Tuesday, August 4, 2009

Estafet Perjuangan Kami Berterusan

Menerima Ahli Baru

Hidup mati di tangan Tuhan Azzawajalla. Alhamdulillah, aku baru sahaja menerima kehadiran seorang insan dalam keluarga kami. Kakakku, baru sahaja selamat melahirkan anaknya yang ketiga lebih kurang seminggu yang lalu. Kini, aku mempunyai tiga orang anak buah. Perasaan begini memang suatu kelainan bagi seorang insan yang tidak pernah mempunyai seorang adik.


Penyambung perjuangan Hero-hero keluarga


Sesi reflective berterusan

Malam semalam, sekali lagi aku membuat reflective. Sewaktu di masjid, aku terlihat seorang rakan yang sememangnya aku tahu hidupnya susah. Kedua-dua ibu bapanya sudah pergi ke Rahmatullah. Aduh, sebak hatiku. Sayu dan pilu. Apakah perasaannya berada di situasinya. Air mata bergelinangan kembali. Aku bersyukur kerna masih mempunyai kedua-dua orang ibu bapa. Oh Tuhan, aku bersyukur atas kurniaanMu. Sebak. Pilu.



Estafet Perjuangan Berterusan

Ayuh teruskan perjuangan. Antara Cinta dan Cita-cita, aku pilih cita-cita.Aku ambil kedua-dua. Aku pilih matlamat jitu. Aku pasakkan Cita-cita di dada dan kalbu. Cita-cita laksana pembakar jiwa memecah sengsara. Cinta, aku biarkan ia berolak lagu dalam jiwa. Cinta, aku biarkan ia berterbangan memainkan lagu keamanan, mendendangkan puisi ketenangan. Hadirnya akan kusambut bila masanya tiba. Estafet perjuangan perlu diteruskan. Jiwa perlu dijinakkan. Hati perlu ditarbiyahkan. Usah gentar menghadapi jalan kehidupan. Dunia sementara hanya seketika. Andai daun bisa gugur dari tangkainya. Buah jua bisa dirobek biawak kerakusan. Perjuangan itu satu jihad menegakkan jiwa yang lemah, menyalakan neon-neon kemalapan minda. Perjuangan mendidik jiwa kelembutan, semangat kekentalan. Pejuangan melahirkan syabab berjiwa rabani, tetap pendirian, utuh jati diri, pembela agama, bangsa dan jiwa. Ayuh!

Estafet perjuangan Kami berterusan
Dalam kemaharajalelaan rejim kemaksiatan
Kehancuran yang mula belantara
Perjuangan itu hadir memulakan bicara

Antara Cinta dan Cita-cita
Pilihlah kedua-dua, jiwa perlukan cinta dan mencari cita.

p/s- Cita bereti kemahuan, matlamat, wawasan
Cinta bererti perasaan yang mendalam terhadap sesuatu

14 comments:

alaq ashiqin said...

salm ziarah...
sangat suka membaca penulisan anda...
bahasa sangat indah dan puitis....
moga terus berjuang...
kalo der mase try dengar lagu nie
"bait perjuangan"-shoutul harakah

amirul asyrof bin othman said...

salam...
aloo cantik suggh kekasih bru anda..
cemburu kami yg masih lg bersama kekasih lama yg dah jadi artifak sejatah nie..
tp moge anda sihat tanpa H1N1..
(tue ler risau sgt)

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada Alaq:

Yep, dah dengar lagu tadi, best gak.. hehe, bersemangat. Ayuh teruskan perjuangan..!

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada amirul asyrof bin othman:

hehe, kekasih itu datang tanpa diundang. Asal yg biasa dicari tapi yg cantik pula mendatang mendatang.. Begitulah lumrah..

Usah dicari-cari, mesti adanye yg datang..

dr.corona0810 said...

amin..
baru tau ang anak bongsu..
uhuhuhuh
comel betul la.. laki ke pompuan???

Amin Rukaini Mustafa said...

hehe, ye2.. anak bongsu, ramai x cayae kot.

Mesti ar laki.. nmpak ada muka hero tuh..

dr.corona0810 said...

oooo...
patot la...
comey kot..
huhuhuuu

ala...
aku pon ramai jer yg x caya klo aku cakap aku neyh anak bongsu.. hahaha(^_^)

Amin Rukaini Mustafa said...

eh, aku pcya..

Sekali tgk dah tau anak bongsu.. (ye ker??)

tapi firasat aku kuat mngatakan ko anak bongsu.. haha.

ye, dia mmg comel.. tmbah2 pakcik dia, taim kecik dulu, pergh.. gebu kot.. dah besar pun gebu gak..(gulp)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

tiba-tiba, jari-jemariku menari di papan kekunci~
menari tanpa terikat pada rentak pemikiran~

aku tak tau apa nak tulis

P/S: apa makna estafet?

Amin Rukaini Mustafa said...

hehe, Syahmi bukak kamus dewan bahasa dan pustaka!

Sure x jumpa!
kalo jumpa mesti dia suruh ko rujuk khamus endon..
haha.

Estafet tu maksud dia sambung-menyambung/jemaah/bersama/ togetherness

lebiy kurang camtu la..

Akmal Hayat said...

aku pun nak menari2 r kat sini..

nak menguji kecekapan tangan menaip..

hahah

Amin Rukaini Mustafa said...

haha.. sila2.. aku punnak tgk hampa menari.. hebat sgt ka?? kang tergeliat jari tuh.

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

x tergeliat nya~
nak lawan shuffle ngan acap, syamil & kamal~
=)

P/S: oOOoooO000oOo, tu ka maksud dia~ luas sungguh kosa kata kamu ya~

Amin Rukaini Mustafa said...

haha, baguih praktis awai2.. aku nak join gak ar ccamtuh, nak kena cari lagu rancak la mcm ni..