Siapa yang tidak mengimpikan snow pada zaman kanak-kanak, sudah tentu kerna ia putih seronok.
Berulang-ulang kali saya menyelak-nyelak jendela agar mungkin sekali peluang dapat menyaksikan turunnya butir-butir kristal berwarna putih dari awan merah gelap. Tahun lepas saya berpeluang merasainya. Sungguh enak dan nyaman. Rasa keesaan-Nya dalam penciptaan. Bukan senang nak buat salji, baru-baru ini sahaja di Manchester University seorang researcher telah mampu menghasilkan 'artificial snow crystal'. Baru sekarang manusia faham bagaimana kompleks dan susahnya untuk mendapat keadaan yang membolehkan kristal salji terbentuk. Dan telah berkurun pula manusia tahu bahawa kristal-kristal salji itu berlainan antara satu sama lain dan sangat unik. Hebat. Maha Suci Allah dalam segala ciptaan-Nya.
Salji belum turun, jam pun sudah menunjukkan pukul 6.29 pagi. Udah tamat waktu syuruk. Dan salji belum turun lagi. Kenapa ya? Lantas.
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Nur 24:43-45)
Allah mengkehendaki salji kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Barangkali salji sudah turun di tempat-tempat lain di Edinburgh, tapi bukan di sini. :")
3 comments:
Allah mengkehendaki butiran2 dari awan itu untuk turun, tapi bukan di India. disini hanyalah butiran2 debu dijalanan. anda mungkin bergembira membina 'snowman', kami seronok membuat 'clayman'
takpe2, clayman pun boleh. snowman last2 cair juga. at least clayman tak cair. ^_<
Post a Comment