Saturday, January 2, 2010

Jadilah Insan Penyabar


"Panas la! Mana ekon ni?! Depa ni tak faham ka orang tengah hangat! @#$%^&! #$%^&*()! Bla3! Kalo aku tau tak mai takpa, buat peluh ja, kurang asam boi betoi!" Mat Peluh melenting.


"Sabaq la Mat, panas sat ja ni, kat akhirat lagi panas kalo kita tak sabaq. Hang pun, jangan la duk bergerak banyak sangat, mau ke tak nya berpeluh, engin pun berasap kalo duk gerak-gerak." Mat Penyabaq cuba memberi nasihat secara baik.


"Hang jangan duk pandai masuk campuq urusan aku nawh, aku lesing hang baru tau! Hang apa tau!" Melenting lagi si Mat Peluh.


Mat Penyabaq terdiam. Gulp.




P/S: cerita di atas tiada kena mengena akan yang hidup mahu pun yang sudah tiada, semuanya hanyalah rekaan semata-mata sebagai teladan
******************************************************************************



Pedih telinga bukan tatkala mendengar jawapan dari seorang insan yang sedemikian rupa. Kita pula naik marahnya bila dengar.


Bukan setakat ngomel-ngomel, bahkan ada yang lebih hebat lagi, mencarut sana-sini. Hilang kesabaran


Mungkin sudah menjadi tabiat bagi sesetengah individu untuk terus melemparkan kata-kata yang kurang manis didengar.


Tapi sebagai seorang Islam, mengapa kita begitu senang melepaskan kata-kata tersebut?


Terutamanya golongan muda, pantang dicabar, darah muda terus bergelojak ibarat meletusnya lava dari gunung berapi.


Padahal panas hanya sementara, bukannya panas dibakar dengan api, sudah senang melenting.


Itulah realitinya. Bahkan sikap tidak bersabar ini mula menular secara hebat dalam kalangan masyarakat. Jika di Arab Saudi, kemarahan mereka memang cepat, tapi cepat pula mereka leraikan.


Berbeza masyarakat kita, sekali dah marah, bergaduh, mulalah muka masam. Paling pendek pun 2-3 hari. Paling lama, tak jumpa-jumpa dah.


Dalam hadis sendiri mengatakan bahawa kita perlu bertegur sapa paling lama tiga hari, dan orang yang memulakan teguran adalam yang paling baik.


Tips menghadapi orang yang pemarah:


  • Berdiam sahaja sekiranya orang tersebut sedang marah, jangan campur mulut, jika tidak anda sekali akan dimarahi!
  • Mencari punca kemarahan, jika punca kemarahan adalah disebabkan diri kita, maka bersegeralah mohon maaf.
  • Jika tidak mampu, cari pihak ketiga untuk menolong berunding
  • Jangan sesekali mencaci atau membalas kata si pemarah
  • Hormati si pemarah dengan seadanya, anggaplah ia sebagai ujian buat kita dan juga teladan agar tidak sama menjadi seorang pemarah
  • Bersabar, dan berdoa kepada si pemarah




Mungkin post pendek ini tidak membicarakan banyak persoalan, tetapi biarlah ianya mampu menerjah minda-minda bawah sedar agar bersegera kembali ke jalan yang lurus, dengan keindahan akhlak penyabar, sentiasa berlapang dada dalam setiap keadaan. Dan ingatlah Allah sentiasa orang sabar.







8 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

tapi kan amin..if we fight nak dptkan our rights...tu bolehkan???mcm..kite tgk kfc cheezy wedges yg dlm iklan or wall advertisement,punye r byk cheese die letak,pastu bile kite beli,amount die sikit nak compare dlm advertisement tue..so,kat situ kite bole r mcm nak membebel sikit kat manager..kan3???so dat die ble bg ape hak kite as a consumer..tapi kan dlm dunia skrg ni,xley nak sabaq sgt..sbb dlm islam pon kite boley marah atas sbb2 tertentu...kan3???pekate amin tulis plak pasal sbb kite boleh marah dalam islam???pastu sbb kite boley berbohong dlm islam??pastu sbb kite boley mengumpat dlm islam??heheh..mcm best jek..

Amin Rukaini Mustafa said...

>> Atik:

hahaha, byk pula dikomennya. ye2, conusemer right, mcm dlm rules of consumer la:
rule 1. Consumer is always right
rule 2. IF consumer is ever wrong, refer to the rule 1

ye, kalo dah dicaci oleh musuh, dikutuk, tak salah mengutuk kembali sperti apa yg pernah dilakuakn oleh bginda tatkala seorang kafir quraiys yg mengherdik umat Islam. (if i am not mistaken,corect if am wrong)

tambah2 kepada musuh Islam.

Tentang permintaan anda itu, akan dilayan beberapa ketika, insyaAllah. hehe. Jika ada kelapangan ruang dan waktu.

Terima kasih kerana memberi idea dan pendaapt. Sgt dialu-alukan.

Syamil said...

post pendek hg kata amin??
pnjang gak kowt

ffh said...

haha.comel gak post ni!manusia mmg pelik:)

Heidy said...

yg tips no.2 tue kan, ak rse kdg2, bler owg tue tgh mrh2 n kita mintak maaf tyme tu jgk, x psl2 kte kne marah@hamun@caci blk....tapi owg tu da sejuk n bru kita mnx maaf, bru dier ok..

juz giving my little opini0n..=)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Syamil: haha, budak IB takkan rasa mcm panjang kot. 4000++ pun xde pe..

Amin Rukaini Mustafa said...

>> petite-girl:
hehe comel? thanks... penulis dia sama kot.

ya, byk manusia byk ragamnya.

Amin Rukaini Mustafa said...

>>heidy:
ya, benar sekali saranan anda. hehe, ingat, ikut keadaan, jgn pkai main terjah ja.