Tuesday, November 1, 2011

Mencari Yang Satu Bukan Meninggalkan Semuanya

Mukadimah sketsanya mungkin begini (tidak kena mengena yang hidup atau pun myang sudah pergi) :

"Eh, engkau. Dah berpunyer ke belom yer? Aku tengok senyum sokmo jer.."
"wah3.. bukan main bahagianya kamu, tidur pun senyum-senyum begitu, ada apa-apa ker?"
"Ehem3. Sapa si dia tu? Lawa ke tak?"


Agak-agaklah, kalau sketsa di atas berlaku mungkin kepada kawan anda ataupun anda, apakah rasanya yang tersembunyi di sebalik kalbu itu yer? Mungkin tengah kemaruk agaknya. Agaknya (kot).

Mencari Yang Satu Bukan Meninggalkan Semuanya?
Ok, straight to the point, saya klasifikasikan sketsa tadi sebenarnya sketsa orang tengah bercinta. Orang tengah kemaruk dalam zaman-zaman percintaan. Zaman-zaman muda remaja yang suka sama suka. Full stop. Begini, sememangnya saya yakin sebenar yakin ianya pasti berlaku dalam kalangan kita terutamanya mereka yang 'cuba-cuba'. Itu natijah realiti yang berlaku. Mungkin bagi sesetengah yang sedang mencari yang halal, iaitu ke arah alam perkahwinan maka ianya sangat dianjurkan kerana mampu membebaskan diri dari pengaruh godaan yang sentiasa mencabar.  Bak kata Saiful Islam, jika bercinta bawalah ianya ke syurga. Tapi, dalam kita mencari yang satu (si dia kekasih hati, peneman hidup), jangan lupa bahawa ada banyak perkara yang perlu diteliti secara meluas. Ada banyak perkara yang lebih penting dari apa yang kita kejar. Mengapa tidak jadikan cari yang satu cari juga yang lainnya. Ilmu, sahsiah, ibadah, dan berbagai-bagai kekuatan yang kita perlu kelak sangat bererti. Mencari yang satu bukan bererti meninggalkan semuanya.

Antara dosa dan pahala
Senang sekali untuk kita bezakan yang hitam ataupun yang putih. Begitulah realitinya pahala dan dosa. Allah memberikan kita pilihan untuk memilihnya. Yang menjadi sumber kepada kita ialah kemampuan membuat keputusan dengan bijak melalui akal. Akal yang tenang datang dari hati yang tenang jua. Dan hati yang bersih pula seperti kilauan permata yang memancarkan nur cahaya. Setelepuk dosa pasti meninggalkan kesan hitam padanya. Bersih-bersihkanlah hati moga ianya bercahaya kembali.

Pemuda dan Dunia
Pemuda yang kuat ialah mereka yang sabar dalam segala keadaan. Sabar menghadapi ujian-Nya. Mereka adalah golongan yang berterusan dalam kebajikan. Mereka sedar akan tanggungjawab menyuruh amar makruf nahi mungkar. Mereka mempunyai semangat yang tidak dipunyai golongan tua. Mereka mampu menggalas berbagai bebanan fizikal mahupun mental. Kekuatan sebuah ummah terletak pada aras para pemuda. Pemuda dan pemudi, usah patah hati. Usah diam sendiri, aturkan langkahmu setapak demi setapak, bersihkan hati dan ayuh bingkas bangun bermandiri. Hadapi segala macam ranjau berduri. Kelak engkau pasti menjadi insan yang berwibawa dan penuh jati diri. Usah tewas pada godaan duniawi!