beg-beg yang sudah disiapkan dan bergegas ke stesen bas. Kami berjaya sampai tepat sebelum bas tiba. Sebelum Bahaa menaiki bas, kami berdakapan. Sayu. Kuat dakapan itu. Terima kasih kerana bersama. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.
Bila saya pulang ke rumah, satu kata-kata kamin sebelum kami bergegas ke stesen bas masih terngiang-ngiang dalam telinga saya.
Kata-kata kamin: "Do you know after along time i never open my phone and bring together with me, but this is the first day i open and bring my phone with me and you called me"
Sungguh, perancangan Allah terlalu baik.
Teman, sahabat dan ikhwah. Seorang saudara adalah saudara kepada seorang muslim lain. Bersama Bahaa di Princes Street.
0 comments:
Post a Comment