Friday, August 13, 2010

Fikir Besar :Bukan Sekadar Appeton

Lumrah Alam
Hidup tidak semestinya semua kena kecik-kecik (bahasa utara) belaka. Walaupun badan mau kecik, tapi mesti kena ada benda yang besar. Jika hari ini ada ikan bilis yang kecik comel, mesti ada juga ikan besar macam ikan paus. Jika hari ini seekor cicak yang kecik mampu dilastik mati terpenyek, ada juga biawak komodo yang jika manusia nampak pasti lari lintang pukang kerana terlalu besar. Begitulah lumrah alam ciptaan Tuhan Allah Azzawajjalla. Besar kecik semua di tangan Tuhan. Penuh hikmah dan ibrah.



Buat sambal tumis pun sedap!




Sambal tumis?? Kuali kena besar!


Hidup Bukan untuk makan Appeton
"Aku makan banyak pun badan masih keding (=_=)" Keluh kesah seorang insan memikirkan masalah nutirisi yang tidak menjadi. Siapa yang mahu terlalu Keding. (istilah orang yang kurus kering)Lantaran itu mengapa perlu susah-susah Kotra Pharma Sdn Bhd mengeluarkan produknya yang berjenama Appeton Weight Gain dengan Tagline "Health For Life" jika kurus keding itu pilihan yang disukai. Dalam terminologi seorang pelajar business & Management ianya dikenali sebagai Niche Market Segmentation, iaitu satu proses yang digunakan oleh syarikat dalam memenuhi kehedak pelanggan dengan mendapat keuntungan ataupun laba.

Sekadar Analogi ringkas (tidak ada kena mengena yang hidup atau yang mati)


Besar itu Impian
Besar ialah satu aset. Kenapa pula aset? Cuba lihat  sketsa hidup, rumah besar, kereta besar, isteri besar (sangat Cliche'), wang besar membawa definisi kemewahan. Even jika air jika diletakkan perkataan 'besar' membawa erti yang sangat hebat! (gurauan semata-mata). Begitulah hebatnya konotasi "BESAR" pada hidup. Tapi jika terlebih pula besar kadang-kadang membawa padah. Badan besar, maka nak masuk kereta pun susah. Himpit-himpit dan tak muat. (bukan atas pengalaman ok). Jadi, tidak perlu terlalu kecik dan jangan pula terlalu besar, jadilah yang ideal dan bersederhana, ^_< Wink!

Kereta "Besar"


Impian Perlu Besar!
Jika besar itu Impian, maka Impian perlu besar! (ayat keling). Jika hari ini Pak Din nak beli kereta kancil (impian kecik), last-last terbeli jua sebuah kancil second hand keluaran 5 tahun lalu. Jika hari ini Pak Dun pula nak beli kereta Mercedez Benz, dapatlah dibelinya kereta Honda Accord keluaran 2010.Dua contoh yang saling kontradik satu sama lain membawa erti yang sangat jelas. Untuk mencapai sesuatu, minda kita perlu ditanam suatu yang besar jika kita inginkan suatu yang besar. Letaklah setinggi mungkin. Hukum minda mengatakan bahawa jika minda dirangsang dengan betul maka realitinya juga akan betul.Sesetengah Pak Cik (orang lain pula) tak mahu meletakkan target yang tinggi kerana gara-gara takut target itu tak logik dan relevan. Apa salahnya di sini?

Ini kereta Pak Dun! Cool!

Yakin itu Percaya
"Ubat Appeton tu boleh kurus ker? Tak cayalah! Tak mau la beli, rugi jer.."
Jika kepercayaan sudah diletakkan sangat rendah dari awal lagi, maka teori minda mengatakan bahawa manusia itu tidak akan yakin, maka tiada inisiatif diambil.

Tapi jika Pak Cik percaya dan yakin terhadap sesuatu, maka kesannya lahirnya suatu tindakan untuk berubah. "Oh, Appeton bagus untuk jadi gemok! Nak beli, nak beli! Yehaa!" Apa yang penting dalam permulaan pemikiran yang besar ini ialah berfikirlah cara yang besar maka percayalah bahawa anda mampu melakukan. Anda pasti berjaya.

Orang kurus ialah orang "cukup makan" 
Maafkan saya, pembetulan sedikit, isu kurus tiada kaitan sangat dengan apa yang ingin dibicarakan. Tetapi ianya berkesan dalam mernjelaskan isitilah orang 'Cukup Makan'. Jangan jadi orang cukup makan. Antara ciri-ciri orang cukup makan ialah: Tidak mempunyai wawasan jelas, pesimis, melabelkan diri sangat rendah, makan nasi tak habis (maaf, takde kaitan =P), dan sering merungut. Maka jika makan tak cukup, jadilah orang yang kurus! :P (seyes, nampak tak perkaitan aku nak bagi ni). Yang penting faham la, so better jadilah orang yang lebih dari cukup makan. (for sure badan montok-montok) hehe.
 Kurus VS Tough! 
(Sekadar perumpamaan)

Jadilah pemikir ulung dan besar
Dua teori ulung di atas iaitu Fikir secara besar, dan teori percaya itu yakin membawa erti yang signifikan dalam pembentukan sikap dan wawasan individu. Kenali diri sedalam-dalamnya (even kalau kurus keding or gemuk pun tak kisah). Yang penting ialah kurniaan Allah iaitu minda perlu dipermantap. Beranikan diri berfikir secara orang kaya, berfikir secara usahawan muda, berfikir secara pemimpin kelas pertama. Bukan hanya sekadar 'cukup makan' ok! Moga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.


Blogger Templates

5 comments:

Akmal Hayat said...

dari sekecil2 dumbell kepada sebesar2 dumbell.. =)

...zUlaIkHA... said...

Allah kan Maha Adil...

Cuba bayangkan..

Jika Allah menjadikan ikan paus yang besar tu banyak2 sebanyak ikan bilis dalam lautan..tak ke melimpah air laut tu???nnt kesian ikan2 kecik yang lain..sempit laut tu!
huhu..(^_^)

Hidayatullah said...

isteri besar pown ok

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm...wawasan mestilah satu bnd yg smart

s=specific
m=measurable
a=achievable
r=realistic
t=time bound

bagi saya,xsalah jika seseorang meletakkan wawasan yang bagi kite rendah tapi bg dirinya dah cukup tinggi.mungkin bg dirinya itu realistic tapi bg kite>>"ekeleh,tu pun xley buat ke?"

wabit.ent said...

min, advertlets tu ok x drpd nuffnang?