Monday, December 5, 2011

Mencari Salju Yang Hilang

"Seronoknya bila boleh main salji" rintih seorang kanak-kanak keriangan. Maklumlah musim sejuk bakal tiba di Edinburgh ini. Maka suhu pun mulalah merudum jatuh. Sejuk bagai nak rak. Sejuknya mencengkam pipi yang sekalipun tebal dan gebu. Menggigil-gigil dibuatnya. Itulah musim sejuk, kuasa Tuhan.

Siapa yang tidak mengimpikan snow pada zaman kanak-kanak, sudah tentu kerna ia putih seronok.

Pagi ini saya bangun dengan penuh kesegaran. Usai bersahur, selaklah tingkap. Oh, salji semalam masih ada di kaki-kaki jalan. Tapi salji seterusnya masih belum turun. Seperti biasa, keadaan cuaca dilihat dari masa ke masa dan pada ketika itu kelihatan sudah memaparkan turunnya salji di Edinburgh. Saya pasti tersenyum. Ya, salji akan turun. Tapi kenapa di luar tidak kelihatan lagi? Satu perkara yang membingungkan saya. Ah, kenapa tidak turun lagi? Sedangkan Iphone sudah menunjukkan salji udah turun. Kebudak-budakan.

Berulang-ulang kali saya menyelak-nyelak jendela agar mungkin sekali peluang dapat menyaksikan turunnya butir-butir kristal berwarna putih dari awan merah gelap. Tahun lepas saya berpeluang merasainya. Sungguh enak dan nyaman. Rasa keesaan-Nya dalam penciptaan. Bukan senang nak buat salji, baru-baru ini sahaja di Manchester University seorang researcher telah mampu menghasilkan 'artificial snow crystal'. Baru sekarang manusia faham bagaimana kompleks dan susahnya untuk mendapat keadaan yang membolehkan kristal salji terbentuk. Dan telah berkurun pula manusia tahu bahawa kristal-kristal salji itu berlainan antara satu sama lain dan sangat unik. Hebat. Maha Suci Allah dalam segala ciptaan-Nya.

Salji belum turun, jam pun sudah menunjukkan pukul 6.29 pagi. Udah tamat waktu syuruk. Dan salji belum turun lagi. Kenapa ya? Lantas.





Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Nur 24:43-45)


Allah mengkehendaki salji kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Barangkali salji sudah turun di tempat-tempat lain di Edinburgh, tapi bukan di sini. :")






3 comments:

..nor.. said...
This comment has been removed by the author.
wabit.ent said...

Allah mengkehendaki butiran2 dari awan itu untuk turun, tapi bukan di India. disini hanyalah butiran2 debu dijalanan. anda mungkin bergembira membina 'snowman', kami seronok membuat 'clayman'

Amin Rukaini Mustafa said...

takpe2, clayman pun boleh. snowman last2 cair juga. at least clayman tak cair. ^_<