Saturday, June 13, 2009

Cermin Ke Belakang Suluh Ke Depan


Yeah, mungkin ini post kali terakhir untuk cuti sem ini, setelah tiga minggu saya bercuti panjang.
Banyak yang telah berlaku dan segala-galanya saya akan cuba simpulkan di dalam ini seringkas mungkin.

Package percutian saya
Masa : 22 Jun 2009 - 14 Jun 2009
Jangakamasa: lebih kurang 3 minggu
Pengisian : Aktiviti ilmiah, fizikal [sikit sgt], menyiapkan assignments, hafazan, dan pengayaan pengalaman

Jadi, ini adalah senarai kerja yang berjaya disiapkan dan yang telah saya lakukan dalam masa tiga minggu:

  1. World Literature : simbol & perlambangan 90% siap
  2. Business IA : Rebranding or Agrobank 95 % siap
  3. Math IA : KFC clients 99 % siap
  4. Kemas kini Layout Blog : My journey dan Mahabahtullah
  5. CAS : English Camp SK Perik
  6. Langkawi : Ambil Slip SPM
  7. Hafazan: Surah Yasin [masih progress]
  8. Novel : Ranjau Sepanjang Jalan
  9. Penaku: Cerita novel yang dureka sendiri, tinggal berapa tajuk jer lagi

Namun, terdapat beberapa kerja yang masih tertangguh dan akan diselesaikan di Kolej, InsyaAllah:

  1. EE : Experiments and further research
  2. TOK: Further reseach for TOK essay
  3. MPI's week [ right after two days at KMB]

Semasa cuti ini, saya berkesempatan membuat beberapa survey pelik dan juga berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa individu yang dirahsiakan namanya dan juga ke atas diri saya:

Purata isu yang dibincangkan bersama saya melalui Yahoo Messenger:

60 % membincangkan pasal CINTA, melepaskan perasaan. Emo2..
30 % pasal akademik
8 % tentang ketidakpuashatian
2 % lain-lain

Soalan Pertama :
Bilakah anda mahu kahwin?

68 % mengatakan dalam lingkungan 25-27 tahun [ ni sure budak medic]
23 % mengatakan hendak kahwin pada 23-25 tahun
9 % hendak kahwin semasa belajar


Soalan Kedua:
Apa pendapat anda tentang janggut/ jambang? (Beard)

50 % - Geli
30 % - ikut sunnah
20 % - x kemas

Soalan Ketiga
Best x cuti ni?

70 % - X.. byk assignments
20 % - Best, sebab ada buat CAS, melancong sekali..
10 % - Sgt best, berjalan merata-rata, duk kat umah berapa hari jer..

Soalan Kelima:
Ape perasaan anda semasa cuti?

50 % - Malas, byk keja..
30 % - Suka, happy, excited
20 % - Rasa cuak nak masuk Sem 3

Soalan Terakhir
Assignment siap??

88 % - x siap
12 % - tinggal cket ja lagi


Secara kesimpulannya, tiga minggu sudah pun berlalu, segala yang dirancangkan harapnya berjalan lancar, Sem III bakal membuka tirai. Banyak yang perlu kita toleh kembali, muhasabah diri; andaikata ada yang tersalah kita betul-betulkan.

Minda perlu berubah kepada yang lebih positif, jiwa perlu lebih merdeka, amalan kebaikan perlu dimutabaahkan selalu, akhlak mesti dijaga. Apa-apa yang telah berlaku, ambillah ia sebagai iktibar dan pengajaran. Dan selalulah beristiqamah, bermuhasabah, bermujahadah, bermutabaah, bermuraqabah, beristighfar, bertawakal, dan bersikap mahmudah.

Ayuh, selamat tinggal masa yang lalu, selamat datang masa yang mendatang, aku telah mati dalam masa yang lalu, tapi aku mesti hidup pada masa yang mendatang!!!





0 comments: