Hampir beberapa bulan saya menyepi tanpa sebarang entri terbaru. Mungkin kerana lelah tahun ketiga mula menonjol. Suasana sebagai pelajar tahun ketiga menampilkan gimik yang lebih serius dan penting. Banyak perkara yang perlu diteliti kembali. Asas pembinaan kejayaan bermula dari kekuatan minda, rohani dan fizikal yang seimbang. Mungkin jua saya lebih mementingkan masa kepada aktiviti harian berbanding dunia blogger yang hampir saya tinggalkan buat sementara waktu. Namun, kini ianya kembali bugar.
MSG bukan Monosodium Glutamate
Baru-baru ini di Edinburgh, dibawah penganjur Edinburgh Malaysian Society Association (EMSA) telah dianjurkan MAlaysian Scottish Games (MSG). Tujuan utama games ini dianjurkan adalah demi merapatkan kembali hubungan sesama pelajar Malaysia. Dan merupakan games seumpamanya diadakan di Scotland. Tahniah kepada orang-orang Scotland terutamanya di kawasan Edinburgh!
Business Elements
Ada sebuah pengalaman menarik semasa MSG ini. Secara peribadi, inilah kali pertama secara tiba-tiba saya telah terjun secara langsung dalam dunia business. Dahulunya, hanya belajar secara teori ilmu Business and Management, tapi kini aplikasinya mula dirasai secara langsung. Alhamdulillah, ternyata erti sebuah ilmu itu terletak pada amalnya. Menggabungkan elemen-elemen penting dalam urusan perniagaan seperti Production, Financial, Marketing dan Human Resource management, business yang dibuat terlaksana dengan jayanya.
Planning starts first
Walaupun sedemikian, banyak sekali yang boleh dipelajari dari aspek pengurusan dan juga smart planning.
Angka Break-even merupakan angka yang sangat objektif bidang bisnes ini. Angka kos pula menjadi sasaran pertama untuk mengatasinya dengan nilai pulangan. Dan begitulah jua dengan angka keuntungan kasar. Semuanya memberi maklumat yang sangat penting dalam bidang pengurusan produksi.Masalah demi masalah jua pasti timbul, antaranya: Menu pilihan untuk pelanggan, Harga sasaran, Sasaran Keuntungan, Bahan bekalan, pengurusan tempahan dan sebagainya. Terpaksa tidur hanya 3 jam merupakan satu perkara yang biasa dalam bisnes ini. Tapi saya percaya dengan pengurusan yang lebih baik, mungkin kita akan mampu tidur dengan baik.
In a nutshell
Secara kesimpulan daripada jualan yang telah saya jalankan bersama rakan-rakan saya, kami telah menggunakan partnership shareholder (yang ternyata satu permulaan baik bagi mereka yang mahu memasuki bidang bisnes), Strategic marketing plan (kami telah membuat tempahan online dan promosi secara below dan above the line - internet), production mengikut angka break-even analysis, mewujudkan image dan branding tersendiri (dalam hal ini kami menggunakan CRK Coconut Rice King), menggunakan point of differentiation dari orang lain (Murah + Senang + Banyak + Puas Hati) dan juga Economical Price.
Berikut merupakan beberapa shot yang sempat diambil dalam pelaksaan bisnes ini:
Poster promosi utama dengan brand dan image
Perancangan dan Bajet merupakan action plan yang penting
Barang yang telah diborong tersadai di dapur. Beg luggage membantu.
Gambaran suasana pada hari jualan
Faiq selaku salah seorang shareholder. Tinggal beberapa nasi sahaja lagi, sudah habis dibeli orang.
Jika sudah selesai berjual beli, bolehlah duduk rehat lihat aksi permainan!
Selangkah ke Hadapan
Melihatkan prestasi dalam perniagaan merupakan satu lonjakan yang hebat bagi umat Islam sekiranya kita mampu menguasai bidang ini dengan baik. Ianya menjadi satu aset penting terutama dalam bidang dakwah dan tarbiyah. Seorang Muslim memegang shareholder yang besar dalam sebuah syarikat, mampu menghasilkan pengaruh yang besar kepada orang ramai. Seorang manager beragama Islam yang mengamalkan nilai-nilai akhlak Islam pasti mampu mendidik orang-orang bawahannya dengan penuh dedikasi dan adil dengan mencontohi Rasulullah dan para sahabat. Sebuah syarikat dibawah naungan Islam pasti mampu menjana pendapatan yang besar lantas mampu menjadi engine perubahan dengan memberi suntikan besar terhadap perkembangan umat. Tidakkah Islam berkembang hanya dibantu dengan berkat doa? Tidak, ianya memerlukan usaha telus dari segala pihak. Abu Bakar Assiddiq, Tolhah Ubaidillah, Abdul Rahman Bin Auf adalah mereka yang sanggup berkorban dan dan ikhlas menginfakkan harta mereka demi Islam. Mereka mempunyai kekuatan dalam bidang ini, mengapa tidak kita mahu contohi? Moga Islam kelak melahirkan individu-individu usahawan yang faham akan konsep harta dan infaq kerna kita masih kekurangan golongan ini lantas dakwah di bumi ini susah untuk bergerak tanpa harta-harta yang diinfakkan. Ayuh!
"Ya Allah, jadikanlah dunia di tangan kami, bukan di hati kami."
0 comments:
Post a Comment