Saturday, October 31, 2009

Maharajalela Carut

Alhamdulillah, pagi ini penulis terjaga pada awal keheningan pagi. Tenang sungguh terasa begitu dekat dengan-Nya. Namun, kedengaran bingit rakan-rakan yang masih belum tidur bermain game di asrama. Usai tahajud, kerja bersambung. Terdetik pada waktu ini beberapa aspek yang penulis rasakan perlu diperbetulkan. Penulis bukanlah sempurna mana tapi penulis sedar akan beberapa kekurangan yang perlu sama kita tangani bersama-sama. Harap-harap kita berfikir dan telaah bersama-sama.


Penulis ingin berdiskusi berkisar tentang masalah tutur kata carutan ataupun mencarut. Terasa pedih juga di telinga tatkala pelbagai bunyi yang didengar. Secara jujurnya, dalam hidup penulis, penulis tidak akan sesekali mencarut, bahkan amat perlu dielakkan sama sekali. Hal ini mungkin kerana kesan didikan keluarga penulis sendiri yang melarang keras kata-kata kasar dan kesat dilontarkan. Dan sememangnya penulis tidak memandang serong terhadap si pencarut, cuma penulis risaukan di manakah letaknya budi bicara mahupun akhlak seorang muslim. Bagaimana pula persepsi orang bukan Islam terhadap Islam jika kita mencarut?


"D*m!, S*it!, B*b*!" dan macam-macam lagi. Trend bunyinya seolah-olah tidak berbeza. Mencarut bererti memaki hamun menggunakan bahasa yang keji dan difahami maksudnya oleh majoriti orang ramai. Tujuannya untuk menunjukkan kemarahan terhadap seseorang. Dan sememangnya bukan sahaja dalam situasi kelompok rakyat Malaysia bahkan di mana-mana pelosok di dunia sekalipun. 


Penulis tidak ingin membahaskan akan hukum mencarut kerana sangat banyak pendapat tentang hukum mencarut. Yang jelas Islam membenarkan mencarut pada situasi tertentu sahaja. Sebagai contoh jika pada waktu berperang di mana musuh Allah mencabar dengan kasar. Sebagai langkah menunjukkan keberanian kerana menegakkan kebenaran maka tidak salah jika mencarut. Hal ini pernah berlaku kepada Saidina Abu Bakar yang mencarut terhadap seorang utusan Quraish yang berani mengherdik Rasulullah. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kita bersabar kerana sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar.


Trend ini bukan trend baru, malah berbagai-bagai terminologi baru diperkenalkan. Pada hemat penulis, walaupun bahasa baru carutan itu didengari seolah-olah samar-samar, tetapi ianya tetap bererti menunjukkan kemarahan. Contohnya seperti Babeng yang diadaptasi dari perkataan Babi. Mungkin yan mungkin tidak. Sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik kita jauhi sahaja. Jika tidak ianya akan menjadi satu tabiat buruk dan sudah tentu memburukkan imej diri sendiri dan umat Islam.


Cara penyelesaiannya, marilah kita memupuk sikap sabar yang tinggi dalam kehidupan. Muraqabahlah diri kita dan bermuhasabahlah selalu. Kita insan lemah, kita manusia durjana dan keji di dunian ini. Kandang-kadang kita alpa, kadang-kadang kita lupa. Maka yang terbaik ialah peringatan kerana memberi peringatan itu besar faedahnya! Penulis memohon maaf atas segala kiasan yang melampau-lampau. Semoga kita dberkati-Nya. Ingatlah, hiduplah dengan ketenangan kerana minda yang tenang datang dari hati yang tenang jua. 

2 comments:

surf-fix said...

yup..totally agreed with Amin...
i'm also face the same situation in my room....

Qusyairi Hashim said...

sebenarnya ada satu terminologi yang telah diperkenalkan kat maktab dulu untuk menggantikan babi.

benda tu dipanggil sebagai babek - diperkenalkan oleh Tuan Guru Afif Sani