Friday, January 1, 2010

Petanda Tirai 2010, apakah?

Filem 2012 telah menggamit ramai penonton. Laris benar filem tersebut ditayangkan di pawagam.

"Walaupun tiga jam, terasa begitu cepat menontonya" komen seorang peminat.

Kepada saya, saya merasakan bahawa filem 2012 bukan lagi satu fantasi. Bahkan ada yang mendakwa letusan Solar Flares tersebut memang akan berlaku dalam masa beberapa tahun akan datang. Mungkinkah?

Ditambah pula dengan tirai 2010 dibukakan dengan Gerhana Bulan Separa. Apakah?

Skeptikal sesetengah pihak pula memberi satu tanggapan yang cukup merumitkan pada hemat saya, banyak kemusykilan yang cuba ditimbulkan seperti:

"Sebut saja tahun baru Hijriah 1 Muharam jatuh pada hari Jumat. Hari raya Idul Adha juga jatuh pada hari Jumat. Berikut tahun baru Masehi juga jatuh pada hari Jumat. Lalu Natal juga jatuh pada hari Jumat. Apakah ini tanda kiamat sudah dekat? "

[Dipetik dari http://www.harianrakyatbengkulu.com/]


Rasulullah saw bersabda: ” di antara sudah dekatnya kiamat ialah mengeleembungnya bulan sabit(awal bulan) ” disahihkan� AlBaani di Ash Shahihah nombor 2292 dalam riwayat yang lain dikatakan “di antara sudah dekatnya hari kiamat ialah bahawa orang akan melihat bulan sabit seperti sebelumnya, maka orang akan mengatakan satu bentuk darinya untuk dua malam dan masjid akan dijadikan tempat untuk jalan jalan serta meluasnya mati mendadak” (Ash Shahiihah AlBani 2292)


 

 
Bahkan lagi,

  • Kezaliman berlaku di mana- mana
  • Peperangan bermaharaja lela
  • Kaum perempuan melebihi 6 kali kaum lelaki
  • Maksiat bertebaran
  • Amat kurang yang mengamalkan ajaran Islam
dan macam-macam lagi.

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah, biarlah apa sekalipun skeptikal yang dibuat, kita sebagai Umat Islam, perlu berjaga-jaga dan terus mengambil iktibar.

Mungkin ianya hanya kebetulan melihatkan gerhana bulan, tapi bagi orang yang beriman, tanda-tanda tersebut nyata memberikan peringatan kepada kita agar bersegera bertaubat, insaf dan menambah amal soleh.

Dan juga, bagi generasi muda-mudi yang seumur dengan saya, usah menghabiskan masa dengan hiburan semata-mata, hindarkan diri dari kemaksiatan, ayuh bangun menjadi Insan yang patuh kepada-Nya.


Mungkin kiamat sudah dekat. Memang dekat, tanda-tanda kecil sudah terbentang. Bagi yang mempunyai otak dah hati, lihatlah dengan minda terbuka!


 


 

9 comments:

Anonymous said...

2012? mmm..tertanya2 apekah cerita di sebalik 2012 sampai ramai bebeno dok bercerita pasal movie nih..mmm..

anyhow, salam menghidupkan 2010 amin!(^-^)v

Aminuddin said...

Best. mari kita persiapkan diri kita untuk segala kemungkinan mendatang. ;)

...zUlaIkHA... said...

kiamat sudah dekat...maka berjaga-jagalah wahai umat akhir zaman!(termasuk diriku)

berita hari ni je memaparkan kegiatan muda mudi yang menyambut tahun baru di hotel2 n motel2 murahan ntok menjalankan projek masing2...
amat menyedihkan...namun apa yang pasti Islam sedang bangkit tanpa memerlukan kepada mereka yang tak perlu..

nway..in my view,cite 2012 tu agak xlogik sket bile saat2 genting macam tu still nak selamatkan puppet kesayangan..
Allah dah banyak kali state dalam Quran bahawa pada waktu kiamat itu,masing2 cuma memikirkan untuk selamatkan diri masing2..

sekadar pandangan..(^_^)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Mfazli:
Ya, aku pun tgk cceta tak habis, tapi tgk part yg penting ja.

Amin Rukaini Mustafa said...

>> Aminnuddin: Yup, sediakan payung sebelum hujan. Ayo!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Zulaikha: Terima kasih kerna menyumbang idea bernas anda.

Benar, terasa sedih tatkala melihat golongan muda mudi sebaya kita turut hilang haluan. Budaya maksiat sudah dianggap biasa.

Tentang 2012, mmg tak logik sgt, sy akui, sempat pulak kapal terbang mengelak bas yg terbang. ditafsir dair hukum fizik, tak mgkin...


tapi yg penting kita ambil iktibar dan pedoman. ^_^

Heidy said...

Rasulullah saw bersabda: ” di antara sudah dekatnya kiamat ialah mengeleembungnya bulan sabit(awal bulan) ”

terangkan sikit ayat ni...konpius sket la.. =)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>heidy, maaf, sebab diquotes dari bahasa indon tu. tapi sumbernya jelas.

Maksudnya bulan akan membesar, mengelebung tu membesar, indon mari.

Heidy said...

kiranya, slh stu tanda kiamat ialah bulan makin besar?