Tuesday, August 18, 2009

Neon Kemalapan

"Ah, neon kemalapan datang lagi!! Apakah yang harus dilakukan wahai sang pemuda?"

Aduh, macamana hendak diterangkan keletihan yang aku hadapi sekarang. Otak sudah tidak mampu berfikir panjang, mata pun asyik tertutup jer waktu dengar liqa naqaba. Letih merundung giri ini. Ah, letih, ingin sahaja aku tendang engkau agar engkau keluar dari ini jika engkau benar wujud dalam alam ini. Tapi itu bukanlah realiti. Letih engkau memang fitrah aku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Letih, benar sangat aku ingin cergas sedia kala secepat mungkin. Namun pada keadaan sebegini rupa, bukan sahaja 100 Plus, Gatorade; bahkan tongkat Ali power root pun tidak mampu mencergaskan diri ini. Nampaknya tiada penyelesai melainkan tidur dah rehat. Rehat, aku perlukan engkau sekarang. Please, rehat, engkau perlu bagi aku ruang dan waktu untuk pulihkan tenaga ini sediakala.

Letih, memang, kau memang ibarat neon kemalapan. Engkau membuatkan aku tampak cergas, tapi secara mentalnya, otak aku sudah tidak mampu berkata-kata sendirinya. Aku perlukan kerlipan kecerahan.

-Neon kemalapan-