Monday, May 25, 2009

Menyingkap Sejarah Yang Hilang

Tahukah anda ada apa dengan tarikh 29 MAY 2009???
Adakah ianya Hari Guru?? Hari Bapa? atau HAri Ibu?? Familiarkah anda dengan tarikh 29 May 1453??? Tidak tahu bukan?? kalo tahu bagus, bererti anda peka.

Bagi yang tidak mengetahui, Ayuh! Mari kita menyingkap sejarah yang hilang!!! Terjah!!”

Pada saat mereka para sahabat mendengar
Janji dan jua sunatullah dan syariatullah
yang keluar dari lidah Rasulullah
Tatkala itu jua mereka penuh bersemangat

Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya ”

Maka bergerak gempitalah para sahabat berjuang demi menyahut cabaran Rasullullah. Mereka mencuba sedaya upaya, namun tidak jua mencapai kemenangan.

Maka lahirlah pewira yang dijanjikan. Beliau ialah Sultan Mehmet Al-fateh, pemerintah ke-7 kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Sultan Mehmet berjaya mengumpulkan 250000 tentera untuk menyerang Constantinople. Pada 6 April 1453M Sultan Mehmet Al-Fateh dan tenteranya tiba di hadapan kota Constantinople.

Pada waktu ini, tentera Islam telah mengepung kota Constantinople tetapi mereka tidak berjaya memasuki pintu utama kota ini yang berada di Golden Horn kerana jalan masuk ke Golden Horn telah dihalang dengan rantai besi raksasa.

Sultan Mehmet Al-Fateh mengerahkan tenteranya membawa masuk kapal-kapal ke Golden Horn melalui jalan darat.Pada malam itu, tentera Islam dengan semangat yang luar biasa berjaya membawa 70 buah kapal melalui jalan bukit sejauh 3 batu!!

Constaninople berjaya ditawan pada 29 MAY 1453 dan kemudian namanya ditukarkan kepada Istanbul. Empayar Byzantine rebah kecundang..

Sejarah bukanlah satu igauan
Sejarah bukanlah apa yang berlaku
Sejarah perlu dilukis semula
Sejarah perlu diingati
Bukan dihafal dan dipaksa
Sejarah yang hilang perlu disingkap semula!

Pada 29 MAY 2009 ini, maka
Istanbul telah dalam genggaman kita
selama 556 tahun!!!!

Pertahankan!!