Monday, September 21, 2009

Melonjak Paradigma Satu Malaysia

Maaf. tulisan 'ngokngek' = masalah teknikal

Mukadimah Pengalaman Mercun
Zaman kanak-kanak, sememangnya saya sangat hyperaktif yang mendengar kata!
Cumanya saya ialah seorang kanak-kanak yang berani mencuba. Mercun itu ibarat
gula-gula, tidak manis hari raya tanpanya. Namun, sepandai-pandai, tupai melompat,
jatuhlah ke tanah jua.

KedeBooMmm!!!

Meletup mercun bola yang tidak sempat dibaling. Jari saya kebas! Terasa hilang deria
sentuh saya. Berdesing bunyi telinga! ArghH!! Berdarah! Darah mengalir. Saya cuba
melihat, daging kelihatan sudah tiada. Cebisan daging atau isi seperti terkoyak, berlubang.
Aduh!

Beraya tidak bersalam?
Pada tahun itu, saya beraya tapi jarang bersalam. Bukan kerana sombong tapi
apakan daya, jari saya sudah tidak mampu disentuh. Merana. Pedih. Rasa pilu
dan sedih. Bermula pada saat itu saya seolah-olah menjadi trauma dan cuak untuk
bermain lagi. Berilah saya mercun sehebat mana pun, saya anggap ia bukannya hadiah
tapi pembinasa!! "Nak bunuh orang ka! Cari sakit ja! Sat lagi tak pasal kudung tangan
terus baru tau!" Tak bersyukur langsung. :)

Satu Malaysia atau satu Islam?

Ha.. ini persoalan saya sebenarnya. Which one is the truth here? One Malaysia
or one Islam? Saya terpanggil bertanya persoalan ini. Melihat kepada situasi
sekarang kita lebih utamakan kenegaraan. Kadang-kadang kita sendiri seolah-olah
meletakkan warganegara asing lain seperti. Bangladesh dan Indonesia seperti tiada
hak untuk beraya bersama. "Mereka hanya menumpang negara kita, menyemak
negara pulak tuh!" Inilah beberapa komentar yang sering dilontarkan. Kita telah diterapkan
dengan unsur kenegaraan. Walaupun kita sendiri faham bahawa Islam tidak membezakan
warna kulit, bangsa dan negara selagi berada dalam satu akidah dan iktikad yang sama.

Contoh terbaik kita ada bagaimana Nabi Muhammad bersama dengan para sahabatnya dan
rakyatnya. Bilal, seorang Habsyi, berkulit hitam, tapi mampu hidup terbela bersama Rasulullah
bahkan banyak lagi, fakir miskin dan lain-lain semuanya dibela. Natijahnya, kita semua faham
konsep ini, tetapi mengapa kita masih tidak mampu menerima mereka dengan erti kata
ukhuwah Islamiyah sebenarnya. Adakah mampu kita ajak mereka hadir ke rumah, menjamu
makan, bahkan beranikah kita memberi mereka tumpang di rumah kita?

Semestinya tidak ramai yang sanggup berbuat demikian. Itulah hakikatnya
Islam sekarang. Sudah tiada lagi paradigma yang lalu. Tanggapan buruk pada
sesetengah golongan, semuanya hasil pengaruh Barat yang telah pun berjaya
memecahkan perpaduan kita. Barat telah berjaya dengan konsep negara bangsa
mereka! Kita melihat negara kepada bangsa! Negara dibahagi-bahagikan. Tiada
lagi ikatan ukhuwah, takaful sesama Islam.

Secara pandangan peribadi. Satu Malaysia merupakan konsep yang baik. Pemimpin
kita melihat untuk menyatukan kepelbagaian bangsa di negara kita. Tapi, masih ada
unsur kenegaraan di situ. Masih menyahut seruan Barat. Mungkin, pada suatu hari,
konsep satu malaysia boleh diadaptasikan kepada konsep SATU ISLAM yang jelas
lebih relevan. Mungkin selepas ini tiada lagi passport untuk ke negara Islam asalkan kita
orang Islam. Tiada lagi perbezaan budaya. Tapi Islam mewarnai corak hidup kita semua.
Tiada lagi tanggapan negatif sesama islam. Tiada lagi perbezaan warna kulit menghantui kita.

Kita menuju ke arah itu. Apa yang boleh dibuat sekarang ialah kita tanamkan sikap
mengambil tahu akan orang Islam yang lain. Mereka semua ialah adik, abang , kakak
kita. Mereka dan kita bersaudara. Doalah buat mereka. Biar kasih sayang yan Rasulullah
ingin terapkan itu tersebar dalam jiwa kita. Pemuda-pemudi, paradigma kita perlu diubah,
kita ingin bebas dari cengkaman pemikiran barat. Nampak susah tapi sebenarnya senang.
Ya senang! Sangat senang! Percayalah!

0 comments: