Tuesday, October 27, 2009

Rindu KMB Bertebaran

Wacana kehidupan membawa satu arus perjalanan yang cukup mengghairahkan. Banyak sungguh pancaroba yang menerpa jiwa kita. Penulis mula meneroka ruangan baru dunia pemuda, mencelah sedikit demi sedikit erti kehidupan yang didakwa oleh sesetengah golongan. Segala yang tersurat dalam post kali ini hanyalah sekadar renungan bersama. Mungkin sekadar SWOT analisis terhadap situasi sekarang.


Setiap kali penulis melalui lorong di koridor hostel KMB, penulis akan perasan wujud perbualan mesra lagi mengghairahkan. Seolah-olah dunia ini ibarat pentas kemesraan dan jua syurga buatan. Lenggok bahasa yang indah, sungguh menarik, manis bibir berbicara. Sejak bila pula mamat ni pandai berkata-kata? Manis pula intonasinya ayatnya. Menyentuh jiwa. Penulis tidak pernah berniat untuk mencuri dengar tetapi disebabkan frekuesi yang terlalu tinggi menyebabkan bingit itu kedengaran di mana-mana.


Sejak bila dia sudah berubah ini? Muka tersenyum lirik ceria. Apa yang merubah dia? Asyik bergayut 24/7, sampai di hadapan meja studi pun pegang H/P? "****** (nama manja) di bilik ke ni? Ooo.. saja amik angin ek? baguslah begitu.." Begitulah antara perbualan-perbualan yang popular didengari. Bila hendak studi jika asyik pegang Handset? Asyik melayan si dia. Pada hemat penulis, lebih baik studi daripada bersembang benda yang retorik sekadar melayan jiwa dan nafsu yang mula bangkit sederhana. MARA pun tak rugi melabur duit rakyatnya. Amanah itu paling berat bukan?


Baru-baru ini, penulis mula perasan, penulis mula dihujani berita-berita "koyak" dari kalangan kawan-kawan. Ada yang dah Clash, putus cinta, down giler sebab dia tak layan, dan macam-macam lagi. Semua membawa impak negatif. Awal-awal seronok, tapi lama-lama tatkala hilang kemanisan, mulalah EMO-EMO, nak jumpa tak nak, itu lah ini lah. Maaf penulis tiada pengalaman dalam bidang ini. Tapi rata-rata asyik duk koyak. Mana pergi kecemerlangan kalian? Inikah rasional seorang budak IB? Mungkin ya mungkin tidak. Sarkastik juga.Namun, begitulah realiti kita. Sejauh manakah lagi kita mampu membangunkan Islam jika pemuda masih leka di ambang kecintaan. 


Penulis melihat tragedi ini makin berleluasa. Maka penulis ingin menganologi satu analogi yang dibawa oleh seorang insan yang disegani. Jika kita berasa lapar, dan terdapat nasi lemak di hadapan kita tetapi lauknya adalah benda yang haram, iaitu mungkin seekor babi yang disembelih (contoh) dan tidak berada dalam darurat. Maka adakah kita akan memakannya sedangkan kita tahu bahawa nasi itu telah tercemar dan haram bagi kita untuk makan. Walaupun nampak sedap, tapi apabila perkara yang jelas akan haramnya, mengapa perlu kita rapatinya juga? Samalah juga akan berhubungan tanpa ikatan yang sah, sudah jelas bahkan Islam sendiri menggaris jalan yang lurus. 


Maka sedarlah kita, kita masih lemah. Kita perlu tarbiyah, dan dakwah itu perlu berjalan. Tatkala kita leka dibuai mimpi dan rasa seronok, umur kita semakin dewasa. Banyak yang perlu kita fokuskan selain benda-benda yang tidak bermanfaat. Senang cerita, lepas IB, jom ramai-ramai nikah cepat-cepat lah! Kan senang, buat kenduri nasi Minyak sekali! Siapa mahu? Penulis teringin tapi tiada teman. Hahaha.

11 comments:

Ibnu said...

Salam. Aku sangat setuju. Fenomena ni dah berleluasa di KMB.

SimPanG said...

fenomena ini perlu dikurangkan, namun inilah hakikat kita sebagai seorang remaja, maka marilah kita sama2 ingat-mengingati..

perantau_kamal said...

oo...ini yang jadi skang di kmb? :p

Amin Rukaini Mustafa said...

Hafizi: benar2.. Musim mengawan sudah tiba!!

Amin Rukaini Mustafa said...

Simpang: ye2 fitrah dan hormone yg mebuak2.. hehe

Chem: haah, ye la kot, tapi mgkin pada sudut aku je lakot. kalo orang len x perasan tatau la.

farah shazana said...

ayat terakhir xle bla.
'penulis teringin tapi tiada teman.'
hahahahahha...

farah shazana said...

ayat terakhir xle bla.
'penulis teringin tapi tiada teman.'
hahahahahha...

dr.corona0810 said...

"Samalah juga akan berhubungan tanpa ikatan yang sah, sudah jelas bahkan Islam sendiri menggaris jalan yang lurus."
aku stuju 100%..
drp penat pkir nak kpel, baik pkir nak kawin jer trus...
tp, ap pendpat penulis kpd shabt2 kita yg kapel n memg rancang nak kawin????

p/s : ayat last tu memang kelakar... hahhaa

Amin Rukaini Mustafa said...

Dr. Corona: terima kasih Doc kerna memberi pendapat. Ye, mungkin jika kapel atas sebab perkahwinan penulis berpendapat ia satu benda yg baik,tapi harus diingatkan, ia kan tetap menggangu jika perasaan dan asyik diletak pada si dia. Niat juga perlu dijaga, kadang2 niat dah betoi, tapi pelaksanaan pula tidak terancag.. Jika benar hendak kahwin, apa salahnya, pastikan diri bersedia mental dan fizikal. Berkahwin bukan perkara remeh temeh. Begins with the end in mind. (kena fikir pasal lampin, masak, rumah, kerja dan byk lagi..)

nadzirah baharuddin said...

erm..apa yg penulis katakan itu mmg benar...sejak akhir2 ni perkara ni semakin menjadi2..

suka ayat 1,2,3 dan 4 perenggan terakhir...sepatutnya sblm mmbuat sesuatu keputusan kita perlu berbalik kpd agama kita...Islam itu bersifat memelihara dan mengelakkan diri drpd benda2 yg mungkin pd ketika itu menyeronokkan tetapi pd ms depan menyusahkan kita..

apa salahnya bersabar pd ms skarg untuk mendptkn hasil yg jauh lebih baik pd masa depan...betul x?so start la doa semoga dpt jodoh yg bek n pelihara diri drpd benda2 maksiat...

Amin Rukaini Mustafa said...

Yup, dan prempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga. :)