Aku Sesak Nafas
Dalam perjalanan, aku pasrah. Jika benar, aku menyerak kepada-Nya. Aku hanya berusaha sedaya mungkin, tidak perlu aku sembunyikan. Sebagai seorang yang terpelajar, aku tahu bahawa tindakan awak drastik mampu menyelamatkan. Syak wasangka ini perlu aku layani. Suhu badanku meningkat tinggi. Rasa sejuk kaku. Pasrah.
Begitu ramai orang berada di bahagian kecemasan. Mengikut keadaan di situ, tiada kes kritikal. Hanya kes separa kritikal dan ringan sahaja. Aku dilayan sebagai pesakit luar. Influenza ini semakin menjadi. Habis diserang semua orang. Ramai mengalami demam-demam, batuk dan sebagainya. Tindakan berjaga-jaga perlu diambil.
Sejurus kemudian, namaku dipanggil. "Sakit apa adik?".. Tanya Medical Officer perempuan yang melayan aku itu. Aku jelaskan segala-galanya. "Oh,dari KMB, tempat saya belajar dulu.." Doktor itu memberi respon tatkala aku menyatakan aku baru pulang dari KMB. Aku berbual rancak.
Keputusan Screening
Alhamdulillah. Aku sihat. "Awak terlalu berfikir, sebab itu jadi macam ini, kandungan oksigen awak ok, 100%, saya kasi awak ubat ok.." Itu responnya. Tenang jua hatiku. melihat telatah doktor itu, aku rasa memang layak dia menjadi doktor. Bukan ape, dia pandai main psikologi. So, kepada kalian yang nakjadi doktor, jangan lupa praktiskan psikologi yang baik. Aku bebas H1N1.
Mungkin aku terlalu berfikir dalam.
Pengganti kekasih lama
Seperti yang pernah aku katakan, aku sudah pun menjumpai kekasih baru aku. Kekasih lamaku telah hilang dicuri. Kekasih baru aku lebih menawan, cantik dan sememangnya pilihan yang tepat. Terima kasih kepada ibuku yang memberi laluan dan menolongku memilihnya. Akan aku jaga dirimu, kekasihku dengan baik. Akan aku bertanggungjawab dengan baik.
2 comments:
itu...pengganti yang baru itu.....serius cun!
membuatkan baby aku rasa tercabar!hohoho~
hehe, Cun melecun kot..
Xpe, baby ko dah comeyl.. Aku nye cun jer.. lawa gitu2..
Post a Comment