Friday, August 1, 2008

Indahnya bersama Dia..

Hari ini aku membuat penilaian.. moga2 dengan sedikit ingatan ini dapat mmbantu jiwa yan lemah menghadapi cabaran..

Hari ini aku melihat dunia
dari kaca mata Islam
Entah kenapa
Aku melihat dunia ini leka
dunia ini bebas tidak terjaga
Aku maksudkan
Manusia yang Alpa
Aku juga pelupa
Aku juga hina

Aku mempunyai titik noda
tapi aku bangun dari lubang kegelapan
mencari cahaya yang terang
bertungkus lumus aku
dari seorang yang lemah longlai
x bermaya
pernah jua terkulai

Dunia bergerak
berlari hinggakan aku ditinggalkan
dalam kenistaan
Dari itu
aku terhenti di satu persimpangan
Dan
Menjumpai Dia
Dia sentiasa bersama aku
Dia rapat denganku
aku rapat dengan Dia
Dia lah Rabbiku
Allah..
Indahnya bersama Dia...

2 comments:

hazadeen said...

tiap detik, tiap saat, dan setiap degup jantung ini, Allah kan selalu bersama kita..

Amin Rox said...

benar..dia sentiasa rapat dengan kita..