Pada kesempatan yang ada ini saya Amin Rukaini Bin Mustafa ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri khas kaum keluarga, saudara-mara yang mengenali, rakan-rakan seperjuangan, guru-guru buat semua pelawat blog My Journey ini.
Sekiranya ada salah dan silap pada ketika suka dan duka selama mengenali, hirisan hati, dendam yang tersimpan, kasar bahasa, syak wasangka dan segala kekurangan yang wujud pada insan yang lemah ini, maka seribu maaf dan ampun dipinta. Semoga Allah SWT merahmati hubungan yang kita miliki selama-lamanya
Sesungguhnya segala teguran, nasihat, jenaka, trivia, cerita yang entah betul atau tidak, gosip jika ada, gambar-gambar, coretan peribadi dan segala apa yang dimuatkan di dalam blog ini, semuanya sekadar tatapan ingatan dalam merapatkan ukhuwah perjuangan kita. Dan juga segala tindak-tanduk, idea dan pemikiran sama secara maya dan realiti yang tidak jelas mahu pun terpesong dari haluan, harapnya dimaafkan dan semuanya tidak lain dan tidak bukan adala kelemahan insan kerdil yang bergelar hamba-Nya ini.
Oleh itu, sebagai ingatan kepada diri dan kalian semua, diharapkan kita memeliharalah hukum-hukum Illahi: jangan tinggalkan solat, gandakan solat sunat, puasa sunat, hormati ibu-bapa, layanilah tetamu dengan kemesraan dan berlapang dada, berhati-hati semasa di jalan raya, jaga permakanan, jaga akhlak mulia, jagalah mulut, mata dan hati, ziarahlah ke rumah saudara mara dan sahabat handai dalam erti kata merapatkan tali silaturrahim sesama kita. Juga diingatkan agar teruskanlah perjuangan dalam bidang masing-masing; kerja rumah dan assigment, janganlah sesekali kita abaikan terutamanya EE, TOK essay dan lain-lain khusus buat pelajar Persediaan Program IB.
Sekian, Salam Lebaran dari Amin Rox beserta keluarga tercinta.
Mixpod specially for My Journey
Salam Lebaran Dari Amin Rox

